Sunday, March 21, 2010

Sidang Parlimen:Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan

6. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik.

12. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah program 'harm reduction' untuk pencegahan jangkitan HIV/AIDS semenjak program ini dimulakan dan sejauh manakah keberkesanan program- program ini.18. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan 17 syarikat Kerajaan (GLC) yang akan dilepaskan pegangannya oleh Kerajaan kepada pihak swasta dan nyatakan rekod keuntungan syarikat tersebut untuk tempoh 10 tahun terakhir.

22. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dasar Kerajaan terhadap pembangunan kuasa nuklear oleh Iran.

44. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah Kementerian memotong peruntukan makanan para pelajar yang tinggal di asrama sekolah pada hari Jumaat / Sabtu dan Ahad, sejauh mana beban perbelanjaan yang dipikul oleh Kerajaan di hari-hari tersebut.

56. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris selepas PPSMI dihapuskan.

59. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah sebenarnya bilangan keluarga isi rumah kemiskinan tegar di seluruh negara sehingga 2009, nyatakan mengikut negeri dan kaum serta langkah positif untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong tersebut menjelang akhir 2010.

63. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) sejauh mana fungsi penjanaan IPP Bakun dan IPP hidroelektrik baru di Semenanjung iaitu di Kelantan dan Terengganu; dan
(b) adakah ia bakal digunakan untuk menggantikan IPP yang sedia ada yang bakal tempoh "power purchase agreement" nya tamat.

64. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bila Kerajaan akan melaksanakan jalan 175 Jalan Persekutuan dari Batu Seketul ke Gulau yang telah tertinggal dalam pembinaan Jalan Raya Beris dari Telaga Batu ke Batu Seketul dan sambungan ke Lebuh raya Durian Burung- Kupang. Jalan 175 ini amat penting dan pelengkap kepada kedua-dua jalan raya tersebut.

65. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejak PKLN diwujudkan pada tahun 2004 hingga kini, puluhan ribu pelatih telah di lahirkan. Apakah mekanisme untuk memantau serta langkah susulan (follow up) bagi memastikan bekas-bekas pelatih ini menjadi warga negara yang hebat.

68. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk memastikan mediamedia seperti Utusan Malaysia tidak mencetuskan isu perkauman yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

No comments:

Post a Comment