Saturday, July 17, 2010

Maaf Maya Karin Kami Juga Bersedih



Pelakon Maya Karin,31, telah bercerai talak satu dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose.


Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain telah mengesahkan perceraian Maya Karin dangan Muhammad Ali selepas pasangan tersebut hadir di hadapannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu.


Maya dan Muhammad Ali berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.


Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.


Kami juga turut bersedih dengan Maya yang kini telah bertudung.Dalam keadaan bertudung Maya telah becerai dengan Muhammad Ali.


Kita mengharapkan bekas suami Maya akan terus mendalami agama Islam .Dengan cantuman dua nama besar dalam Sirah Nabi,nama sempena nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Ali dapat memberi kekuatan kepada Muhammad Ali.Moga-moga dapat isteri soleha.Begitu Maya agar dapat juga bertemu jodoh dengan orang yang soleh dan beriman.


Maaf Maya kami juga bersedih yang amat sangat.Amat sedih kerana kerajaan seperti Penyamun Tarbus merompak pada waktu malam.Mengumumkan kenaikan harga minyak pada lewat 12.01 tengah malam.Waktu itu kami sedang nyenyak tidor.


Maaf Maya kami juga bersedih denganmu,tetapi kesedihan kami amat panjang.Kerajaan tidak mengumumkan kenaikan harga barang dalam persidangan parlimen baru -baru ini.


Maaf Maya kami juga turut bersedih ,keranamu tidak mempunyai zuriat untuk mendapat biasiswa kerana lulus sPM 9A+.Kami berbangga kerana SEORANG anak bangsa kami di SMK Matang dalam DUN Kuala Sapetang dapat biasiswa JPA.


Maaf Maya kami tidak bersamamu untuk mendengar berita perpisahan itu.Tetapi kami lagi bersedih dalam saat untuk menghadapi bulan Ramadhan Almubarak ,kerajaan memberi hadiah kepada kami"kenaikan harga barang"


Namun, mu Maya boleh berhujah di Mahkamah Syariah,kami, wakil rakyat kami DS Nizar tidak boleh berbahas untuk mengemukakan usul menolak kenaikan harga barang di Parlimen.


Maaf,Maya Karin kami juga bersedih.


No comments:

Post a Comment