Sunday, March 7, 2010

SANTAI PETANG:pecaya boleh! UMNO bermatian dapat Kedah.

Kelmarin bersama SU Kawasan Bukit Gantang Sdr Fadhil merasmikan mesyuarat agung cawangan Kg Air Terjun dalam DUN Trong.

Pada kali ini kita tidak mahu menulis apa yang diucapkan.Tetapi kita mahu mencatat apa yang dikatakan oleh seorang ahli yang juga seorang Tok Guru.

Tok Guru itu menyatakan UMNO Kedah sedang berusaha menyusun gerakerja mengalahkan kerajaan PAS/PR Kedah.Tok Guru itu menyatakan ,beliau mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai.

Pertama terdapat penduduk Myammar yang di beri kad pengenalan,dianggarkan 5000 ribu telah mendapat kad pengenalan.Di samping itu beliau menerima maklumat dari jurunikah bertauliah,terdapat rakyat Myanmar yang diberi sijil nikah.Semuanya untuk memudahkan urusan mendapat kad pengenalan dan akhirnya menjadi pengundi dalam PRU 13.

Tok Guru itu juga menyatakan Nazri Aziz amat terkenal di Pattani.Terdapat 10 sekolah agama di Pattani yang dibantu oleh beliau.Beliau juga mendakwa terdapat penduduk Thailand yang telah diberi kad pengenalan .Mereka akan mengundi,tempatnya dikerusi PAS menang di Kedah.

Mengikut Tok Guru itu lagi yang anaknya belajar di Pattani, Nazri Aziz disenangi penduduk Thailand.Kata beliau lagi UMNO boleh buat macam-macam.

No comments:

Post a Comment