Monday, October 31, 2011

Zambry Kadir ke Mekah bersama Najib,peluang jadi MB lagi ,semakin cerah.


Kira okey,, pakai jubah selepas ini tutup rambut.NAJIB dan isteri, Rosmah melambai ke arah orang ramai di Kompleks Bunga Raya, Sepang semalam sebelum berlepas ke Mekah untuk menunaikan haji.


DS Zambry Kadir ikut rombongan DS Najib menunaikan haji.DS Zambry Kadir sudah semakin rapat dan mesra dengan DS Najib.

Selepas ini mereka yang pro DS Najib sudah tidak berpeluang untuk jadi MB Perak.Jangan main-main dengan Zambry, jawatan MB sudah dalam tangan selepas PRU ini.Itupun jika UMNO menang besar.

Zambry seperti juga DS Najib sudah tentu berdoa kekalkan mereka dengan jawatan masing-masing.

Osman Jailu menanti Najib di Mekah,untuk bertaubat bersama-sama.

Nampak gayanya Osman Jailu menunggu Najib dan Rosmah di Mekah.Dua-dua terlibat dengan kejatuhan kerajaan pilihan rakyat pada Februari 2009.

Mungkinkah tanah Mekah tempat mereka bertaubat sebelum kedua-duanya bersara daripada politik tanah air.

Dalam pada itu selepas selesai menunaikan rukun haji di Mekah ,kedua-dua watak mengulingkan kerajaan sah Pakatan rakyat itu didakwa akan ke benua kecil India.

Bila PRU 13,,tunggu kepulangan Najib dari Mekah?Setelah DS Najib bertaubat kerana ambil Perak secara haram,PRU mungkin lewat bulan Disember ini.

UMNO Bukit Gantang letak calon helikopter pada PRU 13

UMNO nampaknya terpaksa meletakkan calon Parlimen mereka ,calon helikopter pada PRU 13 ini.Bukit Gantang merupakan tempat UMNO meletakkan calon luar sejak dulu lagi.

Pada kali ini didakwa banyak pihak UMNO terpaksa mengimport calon "tokoh" besar untuk mengalahkan DS Nizar.

UMNO Bukit Gantang pada kali ini dijangka tidak meletakkan Ketua Bahagian mereka bertanding.

Seperti diketahui Ketua UMNO Bahagian ,merupakan orang kuat Pak Lah.Jadi YB Rosli Husein,Adun Trong berkemungkinan besar boleh "bungkus beg".

Umno Parlimen Bukit Gantang,nampaknya seolah-olah dalam keadaan krisis.PAS sudah bersedia untuk menyambut kemenangan buat 3 kali berturut-turut.

Sunday, October 30, 2011

DS Sharizat Jalil harapan mengunung .

Foto yang menarik,antara harapan mengunung .Hubungan yang baik dengan semua.Hubungan yang tidak baik dengan Allah s.w.t.

Hal ini membuat Chua Soi Lek pun bingung dengan peraturan dan undang-undang-undang Islam.

Sementelah pula dia melihat antara dua gunung dan harapan yang mengunung,semuanya bercanggah dengan norma orang Islam.

Umno 'beri lesen' MCA hina Islam?

KUALA LUMPUR, 30 Okt: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam.


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka.


"Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus?


"Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara.


Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina.


"Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina.


"Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi.


Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki.


Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu.


Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian.


"Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka.


"Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini.


"Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya.

Bekerja seperti pilihan raya minggu ini

GOMBAK, 30 Okt: Ijtimak Tarbawi 2011, Deawan Pemuda PAS Pusat yang berakhir petang tadi melabuhkan tirainya dengan satu komitmen untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya.


Bercakap selepas menyampaikan ucapan penutup petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, anggota dewan itu hari ini pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk berkerja seperti 'pilihan raya minggu ini'.


"Apa yang kita dapat dari ijtimak ini akan diteruskan bila balik ke kawasan masing-masing.


"Jentera pemuda akan fokuskan gerak kerja pilihan raya seolah-olah pilihan raya akan dilaksanakan minggu ini. Kita kena 'all out'," katanya kepada Harakahdaily.


Sementara itu, kira-kira 6,000 peserta dari seluruh negeri hadir ke ijtimak kali ini.


Mereka berkampung di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad selama tiga hari sejak Jumaat lalu dengan pelbagai pengisian tarbiah diatur penganjur.


Selain pemimpin utama PAS, peserta juga didedahkan dengan pengalaman jemaah Islam luar negara seperti oleh wakil Hamas dari Palestin dan wakil Ikhwanul Muslimin dari Mesir.


Menyifatkan ianya sebagai mencapai sasaran, Nasruddin berkata ianya akan dijadikan acara tahunan dewan itu.


"Ijtimak ini adalah untuk membentuk pelapis di kalangan pemuda yang utuh prinsip perjuangan Islamnya.

"Kita anggarkan cecah 6,000 yang hadir kali ini sekaligus mencatat sejarah paling ramai berbanding tahun lepas," katanya.


Untuk rekod, Ijtimak Tarbawi kali pertama tahun lalu diadakan di Terengganu.

Sokong Dr Aziz Bari ,petang ini ke Sidang Akhbar.


Sidang Media Oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari
Tempat: Pejabat Razak Ibrahim & Co,
No. 32A,-3-1, Jalan Megan ,Setapak,Kuala Lumpur
Masa:6.00 petang
Hari:Ahad
Tarikh:30 oktober 2011
Semua Rakyat Dijemput Hadir

Aziz Bari baru 3 hari kena maki, tak sehebat Mat Sabu,16 hari kena maki.

Dr Aziz Bari bersama Mat Sabu dalam satu forum sempena sambutan 60 tahun PAS Perak,di Masjid Tinggi,Bagan Serai.

Menurut Mat Sabu ,Aziz Bari baru tiga hari dimaki oleh pihak siaran televisyen dan surat khabar.Jadi Dr Aziz Bari tidaklah sehebat Mat Sabu 16 hari berturut-turut dimaki UMNO melalui agen mereka ,tv3,tv 1 dan pelbagai siaran tv. Hal ini tidak termasuk surat khabar.Natijahnya bekas polis dan tentera zaman darurat yang masih hidup dapat RM3000.

Saturday, October 29, 2011

Malam ini ,jangan kurang ajar Aziz Bari,maut nanti.

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.


Menurut Dr Aziz Bari bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".


Peluru dengan pos biasa diterima Dr Aziz Bari pada pukul 11.45 pagi tadi.


Dr Aziz Bari menyatakan , peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Untuk mengetahui apa komen Dr Aziz Bari,marilah mendengar apa kata Dr Aziz Bari malam ini,di Masjid Tinggi..

Friday, October 28, 2011

BN akan letak banyak calon Bebas pada PRU 13-Nizar.

Baru-baru ini pada 26 Oktober, penulis mengikuti DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.Bermula bersama meraikan pimpinan PAS Kawasan Pekan,program ziarah penduduk sakit dan melihat budaya orang Hindu menyambut Depavali.

Apa yang menarik DS Nizar memberitahu pada pilihanraya umum ke 13 ini ,BN akan meletakkan seberapa banyak calon bebas.

DS Nizar menyatakan strategik BN untuk memastikan calon Pakatan Rakyat kalah.Jadi untuk memecahkan undi calon bebas perlu bertanding.Semua ini akan memberi peluang untuk BN menang.

Calon bebas ini ,dakwa DS Nizar ditaja oleh BN.Justeru itu penduduk Bukit Gantang kini boleh melihat baner-baner gambar individu pelbagai latar,dipasang .

Hutang Najib dari RM 200 bilion ke RM470 bilion.-Nizar

DS Nizar sedang menyampaikan ucapan di Kg Setia,Jln Simpang(DUN Kuala Sapetang) pada26 Oktober lalu.

Walaupun hujan berterusan di Kg Setia,DS Nizar terus menyampaikan ceramah.Kampung Setia ini merupakan kubu kuat UMNO.Sekarang PAS mempunyai cawangan di sini.

Pendengar khususnya Ahli PAS Kg Setia tetap setia mendengar Dr Nizar mengulas isu bajet .

DS Nizar menjelaskan belanjawan Pakatan Rakyat tetap realistik berbanding bajet Najib.Sementara itu DS Nizar menjelaskan semasa DS Najib menjadi Perdana Menteri hutang negara RM200 bilion,tetapi dalam tempoh dua tahun Najib menambah hutang kepada RM470 bilion.

Thursday, October 27, 2011

Osman Jailu sudah bertaubat,pergi mekah!!

YB Osman Jailu sudah bertaubat.Dilaporkan oleh Pegawai Khas beliau Osman Jailu berada di Mekah bermula 23 Oktober hingga 22 Disember 2011.


Satu-satu ADUN yang boleh berada di Mekah selama dua bulan.Hebat Osman Jailu yang boleh mendapat solat 40 waktu di Masjid Nabi .Tiap-tiap hari boleh iktikaf dekat Masjidil Haram.


Tak tahu sama ada bawa banyak bini atau seorang sahaja.Pegawai Khas dia suka,kerana orang kampung datang minta tolong,dia akan cakap YB tiada di pejabat.


YB Zul Nordin bila lagi hendak bertaubat?Buat-buatlah pergi Mekah daripada ulas isu hukum hudud,buat Zul Nordin nampak jahil.

Wednesday, October 26, 2011

Seorang anggota polis derma RM12.00 untuk tabung bela Mat Sabu.

Mat Sabu membaca fakta buku susunan Cikgu Bard Imelda Rosmah Boros dalam ceramah beliau pada 25 Oktober lalu di Parlimen Bukit Gantang.Cincin Rosmah dan beg tangan Rosmah di sebut Mat Sabu dalam ucapan .
Dalam ceramahnya di Kg Sungai Tinggi ini ,beliau menyebut terdapat seorang anggota polis yang turut menderma RM12.00 kepada Tabung Bela Mat Sabu 21 September 2011.Menurut Mat Sabu anggota itu menderma di tandas,takut anggota lain nampak.


Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini menetapkan 19 hingga 23 Dis ini untuk perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Dis ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan.

Pada 21 Sept lalu, Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka

3 R ,racial,religion and royal,senjata UMNO- Mat Sabu

Haji Mohamad Sabu,Ustaz Idris Ahmad dan TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad sewaktu menunggu giliran berceramah pada 25 Oktober lalu,di DUN Trong,parlimen Bukit Gantang.

Umno sedang cuba menggunakan strategi “3R” iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja ) bagi memenangi undi pilihan raya, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.


Beliau mendedahkan, serangan politik sedemikian digunakan setelah parti itu merasakan sukar dan tidak yakin untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan bandar seperti keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.


“Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.


“Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak,” katanya.

Nak tahu tentang Audit Negara dan Bajet PRU jumpa DS Nizar malam ini.

Hendak tahu komen dan ulasan DS Nizar berkenaan Audit Negara ,jumpa beliau pada malam ini .DS Nizar akan menyampaikan ceramah pada malam ini 26 Oktober 2011,bertempat di Kg Setia,Jln Simpang-Bagan Serai dalam DUN Kuala Sapertang.

Ceramah di Kubu Kuat UMNO,kini PAS mempunyai cawangan.

Nizar ziarah Pak Lang Nan ,tukang urut Najib yang sakit terlantar.

DS Nizar sebentar tadi datang menziarahi Pak Lang Nan,tukang urut DS Najib, seperti dakwaan penduduk TS Wan Mokhtar,Tun Ghafar Baba dan banyak lagi menteri kabinet sudah mengurut dengan beliau.

Dahulu semasa sihat Pak Lang Nan menaki kapalterbang untuk mengurut pembesar UMNO.Kini Pak Lang Nan,dibiarkan oleh pemimpin UMNO.Sudah tidak boleh mengurut ,terbaring akibat kaki dipotong ,kencing manis dan juga menghidap stroke.

Pak Lan mendapat bantuan Baitulmal RM150.00 ,tidak cukup untuk membeli lampin pakai buang.Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sedang berurusan dengan Baitulmal untuk menambah wang bantuan.


Najib tolak perunding luar untuk bajet 2011-Nizar.

DS Nizar,YB Hj Zainuddin dan Ustaz Nordin Jaafar YDP Bukit Gantang di rumah Ketua DHPP ,Sdr Raja,Bukit Gantang untuk mengenali perayaan Depavali.

DS Nizar menjelaskan Najib menolak perunding pakar luar yang mengkaji dan membincangkan bajet 2012.

"Najib guna pemikir politik,UMNO untuk bajet 2012."Berapa banyak duit rakyat hilang akibat memanggil perunding luar"dakwa Nizar.

Najib menggunakan pandangan pemikir politik sehingga pandangan pakar ditolak oleh beliau.Menurut Nizar ,Gabenor Bank Negara pun menegur DS Najib dengan unjuran pertumbuhan ekonomi yang tidak tepat.

Bagi DS Nizar,bajet 2011 ini hanya untuk tengkuk Najib dan Rosmah Mansor.

Orang Pekan rompak Perak-DS Nizar.

Ustaz Abu Kasim Abd Manaf YDP PAS Pekan bersama DS Nizar dalam satu lawatan kerja ke Parlimen Bukit Gantang.

Dalam ucapannya,DS Nizar menyatakan orang Pekan yang merampas kuasa Kerajaan Perak.Orang Pekan datang ke Perak sebagai Pengerusi UMNO Perak merancang untuk merompak kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekarangpun orang Pekan datang ke Perak untuk memastikan UMNO terus berkuasa.


Hudud: Biar Kelantan jadi makmal

SHAH ALAM, 26 Okt: Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan harus menjadi makmal kepada perlaksanaan undang-undang syariah tersebut.


Jika perlaksanaannya gagal, maka kerajaan negeri katanya akur dengan keputusan itu manakala jika berjaya maka tidak ada alasan perlaksanaannya ditolak di Malaysia.



"Kita berharap Kelantan akan menjadi makmal kepada perlaksanaan Hudud dan jika ia gagal maka kita menerimanya jika perlaksanaan itu berjaya maka tidak akan ada alasan untuk ia ditolak dari perlaksanaannya di Malaysia," katanya.



Beliau berkata demikian dalam Wacana anjuran SInar Harian bertajuk "Hudud Dilema dan Perlaksanaan" di sini semalam.


Tambahnya lagi, tujuan Kelantan ingin melaksanakan hudud adalah kerana hendak menghapuskan gejala sosial dan jenayah yang ada sekarang kerana ia dilihat mampu mengurangan gejala tersebut.



"Pada masa sekarang undang-undang biasa di negara ini tidak dapat mengatasi sepenuhnya gejala jenayah dan sosial yang berlaku yang mana setiap hari sentiasa ada kes ragut, pembuangan bayi dan juga rompakkan dilaporkan.



"Bagi saya setiap apa yang di maksudkan di dalam al-Quran tentang hudud saya yakin masalah ini dapat kita selesaikan kerana hudud akan memberi kesan kepada mereka yang melakukan kesalahan," jelasnya lagi.



Sementara itu pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan pendakwah bebas, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah memberitahu perlaksanaan hudud ini perlu bagaimana kita menerima undang-undang buatan manusia kenapa perlu kita menolak undang-undang Islam.



"Dalam pada kita ingin melaksanakan Hudud ini perkara yang perlu kita lakukan adalah mencari jawapan kenapa mereka yang bukan Islam menolak hukum tersebut.



"Kita perlu beri penjelasan yang sewajarnya kerana setiap kaum perlu faham tentang Hudud itu terutamanya masyarakat Cina," katanya.



Dalam pada itu Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Abd Ralip pula memberitahu apa yang ingin dilakukan oleh Kerajaan Kelantan adalah betul dan hanya perlu mengubah Akta Mahkamah Syariah 1988 yang hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen.



"Kalau sebelum ini kita melihat apa yang ingin dilakukan oleh Kelantan bertentangan denga Perlembagaan Persekutuan, tetapi bila melihat kembali undang-undang saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pensyarah undang-undangnya Profesor Abdul Aziz Bari yang mengatakan ia tidak langsung menyentuh langsung Perlembagaan yang sedia ada.


"Kalau nak laksanakan Hudud tak ada masalah tetapi kena pinda akta yang sedia ada yang hanya memerlukan majoriti mudah di parlimen.


"Kita melihat sekarang had hukuman yang telah ditetapkan oleh Akta Mahkamah Syariah hanya menetapkan konsep 356 iaitu tiga tahun penjara lima ribu hukuman dan enam sebatan, ini dilihat sebagai satu hukuman yang ringin sehinggakan rakyat masih lagi melakukan kesalahan walaupun telah dikenakan tindakan sebelum ini.


"Enakmen jenayah dalam bidang syariah perlu diubah dan diperkasakan seperti perlaksanaan Hudud kerana ia dapat memberi kesedaran kepada mereka yang berniat ingin melakukan jenayah-jenayah tersebut," katanya.



Wacana tersebut dikendali Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Dr Maszlee Malik.

Tuesday, October 25, 2011

Selamat Datang PAS Kawasan Pekan--jatuhkan Najib negara selamat.


PAS Kawasan Bukit Gantang mengelu-elukan keahadiran Pas Kawasan Pekan. Jom bersama kalahkan Najib.
Kalah Najib UMNO malu.

Laporan audit: Hanya peti undi boleh sedarkan BN

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Meskipun ditegur setiap tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap pekak kepada saranan Ketua Audit Negara (KAN), bahkan budaya penyelewengan, pembaziran, ketirisan dan keborosan semakin subur dalam pengurusan kewangan negara, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim menyimpulkan bahawa kerajaan BN tidak akan faham bahasa laporan audit, yang boleh menyedarkan mereka hanyalah bahasa daripada ‘peti undi’ apabila Laporan Audit 2010 mendedahkan lagi penyelewengan yang sama seperti tahun-tahun terdahulunya dalam pengurusan projek dan pembelian perkakas agensi kerajaan.


Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang.


Sebagai contoh, kata Tuan Ibrahim, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).


“Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.


Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan.


Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.


“Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara,” tegur beliau lagi.


Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).


Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009.


“Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%,” kata beliau.


Penyelewengan di atas, kata Tuan Ibrahim menunjukkan teguran bahasa audit tidak difahami BN.


“Justeru mereka terus menghampakan rakyat tanpa sebarang perubahan dilakukan. Maka, jelas yang boleh mengajar mereka ialah peti undi, dan rakyat tidak seharusnya mensia-siakan peluang di petak undi bagi mengajar dan menghukum kerajaan pekak ini,” tambah beliau.


Beliau juga memberikan amaran kepada rakyat bahawa kekecewaan itu akan pasti berulang selagi kerajaan yang ada tidak diganti dengan kerajaan baru yang lebih beramanah dan bertanggungjawab.

Monday, October 24, 2011

Ahli UMNO dizalimi 'orang dalam' ,mengadu hal pada Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris Ahmad , melihat Kad Ahli UMNO,Mohd Akhir Bin Shafie yang tanah beliau teroka akhirnya milik Encik Mohd Asri Mustafa . Walaupun disokong YB Rosli Husein ,Adun Trong.Tanah yang telah diusahakan 11 tahun lalu diiliki oleh orang yang tidak mengusahakan.Ustaz Idris Ahmad dalam aktiviti balik kampungnya sempat mendengar rintihan isteri beliau.Kasihan orang kelainan upaya telah dianiaya dan dizalimi.Ahli UMNO pun boleh ditipu,inikan pula bukan ahli UMNO.

Baca catatan dari( KLIK)blog info tambahan berkaitan kezaliman .Mohd Akhir seorang OKU pendengaran menerokai tanah seluas 0.75 hektar ditepi jalan keKuala Trong..beliau telah mengusahkan tanah tersebut sejak 1998 ditanam pisang ,sayur dan pokok buah buahan.Hasil dari tanah tersebut hampir menjadi pendapatan utama menanggung keluarga beliau disamping isteri beliau buka warung minuman berdekatan Masjid Trong....

(KLIK)ikut apa yang dikatakan oleh Beliau...pada 2002 beliau telah ke PDT taiping dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan keatas tanah itu dan beliau majukan permohonan,tarikh sebenar beliau tidak dapat ingat dan sekali lagi dalam tahun 2007 beliau ke PDT untuk mengetahui perkembangan permohonan beliau dimana beliau terkejut dengan makluman Pegawai tiada sebarang permohonan keatas tanah itu ,beliau terus membeli plan dan sekali lagi pada tahun 2007 mei beliau masukkan permohonan sekali lagi dimana (ada salinan dokumen )..beliau juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 dis 9 hb bila mana beliau tidak menerima sebarang makluman dari PDT mengenai permohonan beliau.(ada salinan)..

*akhirnya SEPERTI BIASA BABAK BABAK AKHIR ..Bila mana seorang Pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari ahad 27 mac 2011

*Pegawai PDT itu memberitahu isteri beliau tiada sebarang permohonan keatas tanah itu sehingga 2003 oleh sesiapa pun,mendengar itu Isteri beliau bersama anaknya terus ke PDT pada 29 mac 2011.

setelah berbincang diPejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan EN Harun..tiada alasan.

Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada mac lalu menawarkan rm5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu Tanah tersebut..khik khik...berakhirlah sudah :HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.

Jabatan Perkhidmatan Awam pun bingung! RM 4.6 juta terlebih bayar.

Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.


Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.


Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.


Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.


Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.


Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.


"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.

Beli Rak:Tidak ada perjanjian ditandatangani antara Kementerian Pelancongan atau LPPM dengan syarikat pembekal Leo Communications Sdn Bhd (LCSB)

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati pembelian 1,000 unit rak risalah Tahun Melawat Malaysia 2007 bernilai RM1.95 juta, telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.


Menurut laporan itu, perolehan tersebut dibuat oleh Pejabat Menteri Pelancongan dan pembayaran oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).


Dalam Audit terhadap LPPM itu, didapati tidak ada perjanjian ditandatangani antara Kementerian Pelancongan atau LPPM dengan syarikat pembekal Leo Communications Sdn Bhd (LCSB), dan ia menyebabkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran tidak ditetapkan.


Laporan itu menyebut pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada pengedaran rak risalah diedarkan sepenuhnya dengan disertakan risalah pelancongan.


Pihak Audit dalam laporan itu berpendapat Jawatankuasa Penyiasat perlu ditubuhkan bagi menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan peraturan kewangan dan juga unsur penyelewengan dalam pembelian rak risalah tersebut.


Laporan itu, bagaimanapun, dimaklumkan LPPM bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan pembayaran bagi 773 unit rak bernilai RM1.51 juta pada 18 Mac lepas dan pihak Kementerian Pelancongan mengeluarkan arahan mengingatkan pegawai berkenaan untuk mematuhi peraturan kewangan kerajaan.


Laporan itu juga mendapati pemasangan papan iklan di Indonesia tidak mengambil kira ulasan Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia berhubung cadangan lokasi yang kurang sesuai.


Semakan Audit juga mendapati lima pemasangan papan iklan berjumlah RM3.64 juta di Medan, Surabaya dan Jakarta bagi tempoh setahun yang dibina pada 27 Jan 2009 telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.


Pihak Audit berpendapat LPPM perlu melaksanakan perolehan papan iklan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan harga yang diperoleh adalah kompetitif dan mendapat nilai yang berbaloi, selain memastikan lokasi yang dipilih adalah sesuai.


Lawatan Audit di sekitar Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang juga mendapati pemasangan papan iklan dilakukan di tempat yang tidak strategik, ada yang runtuh dan tidak dipasang lampu. - BERNAMA

Mangkuk Hayun punya ketua,bukankah ketua jabatan kebanyakan UMNO?

Laporan audit 2010 membuktikan terdapat agensi kerajaan tertentu tidak telus,akauntabiliti dan amanah dalam mengurus duit"rakyat".

Contoh MARA berketuakan Idris Jusoh,orang kuat UMNO Trengganu, menindas dan menipu orang kampung miskin membeli peralatan berharga berlipat kali ganda. Mara boleh membeli ketuhar RM1,200 padahal RM 419
,
MSN pula membeli 23 ekor kuda dengan berharga 5.66 juta ringgit,dengan rundingan terus.Kementerian Kewangan pula,DS Najib sahaja menjadi menteri boleh tidak sedar?Mungkinkah ada unsur masuk?

Jabatan Taman Laut Malaysia pula membeli teropong visi malam 29 kali lebih mahal.RM56,350 untuk sepasang,walhal harga pasaran RM1,940 sepasang.

Apabila MARA ,Dato' Idris Jusoh menjadi Pengerusi,harga ketuhar RM419 menjadi RM1,200.

AHLI MAJLIS MARA

Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.


NONELaporan Audit 2010, yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, menyatakan bahawa dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.



Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:


  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

  • NONEDapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90

  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79

  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.


NONELaporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka - dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan.



Prosedur operasi standard tidak dibentangkan sebelum lembaga pengarah MARA meluluskannya, kata laporan itu.




Lawatan Mat Sabu:Perkasa Bukit Gantang bukan macam Perkasa Negeri Sembilan.

InsyaAllah kedatangan Timbalan Presiden PAS Hj Mohamad Sabu ke parlimen Bukit Gantang pada 25 Oktober ,setakat ini berjalan lancar.

Setakat ini tidak ada unsur provokasi pihak lawan. Perkasa Bukit Gantang bersikap matang dan tidak seperti Perkasa Negeri Sembilan yang tidak suka kehadiran Mat Sabu ke kawasan mereka.

Hj Mohamad Sabu melawat parlimen Bukit Gantang atas kapasiti Timbalan Presiden.Lawatan kerja untuk melihat perkembangan PAS Kawasan Bukit Gantang dan jentera pilihanraya.

Najib pemimpin talam dua muka,depan polis kutuk komunis,tapi dengan Komunis China buat MOU.

Ustaz Idris Ahmad bersama Dato'Adnan Ibrahim,bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Perak,dulu ahli UMNO kini ahli PAS.

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis.

“Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.


Menurut Ustaz Idris Ahmad , rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010.


"Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti."kata Ustaz Idris Ahmad.


Tegas Ustaz Idris Ahmad ,hal ini lebih merbahaya lagi ,apabila Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China.


Dengan ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak.


Kata Ustaz Idris , jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka.


“Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujar Ustaz Idris Ahmad.


Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya.?


“Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?


“Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi.


Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.

Berita Terkini:Jumpa Mat Sabu esok 25 Oktober di Bukit Gantang


Esok 25 Oktober ,Selasa,Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Bukit Gantang akan menganjurkan satu sesi taklimat penerangan PRU 13.Penerangan daripada Haji Mohamad Sabu.

Program bermula pada pukul 5.30 petang,bertempat di Markaz PAS Negeri,Air Kuning Taiping.
Peserta terbuka untuk AJK PAS semua peringkat,janji petugas parti.Jika ahli pun boleh turut hadir untuk mendengar siri penerangan Timbalan Presiden PAS,Tuan Haji Mohamad Sabu. Petugas PAS atau ahli PAS yang berdekatan seperti Taiping,Bagan Serai,Larut,Padang Rengas dan sudah tentu Bukit Gantang dijemput hadir.

Sementara pada sebelah malam,jamuan bersama HJ MAT SABU,kupon derma RM30.00,bertempat di Sungai Tinggi,Jln Pantai Remis,dalam DUN Trong.

Sunday, October 23, 2011

Jangan ganggu Najwa Muhyiddin,anak Timbalan Perdana Menteri.


Lim Guan Eng pemimpin besar.Beliau tidak menggangu karier anak Muhyiddin Yassin, Najwa.Beliau memang layak menjadi Ketua Menteri.Bersikap terbuka dan hanya berlawan politik dengan musuh politik.Malah dia juga layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Lim Guan Eng tidak menyerang anak menteri.Begitu juga beliau tidak bermusuh dengan Najwa Muhyiddin.

Bagi Lim Guan Eng,TPM gagal dari sudut moral dan etika untuk menjadi Perdana Menteri.Sementara DS Najib meminta supaya tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing.Bagi Najib bincang dasar bukannya urusan keluarga.

Satu sindiran Najib kepada Timbalan Perdana Menteri.Mungkinkah ini satu tanda Najib dan Muhyiddin tidak sebulu lagi.

Tiada penduduk miskin,MIC menipu penduduk India Bukit Gantang.

Ustaz Idris Ahmad menyampaikan sumbangan kepada penduduk India beragama Hindu yang miskin.Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar,YDP PAS Bukit Gantang.
Ustaz Idris menyantuni penduduk warga emas.
Ustaz Idris sedang berucap.Antara lain menyatakan PAS membantu penduduk yang memerlukan.Hasil derma masyarakat kepada PAS ,PAS menyalurkan kepada penduduk.Pada kali ini untuk masyarakat India yang akan merayakan Depavali.

Changkat Jering- MIC dan UMNO menipu masyarakat India,dengan menyatakan tidak ada penduduk India miskin di Parlimen Bukit Gantang.

Apabila PAS Kawasan melalui Pusat Khidmat Ahli Parlimen ,meninjau keperluan masyarakat India melalui DHPP Bukit Gantang,rupanya masih banyak penduduk India masih miskin.

Pandangan Awang Selamat,suratkhabar utusan selalu rugi.

Berikut pandangan dangkal Awang Selamat berkaitan fitnah ke atas anak Lim Guan Eng.Otak singkat,otak yang akan merugikan Utusan Malaysia.


Sidang akhbar khas DAP bagi menafikan dakwaan kejadian cabul melibatkan anak Lim Guan Eng yang juga cucu Lim Kit Siang, baru-baru ini, mengundang perhatian besar orang ramai termasuk Awang.


Walaupun dakwaan itu telah disiarkan menerusi beberapa blog terlebih dahulu, perhatian mengenainya tidaklah meluas berbanding selepas penafian dibuat.


Sidang akhbar berkenaan diberikan oleh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan turut dihadiri oleh Kit Siang di lobi Parlimen. Ada yang tertanya-tanya mengapa Guan Eng tidak hadir kerana nama anaknya dikaitkan, yang Ketua Menteri itu mungkin ada sebab dan alasan tersendiri.


Dakwaan mengenai kejadian itu mula panas apabila beberapa blog antaranya papagomo dan novandri mendakwa, kepimpinan DAP cuba menutup satu kes cabul yang mangsanya dipercayai rakan sekelas dan bawah umur.


Memandangkan isu tersebut sudah menjadi perhatian awam dan bagi mengelakkan keraguan, adalah wajar untuk Guan Eng meminta polis menjalankan siasatan menyeluruh.


Setakat penafian, ia tidak memadai bagi membersihkan nama keluarga beliau.


Siasatan itu nanti juga boleh memberikan keadilan kepada semua pihak. Maruah adalah hak asasi semua insan tidak kira anak pemimpin mahupun rakyat biasa.


Lagipun itulah pendekatan DAP selama ini yang agresif menuntut pelbagai bentuk siasatan termasuk peringkat suruhanjaya jika tercetus isu berkepentingan awam.


Malah dalam beberapa kes, rumusan dan ‘hukuman’ telah dijatuhkan terlebih dahulu oleh pemimpin DAP. Ini termasuk kes yang tiada bukti dan siasatan belum pun bermula tetapi digembar-gemburkan bahawa pesalahnya sudah ada.


Awang tidak setuju Guan Eng dan anaknya digambarkan pihak yang bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Itu tidak beretika namanya.


Pada masa yang sama, Awang cuba yakinkan diri bahawa DAP mahu parti itu kelihatan tidak bias. Meskipun melibatkan batang hidung pemimpinnya, mereka tanpa teragak-agak sedia untuk diadili. Siasatan polis adalah jawapannya.

Biar betul UMNO Bukit Gantang anjur kursus PAKA

Penulis mendapat maklumat UMNO Bukit Gantang menganjur kursus PAKA untuk jentera pilihanraya mereka.

Selalunya mereka tidak berkursus terlalu awal.Mereka mempunyai agensi kerajaan untuk membantu.Tapi pada kali ini petugas UMNO diberi latihan.

PAS sewajarnya melihat langkah UMNO ini sebagai satu motivasi untuk meningkatkan kualiti kerja.


Saturday, October 22, 2011

Papagomo tidak ubah seperti haiwan ternakan-Mahfuz Omar


YB Mahfuz Omar menyifat blogger seperti Papagomo tidak ubah seperti haiwan ternakan yang akhirnya akan jadi mangsa penternak itu sendiri sama ada penternak menyembelih ternakan kemudian menjual sebagai barang jualan.

Pada 20 Oktober lalu keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani menimbang untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan PAPAGOMO dalam blognya konon AHMAD Sarbani mempunyai perempuan simpanan.

Timbul persoalan apa kaitan SPRM dengan Papagomo .Bagaimana telefon bombit Allayharham Ahmad Sarbani yang mengandungi gambar rakan anak Allahyarham boleh dimiliki Papagomo.

Telefon bimbit Allahyarham Ahmad Sarbani,dirampas SPRM ketika siasatan SPRM.

Papagomo terkenal dengan berita fitnah dan lucah dalam blognya,tergamak memfitnah pula orang yang telah mati.Semuanya tanpa bersalah dan takutkan azab Allah s.w.t.

Tanpa menghiraukan dosa dan kerukunan sebuah keluarga .

YB Mahfuz Omar juga mempersoal SKMM yang tidak mengambil tindakan ke atas blogger itu .Bagi YB Mahfuz Omar seolah-olah Papagomo mendapat perlindungan undang-undang dan perlindungan pimpinan UMNO.

Beri peluang Papagomo bertaubat:Sejuk dan lazat bersama Tok Guru Nik Aziz.

22 oktober:Penulis sempat mengambil foto Tok Guru seusai Solat Jama'Zohor dan Asar berimam Tok Guru,di Musola KUIZM
Salah satu foto yang diambil sebaik Tok Guru menutup persidangan ICT dan media baru 2011,di Taman Melewar.

Walaupun penulis blog Papagomo tidak suka dengan Tok Guru,penulis berasa seronok berada di majlis Tok Guru ada. Terasa sejuk dan lazat berada bersama Tok Guru.

Teringat pesan Tok Guru,penulis blog perlu berilmu.Berilmu pula ,ilmu yang membawa manfaat.

Beri peluang Papagomo bertaubat,jauhkan disiksa dunia akhirat.

Pagi tadi 22 Oktober ,penulis mengikuti persidangan ICT dan media baru anjuran Jabatan ICT Pas Malaysia.

Nama papagomo disebut kebanyakan pembentang kertas kerja .Apa yang boleh dirumuskan penulis blog seperti Papagomo ,bukan sahaja akan disiksa di dunia tetapi juga di akhirat.

Semuanya kerana penulis Papagomo membawa cerita fitnah,yang terbaru kes "kononnya raba buah dada anak Lim Guan Eng.Penulis seperti Papagomo buat cerita fitnah lucah "liwat 2".

Jadi jika tidak bertaubat dan minta maaf,orang seperti Papagomo akan disiksa di dunia lagi .Apatah jika di akhirat.

Moga-moga penulis pro PR tidak menjadi Papagomo membawa cerita fitnah dan tidak bermoral.Tidak mahu iktiraf ada dosa pahala dan syurga neraka.

Apa yang penulis faham dari ucapan Tok Guru Nik Aziz,jangan jadi Papagomo.

GOMBAK, 22 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.


"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar hari ini.


Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.


Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.


"Penyakit menyebar fitnah perlu diubat kerana ini akan menjadikan budaya ytang tidak sihat di negara ini malah ia akan menjadikan budaya penyebaran fitnah yang tidak berhemah.


"Saya tekankan di sini blogger kena belajar dan mempunyai pengetahuan agama yang kuat, cara ini sajalah yang dapat mengubat penyakit penyebar fitnah di dalam dunia media baru.


"Selain itu pembelajaran kesasteraan juga perlu untuk kita mantapkan penulis ayar ayat-ayat yang kita tulis mempunyai nilai tersendiri serta menarik minat pembaca," sambungnya lagi.


Nik Aziz juga meminta blogger serta pengamal media baru mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman kerana ia juga dapat memberi kesan mendalam kepada penjelasan kepada fitnah.


"Kita perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan dan ini akan memastikan untuk setiap soalan atau fitnah dapat kita perjelaskan kembali dengan cara yang baik, ini akan memberi kesan kepada setiap pembaca.


"Di sinilah yang akan dinilai oleh setiap pembaca dan mereka sendiri yang akan menilai siapa yang betul mahupun tidak dan saya pasti penjelasan yang baik Umno juga akan dapat berubah setelah tidak dapat menimbulkan isu baru kerana penjelasan kita berikan itu," tambah Nik Aziz lagi.


Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan persaingan juga perlu kerana ia mendatangkan kesan kepada apa yang dilakukan dan dapat menimbulkan kebenaran kepada sesuatu perkara.


"Persaingan yang baik akan melahirkan kebenaran kerana isu yang timbul akan dibahas serta pendapat masing-masing dan akhirnya mendatangkan kebenaran yang diterima oleh semua," katanya.


Persidangan yang dianjurkan oleh Lajnah ICT dan Jabatan IT PAS Pusat bersama dengan Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat selama sehari ini meletakkan objektif menyeragamkan pemahaman garis panduan gerak kerja bersepadu facebook atau twitter kepada semua petugas penerangan dan maklumat di semua peringkat.

Ia juga bertujuan mengulangkaji mengemaskini dan mendapat maklum balas status kesediaan keperluan ICT di semua peringkat serta berkongsi pengetahuan berhubung dengan media sosial dan webtv sebagai sumber maklumat alternatif serta mendapat sokongan dan komitmen dari kepimpinan tertinggi PAS untuk melancarkan Jentera Bersepadu Petugas ICT dalam jentera pilihan raya dan penerangan lebih awal sebagai persediaan dalam menghadapi pilihanraya umum nanti.

Friday, October 21, 2011

Patutlah SMS 'waiting' Mat Sabu ada di luar negeri.

Patutlah SMS penulis kepada Haji Mat Sabu,'waiting' .Beliau berada di luar negara. Penulis menghantar SMS kepada Mat Sabu ,untuk urusan kehadiran Mat Sabu ke Bukit Gantang.

Namun ulasannya terhadap undang-undang ala-ISA ke atas Dr Aziz Bari amat menarik.

Profesor kangkung dan mengkangkung dunia akademik,satu istilah baru hasil kebobrokan pemerintahan UMNO.

Bagi penduduk Bukit Gantang ,Hj Mat Sabu akan bersama mereka pada 25 Oktober ,bermula 8.00 malam di Sungai Tinggi ,DUN Trong.

Marilah kita mengikuti pandangan Mat Sabu di bawah.

KUALA LUMPUR, 21 Okt:
Tindakan ala-ISA ke atas Prof Dr Abdul Aziz Bari akan 'mengkangkungkan' lagi dunia akademik negara ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Di negara kita sudah terkenal gelaran 'profesor kangkung' yang diberikan kepada pembodek-pembodek yang berjaya mendapat pangkat besar di universiti-universiti hasil membodek dan kemudian bercakap merapu melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.


"Tindakan UIA (Universiti Islam Antarabangsa) menggantung tugas Dr Abdul Aziz akhirnya akan melengkapkan tindakan menjadikan dunia akademik negara ini sebagai sarang dan dunia professor kangkung," kata beliau.


Mohamad juga menyifatkan tindakan menggantung tugas Dr Abdul Aziz sebagai tindakan ala-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


"Itu tindakan ala-ISA. Dia belum sempat dan tidak diberi peluang yang munasabah untuk membela diri terus digantung.


"Nampak benar kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) ketagih ISA seperti ketagih dadah dan cakap-cakap kononnya hendak hapuskan ISA adalah pembohongan dan helah semata-mata," katanya sambil merujuk dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ISA akan dihapuskan oleh kerajaannya.


Sambil memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama di dalam protes di Masjid UIA membantah tindakan ke atas pakar perlembagaan itu lantaran berada di luar negara, Mohamad berkata tindakan sedemikian sukar dielakkan oleh pelajar dan rakyat yang mahu menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.


"Rakyat yang berkesedaran tidak ada pilihan melainkan menggerakkan lebih banyak protes sedemikian bagi menghalang dunia akademik negara ini menjadi dunia professor kangkung.


"Jika perkara itu berlaku, dunia akademik negara ini pasti menjadi dunia yang sangat hina dan apa maknanya rakyat negara ini menghantar anak-anak mereka ke universiti-universiti?


"Tidakkah berdosa dan mengkhianati ilmu jika menghantar anak-anak belajar kepada professor-professor kangkung yang hina, penjilat dan langsung tidak bermaruah?" kata beliau.

PAS ,batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.


KUALA LUMPUR, 21 Okt: PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951.

Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah.


“Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal.


Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA.


Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam.


Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara.


PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum.


“PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” katanya.


Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu.


“Di manakah Umno dan NGO Umno?” soalnya.


Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh.


Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim.


“Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah,” jelasnya.

Zambry Kadir "adu kuat' dengan Ngeh Koo Ham di mahkamah.

Akhirnya Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham kerana kononnya memfitnah dia.Bagi Zambry peluang telah diberikan kepada Ngeh untuk memohon maaf tetapi tidak diambil peduli.


Ngeh tetap dengan pendirian beliau .Ngeh, yang juga Adun Sitiawan, sebelum ini mendakwa Menteri Besar telah meluluskan tanah seluas 68,503 ekar dan menjual 60,561.75 ekar tanah pertanian atau industri dengan nilai RM375 bagi setiap 0.4 hektar.


Sehubungan dengan itu, Zambry telah meminta Ngeh supaya membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam, bagaimanapun pada Jumaat ,Ngeh bertindak membuat laporan di SPRM Perak meminta siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan.


Ngeh Koo Ham yang mahir undang-undang sudah pasti berkeupayaan melawan Zambry yang hanya doktor falsafah.


Kita nantikan pasukan peguam Zambry,memulakan langkah.Penulis mengucapkan selamat berjuang YB Ngeh Koo Ham.

Sidang media baru untuk menyerang Cybertrooper Umno

Penulis esok akan mengikuti persidangan ICT dan media baru anjuran Jabatan ICT PAS Pusat.Dijangkakan lebih 1,000 orang penggerak ICT dan Media Baru PAS akan berkumpul di Taman Melewar untuk membincangkan persiapan berhadapan dengan cybertrooper Umno bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini.


Dengan sikap kurang ajar ,kurang adab dan kurang ilmu penulis blog pencacai UMNO seperti Dr Novandri dan Papagomo.Persidangan ini amat penting untuk penggerak media baru PAS untuk menyerang balas"kejahatan dan kekejaman" penulis pencacai pro UMNO.


Justeru itu penulis berharap mendapat ilmu "media baru" untuk bersama team PAS melawan kezaliman UMNO .

Thursday, October 20, 2011

UMNO belajarlah dari peristiwa mayat Gaddafi diheret.

UMNO belajarlah dari peristiwa kejatuhan Ghadafi.Pemerintahan zalim lambat laun akan jatuh.

Hal ini satu peringatan kepada UMNO dan BN .Pemerintah tidak boleh memperbodohkan rakyat.Apabila kebangkitan rakyat, tiada senjata yang dapat mengalahkan rakyat .


UMNO tunggulah saat kejatuhan pemerintahan,kerajaan-kerajaan zalim. Begitu juga pimpinan PR belajarlah sesuatu untuk menjaga kebajikan rakyat .Jadilah kerajaan yang tidak menzalimi hukum alam dan fitrah manusia.

Kematian Ghadafi yang tidak diratapi oleh penduduk bumi dan langit?

Tiada kesedihan.Tiada rasa simpati.Pemimpin zalim selalunya mati dalam keaadaan begini.

Jom Nyahkan ISA Samad ,isteri dan Sabri Ahmad

Turut serta 1000 peserta ke persidangan media baru lawan cybertrooper UMNO.

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Ketua Penerangan, Ketua IT dan Penggerak Media Baru serta jawatankuasa berkenaan dijemput menyertai Persidangan ICT dan Media Baru (PIMB2011) pada 22 Oktober ini di Dewan Fadzil Noor, Taman Melewar.


Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucapan perasmian dan penutup program itu.


Pengarah Media Baru Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadli Shaari yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan mengesahkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menyampaikan amanat dan bertemu dengan pimpinan PAS yang menjadi penggerak Media Baru di semua peringkat.


Persidangan bertemakan “Revolusi Teknologi Maklumat Menghadapi PRU-13” melibatkan tiga pembentangan kertas kerja berkaitan dengan ICT dan Media Baru iaitu Dr Muhammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Ismail Salleh, Exco Kerajaan Kedah dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Pengarah Urusan Harakah dengan ucaptama oleh Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin.


Paling menarik adalah diskusi yang melibatkan tokoh akademik dalam bidang komunikasi dan media, Prof Dr. Azmuddin Ibrahim bersama penggiat media, Ahmad Lutfi Othman dan blogger Cina Islam, Drs Khalil Idham Lim sebagai moderator.


Dijangkakan kurang lebih 1,000 orang penggerak ICT dan Media Baru PAS akan berkumpul di Taman Melewar untuk membincangkan persiapan berhadapan dengan cybertrooper Umno bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini.sumber harakahdaily.net

Najib ke Lombok ,Indonesia nak selesai isu kahwin lari?

DS Najib ke Lombok,Indonesia untuk berunding dengan Presiden Indonesia dan pimpinan Indonesia lain.


Mesyuarat tahunan itu diadakan setiap tahun .Dengan tuan rumah secara bergilir. Pada kali ini Lombok dipilih.Mungkinkah Lombok dipilih untuk menyelesaikan kes kahwin lari anak gadis Malaysia?


Harap-harap selepas ini ada berita baik untuk ibu bapa yang anak gadis mereka berada di lombok.

Wednesday, October 19, 2011

Isu ramas tetek:Pengetua SMK Heng Ee , pengetua Cina yang berani.

Tahniah kepada Encik Goon Boon Poh. Pengetua berbangsa Melayu ,ahli UMNO sudah tentu tidak seberani Encik Goon.Encik Goon telah menegakkan kebenaran dan keadilan.Imej yang tercemar dan fitnah yang timbul ,menyebabkan sebuah keluarga boleh porak peranda dan sebuah negeri boleh tumbang.Tapi izin Allah percaturan politik sempit musuh PR gagal.


Walaupun Encik Goon Boon agak lewat untuk membela "budak sekolah"yang dimangsakan.Tindakan ini satu keberanian,yang mendahului pengetua Melayu ahli UMNO.


Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.


Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.


“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,”kata Encik Goon.

Ramas buah dada,UMNO tak mahu undi Cina lagi

UMNO melalui tukang salak mereka semakin kerap menghentam Pakatan Rakyat.Terbaru dengan mensensasikan adegan lucah "ramas buah dada".

Penulis blog yang dikaitkan dengan Umno dikatakan menggunakan gambar palsu bagi memfitnah anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang hanya berusia 16 tahun meramas buah dada teman sekolahnya.

Gambar yang digunakan oleh penulis blog berkenaan dikenalpasti sebagai Anya Sun Corke, 21, seorang warga Britain.Gadis ini langsung tiada kaitan dengan negeri Pulau Pinang dan kerajaannya.

Difahamkan UMNO tidak mengharap lagi undi orang Cina. Mereka memainkan sentimen dan isu sensistif untuk menarik sokongan orang Melayu.Biarkan orang Cina dan pemimpin mereka dibelasah.Sebab itu UMNO boleh menyerang Gerakan dan MCA.

UMNO akan berbuat apa sahaja untuk merayu undi orang Melayu.Pimpinan PAS perlu memecah tembok kekebalan UMNO.PAS perlu ganti UMNO.

Tuesday, October 18, 2011

Jangan ganggu Puma dan Cougar anak Khairy Jamaluddin.

Jangan ganggu Puma dan Cougar ,anak Khairy Jamaluddin,mereka cucu Pak Lah. Budak-budak itu tidak tahu berpolitik.Mereka juga masih mentah.Biar orang politik berlawan hujah bersama orang politik.

“Puma dan Cougar” merupakan nama timbangan digunakan oleh Khairy untuk merujuk dua anak lelakinya .

Biarkanlah UMNO ganggu anak Lim Guan Eng ataupun Si Khairy yang gila nak jadi meneteri itu menulis tentang isu Kampung Buah Dada.

Semalam, Khairy menulis, “mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada.”


Khairy membalas mesej Twitter pemblog pro-Umno PapaGomo.

Pihak polis dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengenai keterlibatan pihak polis dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera.

Ini ekoran satu salinan surat diterimanya baru-baru ini yang ditandatangani bagi pihak Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).


Menurut Mujahid, surat yang diterima daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali itu mengandungi arahan bertarikh 14 September 2011 kepada pegawai awam, kakitangan awam, pesara polis termasuk isteri dan keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menandatangani kempen bantahan terhadap Mohamad.


Malahan format kempen tandatangan turut disertakan dan diminta dikembalikan selewat-lewatnya pada 22 September lalu.


"Maksudnya ini arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan polis.


"Saya bercakap di Parlimen, bukan di kedai kopi. Sebab itu saya minta KDN jawab. Kalau betul tidak ada, saya tarik balik dakwaan ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mujahid sebelum itu membangkitkan tentang surat itu sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.


Dalam perbahasannya, beliau meminta PDRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas dan tidak mencampuri ususan politik.


Beliau seterusnya menunjukkan surat tersebut kepada dewan menyebabkan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bangun membantah diikuti ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sehingga menimbulkan kekecohan dan terpaksa ditenangkan Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Zulkifli malah menuduh Mujahid mencipta sendiri surat tersebut untuk memburuk-burukkan imej polis.

Bercakap pada sidang media, Mujahid tidak menolak kemungkinan bantahan terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu satu tindakan terancang.


"Kes Mat Sabu ini adalah kes betul-betul dirancang untuk menimbulkan masalah.


"Kenyataan Mat Sabu biarlah ahli politik yang jawab. Yang polis nak campur tangan buat apa. Mereka terima laporan sudahlah," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.


Ekoran kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya Ogos lalu bahawa Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan sebenar, pelbagai pihak bangkit menentang dan kira-kira seribu laporan polis dibuat terhadap Mat Sabu.