Friday, March 12, 2010

Siapa nak mula Solat Hajat dan Baca Yassin untuk lembutkan hati KSN-

Tahun lepas KSN Mohd Sidek Hassan malu bertemu Perdana Menteri untuk mendapatkan bonus untuk kakitangan awam.

Kita berharap Ceupecs dapat menganjurkan Solat Hajat dan Baca Yassin untuk lembutkan hati Mohd Sidek agar tahun ini beliau tidak malu untuk berjumpa Najib untuk mohon bonus 2 bulan gaji.

Walaupun Mohd Sidek berjaya meminta kerajaan mengecualikan bayaran wad hospital kelas pertama mulai 1 April,ini.Cuepecs patut mulakan solat hajat dan baca Yassin setiap minggu agar Musa Hassan dan Sidek dapat mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Bagi mereka yang sepatut berada di tempat Musa Hassan dan Sidek Hassan ,perlu berdoa panjang kerana hak anda telah dirampas.

CUEPECS perlu berjumpa Perkasa dan GPMS merancang bagaimana mendesak kerajaan BN untuk mengembalikan hak mereka yang layak untuk menjawat jawatan kanan kerajaan.Ingat semuanya orang Melayu.

Siapa itu Mohd Sidek Hassan?

TAN SRI Mohd Sidek Hassan dilantik semula sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) secara kontrak selama setahun mulai 24 Jun ini hingga 23 Jun 2011, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan hari ini.


Pelantikan semula Mohd Sidek, 58, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas kepentingan negara, kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya.

"Perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan awam," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu Mohd Sidek dilantik sebagai KSN pada 3 Sept 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh berkenaan.

Seterusnya beliau dilantik semula secara kontrak sebagai KSN untuk tempoh dua tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.

Perkhidmatan beliau kemudian dilanjutkan lagi untuk tempoh setahun mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010.

No comments:

Post a Comment