Saturday, January 9, 2010

Kemaskini:Sekolah Convent Kota Taiping dan gereja All Saint Taiping -cubaan baling bom api .

ajUstaz Nordin Jaafar bersama pimpinan Pas Bukit Gantang meninjau keadaan gereja St Louis yang di baling bom api tetapi gagal menyebabkan terbakar. Ustaz Nordin menyatakan ini kerja orang jahil dan zalim membakar rumah ibadah orang lain.


Kita menerima satu SMS yang berbunyi'maklumat terkini.2 gereja di bom d tpg.ambil maklumat.

Kita terus meminta maklumat pihak berkenaan mereka menyatakan keadaan kini terkawal dan tidak ada kerosakan teruk.Hanya "bom api 'cuba dibaling kedinding Pos Kawalan Sekolah Menengah Convent,Kota.Taiping tetapi gagal.Gereja berdekatan St Louis juga terdapat kesan balingan"bom api"

Sebuah gereja berdekatan padang MPT ,gereja all saint juga terdapat kesan balingan bom api.

Difahamkan pihak polis sedang menyiasat dan memantau keadaan.Pas Bukit Gantang mengharap pihak polis dapat menangkap mereka yang terlibat dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Ustaz Noordin Jaafar menyatakan kekesalannya terhadap peristiwa membakar rumah ibadah orang lain."Ini bukan ajaran Islam"kata Ustaz Nordin. "Kita berharap pihak berkuasa memandang serius kejadian ini"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

Cuma kita khuatir terdapat tangan ghaib di sebalik peritiwa ini.

No comments:

Post a Comment