Friday, September 30, 2011

Lim Guan Eng mohon maaf ,UMNO sampai sekarang tak minta maaf pada DYMM Sultan.

Ustaz Idris dalam blognya menulis sehingga sekarang UMNO tidak pernah minta maaf dengan Raja-raja Melayu dalam krisis perlembagaan dahulu.


Dalam tulisannya Ustaz Idris Ahmad menyindir dan membidas UMNO yang suka mengambil peluang.Tulis Ustaz Idris UMNO tunjuk hero.


Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang. Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan. Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.


YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.


Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?. bidas Ustaz Idris Ahmad.


Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?


Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.

Namewee : Budak sekolah mendahului, Najib sudah ketinggalan gerabak.

Najib Razak sudah ketinggalan gerabak. Budak-budak pun sudah mengiktiraf Namewee .Perdana Menteri, DS Najib Razak baru menganggap pengarah filem Nasi Lemak 2.0, Namewee "bukan seorang yang konvensional dari segi pendekatan dan pemikirannya".



Lantas untuk mengambil hati golongan muda ,Najib yang juga presiden Umno menggalakkan Namewee terus memberi pandangan menyokong gagasan 1Malaysia.


Sementara itu difahamkan,Najib terpaksa meminta tolong Namewee selepas Timbalan beliau Muhyiddin Yassin ,Melayu nombor satu, seolah-olah memisahkan diri dengan slogan I Malaysia.


"Saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat 1Malaysia. Jadi saya galakkan beliau terus memberi segala pandangan sebagai seorang blogger." kata Najib.

Kuburkan mereka sahaja selepas pilihan raya umum ke 13 -YB Salahuddin Ayub

KEPALA BATAS, 1 Okt: "PAS berbangga memiliki kepimpinan yang melampaui masa iaitu berfikiran jauh ke hadapan, matang dan beristiqamah bersama rakyat merasai keperitan," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.


Menurutnya, contoh paling ketara ialah bekas Yang Dipertua PAS, Prof Zulkifli Mohamad yang memiliki pemikiran jauh yang tidak terfikir oleh orang lain, umpamanya idea penubuhan Bank Islam, Univesiti Islam, pajak gadai Islam dan sebagainya.


Katanya, apa yang disuarakan oleh almarhum kini Umno dan Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan, seolah-olah semua itu adalah hasil gabungan pemikiran mutlak kepimpinan parti bangsa yang sewenang-wenangnya menolak Islam.


Tambahnya, begitu juga dengan Yang Dipertua PAS selepas itu sehinggalah kini semuanya mempunyai pemikiran yang unik, dapat menerima dan menyelesaikan permasalahan yang timbul.


Katanya lagi, Presiden PAS sekarang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak terlepas daripada acuan berkenaan dengan bertindak mengarahkan semua ahli parlimen pembangkang agar tidak berfikiran dalam ruang lingkup pembangkang malahan melebihi dari itu.


"Kita mahu memerintah. Bercakap, bertindak mesti ke arah itu," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian ketika berucap pada forum sempena Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas malam tadi.


Tambahnya, isu ketuanan Melayu yang ditonjolkan oleh Umno untuk menjerat orang Melayu supaya membenci PAS tidak berhasil kesan daripada penerangan yang berterusan.

Katanya, lagi banyak Umno bercakap mengenai ketuanan Melayu semakin banyak rasuah berlaku, ekonomi negara makin parah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak sampai ke tahap yang diharapkan serta banyak lagi skandal besar melibatkan kepimpinan negara.


Itu semua sambungnya, berpunca daripada pemikiran kepimpinan Umno dan BN yang sempit, tidak jauh dan hanya mementingkan periuk nasi sendiri sahaja.


"Jika biarkan Umno dan BN memerintah, rosaklah negara ini. Tiada jalan lain melainkan kuburkan mereka sahaja selepas pilihan raya umum ke 13 kelak," tegas YB Salahudin.


Turut menjadi ahli panel dalam program berkenaan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Gerakgempur PAS Bukit Gantang berjaya buat UMNO upah pemuda pasang banner.

Kelmarin ceramah DS Nizar dalam program NGO bernama KERABAT amat berjaya sekali.Anggota tentera dan bekas tentera hadir untuk mendengar ceramah DS Nizar di Taman berkat,Simpang.

Sekumpulan Pemuda yang didakwa Pemuda UMNO telah diupah untuk memasang banner di atas.Pemuda PAS telah membuat laporan polis atas banner yang boleh menyebabkan orang marah kerana menggunakan gambar Tok Guru Nik Aziz.

Mengikut Basirun Sirun rakan facebook ,mereka diupah RM200.00 untuk satu banner yang dipasang.Info lain di sini:facebook.

Thursday, September 29, 2011

Hudud:UMNO gigit jari-Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai.


AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan, hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.


“Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Katanya, mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan.


Beliau menambah, sekiranya berlaku seperti yang mereka sangka tentu Datuk Noh Omar mampu senyum sampai telinga, kerana peluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor begitu cerah.


Datuk Seri Najib pula, ujarnya akan mengisytiharkan pilihan raya dengan seberapa segera kerana inilah peluang BN untuk terus berkuasa dan memfaraidkan khazanah negara serta meneruskan tradisi menindas rakyat.


Nampaknya, kata beliau hajat pemimpin BN tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemimpin PR yang mengurus krisis.


Idris berkata, sekarang orang Islam sudah nampak tembelang Datuk Seri Najib dalam soal keazaman untuk menghayati Islam.


Katanya, kenyataan tegas Najib menolak hudud adalah kerana takut kepada MCA dan Gerakan yang memberi amaran akan cabut lari daripada BN.


Tambahnya, timbulnya penentangan perlaksanaan hudud telah menunjukkan wajah sebenar pemimpin Umno terhadap Islam.


“Walaupun Najib cuba mempopularkan "konsep wasatiah" sebagai langkah untuk menunjulkan imej keislaman beliau,” ujarnya.

Nombor anggota polis tiada 57 ahli PAS gagal saman Polis.

Kini nombor anggota polis tiada di uniform polis.Sukar untuk rakyat mengambil tindakan ke atas anggota polis yang terlibat dengan salah laku.

KUALA LUMPUR: Seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.


Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu.


Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menjelaskan, selain itu, sesetengah daripada mereka sememangnya terlupa untuk mencatat nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada hari itu disebabkan tidak terfikir, akibat kekalutan, tertekan atau terlalu hairan dengan tangkapan yang dilakukan ke atas mereka.

Menurut beliau, disebabkan kegagalan itu, pihaknya turut gagal membantu mereka memfailkan saman terhadap kerajaan dan pihak polis berhubung kejadian itu, walaupun di dalam senarainya terdapat 60 orang ahli PAS yang berhak berbuat demikian.


Katanya, sehingga kini, hanya 3 orang sahaja peserta himpunan aman Bersih 2.0 yang ditangkap polis yang boleh dibantu oleh pihaknya untuk menyaman kerajaan dan PDRM kerana berjaya mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka pada himpunan itu.


"Saman pertama yang telah difailkan menerusi syarikat guaman saya dilakukan oleh Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.


Manakala saman kedua dan ketiga, menurut beliau, akan dilakukan oleh kepimpinan PKR Cabang Tambun, dengan satu daripadanya Cina dan satu lagi India pada minggu depan.

UMNO mula libang libu apabila tahu DS Nizar berceramah malam ini.

Pada malam ini 29 September,DS Nizar akan berceramah di Taman Berkat bermula pukul 9.30 malam ,Jln Simpang.Apabila DS Nizar datang ke taman ,kampung dan melawat kawasan ,sudah tentu orang UMNO kepanasan.




Dahulu DS Nizar pernah ke tempat ini,Taman Berkat berceramah bersama YB Khalid Samad,DS Nizar diboo oleh orang UMNO.




Dengar khabar UMNO Bukit Gantang ,cukup tak suka DS Nizar jumpa penduduk kampung.Baru-baru ini Zambry Kadir sempat menyindir DS Nizar sewaktu berkampung untuk berlakon, di DUN Changkat Jering. Zambry pun hanya retorik berlakon depan orang kampung .Kelakuannya meniru Najib,buat penduduk lagi marah.

Wednesday, September 28, 2011

Ishak Hassan bekas Komando yang dilupakan DS Najib.


Ishak Hassan menunjukkan keratan akhbar Utusan Malaysia tahun 1993.

Sdr Ishak Hassan bekas Komando ,1980-1990 yang dilupakan kebajikannya oleh Kerajaan BN. Pernah meneroka tanah di Cameron Highland,tetapi telah dianggap menceroboh tanah kerajaan.Mereka ingin berdikari,tetapi jasa mereka sebagai anggota tentera dilupakan.Kebun yang diusahakan mereka dimusnahkan.

Ishak Hassan kecewa dengan pihak Kerajaan. Dia tidak pernah memohon apa-apa lagi.Isterinya tidak bekerja,mempunyai 6 orang anak. Berpendapatan hanya RM600.00 sebula ,bekerja sebagai pegawai keselamatan.Inilah bukti Kerajaan BN hanya ingin membantu bekas tentera apabila Pakatan Rakyat berjanji untuk membela nasib mereka.untuk info lagi:blog bijan

Sertai PAS ada agenda ,mereka terbuang atau membuang diri sendiri- Ustaz Idris ahmad.


Pas akan menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Pas memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama Pas yang dilahirkan secara rasmi pada 24 Nov 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. Pas sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988.

Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah.


Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulen. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin.


Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa


Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara)


Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak.


Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Walaupun Pas pernah dituduh merasuah syurga oleh pemimpin Umno.


Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja


Pas mengajak manusia kepada Islam bukan supaya taasub kepada mana-mana pemimpin. Oleh itu ahli Pas tidak akan keluar parti jika pemimpin mereka keluar parti, kerana perjuangan mereka bukan kerana individu. Berapa ramai pemimpin Pas yang melarikan diri dalam perjuangan tetapi kesetian ahli tidak pernah luntur, malahan Pas semakin berkembang. Keluarnya mereka daripada parti tidak memberi kesan apa-apa kepada parti.


Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut:


“Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990)


Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana Pas mempunyai ahli yang ikhlas. Mereka menyertai Pas tidak ada matlamat yang lain, kecuali untuk melihat Islam dihayati di negara ini. Penyertaan mereka tanpa dipaksa sebaliknya dengan kesedaran yang membuahkan iman di dalam diri mereka untuk berjuang bersama dengan Pas, selagi Pas berpegang dengan dasar Islam.


Kehadiran mereka bersama Pas bukan untuk meminta sesuatu daripada Pas, sebaliknya mereka yang akan berusaha untuk memberi kepada Pas samaada di segi wang ringgit atau tenaga. Mereka sedar jika berjuang bersama dengan Pas telah terpahat di dalam fikiran mereka bahawa perjuangan ini susah dan payah. Mereka tidak mengharapkan sesuatu di dunia atau imbuhan daripada Pas atau wakil rakyat Pas. Kekuatan ini lah yang dimiliki oleh Pas kerana mempunyai ahli yang begitu ikhlas di dalam perjuangan.


Mereka mengahbiskan wang ringgit dan harta benda untuk diinfaq kepada Pas. Ini boleh dilihat setiap kali pilihanraya mereka mengeluarkan belanja sendiri tanpa mengharapkan daripada pemimpin atau parti.


Walaupun di kalangan mereka ini hanya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, buruh kasar, tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menumbangkan kezaliman di nagara ini. Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW”Bukanlah kaya itu, kaya harta, tetapi kaya yang sebenar ialah kaya jiwa”. Apabila calon yang bertanding menang, sedikit pun mereka tidak ungkit kerja buat dan meminta kembali imbuhan yang mereka labor semasa pilihanraya, cuma mereka harap laksana amanah parti dan ingatlah kepada petugas parti yang memenangkan mereka.


Semua pengkaji politik akur bahawa kekuatan inilah yang membolehkan Pas bergerak sehingga kini dan menjadi saingan terdekat dengan Umno. Sekiranya Pas tidak mempunyai ahli yang ikhlas bagaimana Pas mampu bertahan sehingga kini. Bukan senang untuk melawan gergasi politik yang mempunyai seluruh kelengkapan untuk menghalang kebangkitan sokongan kepada Parti Islam Semalaysia Pas


Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati.


“Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita”


Sebab itu jika ada di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai agenda yang tersembunyi mereka ini tidak akan kekal lama, samada mereka ini terbuang atau pun mereka yang membuang diri mereka sendiri.


Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan


Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat.


Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana ia didokong oleh ulama’ dan mereka yang mempunyai latar belakang agama. Kebetulan penubuhan Pas kerana kesedaran untuk membentuk jamaah yang melakukan kerja-kerja para nabi dan Rasul yang terdahulu iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara munkar.


Ulama’ yang memahami agama dan perintah Allah akan melibatkan diri bersama dengan Pas. Penglibatan mereka secara langsung telah memberikan impak yang besar kepada Pas. Kerana sikap orang melayu yang begitu intim dengan orang agama telah berjaya memberi kesan yang positif kepada perjuangan Pas. Penyertaan orang agama bersama Pas kerana serasi dengan apa yang mereka belajar di sekolah, pondok atau universiti. Sebab itu Mahathir Mohd Khir pernah menulis Pas mempunyai kaitan dnegan 3P, iaitu padi pondok dan Pas.


Memang ini terbukti tempat yang kuat pengajian agama maka di situlah akan menjadi pengkalan Pas. Sebab itu Pas berkembang di Kelantan walau pun penubuhanya di Seberang Perai, kerana Kelantan mempunyai institusi pondok yang banyak.


Pondok menjadi pengkalan Pas walaupun ia bukan markaz Pas tetapi secara tidak langsung segala idea dan fikrah yang bawa oleh Tok Guru telah mempengaruhi orang awam yang untuk menyokong Pas. Sebab itu jika ada Tuan Guru pondok yang menyokong perjuangan Umno, maka pondoknya tidak ramai penghuninya akhirnya pondok tersebut mati begitu sahaja.


Dokongan di kalangan profesionl dan aktivis hasil daripada pentarbiahan yang mereka dapat daripada ulamak telah menjadi nilai tambah kepada Pas. Mereka ini pula berusaha untuk mendekati golongan yang mungkin tidak mampu untuk duduk bersila di masjid atau di surau bersama dengan Tuan Guru. Apabila orang ramai melihat sikap keterbukaan Pas dan pelbagai ragam yang memimpin Pas maka mereka akan tertarik bersama dengan perjuangan Pas.

******minum untuk tenaga sebelum kita balun UMNO*****

Nak jadi petugas SPR untuk Parlimen Bukit gantang.

Bagi mereka pegawai kerajaan jika ingin menjadi Petugas SPR pada PRU 13 ini bolehlah mendaftar diri dengan sekolah atau jabatan masing-masing.


Untuk petugas SPR bagi Parlimen Bukit Gantang masih kosong.Petugas yang berminat boleh mendaftar melalui sekolah masing-masing.Tarikh tutup 30 September ini.


Cepat !Penyokong Pakatan Rakyat jadi egen SPR untuk Parlimen Bukit Gantang.

UMNO Selangor saman PAS disebut 22 November ini.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 22 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes saman bernilai RM10 juta yang difailkan oleh Umno Selangor terhadap tiga pemimpin tertinggi Pas atas dakwaan memfitnah parti itu dalam artikel berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).


Timbalan Pendaftar, Sara Zuriati Zaharifudin menetapkan tarikh itu pada Selasa, dan peguam Abu Bakar Isa Ramat yang mewakili Umno memberitahu, semua defendan yang dinamakan dalam saman terbabit diarahkan untuk memfailkan pembelaan sebelum tarikh tersebut.


Pada 14 September lalu, Umno Selangor yang diwakili oleh Setiausaha Badan Perhubungannya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed memfailkan saman tersebut dengan menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selaku defendan pertama kerana mendakwa beliau telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah parti itu di dalam akhbar Harakah.


Mohd Zin selaku plaintif turut menamakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Muhammad Sabu sebagai defendan diikuti pencetak, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd yang merupakan pencetak akhbar milik PAS, Harakah.


Selain itu, turut dinamakan sebagai defendan ialah penyunting Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan wartawan akhbar terbabit, Khairul Azlam Mohamad yang bertanggungjawab menulis berita bertajuk 'PAS akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS' yang disiarkan dalam edisi bertarikh 19 hingga 21 Ogos lalu.


Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Mustafa telah mengeluarkan kenyataan yang memfitnah wadah dan perjuangan politik plaintif semasa ditemuramah oleh Khairul Azlam pada 15 Ogos lalu dengan mengetahui bahawa kenyataan itu akan disiarkan di dalam Harakah.


Dakwa plaintif, kenyataan tersebut membawa maksud bahawa Umno memainkan peranan penting dalam serbuan tersebut dan seolah-olah 'mengawal pentadbiran' JAIS yang merupakan agensi kerajaan di bawah kawalan Kerajaan Negeri Selangor.


Seterusnya, plaintif mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh defendan pertama juga membawa maksud Umno mengamalkan dasar politik yang kotor dan sempit serta boleh mengarah-arahkan mana-mana agensi kerajaan, pegawai atau agensi untuk membuat sesuatu tindakan atau keputusan atas arahan pihak luar dan membelakangkan undang-undang dan peraturan agensi terbabit.


Plaintif juga mendakwa, kenyataan itu boleh membawa maksud bahawa plaintif telah terlibat dalam rasuah salah guna kuasa, tidak boleh dipercayai, dalang dalam mencetuskan ketegangan antara Islam dengan bukan Islam serta JAIS adalah kuda tunggangan plaintif dalam mencapai objektif tersebut.


Oleh itu, plaintif mendakwa penerbitan kata-kata fitnah tersebut telah menyebabkan merosakkan reputasi mereka dan membawa kehinaan dan keaiban yang akan berlangsung selama bertahun-tahun kerana penerbitan dan pengedaran Harakah yang meluas.


Dakwa plaintif lagi, defendan pertama juga tidak mengendahkan dan mengabaikan surat plaintif bertarikh 25 Ogos lalu yang menuntut permohonan maaf tanpa bersyarat dan pampasan sebanyak RM10 juta kepada plaintif.


Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi RM10 juta daripada setiap defendan termasuk ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan, faedah pada kadar 4 peratus setahun yang mula dibayar dari tarikh keputusan sehingga pembayaran penuh serta perintah injunksi bagi menghalang defendan pertama atau ejennya untuk meneruskan kenyataan fitnah tersebut.


Plaintif juga menuntut defendan pertama untuk menerbitkan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar dan majalah dalam istilah yang ditetapkan oleh plaintif serta defendan dimohon untuk menjelaskan kos mahkamah.


Sementara itu, Hafarizam ketika ditemui memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai pengurusan saman tersebut.


Pada 3 Ogos lalu, JAIS membuat serbuan ke atas gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.


Media juga melaporkan, serbuan yang diadakan pada pukul 9 malam turut mendapati seseorang sedang berucap dengan menyelitkan perkataan al-Quran dan terdapat percubaan untuk memurtadkan umat Islam.mstar

Retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.

KUALA LUMPUR: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.


“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.


Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.


Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.


Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.


Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.


Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.


Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.


“Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.


“Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini,” katanya.


Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.


Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.


“Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.


“Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat,” ujarnya.

Tuesday, September 27, 2011

Panas:Kontraktor kroni UMNO sudah sapu duit baik pulih rumah penduduk miskin di Parlimen Bukit Gantang bernilai RM7000.00

Rumah yang dibaik pulih oleh kontraktor syarikat dipilih kerajaan BN ,didakwa bernilai RM7000.00 .Hanya bumbung zink di bahagian dapur yang dibaiki. Kontraktor beri almari dapur dan bumbung zink untuk tutup mulut.Kelihatan jiran keluarga ini menunjukkan sesuatu kepada Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Hadiah almari kabinet dapur yang diberi kepada penduduk oleh kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan BN untuk menutup mulut penduduk kampung,di Dun Changkat Jering supaya tidak mengadu kepada SPRM.

Atap bumbung di bahagian depan tidak diganti.

Gempar di DUN Changkat Jering,rumah penduduk kampung yang dibaikpulih atap bumbung bernilai RM7000.00 hanya dibaiki bumbung dapur sahaja. Itupun dikatakan bocor.Kayu digunakan kayu lama.Almari diberi untuk menutup mulut supaya tidak bising.
***** minum rezki halal --syarikat pula kong kalikong*****

Tycoon: Rosmah not my 'mak angkat’...

“But she is one of my good friends,” said tycoon Taek Jho Lo, whose name has been linked to the controversial redevelopment of the military airport in Sungai Besi, Kuala Lumpur.


'NOT STEP MOM, JUST GOOD FRIENDS' ... Rosmah and Jho Lo


Jho Lo was responding to a question from Chinese daily Kwong Wah Yit Poh, asking about his relationship with prime minister Najib Razak’s wife Rosmah Mansor.



“I knew the children of the Prime Minister first, before I knew the prime minister. I introduce a lot of investors to Malaysia, that’s why I always meet with the prime minister,” said the 29-year old, as quoted by portal Merdeka Review.



Jho, who said he could bring in Arab investments into Malaysia, was quick to add that he also knew many other “princes” from countries such as UAE, Kuwait and Saudi Arabia.



The mystery billionaire, who shot to limelight after pictures emerged of him partying with US celebrity Paris Hilton last year, was recently in Penang, Malaysia to join the 1Malaysia Charity Ride for Education 2011, a cycling event, last Sunday.



Last May PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mat Akin challenged Najib to disclose details of the contract in the controversial Sungai Besi military base land sale, saying Jho Lo had close links to Najib, his wife as well as Najib's son, and was awarded a RM500 million contract for the development of the old airport.



“We want the MACC to find out where he got his wealth. We also want to know how he linked up with our political bigwigs,” urged Shamsul. harakah

UMNO susah hati jika DS Nizar selalu berada di Bukit Gantang.

Pada 29 September ini,hari Khamis DS Nizar akan menyampaikan ceramah.DS Nizar Ahli Parlimen yang menjaga hal ehwal Kementerian Pertahanan akan menyentuh isu kebajikan anggota tentera dan pesara tentera.

Dijangka turut berceramah YB Nga Kor Meng dan Lt Kol (B) Hj Mohd Nazari selaku Pengerusi Kerabat Kebangsaan. Penceramah lain Hj Razman Zakaria.

Ceramah bermula 9.00 malam,di Taman Berkat,Jln Simpang,Taiping ,Perak.***minum sambil dengar ceramah****

Ramlah Adam Profesor berwajah UMNO.


ramlah adam 150911 perkasaRamlah Adam di boo dalam satu forum anjuran Akhbar Sinar sebentar tadi.Profesor Ramlah Adam ,muka bermuka UMNO. (Ramlah diboo)

Berhujah bukan berdasarkan fakta tetapi lebih UMNO daripada UMNO.Gaya hidupnya, dan ilmunya hanya untuk memberi nafas kepada UMNO.

Semuanya perlu dibetulkan.Semuanya dapat dibetulkan dengan syarat Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Agihan Borang Tanah Felda Plantation malam ini.

Malam ini 27 September sewaktu berlangsung ceramah PAS ganti UMNO,borang permohonan Tanah Felda Plantation akan diedarkan.

Mereka yang tidak mempunyai tanah bolehlah mendapat borang untuk membuat permohonan.Semuanya akan diproses selepas Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Monday, September 26, 2011

41 IPTS didenda,,mungkinkah IPTS itu kroni UMNO

Sebanyak 41 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dikenakan kompaun berjumlah hampir RM1 juta oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta IPTS 1996 (Akta 555) sehingga September tahun ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Hou Kok Chung berkata, jumlah berkenaan dicatatkan sehingga September lalu, membabitkan kompaun dengan jumlah keseluruhan RM900,000, selain denda di mahkamah berjumlah RM185,000 mengikut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555].


Menurutnya, kesalahan yang dilakukan oleh IPTS terbabit antaranya mengeluarkan iklan yang mengelirukan bakal penuntut, mengendalikan kursus tanpa kelulusan dan memindahkan premis tanpa sebarang notis.


Tindakan tegas itu katanya, dilakukan bagi memastikan setiap IPTS sama ada berstatus universiti atau kolej mematuhi peruntukan di bawah Akta 555.

“Kementerian memandang serius kesalahan yang dilakukan dan mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa IPTS terbabit di mahkamah.


“Ibu bapa dan bakal penuntut juga dinasihatkan supaya melawat dan menilai sendiri sesebuah IPTS sebelum menerima sesuatu tawaran selain meneliti terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama IPTS Zon Selatan, di sini, semalam.


Menurut Kok Chung, kementerian juga mengeluarkan arahan meminta IPTS mengemas kini semua bentuk iklan sehingga April lalu.


“Jika mereka gagal mematuhi Seksyen 72 hingga 75 dan 83 Akta 555 berhubung perkara Pengiklanan serta Garis Panduan Pengiklanan, kementerian boleh mengambil tindakan perundangan di bawah Seksyen 72(2), 73(4) dan 83 (mengikut mana yang bersesuaian).


“Kementerian juga tidak teragak-agak untuk menghebahkan nama IPTS terlibat di laman web jika disabitkan kesalahan,” katanya.


Dalam pada itu, Kok Chung berkata, bagi memastikan bakal penuntut dan ibu bapa tidak tertipu dengan tawaran yang mengelirukan, kementerian akan mengeluarkan iklan mengenai pemilihan IPTS bermula Julai lalu hingga bulan ini di akhbar-akhbar terpilih.


“Kementerian memperuntukkan hampir RM200,000 bagi tujuan tersebut sebagai langkah kesedaran kepada orang ramai mengenai pemilihan IPTS.


“Pelaksanaan program kesedaran ini mempunyai matlamat yang besar khususnya dalam usaha meningkatkan kualiti sektor pengajian tinggi swasta serta membantu bakal penuntut dan ibu bapa membuat pemilihan yang bijak,” katanya.

Tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.


“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.


Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.


Kenyataan beliau adalah seperti berikut:


''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.


“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”


Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf


Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.


Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.

Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.


Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.


Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.


Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.


Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.


“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.

Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.


“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.


Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.


Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

Hantu Bonceng dan Ustaz Nasrudin Tantawi.

Ahmad Idham bersama Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.


Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.


“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.


“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.


Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.


Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".


Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan


Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.


Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan. mstar.

Dua tiga hari ini kita gempur Bukit Gantang dengan ceramah.

Pada malam ini ,27 September akan berlangsung ceramah YB Ir Amirudin Hamzah ,Exco Kerajaan Kedah dan Timbalan PJ Perak,Hj Razman Zakaria.Ceramah berlangsung pada pukul 9.00 malam di Kg Permatang Raja,dalam Dun Trong.

Hari berikutnya pada 29 September ini,masa 9.00 malam ,bertempat di Taman Berkat,Simpang.Ceramah akan disampaikan oleh DS Nizar,Hj Razman Zakaria dan Pengerusi Kerabat.


Budak Sekolah Convent dan budak Sekolah Saint George juga turut terima duit judi .

UMNO dipimpin Najib dan Muhyiddin Yassin akhirnya hilang punca sehingga sanggup guna duit judi untuk pendidikan di sekolah mubaligh dan vernakular.

Muhyiddin patutlah tak mahu hukum hudud.Dia mahu pelajar Islam di SJKC atau seperti SMK Hua Lian ,Taiping yang mempunyai pelajar Islam juga turut terima "bahang" duit judi.

Sekolah Convent atau sekolah di bawah pengaruh La Sal Lian seperti SMK St George, SMK St Michael turut mempunyai pelajar Islam juga menerima duit judi mulai tahun depan..Semuanya untuk pendidikan.

Punya banyak khazanah negara,seperti petroleum,duit judi juga digunakan untuk pembangunan pendidikan sekolah bantuan modal itu.


Betul-betul otak singkat Muhyiddin dan Najib.


Diberitakan sekurang-kurangnya RM100 juta daripada keuntungan aktiviti perjudian akan disalurkan kepada sekolah-sekolah vernakular dan mubaligh menerusi “perbincangan rapat” bersama komponen Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri menyatakan demikian selepas melancarkan dana Community Chest yang diuruskan oleh sebuah konsortium ahli-ahli perniagaan yang membayar lebih RM2 bilion kepada Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (PMP) milik bilionair Ananda Krishnan tahun lalu.


Dana pendidikan didukung oleh Putrajaya itu diketuai oleh Tan Sri Lim Kok Tay dari Genting, yang menyumbangkan sumbangan awal RM26 juta kepada 61 sekolah hari ini, kebanyakannya bagi sekolah vernakular dan menjanjikan minimum RM100 juta setiap tahun mulai tahun depan.

**** rezki halal di sini-tak nak duit judi********

Blog ini blog peribadi ,Yang Berhormat tak perlu melenting!

Baru-baru ini penulis mengikuti DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.DS Nizar memberitahu penulis seorang wakil rakyat marah dengan artikel penulis .

Yang Berhormat itu marah dengan artikel DS Nizar calon PAS. Blog ini blog peribadi. Wakil Rakyat tersebut tidak perlu melenting dan marah.

Penulis akan terus menulis,sementara umur masih muda.Mata masih terang.Jari masih kuat.Penulis akan menulis berdasarkan permintaan penduduk yang mahu PAS bertanding di Changkat Jering. ****jgn jadi UMNO tak mau baca buku sejarah******

Islam tidak wajar di lihat melalui lensa politik kerana lensa politik boleh berubah:-Raja Dr Nazrin

KUALA LUMPUR: Islam tidak wajar di lihat melalui lensa politik kerana lensa politik boleh berubah, titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.


Baginda bertitah, Majlis Agama Islam Negeri (Main) adalah institusi bukan politik dan bertanggungjawab secara langsung kepada Raja-raja sebagai Ketua Agama Negeri.


"Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti.


"Dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian," titah baginda pada Kongres Majlis Islam Negeri Seluruh Malaysia di sini, Isnin.


Raja Nazrin bertitah bahawa Main dalam kedudukan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini.


"Peranan Majlis bagaimanapun kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan intelek masih belum berpihak kepadanya.


"(Justeru) dalam mendukung tanggungjawab besar terhadap ummah, Main perlu diperkasakan, menajamkan minda dan mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan lebih substantif," titah baginda.


Baginda bertitah, peranan Main hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik.


"Selagi tindak tanduk Main tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, negara hendaklah mengiktiraf Main sebagai institusistrategik, berpotensi dan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah.


"Ia juga berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku dalam negara," titah baginda.


Bertemakan Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah, Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia berlangsung pada 26 dan 27 September ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),Kuala Lumpur.

Sunday, September 25, 2011

Pesan Nizar,berada di Multazam ,doakan kerajaan baru memerintah Malaysia.

DS Nizar bergambar bersama bakal jemaah haji wanita. Minta Nizar ,jika berkesempatan untuk pergi ke Multazam,doakan untuk keampunan diri dan keluarga daripada dosa besar dan dosa kecil. Kemudian jangan lupa doakan pembentukan kerajaan baru di Putrajaya .Kerajaan Pakatan Rakyat yang memimpin Malaysia.
Pak Wa,dari Kg Kubu,Bukit Gantang menerima cenderamata daripada DS Nizar.

DS Nizar kelmarin meminta 41 orang bakal haji yang diraikan untuk mendoakan pembentukan kerajaan baru,Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

'Ada satu tempat,Multazam, doa amat mustajab".kata DS Nizar.Dalam lebih kurang 50 orang jemaah haji dari Bukit Gantang ,seorang pun cukup untuk mendoakan kemenangan Pakatan Rakyat ,harapan DS Nizar.

Ketika seseorang menunaikan ibadah haji, salah satu cita citanya adalah berdoa di Multazam. Hal ini kerana Multazam tempat yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah. Multazam adalah satu tempat di dekat Ka’bah, antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah. InsyaAllah berdoa disini mudah dikabulkan Allah. Kebiasaannya hampir setiap orang yang bertawaf berusaha untuk berada di sini untuk berdoa di Multazam ini. +++foto menarik+++

Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya kuota haji boleh sampai 50,000 orang-DS Nizar.

DS Nizar bergambar dengan bakal Jemaah Haji lelaki .Turut sama Ustaz Mohd Nordin Jaafar,YDP PAS Bukit Gantang.
Sebahagian bakal Jemaah Haji wanita bergambar kenangan dengan DS Nizar,DS Fatimah dan Ustaz Nordin Jaafar.
Mantan Ketua Dewan Muslimat Bukit Gantang ,Puan Jiaranah Yahya menerima cenderamata daripada DS Fatimah Taat.Rakan pembaca blog Sisibukit turut akan mengerjakan haji menerima cenderamata daripada DS Nizar.Turut kelihatan dalam gambar Ustaz Nordin Jaafar.


Changkat Jering,25 Sept:- Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Nizar bersama Pas Kawasan Bukit Gantang pagi tadi ,25 September telah meraikan bakal jemaah haji daripada Parlimen Bukit Gantang.

Program berlangsung di Surau Qariah Batu 6,Changkat Jering.Seramai 42 bakal jemaah haji hadir dalam program tersebut.

Untuk maklumat seramai 79 orang bakal Jemaah Haji daripada Parlimen Bukit Gantang.

Dalam ucapannya DS Nizar memberi penegasan ,apabila Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia ,kuota jemaah haji insyaAllah akan mencecah 50,000 orang.

Kerajaan baru nanti mempunyai banyak sumber dan langkah yaang membolehkan rakyat Malaysia menunaikan haji dalam usia lebih muda.

Menurut DS Nizar kuota haji sebanyak 50,000 akan dapat dicapai .Bagi DS Nizar,kerajaan BN tidak menjadikan Rukun Islam sebagai satu agenda utama.

Bagi DS Nizar Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia yang muda menunaikan Rukun Islam itu.

Saturday, September 24, 2011

Baru selesai bawa DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.

Penulis baru sampai rumah setelah bersama DS Nizar bertemu penduduk Bukit Gantang.Petang tadi bersama DS Nizar dan Ustaz Idris Ahmad dalam program jamuan raya Dun Changkat Jering.

InsyaAllah foto dan berita dari DS Nizar akan penulis paparkan nanti.

Bagi mereka yang berkelapangan esok DS Nizar akan bersolat Suboh di Masjid Bukit Gantang.Sementara itu pada pukul 10.00 pagi DS Nizar akan meraikan jemaah haji dari Parlimen Bukit Gantang di Surau Qariah Bt 6,Changkat Jering.

Maaf berita agak personal. Seronok dapat ikut DS Nizar pada hari ini 24 September 2011.

Friday, September 23, 2011

Mat Indera tidak bunuh Masyarakat Melayu- SC Atan Awang.


KUALA ROMPIN - Meskipun Muhammad Indera atau lebih dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berfahaman komunis, namun lelaki berpendidikan agama itu, tidak mahu membunuh masyarakat Melayu.


Demikian pengakuan bekas Konstabel Polis Khas (SC), Atan Awang, 84, menyifatkan Mat Indera sebagai warak dan berpendidikan agama.


Menurut Atan, dia pernah berkawan dengan rakan Mat Indera ketika bertugas di Segamat, Johor.


“Rakannya memberitahu Mat Indera tidak pernah membunuh orang Melayu, meskipun dia berfahaman komunis,” katanya kepada Sinar Harian.


Atan berkata, Mat Indera adalah orang kanan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.


“Saya percaya Mat Indera bukanlah pembunuh orang Melayu dan dia bukan untuk dijulang dan diangkat sebagai hero atau dijadikan kempen politik oleh pihak tertentu berkepentingan,” katanya.


Menurutnya, semasa dia bertugas di Segamat, Mat Indera ketika itu di Muar, Johor sememangnya mempunyai kelebihan luar biasa.


“Sejarah tetap sejarah dan ia tidak boleh diubah dan kita tak perlu mengiktiraf Mat Indera sebagai pahlawan mahupun pemberontak negara kerana dia sudah tiada lagi di dunia ini,” katanya.


Atan meminta semua pihak tidak membangkitkan isu Mat Indera kerana ia menyebabkan ahli keluarga Allahyarham tertekan dengan pelbagai isu yang cuba dikaitkan dengannya.


“Saya percaya Mat Indera tidak sanggup melihat nyawa bangsanya rebah di tangannya sendiri,” katanya.SH ***********rakam foto sejarah kekejaman Inggeris :Samsung Galaxy Tap 1*

Pandang Sisi:SC,HG dan anggota polis sebelum merdeka semuanya bekerja untuk penjajah Inggeris. Contohnya Sarjan Che Wan ,polis Kerajaan British di Daerah Pasir Puteh,mati ditikam oleh Tok Janggut pada 28 April 1915.

Pada 16 Disember 1891 Dato'Bahaman menyerang Balai Polis Lubuk Terua.

Memperingati dua dekad Pondok Pak Ya terbakar.

YAN: Selepas lebih dua dekad, keluarga 27 pelajar Sekolah Agama Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah yang terkorban dalam kebakaran pada 1989, berkumpul buat pertama kali semalam bagi memperingati kejadian itu.


Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 Sept itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung bersama 27 penuntut, manakala enam berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan kecederaan lain termasuk patah pinggang.


Pengelola Program Memperingati 27 Syuhada Kebakaran Pondok Pak Ya 1989, Mohd Fikri Abd Razak berkata majlis itu bertujuan mengumpulkan buat pertama kali keluarga semua mangsa yang terlibat.


"Hampir tiga bulan saya dan tiga rakan Alumni (Pondok Pak Ya) lain mencari 27 keluarga mangsa tragedi tersebut kerana alamat yang ada tidak lengkap," katanya kepada Bernama, di sini.


Beliau berkata pada majlis itu mereka berpeluang bertemu semula dengan yang lain termasuk yang terselamat dan berkongsi cerita mengenai pengalaman selepas tragedi.


Maklum balas yang diterima daripada ibu bapa dan keluarga mangsa sangat baik dan rata-rata mahukan sekolah mengadakan majlis ini setiap tahun, kata Mohd Fikri.


Majlis itu yang berlangsung di sekolah tersebut dimulakan dengan slot pengkisahan oleh mangsa yang terselamat, diikuti majlis tahlil di pusara 27 yang terkorban.


Selain itu, turut diadakan pameran yang memaparkan gambar mangsa serta laporan berita mengenai tragedi tersebut.


Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat Hartini Awang, 35, berkata program berkenaan membuatkan beliau terkenang ramai kawan karibnya yang terkorban dalam tragedi tersebut.


Katanya beliau nekad meredah api yang marak bagi menyelamatkan diri, mengakibatkannya mengalami lecur di tangan dan muka.


"Selepas berjaya keluar dari asrama itu saya melihat semua lapan bangunan asrama yang kami tinggal terbakar," katanya yang kini bekerja di Jabatan Perangkaan di Sungai Petani.


Yusof Lebai Hassan, 72, pula tidak dapat menahan sebak apabila mengingati adik bongsunya Maryani yang terkorban dalam kejadian itu.


Katanya ketika kejadian, arwah adiknya itu baru berusia 14 tahun.


"Saya masih ingat seminggu sebelum kejadian arwah minta duit belanja kerana dia tak dapat balik ke rumah kami di Sungai Ibor, Gurun," katanya. - BERNAMA

###Ke mana perginya Laporan Suruhanraya yang menyiasat dan memberi pandangan berkaitan sekolah agama rakyat.

***With UMobile, the world will now be your work and play space.****

Mat Sabu tak datang ke Jamuan Raya Dun Changkat Jering.Dia banyak urusan negara.

Ramai yang bertanya tentang Mat Sabu. Dahulu semasa kenduri durian di tempat yang sama Mat Sabu datang.

Untuk majlis pada kali ini,Hj Mat Sabu tak datang kerana dia sibuk dengan urusan negara.Mat Sabu banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan UMNO pada PRU 13 nanti.

Kita tunggu tarikh Mat Sabu bila dia datang Bukit Gantang.***blackberry foto raya ****

Thursday, September 22, 2011

PAS Bukit Gantang perlu kuat,untuk halang UMNO Bukit Gantang pergi bermukim.

Seperti bulan lain bulan ini ,bulan yang padat dengan program PAS Kawasan Bukit Gantang. PAS Bukit Gantang melalui Dewan-dewan Muslimat,Pemuda dan Urusan Ulamak terus bekerja mendekati masyarakat ,melalui program dakwah dan politik.

Untuk bulan Septemberi ini ,terdapat dua ceramah .Pada 27 September ,Ceramah PAS Ganti umno di Permatang Raja,DUN TrongPenceramah YB Ir Amirudin Hamzah dan Hj Razman Zakaria.

Sementara itu 29 September ,Ceramah DS Nizar di Taman Berkat,Simpang bersama Hj Razman Zakaria.

Program-program lain seperti menyantuni penduduk tetap berjalan,tazkirah terus berjalan.Contohnya pada 25 September ini bermula pada 10.00 pagi ,DS Nizar dan Ustaz Nordin akan meraikan jemaah haji dari Parlimen Bukit Gantang,di Surau Bt 6,Changkat Jering.

Justeru itu PAS Bukit Gantang perlu terus kuat dan bekerja,bagi menghalang UMNO Bukit Gantang keluar kawasan untuk membantu kempen kawasan lain atau mengacau negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kita tunggu ketibaan DS Nizar,yang namanya disebut selalu Zambry Kadir.


Pada 24 September ini ,Majlis Tindakan DUN Changkat Jering akan menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri .Program bermula pada 3.oo petang sehingga 6.00 petang.

Majlis Jamuan Raya ini akan berlangsung di Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen,Taman Damai,Simpang Taiping.

Pemimpin utama yang dijangka turut hadir, Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiah PAS Pusat.

Sudah tentulah ketibaan DS Nizar dinanti-nantikan kerana, Zambry Kadir sering menyebut nama DS Nizar sewaktu dia 'mengendeng ' penduduk Changkat Jering,baru-baru ini. ***minum untuk tenaga ****

DS Khalid Abu Bakar marah anak Mat Sabu tuduh polis sebagai dalang .

Timbalan Ketua Polis Negara ,DS Khalid menasihatkan Ahmad Saiful Islam, anak kepada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu supaya tidak membuat kenyataan sembarangan terhadap polis tanpa mempunyai bukti.

Datuk Seri Khalid Abu Bakar menegaskan , kenyataan anak lelaki Timbalan Presiden PAS itu yang menuduh pihak polis sebagai dalang dalam kejadian cubaan membakar rumah mereka baru-baru ini adalah menghairankan dan tidak masuk akal.


“Jangan cakap sembarangan. Sudahlah bapak dia cakap lepas, janganlah anak pun sama jugak.


“Kalau tiada asas untuk membuat tuduhan sedemikian, jangan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat pangkalan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Dua di Tampoi hari ini.


Dalam pada itu berita dipetik melalui Bernama Online, jika Ahmad Saiful mempunyai bukti menyokong dakwaannya bahawa polis terlibat, anak Mat Sabu boleh membuat laporan polis atau jika enggan berbuat demikian, boleh berjumpa dengannya atau Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.***blackberry info pantas****

Wednesday, September 21, 2011

Pendakwaraya dari Putrajaya ,untuk mematikan karier politik Mat Sabu?

Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.


Apa yang menarik terdapat niat pihak berkuasa Putrajaya untuk mematikan karier politik tokoh masa depan PAS ,Mat Sabu . Hal ini jelas dengan kehadiran pihak pendakwa dari Putrajaya.


Dua orang pendakwaraya itu didatangkan khas dari Putrajaya.Sepatutnya pendakwaraya dari Pulau Pinang sudah cukup kerana hanya Mahkamah Seksyen,Butterworth yang akan memutuskan.


Selain itu, Mat Sabu turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.


Pihak pendakwa yang didatangkan khas dari Putrajaya itu ,meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mat Sabu tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jelas dengan jaminan yang diminta oleh pihak pendakwa itu ada unsur untuk menyusahkan Mat Sabu.

Tiga Pegawai SPRM Samun KLIA Dilucut Tugas

KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.


Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.


Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.


SPRM berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa tiga pegawai kanan tertinggi SPRM ditahan polis Selangor kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA pada 15 Sept lepas.


Menurut suruhanjaya itu, pihaknya sedang membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang dijalankan berkaitan kes berkenaan.


"Memandangkan siasatan ini adalah di bawah bidang tugas pihak polis, SPRM berkeyakinan dan percaya bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan telus mengenai dakwaan tersebut," menurut suruhanjaya itu. - BERNAMA

Zambry Kadir antara rakyat yang baik dan Miss Bikini Malaysia.


Antara ucapan Zambry Kadir di Surau Larut Tin ,dalam Dun Changkat Jering 14 September lalu meminta penduduk menjadi rakyat yang baik.


Kemudian di DUN Pangkor pihak berkuasa membenarkan Miss Bikini Malaysia berlangsung.Wakil Rakyatnya MB Perak.


Apakah di Surau Larut Tin haram dan di Pangkor Island Beach Resort halal?


Jadi tidaklah hairan orang UMNO menyertai PAS,kerana sikap hipokrit Zambry.

"Miss Bikini Malaysia": MB, Mufti Perak digesa nyatakan pendirian.

IPOH, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak menuntut penjelasan Menteri Besar Perak, dan Mufti berhubung penganjuran Pertandingan Full Moon Beach Party (FMBP) yang bakal diadakan di Pangkor Island Beach Resort pada 7 dan 8 Oktober nanti.


Program itu juga difahamkan turut akan mempertandingkan Miss Bikini Malaysia.


Setiausahanya, Salman Saleh berkata pihaknya terkejut apabila penganjuran itu turut diiklankan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan juga dipromosikan melalui laman sosial Facebook.


"Jesteru itu, kami menuntut penjelasan berikutan sudah tersebarnya hebahan pertandingan tersebut yang jelas amat memalukan.


"Kami juga amat kecewa kerana ianya diadakan di kawasan (Menteri Besar) Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai orang nombor satu negeri Perak dan memegang portfolio agama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.


Tambahnya lagi, program pelancongan ini yang di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman perlu peka dan sensitif terhadap perkara ini.


"Kami juga memohon Mufti Kerajaan Negeri Perak, Tan Sri (Dr) Haji Harussani Zakaria agar memberikan nasihat kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam isu ini," desaknya.


Beliau juga mahu program tidak bermoral tersebut dibatalkan dengan kadar segera.

Tuesday, September 20, 2011

Zizan pelakon filem Hantu Bonceng mohon maaf.

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.


Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.


Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.


Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.


"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.


Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.


Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.


"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.


"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.

Kes Mat Indera:Mat Sabu bebas dengan jaminan RM15,000

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.


Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.


Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.


Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.******ganyang UMNO dengan galaxy*****

1,011 laporan polis, akhirnya Mat Sabu didakwa hari ini.

Polis akan mendakwa Mat Sabu mengikut Seksyen 500 Kanun Kesiksaan iaitu fitnah.Semuanya hasil 1011 laporan polis yang dibuat berdasarkan ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu.

Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Seksyen,Butterworth pagi ini.Bagi mereka yang berkesempatan bolehlah ke Mahkamah Seksyen ,Butterworth.****info cepat******

Monday, September 19, 2011

Geng budak sekolah lempar Bom Petrol ke rumah Mat Sabu.

Blog Milo Suam melaporkan rumah Mat Sabu dilempar bom petrol. Ini perangai budak sekolah,yang tak dak teloq.

Budak sekolah mereka tahu mereka salah ,mereka tahu tiada hujah ,jadi mereka tak berani berdepan .Lantas mereka gunakan bom petrol untuk menunjukkan kekuatan.

Betul-betul perangai budak sekolah lewat 90an. Berani di belakang,takut berhadapan secara terbuka,



Hishamuddin Rais turut menyiarkan bahawa ada cubaan untuk membakar rumah Mat Sabu di blog beliau. Bagaimana pun hanya pagar rumah Mat Sabu yang berjaya dibakar.


Tambah menghairankan, lampu jalan berhampiran turut terpadam seolah-olah sudah ada perancangan rapi dari si pengkhianat [Tukar Tiub].


Biasanya semut kat dalam hutan pun Polis boleh tahu IP Adressnya, boleh tahu alamat facebooknya malah boleh tahu tarikh lahir jirannya.


Kita lihat nanti betapa susahnya Polis nak tangkap pengkhianat yang baling bom petrol ni, cari jarum dalam laut pun tak susah macam ni.


ReJaM© "Kalau rumah Najib yang kena baling, tak sampai dua minit..."milo suam

Hantu Bonceng hina Islam.- Nasrudin Tantawi

Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.


NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.


Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).


"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.


Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.


Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.