Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Beban tugas guru dan apakah dapatan kajian - Haji Hadi

Berikut merupakan soalan-soalan daripada Ahli Parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat pada hari Isnin, 11 Jun 2012.
4. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ]  minta  MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut. 

12. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ]  minta  MENTERI PENGAJIAN TINGGI  menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program pertukaran pelajar antarabangsa.

27. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ]  minta MENTERI BELIA DAN SUKAN  menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun untuk menganjurkan Piala Monsun di Terengganu dan adakah kontrak penganjuran Piala Monsun akan dilanjutkan.
28. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ]  minta  PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan  Akademi Undang-undang yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan.   

29. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN  menyatakan berapa banyakkah jumlah  "exposure" Kerajaan di dalam MAS dan Penerbangan Malaysia. 

34. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ]  minta  MENTERI KERJA RAYA  menyatakan mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK-9 lagi.  
35. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dari tuntutan oleh JK Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU ke-13 nanti.  

38. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkan PALAPES dijadikan satu lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir.  

48. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah di seluruh Negara untuk kesemua kategori (mengikut negeri) bagi tempoh Jan 2008 - Mei 2012 serta nyatakan jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan masih tertangguh sehingga kini.

59. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI  menyatakan kos perbelanjaan setiap lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri ke negeri Kelantan sejak memegang jawatan.

81. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ]  minta  MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan mengapa Tun Hanif Omar dipilih sebagai Pengerusi Jawatan kuasa penyiasat BERSIH 3.0 sedangkan beliau jelas berpihak dalam isu ini.

83. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat apa-apa pindaan kepada peraturan pilihan raya khususnya berkaitan peraturan pengundi pos bagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk mengundi secara pos. (Sekarang ini hanya pegawai konsulat, pelajar sepenuh masa dan isteri/ suami kepada pelajar itu sahaja yang boleh mengundi secara pos).


90. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penduduk Bukit Gantang yang terlibat dengan Projek Lebuh Raya Pantai Changkat Jering-Klang, serta berapakah anggaran ganti rugi yang akan dibayar.  
93. Dato' Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ]  minta  PERDANA MENTERI  menyatakan jumlah kuota haji setiap tahun mulai 2008 hingga 2012.

101. Dato' Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ]  minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan mengikut negeri yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2011 dan Q1 tahun 2012 dan senaraikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburan masing-masing.

103. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ]  minta  MENTERI PELAJARAN  menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar- pelajar sekolah.

110. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Peruntukan Khas untuk program J-Qaf telah tidak lagi diberi sejak tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan program ini terpaksa bergantung kepada peruntukan asas per kapita yang sedia terhad itu. Apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini.  

Saturday, October 22, 2011

Papagomo tidak ubah seperti haiwan ternakan-Mahfuz Omar


YB Mahfuz Omar menyifat blogger seperti Papagomo tidak ubah seperti haiwan ternakan yang akhirnya akan jadi mangsa penternak itu sendiri sama ada penternak menyembelih ternakan kemudian menjual sebagai barang jualan.

Pada 20 Oktober lalu keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani menimbang untuk membuat laporan polis berkenaan dakwaan PAPAGOMO dalam blognya konon AHMAD Sarbani mempunyai perempuan simpanan.

Timbul persoalan apa kaitan SPRM dengan Papagomo .Bagaimana telefon bombit Allayharham Ahmad Sarbani yang mengandungi gambar rakan anak Allahyarham boleh dimiliki Papagomo.

Telefon bimbit Allahyarham Ahmad Sarbani,dirampas SPRM ketika siasatan SPRM.

Papagomo terkenal dengan berita fitnah dan lucah dalam blognya,tergamak memfitnah pula orang yang telah mati.Semuanya tanpa bersalah dan takutkan azab Allah s.w.t.

Tanpa menghiraukan dosa dan kerukunan sebuah keluarga .

YB Mahfuz Omar juga mempersoal SKMM yang tidak mengambil tindakan ke atas blogger itu .Bagi YB Mahfuz Omar seolah-olah Papagomo mendapat perlindungan undang-undang dan perlindungan pimpinan UMNO.

Tuesday, October 18, 2011

Pihak polis dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberikan penjelasan mengenai keterlibatan pihak polis dalam kempen tandatangan membantah kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera.

Ini ekoran satu salinan surat diterimanya baru-baru ini yang ditandatangani bagi pihak Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA).


Menurut Mujahid, surat yang diterima daripada seorang individu yang tidak mahu dikenali itu mengandungi arahan bertarikh 14 September 2011 kepada pegawai awam, kakitangan awam, pesara polis termasuk isteri dan keluarga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar menandatangani kempen bantahan terhadap Mohamad.


Malahan format kempen tandatangan turut disertakan dan diminta dikembalikan selewat-lewatnya pada 22 September lalu.


"Maksudnya ini arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan polis.


"Saya bercakap di Parlimen, bukan di kedai kopi. Sebab itu saya minta KDN jawab. Kalau betul tidak ada, saya tarik balik dakwaan ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Mujahid sebelum itu membangkitkan tentang surat itu sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat petang tadi.


Dalam perbahasannya, beliau meminta PDRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas dan tidak mencampuri ususan politik.


Beliau seterusnya menunjukkan surat tersebut kepada dewan menyebabkan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman bangun membantah diikuti ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sehingga menimbulkan kekecohan dan terpaksa ditenangkan Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.


Zulkifli malah menuduh Mujahid mencipta sendiri surat tersebut untuk memburuk-burukkan imej polis.

Bercakap pada sidang media, Mujahid tidak menolak kemungkinan bantahan terhadap Mohamad atau Mat Sabu itu satu tindakan terancang.


"Kes Mat Sabu ini adalah kes betul-betul dirancang untuk menimbulkan masalah.


"Kenyataan Mat Sabu biarlah ahli politik yang jawab. Yang polis nak campur tangan buat apa. Mereka terima laporan sudahlah," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.


Ekoran kenyataan Mat Sabu dalam ceramahnya Ogos lalu bahawa Mat Indera ialah pejuang kemerdekaan sebenar, pelbagai pihak bangkit menentang dan kira-kira seribu laporan polis dibuat terhadap Mat Sabu.

Thursday, October 13, 2011

Ingat Mat Sabu ingat bajet one off, RM3000 untuk bekas tentera.

Dalam pada itu YB Mahfuz Omar juga menekankan kerajaan hanya sedar tentang jasa yang telah diberikan oleh mereka yang telah berjuang setelah perkara tersebut ditimbulkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, jika tidak sudah pasti sehingga sekarang kerajaan tidak akan mengambil serius pembelaan terhadap bekas-bekas tentera yang telah tamat bertugas.


"Disebabkan oleh Mat Sabu baru kerajaan ingin sedar dan memberikan sumbangan bersifat 'One Off' kepada keluarga bekas angkatan tentera malah mengambil berat dengan mereka yang telah tamat berkhidmat." ucap YB Mahfuz di sidang Parlimen


"Tapi apa yang mereka akan dapat jika hanya diberika sumbangan sedemikian dan ia tidak dapat mengubah langsung kedudukan ekonomi mereka. Kita melihat pemandu-pemandu teksi diluar sana kebanyakkan mereka adalah bekas tentera yang telah tamat berkhidmat dan jika kerajaan benar-benar perihatin sepatutnya mereka diberi permit persendirian bukannya membiarkan mereka bekerja dengan syarikat-syarikat teksi tersebut," kata YB Mahfuz Omar lagi.

RM 5 bilion untuk PLKN tapi gagal buah hasil-Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan menghentikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilihat gagal membuahkan hasil positif kepada negara selain dapat mengurangkan defisit negara.


Beliau semasa membahas Belanjawan 2012 di Parlimen hari ini berkata, sepatutnya kerajaan mengemaskan intitusi pendidikan dengan menerap balik subjek yang diajar di PLKN bukannya melaksanakan program tersebut.


"Peruntukan sebanyak RM5 bilion yang digunakan untuk PLKN sepatutnya diserap kepada sekolah-sekolah atau membina lebih banyak sekolah-sekolah teknikal dan serapkan juga pelajaran yang diajar ke sekolah dan dengan cara ini penjimatan dapat dilakukan.


"Bagi saya peruntukan yang besar dibelanjakan itu amat merugikan kerana kita tidak nampak hasil yang diperolehi, ia bukan satu angka yang kecil malah saya mendesak agar kerajaan menutup PLKN dengan secara tidak langsung defisit negara dapat dikurangkan," jelasnya.


Tambahnya lagi melalui perancangan yang terancang dilakukan pada awal persekolahan akan lebih baik dari apa yang dilakukan pada program PLKN itu.


"Jika program selama tiga bulan itu berjaya dilakukan dalam membaiki jati diri remaja sepatutnya ia diserap ke dalam alam persekolahan lebih awal lagi bukannya melalui PLKN dengan ini peruntukan yang besar itu boleh digunakan untuk manfaat bagi sektor lain juga selain menaikkan martabat persekolahan," katanya

Thursday, October 6, 2011

Mana pergi DS Nizar semasa pengundian Akta Kg Baru 2011?.

Maaf penulis setakat ini tak dapat maklumat ,kenapa DS Nizar tidak mengundi semasa undi belah bahagian dilaksanakan untuk Akta Kg Baru 2011.

Jika bertemu DS Nizar penulis akan bertanya kepada DS Nizar.Bagi mereka yang bertemu DS Nizar nanti ,bolehlah bertanya terus kepada wakil rakyat Bukit Gantang itu.

Maaf.penulis sememangnya tidak tahu .

Salah sendiri.Pakatan Rakyat gagal sekat rang undang-undang Kg Baru 2011

Dahulu Ahli Parlimen PR gagal menyekat usul pembentangan bajet 2011 .Sekali lagi Ahli Parlimen PR tidak menunjukan komitmen untuk menghalang usul atau menyekat rang undang-undang yang tidak membantu rakyat.


Jelas sekali, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian.


Undian itu yang diminta sendiri oleh pihak PR melalui Dr Hatta Ramli menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.


Undian belah bahagian dibuat dibenarkan oleh Tuan Speaker setelah Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mengemukakan usul itu kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang kemudiannya membenarkan undian itu selepas berpuas hati usul itu memenuhi syarat Peraturan Mesyuarat yang memerlukan persetujuan 15 anggota parlimen.

Berikut senarai Ahli Parlimen yang tidak hadir atau tidak mengundi sewaktu Pandikar Amin Mulia membenarkan undian.

Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)
Kedah
P14 - Merbok - Rashid Din (PKR)
P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR)
P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS)

Kelantan
P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS)
P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS)
P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS)
P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR)
P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR)
P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Terengganu
P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS)
P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS)

Penang
P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR)
P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP)
P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP)
P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP)
P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP)
P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP)
P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP)
P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP)

Perak
P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS)
P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)
P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP)
P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket
P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP)
P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP)
P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR)

Pahang
P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR)

Selangor
P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS)
P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR)
P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP)
P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP)
P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR)
P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP)
P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR)
P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR)
P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)

Wilayah Persekutuan
P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP)
P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR)
P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP)
P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP)
P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR)

Negeri Sembilan
P128 - Seremban - John Fernandez (DAP)
P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP)
P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR)

Sabah
P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP)

Sarawak
P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP)
P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP)

Sementara itu Ahli Parlimen Pas yang hadir dua orang Naib Presiden PAS,YB Mahfuz Omar dan YB salahudin Ayub.

Turut hadir,Ketua Dewan Muslimat YB Siti Zailah dan Timbalan Dr Siti Mariah. Ahli Parlimen lain ,Mohd Firdaus bin Jaafar,Mohd Hayati Othman,Che Uda Che Nik,Khalid Samad,Wan Abd Rahim Wan Abdullah,Muhammad Husin,Che Rosli Che Mat dan YB Mohd Nasir Zakaria.

Tuesday, April 13, 2010

Sidang Parlimen-14 April:Soalan Lisan Ahli Parlimen PAS

4. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kementerian memenuhi keperluan sekolah di setiap kawasan khususnya di kawasan perumahan baru seperti di Seksyen U10 Shah Alam. Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan keperluan di sesuatu kawasan.

10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang yang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas seperti yang didakwa oleh laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

14. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah warganegara asing yang telah diberi Visa Pelawat (VOA) semenjak 2005 - 2009, nyatakan secara terperinci mengikut negeri dan bangsa dan berapa ramaikah yang hilang bila sampai tempohnya dan apakah jenis tindakan yang telah diambil.

16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit kencing manis yang direkodkan dua bulan selepas kenaikan harga gula di pasaran negara awal tahun ini.

32. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan.

36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) langkah-langkah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi meminimumkan impak sekiranya GST dilaksanakan; dan
(b) dengan model industri air yang baru, adakah ia dijangkakan dapat mengurangkan tarif air khususnya di samping meningkatkan tahap ‘efficiency’ syarikat operasi air dan mengurangkan tahap "Non Revenue Water" /NRW.

40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan prosedur pemberian lesen kepada klinik-klinik pergigian dan perubatan serta berapa peratus klinik-klinik ini yang beroperasi secara berdaftar dan berapa banyak pula tidak berdaftar dengan Kementerian.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes yang ditangani oleh One-Stop-Crisis-Centre (OSCC) di seluruh negara dan peratusan jenis-jenis kes yang didaftarkan.

60. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang dilakukan terhadap tanggapan sesetengah pihak yang menganggap Mahkamah Syariah lemah dan ada usaha untuk mengembalikan semangat Artikel 121 kepada asalnya dengan membuang pindaan 121 (1A).

64. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk memastikan Wasi terhadap amaun yang disimpan (contoh KWSP) melaksanakan tanggungjawab secara adil agar tidak berlaku kezaliman kepada pewaris yang lain.

67. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa masih berlaku masalah bekalan ubat tidak mencukupi di hospital-hospital daerah, apa punca dan langkah-langkah mengatasinya bagi membuktikan Kerajaan
mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Monday, April 12, 2010

Parlimen 13 April-Soalan Lisan Ahli Parlimen PAS

4. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah hasil dari kutipan saman trafik bagi negeri Kelantan dari tahun 1995 hingga 2010

6. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana sehingga kini tidak wujud kesungguhan ke arah menggunakan bahan bakar diesel yang berkualiti, lebih efisien, bersih dan mesra alam serta dipiawai dengan peraturan (sets of regulation), dengan negara-negara Eropah terus memaju penggunaan Euro4 atau Euro5 tetapi kita masih dengan Euro2.

12. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah visa bekerja musim haji 2009 yang diperuntukkan kepada Tabung Haji oleh Kerajaan Arab Saudi telah diberikan kepada bukan staf atau bukan pekerja Tabung Haji.

18. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keuntungan atau kerugian anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji sejak 5 tahun yang lalu.

28. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian apabila stesen TV swasta yang menyiarkan berita berupa fitnah dan tohmahan kepada tokoh-tokoh dan individu tertentu.

32. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status pembangunan lereng bukit di Hulu Kelang dan apakah langkah-langkah pengawalannya.

40. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada SYABAS demi
meringankan beban rakyat. Adakah Kerajaan Pusat membantu usaha ini. Sekiranya 'ya' bagaimana.

44. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan SPR untuk melaksanakan tempoh bertenang selama 2 hari sebelum hari mengundi, apakah kaedahnya adakah meliputi semua bentuk kempen termasuk melalui
media cetak dan elektronik serta Internet.

51. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan langkah Kerajaan China yang telah menghantar nota diplomatik kepada Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia meningkatkan penguatkuasaan di pintu-pintu keluar dari negara ini untuk menghalang percubaan menyeludup dadah dari negara ini ke negara-negara luar, terutama China. Apakah tindakan Kerajaan terhadap perkara tersebut.

52. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa pada tahun 2009 yang lalu negeri Kedah telah mencatat RM 1.837 bilion pelaburan dan MIDA telah meletakkan Kedah di tempat ke-5 besarnya jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini.

54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bangunan dan kemudahan awam serta mercu tanda yang dibina oleh Kerajaan dan Swasta seperti Menara Telekomunikasi, Masjid, Terminal Bas & Teksi, Dewan Bedah Hospital, Makmal Komputer, Dewan Sekolah, Stadium, Pusat Akuatik, Lapangan Terbang, Taman Tamadun Islam, dan sebagainya yang didapati rosak, bocor, mendap, runtuh dan diarah tutup di Negeri Terengganu. Sila nyatakan mengapakah perkara ini boleh berlaku.

57. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rasionalnya Kementerian membatalkan hari persekolahan ganti pada 6 Februari 2010 dan mengarahkan para guru di Kedah hadir ke program Juara Rakyat yang diadakan di Kota Seputih pada tarikh tersebut.

60. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi Kementerian mengenai projek-projek perumahan terbengkalai yang tidak dapat diselamatkan dan menjadi punca masalah kesihatan serta sarang penagih dadah.

66. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan untuk membiayai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan dan mengapakah JPP tidak diwujudkan di semua negeri-negeri.

73. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) langkah-langkah segera yang diambil bagi mempromosi tanaman stevia sebagai punca gula alternatif ekoran dari kenaikan harga gula baru-baru ini; dan
(b) sejauh mana kejayaan usahawan kecil dalam mengeluarkan dan memasarkan gula stevia.

Sunday, April 11, 2010

Dewan Rakyat:Soalan Jawapan Lisan Ahli Parlimen Pas

4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan berapakah bangunan-bangunan yang terbiar dan tidak digunakan di sekitar Kuala Lumpur dan apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.
6. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa projek pembinaan lebuh raya Durian Burung-Kupang, amat lambat proses pembinaannya dan kadangkala terhenti terus terutamanya di daerah Sik. Bila projek ini dijangka dapat disiapkan.

24. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah tender terbuka sepenuhnya bagi semua projek Kerajaan akan dilaksanakan.

34. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes yang ditangani oleh OSCC (One-Stop-Crisis-Centre) di seluruh negara semenjak ditubuhkan sehingga 2009, peratusan jenis-jenis kes yang didaftarkan dan peratusan kes yang berjaya didakwa ke mahkamah.

36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) adakah langkah menaik tarif kepada pengguna (yang selalu disandarkan/mengambil alasan "fuel cost" yang meningkat) merupakan langkah yang paling mudah oleh TNB/Kerajaan bagi membiayai reserve margin yang tinggi (47 peratus); dan
(b) adakah Kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad bersedia melaporkan kenaikan tarif (model tarif) dan penggunaan lebihan tarif tersebut kepada Parlimen.

40. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar Kerajaan bercadang hendak menggantikan sistem undi pos yang diamalkan sekarang dengan sistem Pengundian Awal (Advance Voting) sekiranya benar nyatakan dengan jelas kaedah dan sistem pengundian tersebut.

51. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan pembinaan rumah oleh Kerajaan untuk dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri di Jalan Persiaran Mahameru yang menelan belanja besar seperti yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dalam persidangan yang lalu untuk memberi jawapan bertulis dan sehingga sekarang masih belum ditunaikan. Berapakah kos sebenar pembinaan rumah tersebut.

53. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah kereta Proton Exora dan Perodua Alza yang berjaya dijual sejak ia dilancarkan bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa; dan
(b) sejauh mana ia dapat bersaing dengan kereta-kereta MPV dan SUV keluaran antarabangsa.

60. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan strategi pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur untuk memastikan pemilikan Melayu/Bumiputera kekal.

68. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah perbezaan pandangannya dengan pandangan Pegawai Khasnya, Datuk Nasir Safar yang dilaporkan menuduh kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah malah orang-orang Cina, terutama wanita, datang ke sini untuk menjual tubuh.
70. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bercadang untuk memastikan kewajipan logo halal diperluaskan kepada bidang penerbitan filem dan drama yang kelihatan semakin dicemari unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam.

Tuesday, April 6, 2010

Dewan Rakyat-7 April -Program Bantuan Tusisyen oleh DS Nizar

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah Kementerian membuat pemantauan kepada pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen kerana terdapat banyak rungutan daripada ibu bapa terutama di Parlimen Bukit Gantang bahawa pelaksanaan program ini hanya sekadar melepas “batuk di tangga”.

16. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan cadangan sebuah universiti al-Quran di negara ini.

18. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada pemantauan ada dibuat terhadap prosedur-prosedur keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri, bot-bot kecil untuk ke pulau-pulau dan peralatan rekreasi seperti jet ski dan sebagainya.

22. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebabnya syarikat pengurup wang atau money changer yang tidak ada lesen untuk menghantar wang atau melakukan 'remittance of funds' khususnya ke luar negara dengan jumlah yang agak besar, sangat disukai oleh golongan VIP meskipun banyak terdapat institusi-institusi kewangan yang dilesenkan untuk penghantaran terdapat secara sah atau legal.

32. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah OSCC (one stop crisis centre) telah diwujudkan dan hasil yang rakyat peroleh daripada OSCC ini serta penyelesaian masalah yang boleh diperoleh daripadanya.

34. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci perkembangan projek tanaman Kenaf sehingga sekarang. Berapa luas kawasan yang telah ditanam, berapa ramai petani yang terlibat dan syarikat yang turut menjayakan projek ini.

40. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang dimainkan oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi sensitiviti agama di negara ini di mana kebelakangan ini ternyata telah cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula hubungan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri dalam Malaysia. Tidakkah sampai masanya hubungan ini dipertingkatkan bagi memenuhi semangat federalisme.

47. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes kanak-kanak yang didera oleh ahli keluarga (seperti ibu/ayah) yang terdekat dan berapa kes yang berjaya didakwa di mahkamah.

53. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah duta negara yang bukan pegawai Kerajaan sepenuh masa dan di negara-negara manakah mereka ditempatkan.

60. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Mahkamah Khas Syariah yang membicarakan kes-kes tertentu dan rumit di Mahkamah Syariah. Jika ya, bagaimanakah struktur Mahkamah Syariah itu nanti.

67. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci butiran peruntukan khas untuk Parlimen Rantau Panjang melalui JPP Kelantan yang telah dan akan dilaksanakan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

70. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan semua parti politik bersabit perubahan-perubahan peraturan-peraturan pilihan raya.

Sunday, March 21, 2010

Sidang Parlimen:Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan

6. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik.

12. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah program 'harm reduction' untuk pencegahan jangkitan HIV/AIDS semenjak program ini dimulakan dan sejauh manakah keberkesanan program- program ini.18. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan 17 syarikat Kerajaan (GLC) yang akan dilepaskan pegangannya oleh Kerajaan kepada pihak swasta dan nyatakan rekod keuntungan syarikat tersebut untuk tempoh 10 tahun terakhir.

22. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar Kerajaan terhadap pembangunan kuasa nuklear oleh Iran.

44. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah Kementerian memotong peruntukan makanan para pelajar yang tinggal di asrama sekolah pada hari Jumaat / Sabtu dan Ahad, sejauh mana beban perbelanjaan yang dipikul oleh Kerajaan di hari-hari tersebut.

56. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris selepas PPSMI dihapuskan.

59. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah sebenarnya bilangan keluarga isi rumah kemiskinan tegar di seluruh negara sehingga 2009, nyatakan mengikut negeri dan kaum serta langkah positif untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong tersebut menjelang akhir 2010.

63. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) sejauh mana fungsi penjanaan IPP Bakun dan IPP hidroelektrik baru di Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu; dan
(b) adakah ia bakal digunakan untuk menggantikan IPP yang sedia ada yang bakal tempoh "power purchase agreement" nya tamat.

64. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila Kerajaan akan melaksanakan jalan 175 Jalan Persekutuan dari Batu Seketul ke Gulau yang telah tertinggal dalam pembinaan Jalan Raya Beris dari Telaga Batu ke Batu Seketul dan sambungan ke Lebuh raya Durian Burung- Kupang. Jalan 175 ini amat penting dan pelengkap kepada kedua-dua jalan raya tersebut.

65. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejak PKLN diwujudkan pada tahun 2004 hingga kini, puluhan ribu pelatih telah di lahirkan. Apakah mekanisme untuk memantau serta langkah susulan (follow up) bagi memastikan bekas-bekas pelatih ini menjadi warga negara yang hebat.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan mediamedia seperti Utusan Malaysia tidak mencetuskan isu perkauman yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Wednesday, March 17, 2010

Kos Penyelenggaraan Kapal Selam RM270 juta – RM600 juta

Sidang parlimen 17 Mac 2010

Menteri Pertahanan: Kos Penyenggaraan Kapal selam RM270 juta – Soalan 2. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan alasan KD Tunku Abdul Rahman, yang pertama dan satu-satunya kapal selam di Malaysia tidak boleh menyelam di bawah air dan kos pembaikan dan mengapa kurang upaya ini tidak ditemui sebelum Malaysia menerima penghantaran kapal selam tersebut. [ 17 Mac 2010 ]


Menurut Menteri Pertahanan kos untuk penyenggaraan Kapal Selam Scorpene KD Tunku Abdul Rahman dianggarkan sebanyak RM270juta, tetapi pengumuman yang dibuat oleh Syarikat Boulstead di Bursa KL diletakkan kos penyenggaraan sebanyak RM600juta. Bila diajukan oleh MP Selayang kepada Menteri Pertahanan beliau mengatakan itu adalah harga kos syiling.

Sunday, March 14, 2010

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian


  • JABATAN PERDANA MENTERI:
    PKR
    - Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)

    Pas - Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)

    DAP - Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

    KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
    PKR – Johari Abdul (Sungai Petani) Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

    KEMENTERIAN KEWANGAN:
    PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak) Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor) DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

    KEMENTERIAN PERTAHANAN:
    PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang) Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

    KEMENTERIAN PELAJARAN:
    PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau) Pas – Che Uda Che Nik (Sik) DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

    KEMENTERIAN KERJA RAYA
    PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang) Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena) DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)

    KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
    PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota) Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) DAP – Jeff Ooi (Jelutong)

    KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
    PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang) Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)

    KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
    PKR – Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) Pas – Khalid Samad (Shah Alam) DAP – Tan Kok Wai (Cheras)

    KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
    PKR – Rashid Din (Merbok) Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

    KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
    PKR – Chua Tian Chang (Batu) Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap) DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)

    KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
    PKR – William Leong (Selayang) Pas – Dr Mohd Hatta Ramli DAP – Teresa Kok

    KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
    PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah) Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling) DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)

    KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
    PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah) Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena) DAP – Teo Nie Ching (Serdang)

    KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
    PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat) Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh) DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)

    KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
    PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)

    KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
    PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

    KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
    PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh) Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) DAP – M Manogaran (Telok Intan) KEMENTERIAN LUAR NEGERI
    PKR – Sivarasa Rasiah (Subang) Pas – Kamarudin Jaffar (Tumpat) DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)

    KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
    PKR – Tan Tee Beng (Nibong Tebal) Pas – Mohd Firdaus Ja’afar (Jerai) DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)

    KEMENTERIAN KESIHATAN
    PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng) Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang) DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)

    KEMENTERIAN PELANCONGAN
    PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar) Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

    KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
    PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju) Pas – Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa) DAP – Lim Lip Eng (Segambut)

    KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
    PKR – Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu) Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)

    KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
    PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai) Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)

Orang Islam ditangkap berjudi premis Magnum 4D dan Sport Toto-Apa Zulkifli Nordin Buat!

PERTANYAAN JAWAB LISAN BAGI SOALAN NO: 27 pada 11 November 2009

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria (Padang Terap) minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil terhadap umat Islam yang terlibat di dalam perjudian lumba kuda dari 2004 hingga 2008 di negeri Pulau Pinang, Perak dan Kuala Lumpur.

Jawapan oleh (Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tidak ada umat Islam yang ditangkap dan disabitkan di atas kesalahan judi lumba kuda pada tahun 2004 hingga tahun 2008. Jenis kesalahan berjudi yang dicatatkan adalah melibatkan orang Islam yang membeli tiket judi atau berada di premis judi seperti di premis judi Magnum 4D dan Sport Toto.

Di Wilayah Persekutuan, seramai 106 orang Islam ditangkap kerana kesalahan berjudi dari tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah itu, seramai 20 orang ditangkap pada tahun 2004, 10 orang pada tahun 2005, 52 orang pada tahun 2007 dan 19 orang pada tahun 2008.

Di Pulau Pinang pula, seramai 142 orang Islam ditangkap kerana kesalahan berjudi pada tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah itu, seramai 26 orang ditangkap pada tahun 2004, 18 orang pada tahun 2005, 38 orang pada tahun 2007, 60 orang pada tahun 2008, dan tidak ada tangkapan dilakukan pada tahun 2006.

Manakala di Perak, seramai 638 orang Islam ditangkap kerana kesalahan berjudi pada tahun 2004 hingga 2008. Daripada jumlah itu, seramai 20 orang ditangkap pada tahun 2004, 208 orang pada tahun 2006 dan 410 orang pada tahun 2007 dan tidak ada tangkapan dilakukan pada tahun 2005 dan 2008.

Sekian, terima kasih.

117 orang Pengarah beragama Islam terlibat dalam syarikat berkaitan Arak-Satu fakta Ibrahim Ali Tak Nampak!

Pertanyaan Jawab Lisan Dijawab Bertulis Bagi Soalan No 38 pada 11 November 2009

Dr. Haji Mohd Hayati bin Othman ( Pendang ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah orang-orang Islam yang terlibat sebagai Pengarah syarikat berkaitan arak clan judi di dalam Negara Malaysia.

Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat 117 orang Pengarah syarikat berkaitan arak yang beragama Islam dan tiada orang-orang Islam yang terlibat sebagai pengarah syarikat judi di negara ini

Wednesday, December 9, 2009

PARLIMEN 10 DISEMBER SOALAN MP PAS

Soalan No. 14. Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan asas tuduhan seorang Menteri Kabinet mengenai IPT dalam negara yang mengeluarkan Ijazah PHD secara tidak mengikuti proses akademik.

Soalan No. 21. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan satu persatu projek-projek yang telah dibekukan akibat krisis ekonomi mengikut negeri-negeri dan nyatakan kategori dan jenis projek.

Soalan No. 22. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) senarai projek pertanian yang diluluskan dan dilaksanakan melalui peruntukan RM100 ribu yang diagihkan kepada Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di daerah Kerian; dan
(b) rasional pelantikan Ketua Parti Komponen Barisan Nasional menerajui Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Pakatan Rakyat dan mengapakah wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) tidak dilantik menganggotai MPPP.

Soalan No. 23. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kerugian harta benda, jumlah kes kematian dan jumlah bantuan bencana banjir di Rantau Panjang sepanjang 10 tahun. Apakah Kerajaan tidak bercadang untuk membina sistem tebatan banjir di tebing Sungai Golok bagi permasalahan tersebut.

Monday, December 7, 2009

Parlimen 9 Disember 2009-Soalan MP PAS

Soalan No. 14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil oleh pengurusan UiTM berikutan aduan kes pencabulan kehormatan mahasiswi UiTM di asrama UiTM dan berapakah jumlah kejadian pencabulan seperti itu di UiTM.

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak

4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan Institusi Penyelarasan Undang-undang Syariah antara Negeri-negeri dari sudut pencapaiannya yang terkini serta apakah jaminan supaya undang-undang syariah dan Institusi Syariah dipelihara dan tidak dibiarkan tanpa memelihara kedaulatannya dan kesuciannya sebagai undang-undang yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan

Soalan No. 23. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai bidang tugas pegawai JPP di Negeri Pakatan Rakyat di dalam usaha menyatukan rakyat di dalam konsep 1 Malaysia serta tahap kerjasama mereka dengan kerajaan negeri-negeri tersebut.

Soalan No. 27. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama-nama syarikat yang mempunyai perjanjian pengeluaran dengan Petronas bagi Telaga Bergading, Lawit, Bintang dan telaga dalam kawasan JDA dan jumlah cukai yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat ini kepada negara kita sehingga tahun ini.

Soalan No. 38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaitan Konsep 1 Malaysia dengan 1 UMNO seperti yang dinyatakan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Kota Bharu baru-baru ini.

Wednesday, December 2, 2009

DS Nizar bertanya Rais Yatim kenapa Sambutan Kemerdekaan Hambar


10. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pelaksanaan sistem e-voting yang dilaksanakan di dalam pilihan raya kampus tidak bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

12. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah peruntukan dalam bentuk geran disediakan sebagaimana dinikmati Indah Water Konsortium (IWK) untuk membangunkan prasarana pembetungan di negeri Kelantan kerana negeri itu tidak pernah mendapat kemudahan seperti itu sebelum ini.

Soalan No. 22. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengemukakan kertas putih mengenai penggunaan wang sebanyak RM253.6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan dari tahun 2004 hingga 2009 seperti yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Soalan No. 23. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan dalam menyambut kemerdekaan yang ke 52 baru-baru ini, kenapakah sambutan dari rakyat amat hambar sehingga jumlah yang mengibarkan Jalur Gemilang cukup berkurangan. Jika benar, apakah punca sambutan yang hambar itu dan sikap tidak ambil peduli tersebut.

Soalan No. 26. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkembangan terkini pengeluar kereta Malaysia (Proton dan Perodua) terutama selepas Pakej Perangsangan diberi kepada pembekal komponen kereta dan pengeluar kereta Malaysia.

Soalan No. 29. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah kajian telah dijalankan secara mendalam terhadap kesan menaikkan harga minyak RON97 pada 1September lalu. Sekiranya ada, apakah kesannya terhadap pengguna.

Soalan No. 32. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis yang bertugas dan jumlah kes pergaduhan yang dilaporkan dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir baru-baru ini berbanding dengan pilihan raya kecil (Manek Urai, Penanti, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pauh dan Kuala Terengganu).

Soalan No. 36. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam isu penyiaran dokumen kabinet memorandum Menteri Kewangan bagi projek PKFZ yang disiarkan laman web 'Malaysia Today'.

Monday, November 30, 2009

Sidang 1 Disember- Soalan Untuk Jawapan Lisan MP PAS

4. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah tindakan Kementerian seterusnya kepada pihak CELCOM (M) Sdn. Bhd. yang sehingga hari ini gagal mematuhi arahan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk merobohkan menara telekomunikasi yang terletak di Lot 2778, Taman Jati Indah, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.

10. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah bentuk kerjasama dan usaha yang diberikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Projek Mega Kerajaan Negeri Kedah iaitu projek penapisan minyak 'Hub Hidrokarbon (SULIHH)' di Sungai Limau Yan, Kedah untuk menarik pelabur luar sebanyak mungkin.


Soalan No. 21. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah cadangan pembentukan Majlis Pembangunan Pertanian kawasan Parlimen dilaksanakan dan berapakah jumlah kawasan Parlimen yang telah ditubuhkan majlis tersebut.

Soalan No. 24. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mempertingkatkan hubungan dua hala khususnya dalam usaha memperkukuhkan hubungan di antara negara-negara ASEAN.

Soalan No. 35. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah polisi DBKL dalam penjualan rumah-rumah PPR kepada penduduk yang sedia ada dan juga pihak lain yang mungkin layak serta bagaimana dengan PPR Jelatek yang merupakan pemindahan dari Kampung Bumiputera dan lain-lain adakah mereka akan diberi hak untuk membeli unit-unit tersebut, begitu juga bagaimana dengan kedudukan PPR Sri Perlis 1 dan 2.

Soalan No. 37. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah rasional melanjutkan kontrak Ketua Setiausaha Negara setelah tempoh lanjutan kontraknya selama dua tahun berakhir pada Jun ini. Tidakkah langkah perlanjutan seperti ini menghalang peluang pegawai-pegawai lain dalam sektor awam sekali gus mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan mereka yang boleh menjejaskan produktiviti.

Soalan No. 42. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk menyelamatkan wang rakyat setelah mendapati projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) tidak berdaya maju setelah dilaksanakan dan kos projek telah meningkat kepada RM4,632,000,00 berbanding kos asal projek sebanyak RM1,088 bilion.