Thursday, July 29, 2010

Heboh Kuda Tunggangan Osman Jailu Ingin Masuk Pas

Kita dikhabarkan teman-teman Dun Changkat Jering terdapat anggota pengkhianat yang menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ingin menjadi ahli PAS.

Individu itu bercadang menjadi ahli UMNO di sebuah cawangan dalam Dun Changkat Jering tetapi ditolak UMNO Cawangan itu.Jadi pilihan dia hanya PAS,sebab ahli PKR dan UMNO memang membenci beliau.

Namun Pas Bukit Gantang ,pada pandangan kita tidak akan menerima pengkhianat yang menjatuhkan sebuah kerajaan sah rakyat di Perak.Dosa orang suruhan Osman itu tetap diingati.

Pimpinan UMNO cawangan yang mengenali kita ,memberitahu "budak suruhan Osman " itu bermasalah ,jika UMNO cawangan terima dia menjadi ahli UMNO cawangan itu akan mati.Ahli-ahli UMNO akan boikot.

Kita diminta pandangan,kita memberitahu kita akan menentang kemasukan budak Osman Jailu menjadi Ahli Pas kerana beliau memang bermasalah.Mana mungkin bersekongkol dengan Osman Jailu menjatuhkan kerajaan rakyat.

Bagi Osman Jailu,sepah perlu dibuang,kerana madu sudah didapati.Bagi budak Osman itu,kepentingannya untuk mendapat hadiah dan habuan Osman Jailu,tetapi kini Osman tidak percaya dengan dia lagi.Untuk menyelamatkan diri pilihan dia hanya PAS.

Kita pun melihat budak Osman yang bercita-cita hendak menjadi Ahli Pas itu keseorangan.

Sementara itu seorang teman memberitahu kita Budak Suruhan Osman Jailu itu mungkin diupah untuk menjadi Ahli Pas untuk merosakkan hubungan Pakatan Rakyat Bukit Gantang. Mereka juga menegaskan untuk merosakkan PAS Bukit Gantang.

No comments:

Post a Comment