Sunday, April 11, 2010

Dewan Rakyat:Soalan Jawapan Lisan Ahli Parlimen Pas

4. Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan berapakah bangunan-bangunan yang terbiar dan tidak digunakan di sekitar Kuala Lumpur dan apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.
6. Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapa projek pembinaan lebuh raya Durian Burung-Kupang, amat lambat proses pembinaannya dan kadangkala terhenti terus terutamanya di daerah Sik. Bila projek ini dijangka dapat disiapkan.

24. Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah tender terbuka sepenuhnya bagi semua projek Kerajaan akan dilaksanakan.

34. Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah kes yang ditangani oleh OSCC (One-Stop-Crisis-Centre) di seluruh negara semenjak ditubuhkan sehingga 2009, peratusan jenis-jenis kes yang didaftarkan dan peratusan kes yang berjaya didakwa ke mahkamah.

36. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-
(a) adakah langkah menaik tarif kepada pengguna (yang selalu disandarkan/mengambil alasan "fuel cost" yang meningkat) merupakan langkah yang paling mudah oleh TNB/Kerajaan bagi membiayai reserve margin yang tinggi (47 peratus); dan
(b) adakah Kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad bersedia melaporkan kenaikan tarif (model tarif) dan penggunaan lebihan tarif tersebut kepada Parlimen.

40. Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah benar Kerajaan bercadang hendak menggantikan sistem undi pos yang diamalkan sekarang dengan sistem Pengundian Awal (Advance Voting) sekiranya benar nyatakan dengan jelas kaedah dan sistem pengundian tersebut.

51. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan pembinaan rumah oleh Kerajaan untuk dihadiahkan kepada bekas Perdana Menteri di Jalan Persiaran Mahameru yang menelan belanja besar seperti yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dalam persidangan yang lalu untuk memberi jawapan bertulis dan sehingga sekarang masih belum ditunaikan. Berapakah kos sebenar pembinaan rumah tersebut.

53. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-
(a) jumlah kereta Proton Exora dan Perodua Alza yang berjaya dijual sejak ia dilancarkan bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa; dan
(b) sejauh mana ia dapat bersaing dengan kereta-kereta MPV dan SUV keluaran antarabangsa.

60. Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan strategi pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur untuk memastikan pemilikan Melayu/Bumiputera kekal.

68. Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah perbezaan pandangannya dengan pandangan Pegawai Khasnya, Datuk Nasir Safar yang dilaporkan menuduh kaum bukan Melayu di negara ini asalnya adalah pendatang dan peminta sedekah malah orang-orang Cina, terutama wanita, datang ke sini untuk menjual tubuh.
70. Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bercadang untuk memastikan kewajipan logo halal diperluaskan kepada bidang penerbitan filem dan drama yang kelihatan semakin dicemari unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islam.

No comments:

Post a Comment