Sunday, March 14, 2010

Sidang Parlimen 16 MAC,SELASA-pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

12. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan persediaan Malaysia dalam menghadapi peralihan kuasa ekonomi dunia dari AS ke China pada dekad akan datang.

23. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah mampan bagi meningkat sumbangan pelaburan swasta atau 'Private Investment' dalam formula GDP, yang merosot dari sumbangan 30% KDNK dalam tahun 90an
sebelum krisis 1997, tetapi kini hanya menyumbang 10% kepada KDNK.

27. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan akan membenarkan Petronas membayar royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

29. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana Malaysia Islamic Financial Center (MIFC) berjaya meningkatkan industri pasaran modal Islam di Malaysia.

31. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan berpuas hati dengan tahap dan mutu pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini. Adakah IPTA kita mencapai piawaian bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti ranking tertinggi di dunia.

33. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah syarat-syarat dan pertimbangan yang digunakan oleh Kerajaan untuk menghentikan khidmat pesawatpesawat pejuang dan peralatan-peralatan Tentera Malaysia untuk digantikan dengan yang baru.

54. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan setakat ini berapakah jumlah yang telah didahulukan kepada ibu-ibu tunggal mengikut negeri-negeri dan berapakah jumlah yang telah diperolehi kembali daripada pembayar nafkah ini.

57. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai lengkap semua projekprojek yang dilaksanakan oleh Kementerian-kementerian dan agensiagensi Kerajaan Persekutuan yang telah menggunakan duit Khas Royalti Petroleum di Negeri Terengganu dari tahun 2000 hingga Mac 2010 serta jumlah kos yang terlibat.

64. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah KPI yang telah ditentukan untuk menilai keberkesanan Kementerian Dalam Negeri dan apakah penilaian terhadap prestasinya pada masa ini.

68. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan secara terperinci langkah-langkah baru atau program terkini supaya sasaran kemiskinan sifar dapat dicapai pada akhir 2012.

71. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan yang telah dibuat bagi mengatasi pencerobohan kereta sewa Thailand dalam membawa penumpang sehingga menjejaskan pendapatan pemandu kereta sewa tempatan. Apakah langkah-langkah Kerajaan dalam membantu meningkatkan pendapatan pemandu kereta sewa.

No comments:

Post a Comment