Sunday, March 14, 2010

Satu lagi kejayaan RAKYAT-himpunan protes GST tangguh.

Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.

Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat.

"Mereka (kerajaan) nak bentang untuk kali kedua, tetapi kita buat bantahan dan berjaya. Jadi (mereka) tak jadi bentang... mereka dah mengaku kalah, kita terima," katanya.

gst protest dr hattaBercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Dr Hatta berkata perhimpunan tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Bagaimanapun, katanya, perhimpunan akan diadakan sekiranya timbul keperluan.

Turut hadir dalam sidang media tesebut adalah setiausaha agung PSM, S Arutchelvan; setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohamad; ahli jawatankuasa Muslimat PAS, Aiman Athirah dan beberapa aktivis reformasi dan NGO dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).malaysiakini.

No comments:

Post a Comment