Monday, December 7, 2009

Parlimen 9 Disember 2009-Soalan MP PAS

Soalan No. 14. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil oleh pengurusan UiTM berikutan aduan kes pencabulan kehormatan mahasiswi UiTM di asrama UiTM dan berapakah jumlah kejadian pencabulan seperti itu di UiTM.

2. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, Perak

4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan Institusi Penyelarasan Undang-undang Syariah antara Negeri-negeri dari sudut pencapaiannya yang terkini serta apakah jaminan supaya undang-undang syariah dan Institusi Syariah dipelihara dan tidak dibiarkan tanpa memelihara kedaulatannya dan kesuciannya sebagai undang-undang yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan

Soalan No. 23. Dr. Haji Mohd Hayati Bin Othman [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai bidang tugas pegawai JPP di Negeri Pakatan Rakyat di dalam usaha menyatukan rakyat di dalam konsep 1 Malaysia serta tahap kerjasama mereka dengan kerajaan negeri-negeri tersebut.

Soalan No. 27. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama-nama syarikat yang mempunyai perjanjian pengeluaran dengan Petronas bagi Telaga Bergading, Lawit, Bintang dan telaga dalam kawasan JDA dan jumlah cukai yang telah dibayar oleh syarikat-syarikat ini kepada negara kita sehingga tahun ini.

Soalan No. 38. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kaitan Konsep 1 Malaysia dengan 1 UMNO seperti yang dinyatakan dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Kota Bharu baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment