Friday, January 15, 2010

DS Nizar Bersama Rakyat-Beruntung mereka bersama DS Nizar.

15 Jan, Bukit Gantang : Hari ini sekali lagi Ahli Parlimen Bukit Gantang turun ke kawasan Parlimen beliau untuk melawat dan berjumpa dengan rakyat di kawasan parlimen beliau. Setelah bersolat Jumaat di Masjid Matang Gelugor, Dato’ Seri Nizar telah melawat Sekolah Agama Rakyat Darul Mulkan. Sekolah ini dibiayai sendiri orang persendirian. Sekolah Agama Rakyat ini sedang dalam proses pengubahsuaian dan baik pulih bangunan asrama mereka. Oleh kerana tidak mendapat bantuan kerajaan pihak Dato’ Seri sendiri telah menghulurkan bantuan kepada sekolah ini untuk membantu sekolah ini terus bernafas dan melahirkan para Ilmuan dan pemimpin Islam yang akan berkhidmat untuk negara.

Kemudian selepas itu, Dato’ Seri Nizar bergegas ke Changkat Ibol untuk mengimamkan solat jenazah. Arwah yang bernama Husin bin Daut berusia 62 tahun merupakan anak jati Changkat Ibol. Arwah yang berkhidmat sebagai pemandu bas di kawasan ini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping kerana serangan jantung. Dato’ Seri bersama orang kampung bersolat jenazah di Masjid Al-Ahmadi Changkat Ibol.

Disebelah petangnya, satu pertemuan pimpinan PAS kawasan Bukit Gantang diadakan di Markaz PAS Induk Air Kuning bersama Dato’ Seri Nizar. Beberapa perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut. Selesai dari itu, rombongan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang terus menuju ker Surau Al-Akbar di Sungai Kerang, Trong. Walaupun tiba agak lewat, para jemaah tetap menunggu kehadiran beliau untuk menyampai Tazkirah Maghrib. Dikesempatan itu, Dato’ Seri mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana telah mendoakan kesihatan beliau ketika ditimpa kemalangan tempoh hari.

Setelah menjamu selera di Pekan Sungai Kerang bersama CheguBard, Dato’ Seri dan juga CheguBard bersama-sama menuju ker lokasi ceramah di Sungai Baru, Trong. Dalam ceramah tersebut, CheguBard sebagai kepimpinan Pusat bagi PKR menyelar pernyataan Ketuhanan Melayu ciptaan UMNO. Memberi contoh semasa pemilihan Ketua Menteri di Pulau Pinang, situasi politik disana telah menyebabkan parti yang majoriti memang iaitu DAP telah memilih Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Akibat terlalu taksub kepada semangat Ketuhanan Melayu, tindakan itu diselar oleh UMNO Pulau Pinang. Namun demikian, mengimbau kembali sejarah Pulau Pinang dimana, UMNO pernah menang lebih kerusi daripada Parti Gerakan tetap memilih Khoo Soo Koon sebagai Ketua Menteri atas alasan yang sama.

Dato’ Seri Nizar dalam ceramah beliau memetik kepincangan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, apabila lebih 71 ahli Parlimen Barisan Nasional seolah memboikot daripada datang mengundi Belanjawan Negara 2010 yang hampir-hampir menyebabkan tumbangnya kerajaan yang ada sekarang. Akhirnya Dato’ Seri menyeru kepada semua yang hadir agar meninggalkan kebatilan dan menegakkan hak demi kepentingan Islam dan negara.

sumber -anaz perak express

No comments:

Post a Comment