Saturday, January 16, 2010

MB sudah lawat cikgu ke?

Sejak berehat ini kita punya otak pun tidak berupaya untuk menulis.Terpaksa copy-patse.Sehingga ini kita masih di ziarahi kaum keluarga,sahabat,teman,jiran tetangga.SMS tidak putus-putus mendoakan kesihatan kita.Kita bercuti bermula 11 Januari sehingga 19 Januari,jika masih tidak "sesuai untuk bertugas"kena pergi berjumpa doktor di Klinik Tupai.

Baru-baru ini pada 15 Januari apabila DS Nizar bertemu mesra rakyat kita juga tidak turut serta.Satu sumber bahan berita kita sudah "hilang".Selalu kita akan bertanya atau dengar sendiri melalui DS Nizar tentang sesuatu perkara.Lalu kita akan mencatat serta menulis dalam blog ini.Dan bahan berita itu kita boleh simpan dan tulis ikut keperluan.

Pada hari pertama apabila kita duduk rehat sementara di wad 18,anak kita pula bertanya MB tak lawat ayah lagi ke?"Kita menjawab belum!

Petangnya muncul DS Nizar singgah wad 18,Hospital Taiping untuk bertanya khabar!Bersama beliau Exco Agama YB Hj Zainuddin Yusuf,Setpol,Ustaz Misbah dan sahabat-sahabat.

Hari Rabu selepas operate,seorang rakan sejawat yang datang ziarah bertanya MB sudah melawatke?Kita dalam keadaan bius masih dalam badan ,diam sahaja.

Pagi tadi seorang rakan sejawat yang datang ziarah kita bertanya,MB sudah datang melawat ke?Kita menjelaskan sudah pada hari pertama ,di wad 18.

Bagi rakyat Perak,MB Perak yang sah ialah DS Nizar.Cuma Zambry ini egois sikit mengaku dia dah buat banyak perkara,tetapi dia tidak menceritakan kepada rakyat kegagalan UMNO/BN selama 53 tahun perintah Perak.

No comments:

Post a Comment