Sunday, January 24, 2010

Fikirkan kenapa guru saman-mesti ada sebabnya!

Dahulu kita pun ditukar pada 2 Mei tahun 1993.Alasannya kita pun tak tahu.Kita dihantar ke Sekolah Majoriti Cina masa itu,dari Sekolah Majoriti Melayu.Kononnya untuk mendera kita mendapat kejutan budaya.

Namun itu sebagai sejarah.Pengetua yang menukar pun sudah bersara.Tetapi sehingga Pengetua itu tidak meminta maaf kita tidak akan maafkan pengetua itu.Walaupun kita dengar sudah bertaubat dan duduk di pondok belajar agama.

Cuba bayangkan apabila kita MC dituduh beli MC.Apabila tidak menderma kepada sekolah dianggap melawan.Apabila menghukum pelajar untuk kebaikan pelajar dianggap sebagai mendera dan sudah ketinggalan zaman.Mentang-mentang baik dengan Pegawai PPD kita boleh ditukar kerana dendam tanpa bukti dan saksi.

Banyak lagi la!kalau hendak dicerita.Tetapi kini kita sudah mengajar sekolah yang ditukar dulu masuk tahun ke 17 tahun.

Banyak hikmahnya kejadian disebalik peristiwa.Bagi kita simpati dan empati kepada guru yang berkenaan.Teruskan perjuangan jikalau anda yakin kepada kebenaran.

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) -- Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.


Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.

Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Ahad.

Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua.

Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.

Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang merupakan Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan.

Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan 'serangan' terhadap mereka.

Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.

"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi.

Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah.


No comments:

Post a Comment