Wednesday, May 4, 2011

PRU 13, hanya UMNO dan DAP yang tinggal.- Ustaz Idris Ahmad

Ustaz Idris Ahmad,Ketua Penerangan Pas Malaysia meminta petugas PAS khususnya Pas Bukit Gantang terus menyantuni masyarakat.Di samping memberi penekanan kepada orang Melayu,UMNOlah pengkhianat bangsa Melayu.

Pas perlu kerja keras,mendekati orang Melayu.Beri penjelasan betapa UMNO sememangnya parti yang menzalimi orang Melayu.Ustaz Idris memberi contoh ,Tanah Rezab Melayu yang sampai sekarang UMNO tidak ganti.Di samping itu UMNO suka sangat buat fitnah,khususnya ke atas DS Anwar Ibrahim.

Orang Cina tidak akan bagi undi kepada parti MCA.Mereka akan memberi sokongan kepada DAP.Jadi jika kita PAS gagal menyakinkan orang Melayu,bahawa PAS parti yang menyelamat hak orang rakyat dan hak orang Islam, maka UMNO pilihan untuk orang Melayu.Bertambah pula kini pimpinan UMNO seperti Zambry Kadir yang kini rajin berqiamulail dan rajin bersolat di masjid.

Bagi Ustaz Idris Ahmad,orang Cina tidak boleh bentuk kerajaan kerana hanya 69 kerusi parlimen majoriti Cina dari 222 kerusi parlimen.Lain-lain kerusi majoriti Melayu dan Bumiputra.

Rumusan yang diberi oleh Ustaz Idris Ahmad ,PRU 13 ,jika kita gagal ganti UMNO , hanya UMNO dan DAP yang menang kerusi parlimen.Justeru itu tugas petugas atau aktivis PAS untuk menyakinkan orang Melayu,Pas sahaja yang dapat menyelamatkan mereka.

No comments:

Post a Comment