Thursday, January 21, 2010

Lagi-lagi Pilihanraya Negeri Perak-Betulkah kita sudah bersedia?

Kelmarin teman wartawan surat khabar berbahasa Mandarin berpejabat di Taiping,memberitahu kita ,mereka kini diarah bersiap sedia kerana pilihanraya Perak sudah hampir.

Bagi kita tetap menyatakan spekulasi.Dalam kita mengharapkan Bubar Dun Perak,jentera PR bagi kita masih belum bersedia sepenuhnya.Kita tidak melihat Unit Peti Undi Pas bergerak begitu juga Jentera DAP atau PKR bersedia untuk menghadapi pilihanraya. Kita tahu Bukit Gantang mempunyai pengalaman ,bagaimana DUN lain dalam negeri Perak.

Kita lihat PR mempunyai pemimpin unggul ,DS Nizar .Tetapi pimpinan lain kita tidak nampak keserlahannya.Buat kata DS Nizar,jangan kerana saya ada ,baru kita hendak mendekati rakyat.Adanya DS Nizar kita juga turut sama bertemu rakyat.Mungkinkah kita juga buat-buat sibuk untuk menunjukkan kehadiran kita di sisi rakyat.

Kita juga hairan PAS Perak juga menyatakan Pilihanraya semakin dekat,tetapi kita mendapat khabar Pimpinan Pas Negeri Perak akan berkelana ke luar negara bermula pada 7 Februari-21 Februari.Betulkah itu?

Bagi kita lebih baik masa itu digunakan bertemu pengundi Melayu Perak menjelaskan isu terkini Perak.Bukankah DS Nizar sudah mendedahkan kemerosotan sokongan orang Melayu dengan PR sebanyak 7-8 peratus.

Begitu juga alangkah manis kos pemergiaan kita ke luar negara kita derma untuk jentera Unit Peti Undi .

Kalau kita berkeyakinan Pilihanraya Perak sudah mampir,mengapa pula kita bersiap untuk pergi ke luar negara.

Satu lagi kita berharap DS Nizar mendapat nasihat yang betul dalam memahami aspirasi rakyat.Kita khuatir jika DS Nizar mendapat sahabat yang tidak menasihat dengan betul,maka kualiti pimpinan DS Nizar akan merosot.

Kita juga berharap tidak berlaku cah keting dalam PAS Perak?

No comments:

Post a Comment