Thursday, March 11, 2010

Perkasa dan GPMS perlu dedahkan berapa banyak pelajar Melayu dapat semua A SPM!

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata, daripada jumlah itu, seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Menurut beliau, seramai 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.

"Angka-angka ini menunjukkan peningkatan dari segi kualiti sebanyak 1,710 calon atau 27.24 peratus," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2007, di sini hari ini.

Calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim diumumkan sebagai calon terbaik keseluruhan SPM 2009.

Beliau mendapat keseluruhan gred cemerlang (A+) bagi kesemua 10 mata pelajaran yang didudukinya.

Selain itu, Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan muncul sebagai sekolah terbaik.

Kata Alimuddin lagi, seramai 364,046 calon lulus SPM berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu.

"Daripada jumlah itu, seramai 68,131 atau 17 peratus calon berjaya mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki dalam SPM 2009 berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.

"Peningkatan ini menunjukkan peningkatan yang sangat baik," katanya.

Bagaimanapun katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G agak meningkat iaitu seramai 4,626 atau 1.15 peratus pada 2009 berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada 2008. mstar

No comments:

Post a Comment