Friday, July 23, 2010

DS Nizar programnya selalu ditanya SB?

Semasa kita menjadi sebahagian Pasukan Sekretariat Ahli Parlimen Bukit Gantang Allahyarham Hj Roslan Shaharum,kita langsung tidak ditanya pihak berkenaan khususnya SB pergerakan Allahyarham.

Tetapi apabila kita membantu Pasukan Sekretariat Ahli Parlimen di bawah DS Nizar,pergerakan DS Nizar menjadi minat pihak berkenaan.

Seringkali bertanya aktiviti DS Nizar di Bukit Gantang.Kadang-kadang soalan bentuk perangkap dan kita biasanya meminta mereka bertanya YDP Bukit Gantang,Ketua Kita Ustaz Nordin Jaafar.

Kita tahu mereka menjalankan tugas, kita juga menjalankan tugas parti dan membantu pihak Sekretariat mengurus DS Nizar bertemu rakyat.

Setakat hari ini perkembangan amat menarik ,orang Melayu khususnya dalam Parlimen Bukit Gantang masih bersama kita.Walaupun UMNO membuat fitnah tentang Nizar,isu Melayu,penduduk di sini tidak termakan.Mereka tahu siapa yang jual Kilang Simen Perak Hanjong,Padang Rengas ,mereka juga tahu siapa yang hadiah pulau Pangkor Laut dekat Vincent Tan,Mereka juga tahu tanah Malay Reserve dekat Segari yang belum berganti.

Terima kasih kepada agensi kerajaan masih terus bersikap profesional meringgankan beban kerja Ahli Parlimen.

No comments:

Post a Comment