Tuesday, April 6, 2010

Dewan Rakyat-7 April -Program Bantuan Tusisyen oleh DS Nizar

10. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah Kementerian membuat pemantauan kepada pelaksanaan Program Bantuan Tuisyen kerana terdapat banyak rungutan daripada ibu bapa terutama di Parlimen Bukit Gantang bahawa pelaksanaan program ini hanya sekadar melepas “batuk di tangga”.

16. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan cadangan sebuah universiti al-Quran di negara ini.

18. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sama ada pemantauan ada dibuat terhadap prosedur-prosedur keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri, bot-bot kecil untuk ke pulau-pulau dan peralatan rekreasi seperti jet ski dan sebagainya.

22. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah sebabnya syarikat pengurup wang atau money changer yang tidak ada lesen untuk menghantar wang atau melakukan 'remittance of funds' khususnya ke luar negara dengan jumlah yang agak besar, sangat disukai oleh golongan VIP meskipun banyak terdapat institusi-institusi kewangan yang dilesenkan untuk penghantaran terdapat secara sah atau legal.

32. Dato’ Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah OSCC (one stop crisis centre) telah diwujudkan dan hasil yang rakyat peroleh daripada OSCC ini serta penyelesaian masalah yang boleh diperoleh daripadanya.

34. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci perkembangan projek tanaman Kenaf sehingga sekarang. Berapa luas kawasan yang telah ditanam, berapa ramai petani yang terlibat dan syarikat yang turut menjayakan projek ini.

40. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang dimainkan oleh pihak Kerajaan untuk mengatasi sensitiviti agama di negara ini di mana kebelakangan ini ternyata telah cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak.

44. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bersedia mengkaji semula hubungan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri dalam Malaysia. Tidakkah sampai masanya hubungan ini dipertingkatkan bagi memenuhi semangat federalisme.

47. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes kanak-kanak yang didera oleh ahli keluarga (seperti ibu/ayah) yang terdekat dan berapa kes yang berjaya didakwa di mahkamah.

53. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berapakah jumlah duta negara yang bukan pegawai Kerajaan sepenuh masa dan di negara-negara manakah mereka ditempatkan.

60. Tuan Haji Nasharudin bin Mat Isa [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Mahkamah Khas Syariah yang membicarakan kes-kes tertentu dan rumit di Mahkamah Syariah. Jika ya, bagaimanakah struktur Mahkamah Syariah itu nanti.

67. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci butiran peruntukan khas untuk Parlimen Rantau Panjang melalui JPP Kelantan yang telah dan akan dilaksanakan bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.

70. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan semua parti politik bersabit perubahan-perubahan peraturan-peraturan pilihan raya.

No comments:

Post a Comment