Sunday, January 17, 2010

Nasib Rakyat Luar Bandar UMNO Peduli Apa!


Pelajar luar bandar juga yang akan terus dizalimi oleh UMNO-BN.

Kita diminta oleh teman-teman untuk membangkitkan masalah rakyat yang masih bersekolah belajar di asrama .Mereka menyatakan dengan anak yang belajar di sekolah berasrama banyak ,menyebabkan kesan negatif,antaranya tahap kesan keselamatan dan peningkatan belanja.Mereka merujuk kepada pelaksanaan bantuan makan pelajar yang tinggal di beberapa sekolah bantuan kerajaan.

Seorang guru berasrama memberitahu kita satu pekeliling berkaitan tahun lalu menyatakan peruntukan makan pelajar terbabit akan dikurangkan daripada 250 hari kepada 200 hari bagi sekolah berasrama dan 270 kepada 250 hari di sekolah pendidikan khas.

Ramai ibu bapa menelefon kita supaya bangkitkan dalam setiap ceramah .Ramai ibu bapa mengeluh kerana peruntukan makanan itu tidak disediakan pada hujung minggu. Ketua Kampung PR Larut Tin Bad Ali menyatakan setiap pelajar yang tinggal di asrama akan balik ke rumah setiap hujung minggu.Jadi di sini memberi tekanan kepada pelajar,ibu bapa dari aspek masa,tenaga dan kos sara hidup mereka.Bagi Ketua Kampung ini,anak beliau yang belajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Bt 9,memerlukan wang tambahan untuk balik setiap minggu ataupun jika tidak balik untuk makan tengahari dan malam memerlukan wang lain untuk membeli makanan.

Di sini anak rakyat tinggal di luar bandar yang banyak belajar di asrama .Sekali lagi UMNO apa peduli dengan mereka.Umno perlu ambil berat dengan Formula ONE.UMNO perlu tolong perut kroni.UMNO perlu bagi hidup UMNOputera.Rakyat peduli apa.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan antara lain mahu mengurangkan jurang pendidikan antara pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan tingggi tidak perlu dirujuk.UMNO sememangnnya kerap melanggar hukum negara.Peduli apa dengan PIPP.

Kekerapan balik setiap minggu menyebabkan keselamatan tidak terjamin.Ini membuka ruang kepada pelajar terbabit dengan perbuatan tidak berfaedah berbanding dengan tinggal di asrama.

Namun pihak sekolah akan agak berhati-hati dengan program kecemerlangan kerana tiada peruntukan.Tiada program kecemerlangan pelajar menyebabkan pelajar luar bandar terus terpinggir.

Peningkatan kos antaranya terpaksa berulang alik setiap minggu ini mungkin membantutkan minat belajar di asrama.Kita dalam parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seperti Maahad Tarbiyyah Islamiah,Bt 8,Jln Trong.Sudah tentu menjejaskan keluarga berpendapatan rendah untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama. Mungkinkah ini satu dasar tersembunyi untuk membunuh minat ibu bapa dengan sekolah agama.

UMNO peduli apa dengan nasib rakyat!

No comments:

Post a Comment