Saturday, July 24, 2010

PLKN wujud, kes buang bayi dan anak luar nikah makin banyak?

Kewujudan PLKN sejak tahun 2003 kelihatan tidak memberi kesan kepada anak muda.Kes pembuangan bayi dan anak luar nikah pula semakin meningkat seolah-olah seperti bencana negara.

Setiap tahun kerajaan membazirkan RM 500 juta untuk program PLKN. Apa yang kita diberitahu program ini disertai banyak remaja yang bermasalah ,merekalah yang lebih berani untuk merempit apabila tamat tempoh PLKN.

Tempoh tiga bulan untuk membangkitkan patriotisme pemuda-pemudi menjadi tidak berkesan.Tiga bulan mana mungkin membentuk semangat nilai positif diri pelatih.Jika PLKN ditubuh untuk membentuk semangat integrasi kaum,nampak benar selama 11 tahun mereka di bangku persekolahan Kementerian Pelajaran tidak berjaya merubah golongan muda.

Program PLKN menguntungkan mereka yang rapat dengan pemerintah.Syarikat pembekal makanan,pembekal pakaian seragam,pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem dan selenggaraan kem.

Alangkah baik peruntukan RM500 juta itu diberi kepada persatuan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam,Kadet Remaja Sekolah,Pasukan Pengakap,Pasukan Bulan Sabit Merah,Pasukan Pandu Puteri,St John Ambulans dan Pasukan Kadet Polis .

Sudah tentu ,Unit Uniform itu mampu membina jati diri pelajar dan mengatur pelbagai program mendidik generasi muda dengan mempunyai peruntukan atau dana daripada kerajaan.

Kita rasa PLKN perlu dimansuhkan,kerana kita tidak melihat objektif PLKN ini telah tercapai .

1 comment:

  1. saya tak setuju andai plkn dimansuhkan.. jangan tengok yang negatifnye sahaja.,.tengok jugak yang positifnye.. sye merupakan salah seorang bekas peserta plkn tahun 2004 siri pertama kumpulan pertama.. kes buang bayi tidak boleh dikaitkan ngn plkn..sebelum kewujudan plkn lagi..banyak juga kes buang bayi yang disiarkan.tapi ianye tidak mendapat liputan yang meluas.. sye sangat tidak bersetuju kalau cikgu din cakap yang plkn tu tidak mendatang apa-apa faedah kepada peserta.. cikgu belom nampak objektif plkn ni tercapai kerana cikgu tidak menilai dengan mata hati tetapi hanya menilai dari luaran nya sahaja... jangan hanya memandang yang negatif terhadap program plkn..tapi carilah nilai positif yang terdapat dalam program ni.. sye sangat tak setuju dengan apa yang cikgu katakan dalam entry ni..100% saya tak setuju..

    ReplyDelete