Tuesday, April 13, 2010

Sidang Parlimen-14 April:Soalan Lisan Ahli Parlimen PAS

4. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah kementerian memenuhi keperluan sekolah di setiap kawasan khususnya di kawasan perumahan baru seperti di Seksyen U10 Shah Alam. Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan keperluan di sesuatu kawasan.

10. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah Bahagian Penguatkuasa Kementerian KPDNKK memantau kenaikan beberapa barangan, antaranya kacang dal malavi, kacang hijau, bawang putih dan gula perang yang telah naik antara 50 hingga 140 peratus sejak empat bulan lepas seperti yang didakwa oleh laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

14. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah warganegara asing yang telah diberi Visa Pelawat (VOA) semenjak 2005 - 2009, nyatakan secara terperinci mengikut negeri dan bangsa dan berapa ramaikah yang hilang bila sampai tempohnya dan apakah jenis tindakan yang telah diambil.

16. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pesakit kencing manis yang direkodkan dua bulan selepas kenaikan harga gula di pasaran negara awal tahun ini.

32. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah pendaftaran pemilih secara automatik akan dilaksanakan.

36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) langkah-langkah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bagi meminimumkan impak sekiranya GST dilaksanakan; dan
(b) dengan model industri air yang baru, adakah ia dijangkakan dapat mengurangkan tarif air khususnya di samping meningkatkan tahap ‘efficiency’ syarikat operasi air dan mengurangkan tahap "Non Revenue Water" /NRW.

40. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan prosedur pemberian lesen kepada klinik-klinik pergigian dan perubatan serta berapa peratus klinik-klinik ini yang beroperasi secara berdaftar dan berapa banyak pula tidak berdaftar dengan Kementerian.

50. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes yang ditangani oleh One-Stop-Crisis-Centre (OSCC) di seluruh negara dan peratusan jenis-jenis kes yang didaftarkan.

60. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan usaha yang dilakukan terhadap tanggapan sesetengah pihak yang menganggap Mahkamah Syariah lemah dan ada usaha untuk mengembalikan semangat Artikel 121 kepada asalnya dengan membuang pindaan 121 (1A).

64. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan Kementerian untuk memastikan Wasi terhadap amaun yang disimpan (contoh KWSP) melaksanakan tanggungjawab secara adil agar tidak berlaku kezaliman kepada pewaris yang lain.

67. Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa masih berlaku masalah bekalan ubat tidak mencukupi di hospital-hospital daerah, apa punca dan langkah-langkah mengatasinya bagi membuktikan Kerajaan
mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

No comments:

Post a Comment