Monday, April 12, 2010

Parlimen 13 April-Soalan Lisan Ahli Parlimen PAS

4. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah hasil dari kutipan saman trafik bagi negeri Kelantan dari tahun 1995 hingga 2010

6. Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bagaimana sehingga kini tidak wujud kesungguhan ke arah menggunakan bahan bakar diesel yang berkualiti, lebih efisien, bersih dan mesra alam serta dipiawai dengan peraturan (sets of regulation), dengan negara-negara Eropah terus memaju penggunaan Euro4 atau Euro5 tetapi kita masih dengan Euro2.

12. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah visa bekerja musim haji 2009 yang diperuntukkan kepada Tabung Haji oleh Kerajaan Arab Saudi telah diberikan kepada bukan staf atau bukan pekerja Tabung Haji.

18. Dr. Lo' Lo' binti Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keuntungan atau kerugian anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji sejak 5 tahun yang lalu.

28. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian apabila stesen TV swasta yang menyiarkan berita berupa fitnah dan tohmahan kepada tokoh-tokoh dan individu tertentu.

32. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status pembangunan lereng bukit di Hulu Kelang dan apakah langkah-langkah pengawalannya.

40. Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah pendirian Kerajaan Pusat terhadap usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada SYABAS demi
meringankan beban rakyat. Adakah Kerajaan Pusat membantu usaha ini. Sekiranya 'ya' bagaimana.

44. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan SPR untuk melaksanakan tempoh bertenang selama 2 hari sebelum hari mengundi, apakah kaedahnya adakah meliputi semua bentuk kempen termasuk melalui
media cetak dan elektronik serta Internet.

51. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan langkah Kerajaan China yang telah menghantar nota diplomatik kepada Malaysia menggesa Kerajaan Malaysia meningkatkan penguatkuasaan di pintu-pintu keluar dari negara ini untuk menghalang percubaan menyeludup dadah dari negara ini ke negara-negara luar, terutama China. Apakah tindakan Kerajaan terhadap perkara tersebut.

52. Tuan Haji Taib Azamudden bin Md Taib [ Baling ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa pada tahun 2009 yang lalu negeri Kedah telah mencatat RM 1.837 bilion pelaburan dan MIDA telah meletakkan Kedah di tempat ke-5 besarnya jumlah pelaburan yang masuk ke negara ini.

54. Tuan Mohd. Abdul Wahid bin Endut [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bangunan dan kemudahan awam serta mercu tanda yang dibina oleh Kerajaan dan Swasta seperti Menara Telekomunikasi, Masjid, Terminal Bas & Teksi, Dewan Bedah Hospital, Makmal Komputer, Dewan Sekolah, Stadium, Pusat Akuatik, Lapangan Terbang, Taman Tamadun Islam, dan sebagainya yang didapati rosak, bocor, mendap, runtuh dan diarah tutup di Negeri Terengganu. Sila nyatakan mengapakah perkara ini boleh berlaku.

57. Tuan Mohd Firdaus bin Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah rasionalnya Kementerian membatalkan hari persekolahan ganti pada 6 Februari 2010 dan mengarahkan para guru di Kedah hadir ke program Juara Rakyat yang diadakan di Kota Seputih pada tarikh tersebut.

60. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah polisi Kementerian mengenai projek-projek perumahan terbengkalai yang tidak dapat diselamatkan dan menjadi punca masalah kesihatan serta sarang penagih dadah.

66. Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan untuk membiayai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan dan mengapakah JPP tidak diwujudkan di semua negeri-negeri.

73. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-
(a) langkah-langkah segera yang diambil bagi mempromosi tanaman stevia sebagai punca gula alternatif ekoran dari kenaikan harga gula baru-baru ini; dan
(b) sejauh mana kejayaan usahawan kecil dalam mengeluarkan dan memasarkan gula stevia.

No comments:

Post a Comment