Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di sini pada pukul 10.28 pagi.
Wednesday, February 29, 2012
Dr Badrulamin,laporlah kepada polis....dan jangan banyak bercakap.
Pihak polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Feb lepas, di Balai Polis Beserah di sini pada pukul 10.28 pagi.
Orang nombor dua,itu pandangan peribadi Dr Dzulkefly- Ustaz Abu Bakar Husain
Sehubungan itu kata beliua, perkara tersebut perlu dirujuk kepada peraturan dan perlembagaan Pas terlebih dahulu agar tidak timbul masalah lain.
“Pelbagai diskusi boleh dilakukan bagi membincangkan isu ini kerana sehingga kini individu yang layak adalah beragama Islam tidak kira mereka dari kaum lain,” kata Ustaz Abu Bakar.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad yang menyatakan bahawa jangan terkejut jika beberapa tahun akan datang, orang nombor dua Pas bukan seorang yang beragama Islam, dalam Wacana Sinar Siri Ke-11 bertajuk "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Kumpulan Media Karangkraf, kelmarin.
Katanya, apa yang lebih penting perlu lihat kepada dasar perjuangan Islam sebenar.
Abu Bakar turut mengulas berhubung isu undi Melayu berpecah, namun menyifatkan perpecahan tidak berlaku sebaliknya kefahaman dan perjuangan terhadap Islam itu yang berpecah.
“Perpecahan orang Melayu sebenarnya kerana mereka tidak bersedia untuk memperjuangkan Islam.
“Kita boleh anggap ia sebagai satu transformasi untuk memperkenalkan Islam itu supaya lebih syumul,” katanya.sumber
Mangsa dakwa alat sulit, buah dada sakit sebaik sedar daripada tidur.
Kes itu disiasat oleh IPD Kuala Kangsar mengikut seksyen 354,kanun kesiksaan kerana mencabul dan seksyen 380 kanun kesiksaan kerana mencuri dalam bangunan.
4 orang suspek lelaki ditahan reman selama empat hari.Empat orang itu disyaki pekerja di kantin asrama sekolah tersebut.
UMNO beri lesen akhbar kepada MCA untuk serang Islam- Mat Sabu

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.
"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.
"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.
"Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan.
Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.
"Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.
The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur.
Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu.
Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik. sumber harakahdaily.net
Tuesday, February 28, 2012
Suruh Jamaluddin Radzi debat dengan DS Nizar,Zambry Kadir kurang matang.
Ketua Penerangan, Badan Perhubungan Pas Negeri, Ahmad Nuri Al-Amin berkata, kenyataan itu seolah-olah menunjukkan Zambry tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons berkaitan cadangan Dewan Pemuda Pas dalam usaha menemukan kedua-dua individu itu di pentas debat.
“Tujuan asalnya untuk membolehkan kedua-dua pemimpin itu melontarkan idea bagi memimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun katanya, pelantikan Jamaluddin untuk menyertai debat itu tidak bersesuaian kerana Adun Bebas berkenaan bukan ketua bagi parti Barisan Nasional Perak.
“Debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN dan PR Perak. Di mana rasionalnya Zambry menyerahkan wawasan mentadbir Kerajaan Negeri kepada Adun yang lompat parti,” katanya.
Ahmad Nuri berkata, penolakan Zamry itu sekali gus membuktikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 BN mengamalkan penyelewengan dan kronisme.
“Jika BN Perak benar-benar bersih dan bekerja untuk rakyat dan bukan menindas rakyat, beliau tak perlu takut.
“Malah Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan,” katanya.
Guru Besar rakam kelas bising,kena gomol.
GEORGETOWN - Gara-gara tidak boleh menerima teguran, guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Air Itam, dipercayai bertindak mencederakan guru besar di tangan dan belakang kepala.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising sebelum menegur guru kelas berkenaan.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.
Ketika itu, guru kelas berang dan menggomol guru besar sambil diperhatikan murid termasuk dari kelas terbabit. Mereka hanya mampu melihat aksi kedua-dua guru berkenaan.
Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang kepala guru besar cedera.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Negara kita banyak lahirkan bomoh dan dukun -Dr Raja Ahmad al Hiss.
Menurut Ku Is ,England tempat beliau belajar pun selama enam tahun itu pun ,rakyat sudah tahu tarikh pilihanraya.
"Negara kita banyak betul bomoh dan dukun,ramal bila pilihanraya"kata Ku Is.Raja Ahmad Iskandar yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,memberitahu negara seperti Indonesia pun rakyat sudah tahu bila tarikh pilihanraya.
Monday, February 27, 2012
Isu naik gaji,isu kos hidup tinggi senyap,Guna isu Badrul Amin,terkini Azizan Razak.
Isu rakyat ditutup dan tertutup. Isu tuntutan naik gaji oleh Quepecs ,letak muka dalam ,suratkhabar arus perdana.Isu NFC,Shahrizat ,semakin senyap.Felda Global Venture Holding (FGVH) juga cuba disenyapkan.
Rakyat merintih harga barang semakin tinggi dan terus naik ,suratkhabar buat tak peduli.Mereka hanya peduli dengan isu yang ada kepentingan dengan UMNO.
Kumpulan Utusan dengan UMNO. The Star dengan talian hayat untuk MCA.Rupanya suratkhabar kita masih kelas rendah.
Siapakah Asrullah Affendi Abdullah yang cuba menyerang Nurul Izzah?
Naib Presiden PKR ,YB Nurul Izzah Anwar menyatakan jika tidak ada campurtangan penyokong Pakatan Rakyat pada ceramahnya di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti mendapat ‘mata lebam’ seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Nurul Izzah menjelaskan serangan terhadapnya oleh lelaki pada ceramah di Felda Lepar Hilir I pada malam semalam itu hampir-hampir mengenainya
“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah lagi.
Menurutnya Nurul Izzah lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.
Bagi Nurul Izzah sekiranya tiada penyokong yang menahannya, pasti beliau juga menerima nasib seperti ayahnya DS Anwar yang bermata lebam dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih sepuluh tahun lalu.
Mungkinkah pemuda itu di bawah pengaruh dadah? Begitu berani menyerang pemimpin sebuah parti politik yang sah dan wakil rakyat pula.
Bebaskan Peseta Felcra ,kenapa perlu dizalimi.
Jom beri sokongan kepada mereka,pada pukul 9.00 pagi.
Sunday, February 26, 2012
Nurul Aien ,pelajar yang mati dibunuh,tidak dirogol.
Polis mengesyaki lebih dua supek yang terlibat dengan kes ini.Pihak polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302,Kanun Kesiksaan . Seorang suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin untuk membantu siasatan.
Syabas kerajaan Selangor bagi cuti,dekat Badrulamin.
Kerajaan negeri Selangor berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.
Saya jadi Menteri Besar,kerajaan mampu beri hak milik kekal.-Nizar
Saturday, February 25, 2012
DS Nizar dapat penjelasan Sarjan Yusof Ahmad berkaitan kematian adik Nurul Aien ,16 tahun.
Sarjan Yusof Ahmad menerangkan perjalanan kes kepada DS Nizar.Menurut Sarjan Yusof Ahmad,seorang suspek sedang ditahan untuk siasatan.Suspek dikatakan berumur 18 tahun dan orang tempatan.
Mayat Nurul Aien dilaporkan separuh badan termasuk kepala terendam dalam kolah yang dipenuhi air ,sementara itu kakinya terjuntai keluar.
Dalam pada itu DS Nizar mengharapkan pihak keluarga simati dan orang kampung membiarkan siasatan polis berjalan lancar,sehingga mereka yang bersalah dapat dihukum.
Satu tindakan terancang memerangkap saya- Ustaz Badrulamin.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi.
Bernama
Dan di bawah Dr Badrul Amin membuat penjelasan yang dipetik melalui blog ini.amenoworld
Di mana menurut Ustaz Badrul Amin ini tindakan yang terancang.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.
Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.
Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.
Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.
Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.
Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.
Dr. Badrulamin Bahron
DS Nizar lihat kolah tempat mayat pelajar perempuan ditemui mati dibunuh.
Friday, February 24, 2012
Solat Jenazah Pelajar Mati Dibunuh 10.30 pagi ini.
Solat jenazah dirumah keluarga allahyarhamah , berdekatan Dewan Orang Ramai ,Batu 9,Jalan Trong pada pukul 10.30 pagi.
Salam takziah.Alfatihah.
Pelajar perempuan SMK Dato'Wan Rashdi,Taiping,16 tahun, disyaki dirogol dan dibunuh di rumah.
Pelajar perempuan itu dirogol dan dibunuh di dalam rumahnya di Kg Batu 9,Jln Trong.Setakat ini pada pukul 9.40 malam ,jenazah mangsa rogol dan bunuh masih berada di rumah.
Pihak polis sedang menyiasat kes ini.Sementara itu YDP PAS Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar sudah menziarahi keluarga mangsa,sebaik mendapat berita peristiwa menyayat hati itu.
Nizar setuju debat dengan Zambry.
Thursday, February 23, 2012
PAS Pulau Pinang Kena Tuntut Kerusi Sama Banyak.
Contohnya DUN Kuala Sapetang,dalam Parlimen Bukit Gantang,PKR tidak mempunyai cawangan yang banyak.Kubu UMNO tidak dipecahkan.Ahli-ahli atas pagar tidak juga masuk PKR.PAS pada setiap daerah mengundi mempunyai ahli dan cawangan,berbanding PKR di Dun Kuala Sapetang.Tapi PKR tetap bertanding,dan PAS Bukit Gantang pun tidak mahu bertanding di sini.
PAS Pulau Pinang mahu peruntukan kerusi pada pilihan raya umum yang sama rata di kalangan parti-parti di bawah Pakatan Rakyat.
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Salleh Man berkata, ia adalah penting bahawa semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat diwakili sama banyak di negeri ini.
“Kami sedang berunding bagi mendapatkan kerusi tambahan untuk PAS,” kata Ustaz Saleh Man.
Ustaz Mohd Salleh bagaimanapun berkata, tiada keputusan yang dibuat kerana perkara mengenai pencalonan itu masih di peringkat perbincangan.
Pada pilihan raya umum 2008, PAS bertanding sebanyak lima kerusi di negeri itu namun hanya menang satu di Permatang Pasir yang dimenangi oleh Mohd Salleh manakala DAP dan PKR masing-masing dengan 19 dan 16 kerusi.
Bagi PAS Pulau Pinang fokusnya sekarang adalah untuk mengekalkan kedudukan di Pulau Pinang dan jentera pilihan raya kita sedang bekerja keras untuk memastikan kemenangannya.
Debat Zambry dengan Nizar -Pemuda PAS Perak.
Setiausahanya, Salman Saleh berkata, dakwaan BN Perak yang dikatakan mendapat sokongan penuh dan disukai akan dapat dibuktikan dengan pertemuan Dato’ Seri Zambry satu pentas bersama Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin.
Katanya, menemukan kedua-dua tokoh ini ini seperti debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang baru-baru ini akan memberi anspirasi kepada rakyat khususnya di Negeri Perak.
“Kami ingin melihat inspirasi kedua-dua tokoh ini di atas satu pentas mambawa harapan rakyat negeri Perak bagi meneruskan pemerintahan menjelangnya PRU13 nanti,” katanya dalam kenyataan kepada Harakah 23 Februari lalu.
Menurutnya, ini akan dapat membuktikan pemimpin mana yang mempunyai keberanian berhujjah dan menyatakan wawasannya untuk negeri di khalayak rakyat jelata.
Adakah BN Perak sudah berubah selepas kejatuhan pada PRU12 dahulu? Adakah isu kepentingan ahli keluarga dan kroni masih menular di dalam BN Perak sekarang?
Ini sebahagian persoalan yang perlu dijawab oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry dan seharusnya beliau tidak berdolak-dalih untuk bersemuka dengan Datuk Seri Nizar di atas satu pentas,” ujarnya.
Tambahnya, rakyat Perak khasnya ingin melihat wawasan kedua-dua tokoh tersebut di atas satu pentas dengan melontarkan pandangan masing-masing demi mengembalikan keyakinan rakyat termasuklah masyarakat antarabangsa.
“Walaupun pelbagai tuduhan tidak berasas kepimpinan Dr Zambry yang ingin mencalar imej Pakatan Rakyat khususnya PAS sejak awal mengambil alih pemerintahan selepas ‘rampasan kuasa’ dahulu dan ingin mendedahkan penyelewangan, tetapi berita yang jelas tidak berasas tersebut tidak terjawab sehingga kini.
Jadi, kami serahkan kepada Dr Zambry untuk menerima tawaran bersemuka ini,” tegasnya.
Calon PRU 13,UMNO Bukit Gantang kempunan lagi,UMNO Taiping terus melepas.
Jika khabar ini benar UMNO Bukit Gantang dijangka bergolak besar.Sudahlah Ketua UMNO,Datok Rosli Husein dikatakan telah dipinggirkan Zambry Kadir.Kerusi Trong telah diberi kepada MIC untuk bertanding.
Sementara itu menurut sumber lain ,ADUN Kamunting didakwa disuruh bertanding di DUN Alor Pongsu,Bagan Serai,untuk membolehkan isteri bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir,Dato. Malik bertanding .
Di bawah cerita dalam blog orang ni.

KES 2

KES 3

Wednesday, February 22, 2012
Zambry Kadir,selalunya apabila UMNO menafikan, perkara itu betul-betul berlaku.
Zambry Kadir mendedahkan bagaimana pihak tertentu berusaha melaga-lagakannya dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Husni Hanadzlah. Konon ia melibatkan soal pengganti atau jawatan Menteri Besar.
Husni dikait sebagai pihak bakal menggantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar sekiranya BN memenangi PRU13 di Perak. Justeru itu kemungkinan besar Zambry Kadir untuk menyedapkan hati mendakwa terdapat pihak yang cuba melagakan mereka.
Naik gaji antara RM700 hingga RM2500 -Cuepacs
PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).
"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini, Rabu.
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.
Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji. "Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA. "Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.
Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.
"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-BERNAMA
Imam baling kasut ke arah hakim,Hakim Besar Malaya tetap sabar.
Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.
Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.
Difahamkan Roslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Hakim Zulkefli cuba menenangkan Roslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.
Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.
Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan mahkamah memegang Roslan dan cuba menenangkan beliau.
Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
Tuesday, February 21, 2012
Tahniah polis,Kg Air Putih ,Simpang ,Taiping sudah terkenal.
Monday, February 20, 2012
Unit Keselamatan AMK ,bagi saja Pemuda PAS jaga Anwar Ibrahim.
Berhubung dengan peristiwa itu ,Unit Keselamatan AMK kelihatan gagal mengawal dan menjaga keselamatan bakal Perdana Menteri tu.
Amat malang soal keselamatan DS Anwar Ibrahim tidak diberi perhatian pihak PKR.Sudah acapkali Wan Azizah dan DS Anwar serta keluarga cuba disabotaj,tapi Unit Keselamatan AMK masih tidak mahu belajar.Sepatutnya bakal Perdana Menteri itu perlu dijaga keselamatannya.
Bagi penulis unit keselamatan AMK gagal berperanan menjaga dan mengawal keselamatan bakal Perdana Menteri Malaysia itu.
Bolasepak tak layak masuk olimpik,harga tiket tetap mahal.
TIKET untuk perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Olimpik 2012 zon Asia antara Malaysia dan Jepun akan dijual mulai 5.30 petang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada hari perlawanan, Rabu ini.
Perlawanan itu akan bermula pada jam 9 malam.
Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM40 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
FAM berkata tiket berharga RM40 dan RM20 juga boleh didapati di lebih 850 kedai Mesra Petronas di seluruh negara.
Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my - Bernama
Skim baru SBPA 1 Januari dan bayar tunggakan-Cuepacs
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.
Isu Israel,Anwar jumpa TG Nik Aziz esok.
KUALA LUMPUR: Pertemuan antara Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan negara Israel akan berlangsung Selasa.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan demikian pada sidang media di Pejabat Agung Pas di sini, Isnin, namun lokasi dan masa pertemuan itu tidak dimaklumkan.
Pertemuan itu menjadi perhatian banyak pihak ekoran kenyataan kontroversi Ketua Pembangkang itu yang menyokong keselamatan negara Israel.
Pada 13 Feb lepas, Nik Aziz menggesa Anwar supaya menarik balik kenyataan sokongan itu sekiranya benar dibuat atau menyaman The Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah.
Menjawab soalan apakah yang akan dilakukan Pas sekiranya Anwar tidak menarik balik kenyataan sokongan itu, Mahfuz berkata: "Itu kita tunggu hasil pertemuan mereka besok". - BERNAMA
Himpunan aman bantah kapal Israel 22 Feb
KUALA LUMPUR, 20 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan aman bagi membantah kemasukan kapal kargo Israel Zim Europa ke Perlabuhan Klang.
"Kami dengan ini menjemput semua warga yang prihatin dengan isu-isu kekejaman Israel untuk turut hadir beramai-ramai bagi menyatakan tindakan tegas kita terhadap Israel dan kerajaan BN yang mengiktiraf Israel,” kata ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan.
Katanya, himpunan itu diadakan di West Port, Pelabuhan Klang pada hari Rabu, 22 Februari ini jam 5.00 petang.
Selain itu, beliau juga meminta agar semua pihak dapat menyebarkan maklumat itu sebagai tanda bantahan dan berusaha untuk meramaikan lagi peserta himpunan tersebut.
Sunday, February 19, 2012
Sudah takdir,dihempap lori angkut sampah.
Soi Lek sekurang-kurangnya jantan berbanding Najib
Budak-budak sekolah ,jika terdapat perselisihan faham,mereka sanggup bergaduh untuk menegakkan kebenaran. Kalau tidak berani budak-budak beranggapan budak itu tiada "telor".
Untuk orang Cina,mereka sudah menunjukkan kematangan berpolitik dan secara jelas menyindir Najib yang berani di depan ahli UMNO sahaja.