Thursday, March 11, 2010

PESAN TOK KHATIB-IKUT SUNNAH NABI

Hari ini Tok Khatib menyambung khutbah berkenaan maulidurRasul.Mudah faham susah hendak ikut.

Tok Khatib berpesan supaya kita mencintai Rasulullah s.a.w dan mengikut apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Lalu kita terbayang Najib yang isterinya tak tutup aurat.Pemimpin nombor wahid yang kerajaannya banyak keluar lesen judi.Kita terbayang juga kerajaan haram Zambry,hasil kudeta terancang.

Tok Khatib meminta ahli jemaah masjid sesekali pakai kopiah putih,bukan setakat pakai kopiah(songkok) hitam sentiasa.Bukan setakat sewaktu sembahyang tetapi sehingga mesyuarat suka dengan kopiah hitam.Tok Khatib juga berpesan sesekali tukar warna putih kopiah itu.Kita melihat pemakai songkok diam tunduk!

Kemudian Tok Khatib menyentuh janggut.Kesemua mazhab menyatakan menyimpan janggut sunnah nabi.Beliau memberi hujah Imam Shafie juga menyimpan janggut.

Kita yang sudah tua sepatutnya menyimpan janggut.Tok Khatib juga berpesan sepatutnya apabila kita masuk kubur kita juga berjanggut.Secara sinis Tok Khatib menyatakan kita biarlah mati dengan berjanggut.Beliau juga menerangkan malaikat suka orang berjanggut!

Tok Khatib juga meminta kita juga memakai jubah.Paling kurang sekali-sekala.Tok Khatib juga menyatakan Nabi Muhammad s.a.w. tidak rugi jika kita tidak mengingati Baginda seperti berselawat.

Kita juga terbayang UMNO yang hipokrit selama 52 tahun memerintah masih tidak mendaulatkan ISLAM.

No comments:

Post a Comment