Saturday, May 21, 2011

Nizar ziarah wanita ditumbuk dan ditendang perompak.

DS Nizar bersama Sdr Matsehat suami kepada Radziah Ismail yang ditumbuk dan ditendang perompak di Taman Yayasan,Kamunting,Taiping.
Radziah Ismail menceritakan kejadian penyamaran dua orang perompak sebagai anggota TNB.
DS Nizar bergambar bersama Puan Radziah Ismail di ruang tamu ,rumah beliau yang dimasuki penyamun pada 16 Mei lalu.

DS Nizar berasa sedih kerana keselamatan penduduk Bukit Gantang seolah tidak selamat.Dengan keadaan penyamaran boleh berlaku menyebabkan perompak mudah untuk masuk ke rumah penduduk.

Contohnya DS Nizar menyatakan Puan Radziah Ismail yang berumur 52 tahun,ditendang dan ditumbuk perompak.

Setakat kelmarin tidak ada tangkapan dibuat oleh pihak polis.DS Nizar juga kesal polis lebih berminat menjaga pihak PAS yang membuat ceramah,sedangkan keselamatan rakyat seolah dilupakan.

DS Nizar juga menyatakan ,kesan kemelesetan ekonomi,harga barang yang meningkat,dan bebanan rakyat merupakan punca mereka terpaksa mencari duit lebih.Jalan mudah bagi mereka,menyamun dan merompak.

No comments:

Post a Comment