![]() |
Saturday, June 30, 2012
Putrajaya milik kita,Kem Tahanan Kamunting ,dijadi universiti.
YDP PAS Taiping, Us Mohd Fakhrudin Abd Aziz ,dalam bantahan ISA dekat KEMTA pagi tadi. |
Kamunting: PAS dan Pakatan Rakyat berjanji sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13, Kem Tahanan ISA di Kamunting akan digantikan dengan sebuah Universiti atau Institusi pendidikan. Demikian ditegaskan oleh Ust Mohd Fakhrudin Abd Aziz,YDP PAS Taiping ketika berucap dalam Himpunan Anti ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) sebentar tadi.
"Kami dipihak PAS dan Pakatan Rakyat berjanji jika kita menang malam ini(PUTRAJAYA) esoknya semua tahanan akan dibebaskan,kem ini kita tutup dan kita gantikan dengan sebuah universiti atau apa-apa institusi pendidikan yang lebih memberi manfaat kepada rakyat, ini kerana akta zalim ini telah banyak menahan orang yang tidak mempunyai bukti kesalahan dan ini jelas amat bercanggah dengan ajaran Islam". ujar beliau.
Ustaz Akmal Kamarudin wakil Pemuda PAS Perak ,turut hadir beri sokongan.
Sementara itu wakil daripada Dewan Pemuda PAS Perak, Us. Mohd Akmal Kamarudin pula memberi ingatan sekiranya pihak kerajaan tidak menutup dan membebaskan tahanan-tahanan ISA di Kem Tahanan tersebut, Pemuda PAS Perak dan Pemuda Pakatan Rakyat Perak sanggup bersama-sama Keluarga mangsa serta GMI untuk menggerakkan seluruh ahlinya berkumpul bagi mendesak dan menyatakan sokongan kepada penghapusan akta zalim tersebut. "kami Pemuda PAS Perak sentiasa menyokong tuntutan pembebbasan mangsa dan sekiranya tahanan yang sedang mogok ini tidak dilepaskan kita akan gerakkan seluruh ahli pemuda PAS Perak ke Kem Tahanan Kamunting ini sehingga akta zalim ini dihapuskan dari muka bumi malaysia ini"
Ikon ISA , Pn Norlaila pula menyifatkan kem tahanan ini seperti neraka bagi ahli keluarga, ini kerana setiap kali mereka menziarahi suami, mereka terpaksa bergaduh dengan pegawai-pegawai yang ada disitu. "Ini belum lagi ditambah dengan ugutan dan penyiksaan mental yang terpaksa dihadapi oleh isteri dan anak-anak tahanan", ujar Norlaila dalam keadaan sebak. Oleh itu beliau yang turut ditemani suami dan anaknya sekali lagi menuntut agar kem dan akta zalimi ini ditutup.teratak kampung
Bebaskan 45 Tahanan ISA.
![]() |
ADUN Teja,YB Chang Lih Kang membantah tahanan ISA didera. |
![]() |
Puan Norlaila isteri bekas tahanan ISA disebelahnya Puan Aliza isteri YB Saari Sungib bekas tahanan ISA. Sebak mengingati kenangan suami ditahan ISA. Desak Bebas ISA45! |
1 Julai ,11 pagi , membantah penderaaan tahanan ISA.Foto diambil di hadapan Kem Tahanan Kamunting. Kelihatan YB Chang Lih Kang,Adun Teja.
Kamunting,1 Julai- Kerajaan Baru Perak yang diterajui Pakatan Rakyat nanti mesti mengkaji semula tapak Kem Tahanan ini. Jika cukup tempoh ,bolehlah dibuat di negeri yang diterajui UMNO. Jika Putrajaya pun diperintah Pakatan Rakyat,bolehlah nanti Kem ini dijadikan muzeum .
Friday, June 29, 2012
DS Nizar bertanding di DUN Changkat Jering.
DS Nizar menyapa Ketua Dewan Muslimat,Dr Najihah.Turut kelihatan Datuk Tamrin Ghafar.Apabila pengerusi bertanya kepada pendengar ceramah ,bersetuju tak DS Nizar menjadi Menteri Besar Perak,semuanya bersetuju termasuk SB.DUN Changkat Jering kerusi selamat untuk DS Nizar bertanding.
Dr Najihah, mungkin boleh diletakkan Exco Wanita Kebajikan,Kesihatan dan Pendidikan.Boleh berbahasa Mandarin. Orang Tionghua memuji tokoh wanita PAS itu.Dr Najihah juga perlu diberi kerusi selamat.
Jahatnya Utusan dan News Straits Times ,minta maaf pada Kalimullah Hassan,tidak kepada Lim Guan Eng.
Simpang: Selepas menang dua saman terhadap Utusan sebelum ini, Lim Guan Eng memfailkan lagi saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.
Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
“Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya,” kata Guan Eng.
Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.
Kata Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.
“Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung).
“Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya,” katanya.
Nizar tidak pertahan Kerusi Parlimen Bukit Gantang
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (dua, kiri) ketika mengadakan kunjungan mesra di Pejabat Sinar Harian Edisi Perak.
IPOH - Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya umum akan datang bagi memberikan peluang kepada calon Pas lain.
Menurut beliau, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang selama kira-kira 4 tahun.
“Selepas saya dicalonkan di Pasir Panjang dan menang menentang MIC, saya dilantik menjadi menteri besar selama 11 bulan ekoran kemenangan itu dan ia satu pengalaman yang cukup mencabar.
“Kemudian, menang di Bukit Gantang dan mentadbir di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) di bawahnya, saya merasakan ini cukup berat kerana Dun Pasir Panjang pun nak jaga dan tiga lagi Dun di Parlimen Bukit Gantang pun perlu ditadbir,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengadakan kunjungan mesra di Pejabat Sinar Harian Edisi Perak, di sini, semalam.
Hadir sama dalam kunjungan berkenaan, Ketua Penerangan Pas Negeri, Ahmad Nuri Al-Amin; Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Salman Salleh dan Penolong Setiausaha Pemuda Pas Negeri, Safarizal Saleh.sumber sinar
Thursday, June 28, 2012
Mengaku sajalah UMNO Bukit Gantang, bangunan telah disita!!!!
Hari ini 27 Jun 2012~ Akbar Sinar edisi Perak tersiar kenyataan dari ADUN Terong yang nampak teringin nak jadi ahli Parlimen Bukit Gantang YB Datuk Rosli Husin. Dalam kenyataan tersebut beliau menafikan UMNO terlibat dalam isu penyitaan Bangunan UMNO Bukit Gantang. Penafian YB Rosli ini tidak ubah seperti cuba kelentong rakyat. "Bukan masaalah UMNO" ...abis salah siapa..??? Dakwaan YB Rosli konon-nya isu penyitaan itu berkaitan dengan sebuah syarikat pemaju dengan Pusat Pendidikan Darul Taalim, UMNO tak terlibat katanya.
kenapa pula pada 14 Jun 2012 mahkamah Taiping mengarahkan disita bangunan UMNO Bukit Gantang [Klik Sini] dan [Sini] Adakah itu kesilapan pendakwa..?? Atau kesilapan yang membuat keputusan penyitaan..?? kalau mengatakan yang membuat keputusan penyitaan itu salah,YB Rosli boleh dianggap menghina keputusan mahkamah. Sebabnya bangunan yang disita itu memang sah tertera dipapan depan bangunan UMNO Bukit Gantang.
Menurut sumber maklumat yang diterima dari penduduk Terong sendiri yang mana dikatakan Pusat Pendidikan Darul Taalim didirikan di situ didakwa sememang UMNO Terong dan beberapa individu orang kuat UMNO disitu terlibat dalam projek tersebut. Maka sebab itulah alamat surat menyurat projek Pusat Pendidikan Darul Taalim di atas alamat bangunan UMNO Bukit Gantang. Namun apabila sudah berlaku penyitaan ini kerana gagal dalam beberapa perjanjian dilihat UMNO Bukit Gantang cuba tidak mahu mengakuinya itu projek UMNO. Maka penafian YB Rosli ini tak ubah seperti “Burung gagak dicelup tepung..tidak akan menjadi putih..”. YB Rosli masih mempertahankan kelemahan UMNO,kekalutan UMNO dan kesalahan UMNO yang berlaku sejak dahulu,kini dan selamanya...walaupun sudah jelas dan nyata semua yang berlaku dari hasil tangan-tangan UMNO sendiri.
![]() |
![]() |
INILAH GAMBAR DI LOKASI YAYASAN DARUL TA’ALIM KEPUNYAAN UMNO TERONG
![]() |
Nampak tak bangunan sekolah,surau dan bilik asrama.??? Inilah projek UMNO Terong untuk rakyat.
![]() |
Jaga-jaga Tamrin ,minggu depan Najib akan attack.
![]() |
Tamrin Ghafar bersama DS Nizar,Ustaz Idris Ahmad dan pimpinan PR ,belakang Tamrin Ustaz Nordin Jaafar ,YDP PAS Bukit Gantang. |
Tamrin Ghafar sedang berucap di Pentas Ceramah Anjuran PAS Bukit Gantang.Ceramah bertempat di Tmn Kota Jaya Simpang,Taiping.
Simpang,Taiping,28 Jun- Tamrin Ghafar,bekas Pengerusi Mara dan juga bekas Ahli Parlimen Jasin ,Melaka dalam ucapannya malam kelmarin diberitahu oleh seseorang supaya berhati-hati.
"Minggu depan ,Najib akan attack" kata seorang pemanggil telefon kepada Tamrin Ghafar.Menurut Tamrin mungkin mereka juga akan buat seperti mereka memfitnah Azmin Ali dan DS Anwar.
Bagi Tamrin ,pada hari ini ,beliau masih Ahli UMNO,pada masa depan belum tahu lagi.Tamrin juga menegaskan peluang UMNO /BN untuk memerintah selepas PRU 13 ,sudah tidak ada lagi.Justeru itu beliau meminta penduduk Malaysia ,khususnya Bukit Gantang untuk terus bersama Pakatan Rakyat,membentuk kerajaan baru.
Wednesday, June 27, 2012
Tamrin Ghafar Baba ,buat UMNO Bukit Gantang sudah terkecing dalam seluar.
Kedatangan Tamrin Ghafar dan Lim Guan Eng ke Bukit Gantang pada malam ini menggusarkan UMNO. Kedatangan Tamrin Ghafar ke ceramah anjuran PAS Bukit Gantang dikatakan disambut dengan bendera UMNO.Sudah banyak bendera UMNO dipasang disekeliling padang di Taman Kota Jaya,Simpang.
Untuk menyambut LIM GUAN ENG , UMNO mengibarkan bendera dacing ,yang sekarang dacing orang pun tak pakai.
Masyarakat sekitar Bukit Gantang memberitahu poster ceramah Tamrin Ghafar dan Lim Guan Eng terus dikoyak.
Siang-siang buat kerja,koyak poster PAS. Jikalau pihak berkuasa (MPT)Majlis Perbandaran Taiping,sudah tentu pakai unifom dan lambang pihak MPT. Ini baju biasa,kereta tidak berlogo MPT.
Menunggu Ahli Parlimen ,Datuk Mohamad Aziz dipecat?
Siapakah yang berani ambil tindakan undang-undang ke atas Datuk Mohamad Aziz,Ahli Parlimen UMNO dari kawasan Sri Gading Johor.?
Ucapannya yang panas berapi sehingga ingin menggantung Datuk S Ambiga menyentap hati orang-orang India.Budak sekolah India pun marah.Dulu tunjuk punggung depan rumah Ambiga.Kini politik didikan UMNO,membolehkan keceluparan dan "UMNOporno"
Langkah awal untuk mengambil tindakan disiplin ke atas ahli UMNO ini masih tidak kedengaran. MIC parti orang India Malaysia juga terkunci mulut.Berani dengan Salahuddin Ayub sahaja,dengan ahli parlimen ini diam menikus. Yang ada itu kenyataan peribadi .
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kenyataan ahli Parlimen Sri Gading mengenai perhimpunan Bersih dan Datuk S Ambiga adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti komponen itu.
"Saya ingin menegaskan bahawa BN mendukung Perlembagaan Malaysia dan prinsip keluhuran undang-undang dan kes berkaitan perhimpunan Bersih tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.
Ahli Parlimen berkenaan Datuk Mohamad Aziz semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat semalam mencadangkan penganjur perhimpunan Bersih Datuk S.Ambiga digantung sampai mati.
Ini kerana Aziz mengaitkannya sama seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong. -BERNAMA
Gantung Ambiga sampai mati,DAP buat laporan polis.
Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.
Katanya, laporan polis akan dibuat esok namun belum dinyatakan di balai polis mana.
"Semalam kita amat terkejut dengan kenyataan Sri Gading yang mengatakan bahawa kita harus gantung ambiga kerana menganjurkan Bersih.
"Ini adalah kenyataan yang menghasut dan bersifat ekstrimis dan mengancam nyawa Ambiga dan bersifat perkauman kerana ditujukan kepada seorang wanita berbangsa India dan beragama Hindu," kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Guan Eng juga berkata, kenyataan Aziz itu sangat tidak relevan kerana penganjuran Bersih bukan satu kesalahan.
"Ini adalah saranan yang serius untuk minta gantung sampai mati. Tak pernah ada ahli parlimen di dunia minta seorang dibunuh.
"Apakah kesalahan Ambiga? Beliau hanya salah seorang penganjur Bersih yang merupakan perhimpunan aman.
"Kenapa hanya Ambiga? Kami yakin sebab Ambiga seorang India dan wanita. Sasaran yang mudah. Sikap ini harus dibantah," katanya.sumber harakahdaily
Orang UMNO takut,poster Tamrin Ghafar Baba datang Bukit Gantang dikoyak.
Poster Ceramah Perdana yang mengandungi gambar Tamrin Ghafar Baba telah dikoyak. Kumpulan yang mengoyak poster ceramah anjuran PAS kawasan Bukit Gantang itu menaiki kereta proton wira. Penduduk yang melihat poster Ceramah pada 28 Jun ini mendakwa nombor plet kereta WKU77...?. Penduduk mendakwa seorang pemuda Melayu agak tinggi berulit cerah dan berbaju belang.`Sehubungan dengan itu, ahli dan penyokong PAS bertindak bijak dan ambil perhatian jika melihat kereta proton wira WKU 77....?.Untuk mendapat nombor sebenar boleh menelefon Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang. Kehadiran Tamrin Ghafar Baba ke Parlimen Bukit Gantang malam esok 28 Jun ,membuat UMNO sudah takut dan gerun. Justeru itu terdapat "orang" yang cuba menimbulkan provakasi untuk menimbulkan ketegangan di Parlimen Bukit Gantang. Namun begitu petugas PR akan bersikap matang dalam menyelesaikan poster yang telah dikoyak. |
Tuesday, June 26, 2012
Tanda simpati dan empati dari kami kepada anak Almarhum Tuan Guru Haji Sabran(Adun 1999-2004)
Foto di atas menunjukkan Sdr Mohksin Sabran,anak kepada Almarhum Tuan Guru Haji Sabran bin Asmawi (pernah jadi Pesuruhjaya PAS Perak dan ADUN Gunung Semanggol 1999-2004). Sdr Mohksin kini berada di rumah belit Alor Star.
Foto dan berita ini telah disiar dalam FB. Justeru itu terima kasih diatas tanda simpati sahabat-sahabat FB semua.
Bagi yang ingin menzairahi beliau, boleh menghubungi nombor telefon bimbit 0195639040, 0174870822 atau 0195465977, 0175986505 (isteri beliau).
Maaf ,gambar ini tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak.Sekadar untuk memaklumkan kepada mereka yang mengenali beliau dan anak murid Almarhum Tuan Guru Haji Sabran Asmawi.
Pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala -TG Haji Hadi
oleh Tuan Abdul Hadi Awang
Saya merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihanraya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan. Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihanraya umum di musim haji, kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun. Maka mengadakan pilihanraya di musim haji terlalu kecil bagi Umno, kerana pilihanraya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.
Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihanraya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihanraya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung. Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya. Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat. Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.
PAS tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.
Saya telah menjelaskan hujah syarei dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu feqah politik yang tidak ada sedikit pun. Allah pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Firman Allah:
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19
(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan Allah (menegakkan agamanya )? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ).
Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.
Firman Allah:
إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا . (النساء ).
Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya Allah menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.)
Maka pilihanraya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat Allah menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati Allah dan Rasul.
Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.
PAS hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa. PAS tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya, kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap PAS melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.
Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji. Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya. Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.
Harapan PAS kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji. Tema politik itu kotor (politic is dirty), adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat. Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah Allah yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat Allah kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti. Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada Allah, bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan Allah di padang Mahsyar.sumber
Debat bukan satu budaya,boleh anjur berbalas pantun antara Anwar dengan Najib.
KUANTAN,26 Jun: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara dalam pertandingan akhir Debat Perdana Integriti Piala Perdana Menteri yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini.
UKM bertindak sebagai pencadang dalam pembentangan usul bertajuk 'Pembinaan Integriti Mahasiswa Terencat' mengalahkan pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).
Pasukan UKM yang dibarisi Abdul Hakim Md Yusoff, Mohamed Affendy Hasni, Mohd Yusry Hydrus dan Najah Izzati Suleman itu membawa pulang wang tunai RM6,000, sebuah komputer riba setiap seorang, piala pusingan dan piala iringan.
Mohd Yusry Hydrus turut dinobatkan selaku pendebat terbaik, sekaligus membawa pulang RM1,000, piala pusingan dan piala iringan serta sijil penyertaan.
UnisZA, yang bertindak sebagai pembangkang pula membawa pulang RM4,000 dan piala iringan.
Pertandingan itu yang melibatkan penyertaan 19 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam, 10 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan dua buah Institusi Pendidikan Guru berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lepas.
Penganjuran bertemakan Integriti Menjana Transformasi adalah hasil kerjasama Institut Integriti Malaysia, UMP dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia. -- BERNAMA
Najib jika berani boleh buat pertandingan berbalas pantun dengan DS Anwar.Berbalas pantun budaya orang Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka boleh menjadi penganjur dan Chuari Selamat menjadi Pengerusi. Soalnya adakah Najib Tun Razak berani?
Monday, June 25, 2012
YB Trong Datuk Rosli Husein,bagitahu ,Nizar turun habislah UMNO...!
Sdr Shukor dan Sdr Yusuf memberi taklimat kepada DSN,turut sama YDP Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar.
DSN mengenakan jaket keselamatan sebelum turun ke lokasi kunang-kunang/kelip=kelip.Jeti ini berada di DUN Kuala sapetang,Parlimen Bukit gantang.
Penulis di hadapan DS Nizar , mengikuti beliau dan YDP Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar dalam kegelapan malam...menyusuri sungai Sepetang
Ustaz Nordin Jaafar dan DS Nizar melihat kelip-kelip.Di pohon berembang menjadi tempat habitat kelip-kelip/kunang-kunang
Saiz "Kelip-Kelip" ini hanya sebesar sebiji beras..Kelip-kelip dibaju penulis.
Simpang- DS Nizar baru-baru ini,23 JUN menyusuri Sungai Sapetang ,dekat Kampung Dew sempadan DUN Kuala Sapetang dan DUN Selinsing,Parlimen Bagan serai. Beliau hadir untuk melihat sendiri kepupusan serangga kelip-kelip,hasil pencemaran sungai akibat projek kolam udang dan penebangan kayu bakau.
Susulan itu,pada malam kelmarin 25 Jun, DS Nizar beritahu penulis supaya cari maklumat kes kolam udang dan pencemaran alam (sungai) dan kepupusan kelip-kelip dengan lebih teliti dan berfakta."Jikalau boleh,dapatkan bukti,dokumen"kata DS Nizar.
Seperti apa yang dilaporkan dalam blog Orang ni
"Kenapa bawa Dato Seri Nizar ke kampung kamu..??? kamu tahu..!! kalau Nizar turun kesesuatu tempat...maka habislah UMNO" - kata YB Rosli Terong kepada salah seorang penduduk kampung di Parlimen Bukit Gantang Perak.
Gambar menarik Nizar ,Menteri Besar Rakyat
![]() |
Mengisi minyak petrol ke motorsikal BN 4756 |
DS Nizar mengisi minyak petrol PETRONAS. DS Nizar melambai ke arah orang ramai.Gambar diambil di Stesen Petronas,Manjung.
Ini bukan gambar photoshop. Ini gambar asal, DS Nizar bersama orang ramai menolak kereta yang rosak ke tepi jalan.Peristiwa berlaku di DUN Pasir Panjang.Kereta ini didakwa kepunyaan 'orang UMNO'.
Sunday, June 24, 2012
Dr Ali Hamsa tak layak jadi KSN,harus letak jawatan-YB Sivakumar.
Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (gambar kiri) dalam kenyataannya.
Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.
Sebagai seorang penjawat awam tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.
Tetapi, beliau telah membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan etika penjawat awam.
Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan tanggungjawab beliau kepada rakyat.
"Oleh itu, saya menyeru beliau supaya membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu," kata beliau dalam kenyataannya.
“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner. This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies.
"The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day.
This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”
"Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik," kata Sivakumar.
Beliau tidak boleh membuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional.
Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional.
Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna,"
Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara, katanya.
"Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya.
Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya.
Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak, tambahnya.
Bagi Sivakumar, seorang Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional.
"Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala," katanya.
Kenyataan beliau juga, kata Sivakumar, adalah bertentangan dengan amalan demokrasi.
Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain.
“Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat,” tambahnya.
Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan.
Beliau juga ada menyebut ‘Janji Kosong pembangkang’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya.
"Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.
“Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya,” katanya.
Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media yang ‘kurang arif’ itu.
Kata Sivakumar, beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka.
Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan melalui mandat yang diberi oleh rakyat.
Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak layak memegang jawatan itu lagi.
"Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya," katanya.sumber harakadaily.net
Bob Lokman sesak nafas pagi tadi,kini beransur pulih.
Doktor Hospital Taiping sedang meneliti laporan kesihatan Bob Lokman. Turut kelihatan, Ustaz Ahmad Fakharudin,Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Perak,yang juga YDP PAS Taiping.
Ustaz Akmal Kamaruddin ,salah seorang yang terawal menziarah Bob Lokman di Hospital taiping,di Wad D4.
Taiping- Bob Lokman yang mempunyai program di sekitar Taiping dan Larut ,dikatakan sesak nafas ,awal pagi tadi,di rumah penginapan di Kamunting. Beliau dibawa ke Hospital Taiping untuk mendapat rawatan.
Sebantar tadi,kira-kra 4 petang, beliau telah dibenarkan keluar dari WAD D4 Hospita Taipng. Menurut Zam sahabat beliau ,Bob Lokman kini dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Buluh,Selangor.
Friday, June 22, 2012
Petang ini DS Nizar jumpa peguam untuk saman TV3
Taiping- Pada lewat petang ini,23 Jun , di Ipoh ,DS Nizar akan bertemu para peguam beliau berkaitan isu WWW1 yang dimain atau disiarkan oleh TV 3 dan akhbar Utusan.DS Nizar akan menyaman TV3 kerana telah menjejaskan reputasi dan kredibiliti beliau pada masyarakat,wal hal DS Nizar tidakpun berniat untuk menghina sesiapa pun.
TV 3 dalam siaran mereka beberapa minggu lalu telah memfitnah DS Nizar dengan kononnya DS Nizar telah menghina DYMM Sultan Johor.Terdapat berita yang disiarkan oleh TV3 khususnya merupakan bohong dan berniat jahat kepada DS Nizar.
Pada sebelah malamnya DS Nizar akan berceramah bersama DS Anwar Ibrahim di Taman Ria,Simpang berdekatan dengan Pusat Khidmat beliau di Taman Damai,SIMPANG.
Maghrib ini di Lenggong bersama Tok Guru Haji Salleh Musa
Thursday, June 21, 2012
Kesan Muhyiddin Yasin suruh tepuk tangan.,sampah merata-rata.
Foto menunjukkan kesan kehadiran Tmbalan Perdana Menteri,TS Muhyiddin Yassin ke ADTEC (Pusat Latihan Industri Lanjutan) Kamunting Raya pada 17 Jun lalu.TS Muhyiddin Yassin sebanyak tiga kali meminta penduduk yang mendengar ucapannya bertepuk tangan.
Budak-budak sekolah memberitahu ,Muhyiddin Yassin datang sampah mesti banyak bersepah.Kalau dekat sekolah Pengarah Program kena marah dengan pengetua. Sekarang mungkin Rosli Husein,Ketua UMNO Bukit Gantang,telah dimarahi TPM TS Muhyiddin Yassin. Bikin malu,sudahlah penduduk PERAK tepuk tangan hanya tiga kali sahaja,itupun disuruh Muhyiddin.
Selamat berjuang Adam Adli-Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar UPSI
KUALA LUMPUR, 21 Jun:Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim pada Khamis mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar peraturan universiti.
Hakim, Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli itu bagipenyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kamarnya.
Peguam kepada Adam Adli, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu pemberita bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan punya merit dan bukan dibuat secara suka-suka.
Peguam itu berkata, mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh pendengaran bagipermohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut.
Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai responden.
Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan jawatankuasarayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.
Pada 9 Januari, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan selama tigasemester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung September tahun depan.
Dalam permohonannya itu Adam Adli berkata, dia didapati bersalah oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. - BERNAMA
Kembalilah Zul Fazli , datuk dan nenek merinduimu.
Mohd Zul Fazli bin Mohd Hisham yang bersekolah di SABK Diniah ,Jelutong,Changkat Jering belajar dalam tingkatan 3. Berumur 15 tahun. Sudah hampir 2 minggu tidak bersekolah.Kini difahamkan sudah bekerja dan tinggal bersama keluarga angkat.
Datuknya, Hj Zainuddin Hamzah telah membuat laporan kehilangan Zul Fazli Mohd Hisham. pada 18 Jun lalu.Sehingga hari ini Zulfazli masih belum ditemui dan didakwa bekerja sambil bersembunyi di Daerah Larut,Matang Selama.
Bagi teman-teman dan rakan-rakan Zul Fazli yang bertemu dengan remaja ini,bolehlah berhubung dengan Haji Zainuddin Hamzah 019-5205025 atau Pusat Khimat AP Bukit Gantang 05-8483950.
Wednesday, June 20, 2012
Orang Melayu tak cabut lari tengok DS Nizar.
Orang muda dari Simpang,Taiping memanggil DS Nizar .Pemuda ini merokok,sempat simpan rokok di belakang tanda hormat dengan pemimpin yang digeruni UMNO itu. |
Orang muda minta diambil fotonya bersama DS Nizar,sewaktu bertembung dengan YB DS Nizar di Pasar Minggu Ckt Jering pada 16 Jun lalu.
Tersenyum suka dapat bertemu DS Nizar. |
Budak kecil didukung DS Nizar untuk diambil gambar oleh ayahnya.
Gadis Johor tidak kekok untuk bergambar sama DS Nizar.
Tak ada pula peniaga Melayu tak menjual kepada DS Nizar .DS Nizar membeli ulam-ulaman.
Subscribe to:
Posts (Atom)