Tuesday, March 9, 2010

Beli Nombor Pin -Dapat masuk Universiti,kerajaan untung atas angin.

Dua anak penulis membeli nombor pin (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST),untuk mencuba kalau-kalau dapat menjadi cikgu seperti ayah mereka.

Menurut iklan yang dikeluarkan oleh Kementerian berkenaan sebelum ini, para pemohon dikehendaki membuat bayaran RM 6 di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mendapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN) sebelum dibenarkan mengisi borang permohonan secara on-line.

Menurut anak penulis bahawa lebih 70 ribu pemohon telah membuat permohonan secara online, namun hanya 50 ribu sahaja yang dipanggil bagi mengikuti ujian MTesT diseluruh negara pada 28 Mac nanti.

"Ini bermakna 20 ribu lagi ditolak, walaupun telah membuat bayaran dan mengisi borang permohonan online.

"Dengan itu, Kementerian berkenaan telah mengaut untung atas angin sebanyak RM 120 ribu hanya dengan menjual nombor pin sahaja," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bahagian pengambilan di kementerian itu ketika dihubungi memberitahu bahawa pemilihan dibuat secara rawak berdasarkan merit yang dikira secara berkomputer.

"Maknanya pemilihan calon dibuat oleh komputer bukan pegawai penilai. Walaupun hanya memohon untuk ikuti peperiksaan tetapi mereka sudah dikenakan bayaran, sedangkan tidak semua pemohon akan dipanggil bagi mengikut MTesT," tegasnya lagi.

Menurutnya lagi, keadaan tersebut berbeza dengan apa yang diamalkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) di mana calon-calon kakitangan awam boleh mengisi borang online secara percuma.

Manakala SPA akan membuat pemilihan sama seperti yang dibuat oleh MOE dan hanya calon yang layak sahaja yang akan dipanggil.

Sehubungan itu beliau mahu bayaran bagi mendapatkan nombor PIN untuk membuat permohonan secara online ini dimansuhkan kerana ianya tidak releven dan mencuri wang rakyat yang begitu memerlukan pekerjaan.

Sementara itu anak penulis memohon banyak nombor pin sama ada melalui sekolah untuk UPU dan juga melalui BSN.

Kita yang mempunyai seorang anak untuk memohon masuk politeknik,UITM dan IPTA awam lain sudah tentu terpaksa mengeluarkan kos yang banyak untuk membolehkan anak membuat permohonan.

Masyarakat luar bandar pula yang tidak mempunyai akses internet ,berapa banyak pula wang dikeluarkan membolehkan anak mereka memohon belajar di IPTA.

No comments:

Post a Comment