Monday, January 11, 2010

DS Nizar datang ke Taiping-Ziarah rakyat setelah rehat 4 hari!

DS Nizar petang tadi datang ke bandar Taiping untuk melihat gereja All Saint ,gereja St Louis dan SM Convent Taiping yang telah dibaling"bom api".Tetapi kita tidak dapat mengikuti lawatan DS Nizar bersama pimpinan Pas Perak.Kita tidak mengikuti DS Nizar dan rombongan PAS Bukit Gantang bukan kerana bertugas tetapi kita mendapat rawatan hospital.

Tepat jam 5.03 petang DS Nizar,Ustaz Misbah dan Tuan Haji Zainuddin Yusuf Adun Lubok Merbau datang melawat kita di Wad 18 Hospital Taiping.DS Nizar mengucap bersabar,insyaAllah berjaya dalam "operate" Rabu ini.

Team Sekretariat Parlimen turut melawat,diketuai YDP Ustaz Nordin Jaafar,Sdr Fadhil Idris,Sdr Basher Ahmad dan Sdr Zainudin Hamzah turut bersama DS Nizar melawat kita bertanya khabar.

Ustaz Misbah sempat bergurau bukan peluru sikit sahaja kepada kita.Sementara itu Tuan Haji Zainuddin Yusuf Exco Kerajaan PR Perak ,selepas ini boleh berjuang balik."Rehat sekejap saja,cikgu"kata YB Hj ZAinuddin.

No comments:

Post a Comment