Friday, July 30, 2010

Cerita Budak Sekolah Kabinet Malaysia Kabinet Bodoh.


Budak sekolah memberitahu kita,Kabinet BN betul-betul Kabinet orang bodoh.Semua Menteri kena tipu hidup-hidup.

Seorang penduduk Tionghua beritahu kita, Anugerah Tun menyebabkan Ling Liong Sik tidak akan disiasat berhubung aset yang beliau miliki.

Menurut seorang penduduk Kampung Air Kuning ,Changkat Jering.Tindakan dakwa Ling Leong Sik sebaik sahaja Najib PM satu Malaysia bercuti ke luar negara.Akhirnya lepas begitu sahaja.Lihat Eric Chia dan Kasitah Gadam bicara dan dakwa bagai nak rak sebelum PRU 12,tetapi akhirnya tiada bukti untuk dihukum.Mereka didapati tidak bersalah oleh mahkamah.


Kini Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri

Bekas presiden MCA itu didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.


Ling juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.


Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.


Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Sekali lagi kita boleh melihat sejarah.Adakah sejarah berulang lagi?


Betul-betul hebatnya Malaysia sebab Jemaah Menteri kena tipu.Yang menipu pula mendapat anugerah TUN.

1 comment:

  1. kalau dah negara diasaskan oleh kartun2 berbentuk manusia, sampai mati hidup balik pun tak akan aman,

    ReplyDelete