Sunday, October 31, 2010

Berehatlah DS Najib Tapi Pastikan Rosmah Mansor Tidak Jadi Ketua Kerajaan

Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Menurut penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Perdana Menteri kesayangan kita itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Hanoi, Vietnam .


DS Najib menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera telah mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, DS Najib menunjukkan respon yang baik.


Buat sementara ini DS Najib diminta untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kerja.

Kita rasa perayu undi UMNO suruh pangkah PAS.

Kita baca yang tersirat ,jangan baca yang tersurat.Kelihatan Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Umno dari Bahagian Bachok, Zalizan Zakaria dan Setiausaha Puteri Umno bahagian, Norhasni Mat Husin menunjukkan poster calon BN, Abdul Aziz Yusoff kepada seorang pengundi.,Hamidah Md Nor, 32 ketika berkempen di Kampung Batu papan pada Ahad.

Terngiang-ngiang " Pangkah bule,sokmo". kata perayu Undi UMNO.

Hamidah Md Nor tersenyum.Mungkin beliau sudah membuat keputusan untuk mengundi calon PAS,Dr Zulkifli.Mungkin juga Hamidah terperanjat Perayu Undi UMNO ini menyuruh memangkah calon PAS.

Mungkin juga dalam benak pengundi ini.Projek rumah untuk rakyat bernilai RM50,000 hingga RM80,000 .Lebih baik bagi terus kerana harga rumah di Kelantan jika bernilai RM50,000-RM80,000 sudah dianggap mewah.

Hamidah Md Nor ,mungkin tersenyum,kampung beliau mendapat WI FI,sedangkan kawasan bandar pun kekadang susah hendak dapat internet.

Hamidah seperti rakyat Kelantan lain,berbangga untuk mencipta sejarah. Galas Stadium Politik Malaysia.Galas ke arah Putrajaya.Pokok getah sebagai saksi di akhirat nanti.Pangkah bule....
sumber foto-The Star.

Saturday, October 30, 2010

Antara Azmin dan Zaid cikgu pilih siapa?

Kita ditanya pandangan jikalau kita boleh memilih pimpinan PKR ,kita memilih siapa?Kita menjawab kita akan pilih siapa yang kita kenal.

Jadi kita menjelaskan lagi kita memilih Zaid Ibrahim.Zaid Ibrahim kita pernah bertemu pada kempen PRK Bukit Gantang.Kita pernah berdiri sepentas sewaktu kempen untuk DS Nizar pada tahun lalu.Kita juga pernah bersalaman dengan Zaid.Kita juga membaca tulisan beliau.

Untuk Azmin kita juga pernah berada dipentas sama Sdr Azmin sewaktu pengisytiharan calon PR di Padang Taman Kota Jaya,Simpang.Tetapi kita tak sempat bersalaman dengan beliau.Justeru itu "roh "sokongan tiada.

Bagi Sdr Mustafa Kamil Ayob,kita pernah bersalaman kerap sangat dengan beliau.Kita sebagai pimpinan PAS kawasan Bukit Gantang langsung tidak dikenali beliau .Mustafa Kamil Ayob seolah tidak berminat hendak tahu nama kita.Bahasa beliau agak bombastik. Kita makan semeja bersama beliau .Turut serta pada masa itu Kak Wan dan DS Nizar.

Setelah kita pun beri analogi,kita pilih Zaid Ibrahim untuk Timbalan Presiden PKR.Hal ini pandangan peribadi kita. Konklusinya calon-calon pimpinan PKR perlu bertemu ahli untuk mereka mengenali visi,misi dan 'roh' perjuangan calon pilihan mereka.

Selamat mengundi untuk 400 ribu ahli PKR dan Selamat mengundi untuk penduduk Galas dan Batu Sapi.Pilihan tuan-puan satu pilihan tepat untuk kita ke Putra Jaya.

Piala Malaysia -Tok Guru: Membangun Bersama Islam

Tahniah kita ucapkan kepada Pengurusan Kafa dan juga Kerajaan Negeri Kelantan serta rakyat Kelantan atas kejayaan menjadi Johan Piala Malaysia 2010.

Kita berasa berbangga sempena 20 tahun kerajaan yang popular dengan Membangun Bersama Islam ,Piala Malaysia milik Kelantan.

Kita juga berbangga dan tumpang seronok bendera bulan purnama juga terpampang di siaran tv.Selama ini bendera UMNO disiar secara langsung,kini bendera bulan penuh dilihat anak muda Malaysia.

Kini pengundi Galas akan terus memberi sokongan untuk Dr Zulkifli Mohamed calon pilihan pengundi Gua Musang. Kelmarin satu sorakan untuk Kelantan,bermula hari ini sehingga 4 November satu undi untuk calon PAS.

Penulis laniisma dengan blog ek-ele tersenyum sampai ke telinga.Dengar cerita ek-ele hendak belanja kita makan.Dalam pada itu dalam kelekaan kita malam tadi, jangan pula pengundi hantu sudah bermalam di Gua Musang .

Piala Malaysia -Kita sokong Kelantan

Satu sorakan untuk Pasukan Kelantan dan satu undi untuk Dr Zulkifli Mohamed,begitulah azam penyokong bolasepak DUN Galas.


Penyokong Red Warriors kini mula bergerak ke Stadium Nasional.Pagi tadi kita ke Ipoh untuk mengikuti program parti.Bas-bas yang membawa penyokong Red Warriors melambai ke arah kami.


Kami menunjuk isyarat bagus. Kita sempat menunjuk tiga gol .Penyokong Kelantan tersenyum.Mereka melambaikan ke arah kita,kerana kita menaiki Kereta Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Kereta pula mempunyai gambar Nizar.


Kita mengharapkan penyokong atau pengundi DUN Galas pergi memakai baju Merah,sebagai tanda satu hati kita.Kemudian apabila pulang mereka bulatkan hati memakai baju hijau.Satu sorakan untuk Kelantan satu undi untuk Dr Zulkifli Mohamed.

Friday, October 29, 2010

Piala Malaysia Kita Sokong Kelantan

Petang tadi kita ditanya oleh murid-murid."Cikgu sokong pasukan mana,Piala Malaysia".Kita jawab,Kelantan.


Mereka bertanya alasan kenapa ,kita menyokong Kelantan.Kita memberitahu,Kelantan negeri di bawah Pakatan Rakyat-Pas.Negeri Sembilan negeri UMNO,sebab itu kita sokong Kelantan.


Kita juga berhujah,Tok Guru Nik Aziz yang jadi MB.Kita mesti sokong Kelantan untuk Juara Piala Malaysia.


Tambah kita,UMNO Gua Musang pun sokong pasukan Kelantan ,kenapa pula UMNO Perak nak sokong Negeri Sembilan.

Thursday, October 28, 2010

UMNO sudah mula buat perangai.

Malam tadi kita diminta oleh seorang penduduk untuk bertemu.Namun begitu kita minta pertemuan agak awal. Jadi lebih kurang pukul 7.45 malam kita bertemu penduduk kampung dalam Parlimen Bukit Gantang itu.

Kita pula baru sahaja habis kursus dekat Ipoh.Jadi sudah lama beliau ingin bertemu.Hanya malam tadi kita agak kelapangan.Malam tadi kita dapat buat dua kerja. Pertama tengok markaz negeri, dan kita minta tolong Lan pprt untuk mengemas markaz.

Kedua bertemu Pak Long.Pak Long pun bercerita bagaimana anak beliau seolah ditekan oleh guru sekolah kebangsaan,mempersoal bagaimana anak beliau boleh mendapat bantuan baitulmal.

Kita meminta penjelasan Pak Long.Lantas Pak Long memberitahu seorang pekerja bertaraf Tukang Kebun(PRA) AJK Cawangan UMNO telah menghasut dan memberi tekanan supaya jangan menyokong permohonan anak beliau.

Begitulah tidak cerdiknya pemikiran pimpinan UMNO buat kata Presiden MCA Chua Soi Lek.Pak Long memang perlu dibantu perbelanjaan sekolah anaknya.Setiap tahun pihak Baitulmal akan memberi bantuan persekolahan anak beliau.Sejak tahun 2008 lagi semasa Ahli Parlimen Bukit Gantang Allahyarham Hj Roslan Shaharum menyokong permohonan beliau.

Pak Long ini berpendapatan agak rendah.Hanya mempunyai motorsikal ,tiada tv siaran Astro.Duduk menumpang di tanah keluarga mertua.

Justeru itu kita mengharapkan jika terdapat mereka yang cuba disekat bantuan oleh pihak Ahli UMNO,boleh melaporkan ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang 05-8483950.Setahu kita agensi kerajaan bersikap profesional.

10 dari 11 orang guru sokong Pakatan Rakyat- Sebut Nama Najib cikgu nak muntah.

Maaf agak lama tidak ke pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Empat hari terasa lama.Empat hari juga kita tidak dapat membantu pusat khidmat masyarakat.

Selama 4 hari kita pergi berkurusus di Ipoh.Kita dalam satu kumpulan 11 orang guru.Kumpulan kita 8 daripada 11 orang perempuan. Hanya tiga lelaki. 1O orang guru merupakan penyokong Pakatan Rakyat.Hanya seorang guru wanita,yang jadi ahli UMNO.

Kita merupakan guru yang paling senior dalam kumpulan itu.Sambil kita berkursus itu,kita tetap membincangkan isu pendidikan,contohnya bingungnya Muhyiddin panggil guru luar negara pantau guru Bahasa Inggeris Malaysia.Sudah 53 tahun merdeka,rupanya UMNO tidak merdeka jiwa.Malah UMNO gagal membela rakyat.

Isu yang kedua,isu menara tinggi 100 tingkat.Menariknya 8 orang guru itu dari kumpulan kami menghantar bantahan dalam Face Book Anti Bangunan 100 tingkat.Semuanya menyindir Najib yang percaya bini.

Namun seorang guru ,Wanita UMNO yang kuat UMNO tetap mempertahankan Najib.Najib berpandangan jauh.

Beliau sempat berhujah Kelab Malam baru untuk orang Cina dan India,bukannya untuk orang Melayu.Guru Wanita UMNO itu menegaskan senang hendak pantau kelab malam.

Tetapi dengan 10 orang yang menghentam UMNO dan Najib,guru wanita tadi senyap dan mungkin berfikir benarnya perjuangan Pakatan Rakyat.


Tuesday, October 26, 2010

Kita ajar murid Kelab Malam maksiat Najib pula tambah tempat maksiat.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).



Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.


Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.


Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang 'gay'.

Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.


Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Kriteria berkenaan adalah:
  • Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;
  • Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan
  • Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.

Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.


Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.


Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan


Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.


Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.


"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.


Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.


Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.sumber malaysiakini.

Malaysia kekal rasuah di bawah Najib-

KUALA LUMPUR: Malaysia telah mengekalkan kedudukannya di tempat ke-56 daripada 178 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) 2010, walaupun memungut 0.1 mata lebih rendah berbanding tahun lepas.

Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, Malaysia yang menduduki tempat ketiga di kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei, memungut 4.4 mata daripada 10 mata untuk berada di depan Thailand yang mendapat 3.5 mata (tempat ke-78) dan Indonesia dengan 2.8 mata (tempat ke-110).

"Denmark, New Zealand dan Singapura terikat pada kedudukan pertama dengan memungut 9.3 mata.

"Statistik Malaysia tidaklah merosot malah kekal. Negara kini berada di tengah-tengah (antara baik dan tidak baik).

"Ketidakstabilan kerajaan, biasanya berikutan konflik legasi, terus mendominasi kedudukan di tempat tercorot CPI. Afghanistan dan Myanmar berkongsi tempat kedua terakhir dengan pungutan mata 1.4, manakala Somalia di tangga terakhir dengan 1.1 mata," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun pelbagai langkah positif telah dilakukan, pungutan mata Malaysia dalam CPI mungkin disebabkann masalah pelaksanaan serta ketiadaan penambahbaikan dalam pembinaan keyakinan, sekaligus menunjukkan terdapat kekurangan dalam kemahuan politik bagi menghapuskan rasuah.

Contohnya, kata beliau, terdapat beberapa perkara yang jelas membimbangkan seperti arahan "Tiada Tindakan Lanjut" oleh Peguam Negara terhadap mereka yang dikatakan terbabit dalam pelantikan hakim seperti yang didedahkan melalui skandal "Video Lingam", walaupun perkara itu merupakan hasil penemuan dan saranan Suruhanjaya Diraja.

Selain itu, Low berkata amalan menganugerahkan projek mega serta kontrak tanpa tender terbuka atau bidaan kompetitif yang masih diteruskan, turut menyumbang kepada CPI Malaysia bagi 2010.

"Kami mencadangkan agar kerajaan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lebih bebas dan berautonomi, bagi memperkukuhkan undang-undang serta membuat laporan terus kepada jawatankuasa Parlimen, selain ia diberi kuasa melakukan pendakwaan.

"Cadangan lain ialah membentuk semula kewangan politik dan peraturan parti politik serta pilihan raya, pengisytiharan aset ahli politik, mempromosi kebebasan maklumat, penguatkuasaan undang-undang dan polisi sedia ada secara efektif serta bersungguh-sungguh, termasuk penggubahan dan pindahan wang haram oleh suspek dalam kes rasuah berprofil tinggi," katanya.

Low berkata memandangkan aspirasi Malaysia ialah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020, komitmen untuk memerangi rasuah perlu jelas dan tegas, kerana keputusan CPI secara konsisten telah menunjukkan terdapat hubungan langsung antara tahap rasuah dengan pembangunan ekonomi di sesebuah negara.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengambil beberapa langkah seperti melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada April lepas, namun hasilnya tidak boleh dilihat serta-merta kerana persepsi mengambil masa untuk berubah.

"Persepsi awam mungkin mengambil masa untuk berubah, dan kadangkala ia tidak berubah langsung. Persepsi awam boleh berubah jika mereka melihat peratusan yang tinggi dalam pendakwaan," katanya.

Low berkata, melalui inisiatif yang diambil oleh kerajaan pada masa ini, kedudukan Malaysia akan meningkat dalam masa dua tahun.

Dua negara yang berkongsi kedudukan dengan Malaysia ialah Turki dan Namibia. - BERNAMA

Najib Sibuk Tambah Kelab Malam ,rakyat tanggung hutang RM 14,000 buat tak tahu.

Rakyat merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.


Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan.


“Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26 juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang,” tegas Ustaz Idris Ahmad.


Bagi Ustaz Idris ,Parti PAS berpandangan bahawa hutang yang meningkat dengan mendadak kerana ketirisan dan rasuah.


Pendedahan Ketua Setiausaha Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun RM10 bilion.


Laporan Ketua Audit Negara 2009 pula mendedahkan berlaku penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka meragukan.


Terdapat penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.Penerima ini kebanyakannya penyokong tegar UMNO,sudah tentu pihak berkenaan tutup mata.


Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan sandwich tanpa sardin, tomato, timun dan salad.Namun begitu yang terlibat anak orang miskin ,tiada siapa yang ingin membela.Jika guru memberi pandangan dan kritikan membina,jawabnya kena tukarlah?Setahu kita Guru Besar pula kebanyakannya ahli UMNO?


Ustaz Idris Ahmad pula menyatakan ini semuanya adalah contoh yang menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran negara.


“Apakah ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini?” soal Ustaz Idris lagi.


Tambahnya, pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti yang bijak memerintah ialah Umno dan BN, selain daripada BN maka tidak mampu untuk memerintah.


“Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat terpaksa memikul bebanan hutang yang perlu dilangsaikan."kata Ustaz Idris


“Kerajaan baru perlu melunaskan hutang kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti,” tambah Ustaz Idris lagi.


Bagi Ustaz Idris pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan, begitu juga hutang kerajaan Kedah sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN memerintah.


Katanya, kebijaksanaan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat dikagumi oleh pegawai kerajaan Pusat.


“Apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang?” tanya Ketua Penerangan Pas itu lagi.


Menurutnya, pemimpin Umno BN hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang rasuah dan membetulkan kepincangan.


Mereka, katanya lagi akan mengorek lombong-lombong yang masih ada, seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya.


“PAS menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita,”tegas Ustaz Idris Ahmad.

Monday, October 25, 2010

Bila masjid main politik UMNO-makmum perlu dikira untuk Solat Jumaat.

Kita diberitahu teman-teman sebuah masjid ,Masjid Bt 9 ,Jalan Trong dalam Parlimen Bukit Gantang ,makmun akan dikira untuk menentukan cukup jemaah buat Solat Jumaat. Hal ini mungkin berlaku kerana masjid ini terlalu fanatik UMNO?

Apabila muaazin hendak melaunkan azan,imam akan mengira cukup bilangan jemaah. Sepatutnya tidak timbul masalah cukup jumlah makmum kerana bilangan kampung banyak.

Kariah masjid terdiri kampung berikut,Kg Bt 9,,Kg Kepala Bukit,Kg Chengal Jantan,Kg Bt 10 dan Kg Sg Limau.

Namun jumlah makmun sukar hendak diramalkan.Kebanyakan ahli kariah pergi masjid berdekatan.Justeru kerana AJK masjid kuat dengan politik UMNO,ahli UMNO pun bersolat Jumaat di masjid berdekatan.Penyokong PAS dan Ahli Pas lebih baik pergi Masjid Bt 8 dan Masjid Changkat Ibol lebih harmoni dan mesra rakyat.

Nak bawa DS Nizar untuk bersolat Jumaat dan Solat Teraweh, pun mereka macam tak bagi? AJK masjid ini perlu bersikap terbuka untuk menarik minat golongan muda mendekati masjid.

Sunday, October 24, 2010

Pusara Negara:Satu kubur VIP UMNO dan BN bernilai RM140,000.00

DS Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat projek BN mendirikan Pusara Negara bernilai RM70 juta.Pusara Negara ini bersebelahan Tugu Negara.

Menurut Anwar Ibrahim sebanyak 500 lubung kubur diperuntukkkan kepada orang kenamaan .Sudah tentu orang kemaan itu orang kuat UMNO,MCA,MIC dan Gerakan.

Dengan sejumlah 250 lubung kubur untuk pembesar VIP muslim dan 250 VIP bukan Muslim.Tegas DS Anwar satu orang pembesar VIP mati harga kuburnya sahaja bernilai RM140,000.00 .Itu belum masuk kos lain-lain pengurusan.

Sindir Anwar,pemimpin UMNO hidup pun ambil wang rakyat,semasa mereka mati pun mereka hendak ambil wang rakyat.

Saturday, October 23, 2010

Nasihat Anwar Jangan Takut Gertakan Najib -Orang nak bersara begitulah sikapnya.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kita semua , jangan risau perihal kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak .Biarkan Najib bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujar DS Anwar Ibrahim ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.


Jelas DS Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika kita mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, kita perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.

NUTP PSKPP dan guru kerja hari Sabtu masih tak selesai.

Sekolah hari Sabtu sudah menjadi kebiasaan.Namun keberkesanan NUTP dalam memperjuang isu kerja hari Sabtu langsung tidak kedengaran.Tahun pemilihan semuanya menarik.


Kini tahun 2010 sudah selesai guru mengajar mengikut sukatan dan huraian.Sudah juga dilaksana kerja hari Sabtu.Dengan Ladap,dengan persatuan dan kelab,semuanya sudah selesai tahun persekolahan 2010.


Tahun depan isu kerja hari Sabtu tetap didendangkan NUTP.Cikgu juga jadi mangsa.

Dalam pada itu tahniah Hashim Adnan belum terlambat rasanya NUTP menghantar permohonan kepada Kementerian Pelajaran agar meneliti pengurusan kewangan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Perguruan (PSKPP).


Memang betul sehingga kini tidak ada satu laporan yang jelas mengenai pengurusan kewangan persatuan tersebut yang diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran negeri.


Program PSKPP yang seronok orang JPN dan kroni mereka.


Apabila NUTP menerima aduan daripada para guru yang dipaksa membayar yuran antara RM3 dan RM5 setahun oleh persatuan tersebut walaupun ia sebenarnya tidak wajib.NUTP seharusnya berani untuk bersuara dari dulu lagi. Namun ini belum terlambat.


Kita diberitahu Pengetua yang kuat PSKPP seolah mengugut para guru.Mereka yang tidak membayar yuran PSKPP dinafi hak untuk diberi pertimbangan prestasi cemerlang." Guru tak boleh dipaksa bayaran yuran. Jabatan Pelajaran tak ada hak (memaksa guru). Ini sukarela,” kata Presiden NUTP itu lagi.


Hashim Adnan,Presiden NUTP turut menegur tindakan Jabatan Pelajaran daerah di sebuah negeri yang bertindak di luar batas profesional apabila mengedarkan senarai nama guru dan butiran peribadi mereka termasuk gaji, kepada sekolah tempat guru terbabit mengajar untuk menuntut tunggakan yuran PSKPP.

Friday, October 22, 2010

Batu Sapi biarlah SAPP bertanding

Kita mengharapkan PKR dan SAPP berunding untuk menentukan calon di Parlimen Batu Sapi.Jika boleh biarlah SAPP bertanding. Datuk Yong Teck Lee wajar diberi peluang.

Tidak rugi kiranya satu kerusi Batu Sapi untuk SAPP. Lagipun SAPP parti politik tempatan.Dengan memberi peluang kepada SAPP,pengundi mungkin melihat prestasi Yong Teck Lee yang pernah menjadi Ketua Menteri Sistem giliran dahulu.

Perjalanan kita masih jauh.Perjalanan kita perjalanan ke Putrajaya.Jangan jadikan kesilapan kecil peluang kita untuk PRU 13 semakinpayah.


Rundinglah secara telus dan terbuka.Jika SAPP mempunyai jentera yang kuat di Batu Sapi biarlah mereka bertanding.Namun jika PKR lebih kuat organisasi di Batu Sapi,Yong Teck Lee perlu beralah.

Najib Ceo yang akan bersara- Nizar

Menurut DS Nizar Perdana Menteri sekarang merupakan Ceo yang akan bersara.Apabila hendak bersara Najib terpaksa memberi macam-macam kepada anak buah.

Najib mahu anak buah mengenang beliau sebagai Ceo yang terbaik berbanding 5 Ceo yang lain.

Nizar juga memberitahu jikalau di Dubai terdapat bangunan tertinggi ,162 tingkat .Bangunan Burj Al Khilafah yang baru disiapkan itu hanya bernilai RM 4.2 bilion.Tetapi Najib hendak bina bangunan 100 tingkat bernilai RM 5 bilion.Hal ini mungkin boleh bertambah seperti mana kos membina kompleks Istana Negara.

Kita lihat Najib apa peduli dengan Rosmah.Bukankah Rosmah telah menghina Islam dengan menjadi penaung pertunjukan jahiliyah.

Thursday, October 21, 2010

Siapa penulis teks ucapan Najib-betul-betul bangang!

83. Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

Kita meneliti teks ucapan Najib .Petang tadi sempat bersembang dengan penulis blog ek-ele,berkaitan tema ucapan Najib 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran'

Kita sempat bersama Lan Iisma mencari maksud mendaya.Dalam Kamus Dewan edisi keempat ,muka surat 321 ,mendaya bermaksud menjalankan tipu daya(muslihat),menipu.

Siapa yang menulis ucapan Najib ini,Rosmah Mansor kah ?Nanti Najib membuat lawak bodoh lagi seperti dia jawab bangunan 100 tingkat bukan rancangan dia,rancangan PNB
.

Satu dewan kena tipu dengan Najib semuanya tepuk gemuruh.Perkasa tak mahu bisingkah?

Nizar datang untuk berceramah malam ini- bajet seluar dalam.

DS Nizar insyaAllah dijadualkan hadir untuk berceramah bersama Ybhg Mat Sabu di Kg Tebuk,Dun Trong.Ceramah pada 21 Oktober,pukul 9.15 malam.

Dari Changkat Jering lebih kurang setengah jam.Sebentar tadi kita mendapat kepastian kehadiran DS Nizar pada ceramah malam ini.Nizar kini dalam perjalanan balik ke Ipoh dari sidang parlimen.

DS Nizar mungkin menyentuh bajet seluar dalam atau bajet pak pandir Najib.Jadi bagi mereka yang berminat sila hadir ke Kg Tebuk,Jalan Kuala Trong -Pantai Remis.

Banyak isu yang akan disentuh oleh Mat Sabu dan Nizar. Kita boleh dengar sendiri isu bangunan mega 100 tingkat untuk penduduk kampung Parlimen Bukit Gantang.

Lagi empat jam sahaja untuk kita mendengar ceramah Abang Mat dan DS Nizar.

Santai Petang:Periksa Nak Pass mana nak UMNO.

Seorang budak sekolah ibu bapa penyokong tegar UMNO bertemu kita."Cikgu tengok tak siaran langsung tv3 pagi tadi"tanya murid kita."Tak "jawab kita.

"Cikgu rugi tak tengok,ada ucapan Najib "tambah pelajar tadi.

Kita pun membawa pelajar tadi masuk ke kelas.Secara selamba saya bertanya kepada murid-murid lain." Kalau periksa nak apa" tanya kita ."PASS" jawab murid serentak.

Kita beritahu budak tadi mana ada periksa nak UMNO,semuanya hendak Pass.Budak tadi itu membantah ,cikgu sudah main politik.

Jadi semuanya mahu pass peperiksaan.Mana ada nak UMNO,termasuk anak orang UMNO.

Wednesday, October 20, 2010

Nizar bela nasib Sarjan N.Thamandran

Sidang parlimen sedang berlangsung .DS Nizar amat bersimpati dengan nasib mereka yang dijadikan mangsa.

Sehingga kini kes mahkamah masih berlangsung.

Berikut soalan nombor 26 dari Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dalam isu kehilangan 2 buah enjin jet pejuang, Sarjan N. Thamandran telah dituduh mencuri enjin tersebut. Apakah kedudukan siasatan terhadap beliau.

Jika kita mendengar cerita Sarjan N .Thamendran ,bagaimana sewaktu dalam siasatan dia dipukul. Caranya dia dipakaikan topi kaledar dan terdapat mereka yang memukul kepala dia yang bertopi kaledar,Semuanya tidak memberi kesan,seperti didakwa oleh N.thamendran.

Duduk di situ 17 tahun-hang apa pun tak dapat?

Kita acap kali ditanya bertugas di mana?Acap kali orang yang sama bertanya.Kita seperti biasa menjawab tempat biasa.



Ada jawapan yang menyakitkan telinga.Tetapi kita tidak pula membalas.Kita seperti biasa,menjelaskan kita seronok di sini,kerana tiada siapapun yang kacau?



"Hang duduk di situ prestasi rendah,sebab itu tak ke mana?"kata teman sejawat.Kita hanya menjawab ,tempat ini menarik.Kerja jemaah tak siapa ganggu.Walaupun banyak surat layang sampai ke JPN.



Bagi orang baru mereka tidak tahu kita sudah dapat APC dan kita sudah ditawarkan kenaikan pangkat.Cuma kita tak pergi,kerana kita suka kerja dengan Nizar.



Segelintir lagi beranggapan kita pekerja bermasalah di tempat kerja.Sering juga kita menjelaskan rezki di tangan Allah s.w.t..



Lagu lama sering berkumandang "duduk di situ 17 tahun,hang apa pun tak dapat"..tapi mereka tidak tahu kita sudah mendapat APC.



Teringat sewaktu ditukarkan ke tempat kerja sekarang,seorang teman berjumpa Pak Mentua."Pak Wan,alamat menantu tak naik pangkat kerana kena tendang ke tempat kerja baru"

Bersama Mat Sabu 21 Oktober ini.



Esok 21 Oktober satu Ceramah Penerangan akan berlangsung di Kg Tebuk,Dun Trong.Penceramah Utama Tuan Haji Mat Sabu.

Ceramah dijangka pada pukul 9.15 malam.Jom kita dengar isu terkini melalui Abang Mat kita.

Jikalau sempat DS Nizar juga dijangka hadir untuk memberi ceramah.Bajet Najib.

Tuesday, October 19, 2010

KDNK 10.5 peratus kerajaan mampu bayar bonus-Omar Osman.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman sekali lagi memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini.

Omar Osman berasa yakin dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan peningkatan sebanyak 10.5 peratus tahun ini, kerajaan mampu memberi bonus.


“Pertumbuhan KDNK negara kita telah melonjak kepada 10.5 peratus dan keadaan ekonomi negara sedang mantap, jadi tidak mustahil perkara itu (bonus) dapat dilaksanakan"kata Omar Osman.


Hebatnya Presiden Cuepacs menghantar telegram kepada DS Najib untuk berjumpa agar dipertimbangkan untuk diberi bonus dua bula.


Namun Omar Osman boleh minta nombor telefon peribadi Najib pada si Sepol atau bawa si Sepol sekali untuk permudah urusan mohon bonus.

Kata Budak Sekolah Najib Buat Lawak Bodoh

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi hujah pembinaan projek mega menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat merupakan satu cadangan Permodalan Nasional Berhad (PNB).Kita diberitahu budak-budak sekolah itu merupakan lawak bodoh."Macam budak kelas hujung"kata budak -budak sekolah

Mereka membaca laporan terdapat kenyataan Perdana Menteri menjelaskan beliau tidak mengarahkan PNB untuk melaksanakan projek berkenaan.


"Ia telah dirancang dan dicadangkan oleh PNB kepada kerajaan."kata Najib seperti dipetik.


"Saya tidak mengarahkan PNB, PNB yang mencadangkan. Ia sangat diinginkan oleh pengurusan dan lembaga pengarah PNB," kata DS Najib dalam sidang media selepas sesi Taklimat Presiden sempena Perhimpuan Agung Umno di sini,kelmarin.


Bajet sudah dibentang,kenyataan itu dari DS Najib.Guna pula duit rakyat.Syarikat,syarikat kerajaan.


Apa yang jelas DS Najib mahu nama tercatat sebagai arkitek negara.Tapi Najib lupa itu juga tanda kejatuhan kerajaan BN,insyAllah.


Pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pembinaan Menara Warisan Merdeka yang dibina bersebelahan Stadium Merdeka dan Stadium Negara akan dilaksanakan PNB dijangka siap pada 2015.

Monday, October 18, 2010

PTK mansuh yang suka pembuat dasar dan pentadbir!

PTK mansuh satu kejayaan kesatuan sekerja bernama Cuepecs.Bagi kita yang berpengalaman dengan pelbagai skim,semuanya menguntungkan pembuat dasar dan pentadbir.

Dahulu kita mendengar skim SSB ,kemudian SSM ,kemudian wujud pula Penilaian Tahap Kecekapan(PTK) semuanya yang kenyang,Pengetua atau Guru Kanan jika di sekolah.

Apa-apa skim mereka dulu yang dapat.Skim baru diperkenalkan mereka paling suka.Justeru setiap skim baru,kenaikan pangkat pasti berdasarkan kouta .

Mula-mula pengetua,kemudian penolong kanan,seterusnya guru kanan,akhir guru yang mendampingi mereka yang dapat.Tiba giliran guru lain,tukar skim perkhidmatan.Melopong lagi guru biasa.

Setiap skim perkhidmatan yang diperkenaikan JPA semuanya untuk kepentingan mereka.Cuepecs setuju sakan.

Cuepecs perlu bertegas,jangan terlampau ikut kehendak "majikan" sehingga hak-hak dalam masyarakat tidak diperjuangkan.

Nizar:Bina Bangunan Mega 100 Tingkat Ramai Penduduk Bukit Gantang Masih Miskin

Sebagian jemaah haji muslimin yang akan menunaikan haji pada tahun ini.
Jemaah haji muslimat sedang membaca yassin.

DS Nizar dalam motivasi untuk jemaah haji Parlimen Bukit Gantang menyentuh banyak perkata. Apa yang menarik DS Nizar menyentuh isu bajet 2010.Nizar mempersoal kewajaran mendirikan bangunan seratus tingkat,sedangkan terdapat rakyat yang miskin tidak berumah sendiri serta tidak bergeran tanah.

"Penduduk Sg Tinggi,Padang Gajah,Bemban ,Bukit Gantang banyak yang tidak bertanah,"kata Nizar."Ramai yang miskin,kenapa perlu bina bangunan 100 tingkat"tegas Nizar.

Justeru itu DS Nizar menyatakan kekesalan sikap pemerintah yang hanya memikirkan kroni untuk memberi projek ,bukannya projek untuk kebajikan rakyat keseluruhannya,sewaktu ditemui.

Di samping DS Nizar juga menyentuh rasuah yang merupakan manefestasi syirik.DS Nizar mengharapkan tetamu Allah s.w.t pada kali mendapat haji mabrur.

Jemaah Haji Ahli Umno Turut Serta Program DS Nizar.

Sebahagian Jemaah Haji Muslimat.
Jemaah Haji muslimin bergambar kenangan dengan Nizar.


Baru-baru ini Pas Kawasan bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang menganjurkan program meraikan jemaah haji dalam Parlimen Bukit Gantang.

Apa yang menarik terdapat bakal Jemaah Haji ahli UMNO yang turut serta dalam majlis itu.Mereka tetap memberi kerjasama dan tidak pula kelihatan kekok untuk bersama DS Nizar selaku Ahli Parlimen mereka.

Jelas sekali mood masyarakat Melayu tetap bersama PAS.Mereka tidak mudah terpengaruh dengan pengumuman bajet Najib.Mereka tahu Pas kini yang dapat membela agama Islam.

Mudah-mudahan mereka mendapat haji mabrur.

Sunday, October 17, 2010

Nizar tetap di sanubari rakyat

Nizar membelai bayi perempuan berumur 3 bulan.
DS Nizar mendoakan bayi berusia tiga bulan. Bertudung cokelat ibu bayi itu.


Malam tadi berlangsung majlis baca yassin meraikan jemaah haji parlimen Bukit Gantang.Seorang ibu berhajat meminta DS Nizar tahnik anak mereka. DS Nizar tidak menghampakan ibu-bapa bayi itu.

Peristiwa ini membuktikan DS Nizar tetap di sanubari penduduk.Walaupun terdapat pencacai UMNO terus memburukkan Nizar,penduduk Melayu Bukit Gantang tetap bersama DS Nizar.

Bagi mereka fitnah merupakan mainan musuh politik Parti Islam Se Malaysia(PAS).

Saturday, October 16, 2010

Rakyat kini sudah pulih dari wabak penyakit BN-YB Khalil Idham Lim

PARIT BUNTAR, 15 Okt. :- Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim menyatakan, pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, rakyat pastinya ternanti-nanti kehadirannya, seperti menanti menjelangnya hari raya, sudah pasti PRU 13 suatu yang amat ditunggu-tunggu, bagitulah bahang pilihanraya, satu perkata penting bagi seluruh rakyat Malaysia , ujar beliau ketika ditemu ramah disini.

Menurut beliau, kerajaan sedia ada sudah pasti ingin mempertahankan kuasa pemerintahan mereka dengan segala langkah dan tindakan yang mencabuli demokrasi yang sedia ada. Kenyataan rampasan kuasa yang berlaku di Perak menurutnya adalah contoh yang paling nyata.

Bila ditanya mengenai matlamat utama Pakatan Rakyat dengan adanya kuasa memerintah,Jelasnya dengan kuasa itu amat mudahlah Pakatan Rakyat menentukan Polisi Negara dan negeri yang lebih mesra rakyat dan lebih berkebajikan yang selama ini diabaikan selama 50 tahin lebih oleh BN.

Ujarnya, UMNO Barisan Nasional telah melakukan sesuatu yang memberi petanda awal bahawa Pilihanraya Umum ke-13 semakin hampir, langkah awal BN ialah dengan menangguhkan usul pelaksanan GST dan pembentangan bujet 2011 dijangkakan untuk pilihan raya.

Tambahnya lagi, penangguhan pelaksanaan GST adalah usaha BN mengambil kira hati dan kemahuan rakyat buat sementara waktu dan berkepentingan politik.

Dalam sesi temu ramah dipejabatnya, Drs. Khalil juga menyatakan bahawa tindakan kerajaan menangguh bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada sidang Parlimen pada 14 Oktober 2010 dengan alasan bagi membolehkannya untuk berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu. Ini membuktikan kegusaran kerajaan Barisan Nasional, kerana jika GST dilaksanakan mungkin mengundang kemarahan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Penagguhan GST antara lain kemungkinan mengambil kira faktor pilihanraya di Sarawak yang boleh berlaku pada bila-bila masa dari sekarang. Faktor DUN Galas boleh memberi kesan kempen kepada BN sekiranya BN meneruskan GST itu, tegasnya lagi.

Drs. Khalil yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Perak,bila ditanya mengenai pembohongan yang disebarkan oleh media pro BN menegaskan “jumlah rakyat yang tidak bermaklumat semakin hari semakin berkurangan, dan rakyat kini sudah beransur pulih dari “wabak” penyakit yang disebar biak oleh BN iaitu kurang maklumat semasa, perkara ini menjadikan BN semakin “takut”."

Merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan bahawa kehilangan kuasa memerintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh mendatangkan kesan buruk terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat.

Drs. Khalil menjelaskan inilah contoh ucapan pemimpin BN yang terus menerus ingin menyesatkan rakyat dengan fahaman bahawa BN sahaja yang layak membangun dan menjaga kebajikan rakyat. Bila kita menang di 5 negeri dalam PRU ke 12 ternyata dakyah ini palsu dan telah dibuktikan oleh Kelantan sejak tahun 1990 lagi.

Baginya cubaan BN yang cuba mengelirukan rakyat tidak akan berhasil bila rakyat mendapat maklumat mengenai keadaan sebenar dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kerana itu PR mestilah berusaha gigih memberi penerangan dalam segala bentuk ceramah dan bahan cetak bagi memastikan rakyat tidak ditipu oleh BN.

"Saya amat yakin, dengan usaha yang gigih dari seluruh jentera Pakatan Rakyat dan komponen partinya dari PAS, PKR dan DAP, PR sudah amat hampir ke Putrajaya insyaallah ”.
sumber Hafizi Fauzi.

Bajet Seluar Dalam- Aya jual paper.

Sebentar tadi uncle jual surat khabar memberitahu kita tentang bajet Najib.Aya jual 'paper' bergurau dengan kita ."Cikgu nanti boleh beli seluar dalam banyak"kata Aya .

"Kenapa?" tanya kita."Itu Najib ,kasi tau tak ade cukai,sama seluar dalam dan baju dalam"kata Aya lagi.

Kemudian ,dia bertanya kita berapa banyak budak sekolah tak bayar yuran sekolah."Banyak"jawab kita.

Lantas dia menjelaskan apa perlu buat bangunan 100 tingkat,sedangkan dekat bandar Taiping banyak orang miskin.

Kita pula bertanya,macam mana Samy Veloo.Dia menjelaskan,"Itu Samy tak poleh pakai".Kita pula menyampuk ."Ini kali jangan kasi undi sama BN".

Thursday, October 14, 2010

Apa maksud The Malaysian Insider Siar Gambar DS Anwar Ibrahim seperti ini?


Sumber foto DS Anwar Ibrahim diambil melalui laman portal The Malaysian Insider keluaran 14 Oktober.Kita pun hairan apa maksud laman portal ini menyiarkan gambar DS Anwar seperti ini.?


Justeru itu kita mengharapkan pimpinan kita berhati-hati supaya gambar yang diambil tidak mudah digunakan untuk menjatuhkan imej .

Kita juga kena bersedia PRU 13 nanti lebih banyak muslihat pihak lawan untuk memalapkan prestasi Pakatan Rakyat.

Sidang Senduk Tales of The River

Kita diberitahu teman-teman orang Melayu sudah mula menjauhkan diri dengan PAS.DS Nizar bukan ikon lagi. Kita kemukakan bukti orang muda masih bersama Pas.Gambar di atas terdapat sekumpulan orang muda yang menggelarkan diri mereka Sidang Senduk tersenyum puas dapat bergambar bersama DS Nizar.

Mereka kumpulan anak muda yang komitmen dengan perjuangan Islam yang di bawa PAS.Mereka mempunyai blog sendiri sidangsenduk.blogspot.com.

Ayuh orang muda jangan lagi bersama UMNO.

Wednesday, October 13, 2010

Perkasa Selepas Ini Kena Pastikan Pengganti Ibrahim Ali

"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."kata Ibrahim Ali seperti dipetik.


Rupa-rupanya Ibrahim Ali menghidap kencing manis.Taat setia Ibrahim Ali tetap jitu.Walaupun Kebawah DYMM Sultan Kelantan menarik pingat,Ibrahim tidak kecewa.


Kita mengharapkan wakil rakyat yang duduk berdekatan Ibrahim Ali pastikan YB Ibrahim Ali tidak tertidur sewaktu pembentangan bajet nanti.Pandikar Amin tuan speaker pula jangan benarkan YB Ibrahim berucap terlalu lama kerana ini menyebabkan beliau berdiri terlalu lama.Nanti kaki beliau kebas.


Hal ini boleh menyebabkan Ibrahim Ali boleh jatuh.Apabila jatuh kemungkinan "stroke".Angin ahmar boleh menyerang.


Lagi satu,perkasa kena memikirkan pengganti Ibrahim Ali.Presiden sepatutnya tidak mudah tertidur.Lagi satu jika DYMM Sultan telah menarik balik gelaran pingat,sudah tentu ada yang tidak kena dengan Presiden Perkasa.Kemelayuan Ibrahim Ali kini tidak seratus peratus lagi.

Cuba bayangkan balik Kelantan orang tidak boleh memanggil beliau datuk lagi.Yang tinggal Datuk Melaka dan Datuk Selangor.Maaf Ibrahim Ali....

Tuesday, October 12, 2010

Bersama Nizar pada 16 Oktober ini.

DS Nizar pada Sabtu ini 16 Oktober akan bersama penduduk Bukit Gantang .Nizar akan menyertai penduduk untuk berdialog pada pukul lima petang di Pusat Khidmat Sg Kerang-Sg Tinggi di Dun Trong.

Nizar akan bersama penduduk bermula pukul 5 petang sehingga 7 petang .

Pada sebelah malam DS Nizar akan meraikan Jemaah Haji dalam Parlimen Bukit Gantang. Program bermula dengan solat maghrib ,dikuti majlis baca yassin.

Sehubungan dengan itu mereka yang berdekatan dijemput hadir .

Monday, October 11, 2010

Syabas PKR mempunyai ahli yang matang.

Tahniah dan syabas kepada ahli PKR yang matang. Sejarah PKR cukup mengajar ahli menjadi ahli yang berkualiti . Dahulu Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) berjaya digabungkan akhirnya membawa kepada penubuhan PKR.

Buat kata Saifuddin Nasution tidak ramai orang yang ingat proses percantuman itu memerlukan diadakan tiga kongres khas." Mula-mula di Kelana Jaya, usul bercantum Keadilan dan PRM, tewas dengan 11 undi."kata YB Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR.


PKR selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan cabang dan pemilihan cabang 3 Oktober lalu tetapi sembilan cabangnya bermasalah untuk mengadakan pemilihan.


Di bawah sistem pemilihan langsung sekitar 400,000 ahli PKR akan mengambil bahagian dalam proses pemilihan mulai 29 Oktober ini selama tiga minggu atau sembilan hari secara berperingkat-peringkat.


Perwakilan PKR pasti bertindak matang untuk memilih pemimpin mereka.Mereka tahu siapa yang perlu dipilih.


Yang susah hati pimpinan UMNO.Jikalau boleh pimpinan UMNO mahu parti-parti dalam Pakatan Rakyat bergolak


Selamat memilih pimpinan untuk menghadapi PRU 13.

Apabila soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di tolak seperti ada yang tak kena?

Sidang parlimen kali dijangka panas.Dengan Ahli Parlimen Pas telah mengadakan permukiman selama tiga hari.Mutu perbahasan Ahli Parlimen Parti Islam Se Malaysia sudah tentu berkualiti dan penuh dengan fakta.


Tetapi kita difahamkan sebanyak 17 Ahli Parlimen ditolak soalan mereka.Purata soalan yang ditolak antara 1- 4 soalan.


Soalan mereka yang ditolak terdiri daripada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), William Leong Jee Keen (PKR-Selayang), Teo Nie Ching (DAP-Serdang), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Prof Dr P. Ramasamy (DAP-Batu Kawan) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Gwo Burne Loh (PKR-Kelana Jaya), Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok), Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), Datuk Chua Soon Bui (BEBAS-Tawau), Wong Hong Leng (DAP-Sibu) dan M. Monagaran (DAP-Telok Intan).


Ustaz Nasharuddin Mat Isa,Wakil Rakyat Bachok,Timbalan Presiden PAS ditolak soalan berkaitan Bahasa Kebangsaan.Soalan itu isu nasional bukannya isu PERKAUMAN.


YB Ustaz Nasharuddin kecewa dengan persidangan awal parlimen ini,soalan yang melibatkan kepentingan awam ditolak.


Kita mengharapkan YB Speaker Pandikar Amin bersikap positif menerima teguran Ahli Parlimen,kerana kita memilih mereka.

Sunday, October 10, 2010

Menunaikan haji dan Tabung Haji.

Kita tertarik hati nilai subsidi yang ditambah oleh Tabung Haji kepada Jemaah Haji melalui muasasah bernilai RM 3,004 seorang atau bersama 30 peratus daripada kos sebenar.

Dianggarkan 25,000 penyimpan yang pergi melalui muassasah mendapat faedah ini. Jumlah kos yang dikeluarkan RM 75 Juta. Bagi mereka yang melaui pakej haji tidak mendapat manfaat,walaupun sebagai penyimpan Tabung Haji.

Sepatutnya penyimpan ditanya sebarang pengeluaran.Tabung Haji lebih berbentuk syarikat perniagaan.Pelaburannya banyak, hartatanah,pelancongan,perumahan dan perladangan.Kerajaan tidak boleh menyamai penyimpan sebagai pemegang akaun al wadiah seperti bank .Penyimpan Tabung Haji boleh dianggap sebagai pemegang saham.

Tabung Haji patut juga memikirkan manfaat untuk penyimpan lain,yang mungkin tidak sempat untuk menunaikan haji kerana terpaksa menunggu giliran.

Pihak berkenaan perlu memikirkan kembali asas penubuhan Tabung Haji,wang pendeposit dilaburkan dan labanya dikempalikan kepada penyimpan.

Kini seolah hanya mereka yang pergi menunai haji yang dapat,itupun mereka yang melalui muassah.Sepatutnya subsidi itu melalui DANA Kerajaan bukannya mengambil duit pendeposit,kemudian mengaku kerajaan yang bagi.

Keadilan untuk semua,semua penyimpan perlu diberi hak sama rata.

Saturday, October 9, 2010

Yusuf Nor kalau marah sama PAS jangan kaitkan dengan orang buta.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan pemimpin PAS sebagai “orang buta” yang kononnya tidak memahami corak pentadbiran badan berkanun itu.


Yusuf Nor menyatakan pemimpin PAS hanya melihat peristiwa yang berlaku itu dari satu sudut sahaja.


“Bila berlaku masalah mereka hanya melihat dari satu sudut, mereka tidak lihat secara keseluruhan pentadbiran Felda".kata Yusuf Nor ,Pengerusi Felda seperti dipetik melalui laman portal.


Kita lihat kata-kata Yusuf Nor yang menghina orang buta.


“Kalau orang buta jumpa orang buta, mereka akan kata diri mereka dizalimi kerana dilahirkan buta. Ini adalah percakapan antara orang buta."kata Yusuf Nor melalui laman portal malaysian insider.


“Tapi kalau orang buta itu diberikan peluang untuk melihat dunia, mereka akan faham kenapa mereka dibutakan. Jadi pemimpin PAS macam inilah,” katanya.


Yusuf Nor jika ingin membidas PAS pun tidak perlulah buat perumpamaan dengan orang buta.


Setahu kita orang yang cacat penglihatan ini mereka redho dengan kehidupan mereka.Mereka tidak menyalahkan Allah s.w.t.

Friday, October 8, 2010

Teruskan berjuang Cikgu Abdul Razak- ISA itu zalim

Kisah sedih seorang guru.semoga kes Cikgu Abdul Razak Baharudin ini boleh dijadikan kes rujukan di massa hadapan.Mungkin boleh dijadikan bahan akademik kezaliman akta ISA.

Selamat berjuang Cikgu Abdul Razak.Kami empati dan simpati.InsyaAllah perjuangan dikira sebagai amal soleh.

Kita baca petikan berita di bawah,kisah perjuangan seorang guru ,menentang akta zalim ISA.


"Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menetapkan 4 Nov untuk keputusan kes saman seorang guru terhadap Jabatan Perkhidmatan Awam dan kerajaan Malaysia kerana didakwa melakukan diskriminasi dengan memerintahkannya dibuang kerja enam tahun lepas.


Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar hujahanPeguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan dan peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Razak Baharudin.


Pada 4 Dis tahun lalu, Abdul Razak, 51, yang pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Klang, Selangor memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan telah melakukan diskriminasi yang bercanggah dengan Perkara 8(1)Perlembagaan Persekutuan apabila memerintahkan beliau dibuang kerja berkuat kuasa 7 Sep 2004 mengikut peraturan 38(g) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993.


Beliau juga memohon deklarasi bahawa kedua-dua defendan sewajarnya memerintahkan beliau ditamatkan perkhidmatan menurut Peraturan 49(3)Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Tatatertib) 1993 dan seterusnya dibersarakan mengikut seksyen 10(5) Akta Pencen 1980.


Selain itu, Abdul Razak memohon beliau dibayar faedah persaraan dan bayaran pencen ke atas khidmatnya dan sekiranya mahkamah membenarkan kesemua deklarasi itu, beliau memohon perintah diberi segala emolumen sepanjang tempoh digantung kerja dari 22 Feb 2002 hingga 2004.


Beliau juga memohon ganti rugi am, tauladan dan teruk.


Menerusi saman pemula, Abdul Razak mendakwa beliau telah dikenakan perintah tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 22 Feb 2002 dan dikenakan perintah buang kerja oleh defendan berkuat kuasa 7 Sept 2004."
sumber mStar

Thursday, October 7, 2010

Umrah bersama Dato' Seri Nizar Disember Ini.

Bukit Gantang Bersedia Untuk Bertugas Di PRK Galas

YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar menyatakan PAS Bukit Gantang bersedia untuk menghantar petugas terlatih di Prk Galas.

"Dengan pengalaman kita sewaktu PRK Bukit Gantang dan taburan pengundi pula sama seperti Bukit Gantang,kita bersedia bantu PAS Kelantan di Galas" kata Ustaz Nordin Jaafar.

Menurut Ustaz Nordin Jaafar PAS Perak ditugaskan di Bandar Lama Gua Musang,majoriti pengundinya Cina.

"PAS Bukit Gantang sudah bersedia dan kita mempunyai petugas yang terlatih" tegas Ustaz Nordin.

Arahan tidak bertulis kepada guru kurangkan guna internet.

Sejak Pengetua-pengetua sekolah bertemu Muhyiddin Yassin ,terdapat arahan baru daripada pengetua sekolah.

Antaranya kurangkan penggunaan internet dan tidak melayari Face Book.Para cikgu tidak terlalu lama duduk untuk melayari laman web.Begitu juga tidak perlu membuka face book.

Nampak gayanya wireles perlu dipotong.Internet hanya di bilik pengetua. Biar pengetua pantau cikgu guna internet.

Pengaruh internet menggerunkan pihak berkuasa.PRU 13 yang semakin tiba menyebabkan Muhyiddin Yassin yang bercita ingin menggantikan Najib dikatakan memberi arahan tidak bertulis agar pengetua mengawal para guru.

Petang tadi pentadbir pula seolah-olah mengugut,ikut peraturan ,jika tidak prestasi setakat cukup makan?Kita sudah lama mengajar ,tetapi pada hari ini kenyataan berupa ugutan untuk beri markah rendah kepada guru baru pertama kali kita dengar.

Arsenal kalah dua hari tak datang sekolah sampai demam

Kita diberitahu oleh murid-murid seorang kawan mereka yang fanatik bolasepak tak datang sekolah selama dua hari.

Lalu kita bertanya kepada murid-murid. Mereka menjawab serentak Alex tak datang kerana pasukan bolasepak kegemaran dia kalah.

"Cikgu apabila Arsenal kalah kepada pasukan Chelsee 2-0 ,Alex demam.Jadi dia tak datang sekolah kerana kecewa yang amat sangat."kata Kean

Begitu hebat ,Liga Bola Sepak Inggeris. Sukan Komanwel dekat Delhi India,budak-budak tak tahu pun Malaysia sudah dapat pingat emas.

Dahulu lima tahun lepas terdapat seorang pelajar ,gila dengan pasukan Manchester United.Demam memanjang jika pasukan MU kalah.Sampai kahwin bendera MU tetap bersama dia.

Cuba bayangkan pula jika UMNO kalah PRU 13,Putrajaya berperdana menteri DS Anwar Ibrahim.Berapa minggu pula Cikgu UMNO demam dan Dr Mahathir pula lari entah ke mana?

Tuesday, October 5, 2010

Ingatan Buat YBM Tengku Razaleigh Hamzah-Apa Najib buat semasa pemilihan Presiden UMNO

Galas semakin menarik kerana Tengku Razaleigh Hamzah mungkin menjadi Pengarah Pilihanraya dan Calon Prk.

Semakin menarik kenapa tidak keluar melalui mulut DS Najib hanya melalui Muhyiddin Yassin.

Jika tidak salah kita sewaktu DS Najib menjadi Ketua Pemuda,Ku Li berlawan dengan Dr Mahathir untuk jawatan Presiden UMNO.Semasa awal kempen DS Najib melalui Pergerakan Pemuda UMNO telah dikatakan bersetuju untuk menyokong Ku Li.

Namun begitu pada malam akhir DS Najib ,Ketua Pemuda pada masa itu telah belot dan menyokong Dr Mahathir.

Mengikut teman-teman UMNO Dr Mahathir pasti kalah jika tidak berlaku pembelotan Najib.

Kini satu lagi peristiwa penting untuk Tengku Razaleigh Hamzah ,untuk membuat keputusan.sama ada Royalti atau Loyalti.?

PRK Dun Galas Pas Perak Bertugas di Bandar Lama Gua Musang.

Ustaz Idris Ahmad sedang menerangkan isu semasa khususnya PRK Dun Galas di Program Liqa Alfikri Kawasan Bukit Gantang.

Ustaz Idris Ahmad sebentar tadi dalam program Liqa Alfikri Kawasan memberitahu pimpinan Pas Bukit Gantang ,Pas Perak bersama negeri Melaka akan bertugas di Bandar Lama Gua Musang .

Menurut Ustaz Idris Ahmad yang juga Ketua Penerangan Pas Pusat,Bandar Lama Gua Musang merupakan daerah mengundi yang banyak pengundi Cina.Kebanyakan mereka penyokong MCA.

Ustaz Idris juga menjelaskan Dun Galas merupakan kawasan tradisi UMNO sejak merdeka lagi.Pas hanya menang pada PRU 2008.

Dengan pengundi Cina berjumlah 22.3 peratus di DUN Galas,Pas mengharap pengundi Cina berubah kepada Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Pas itu juga menerangkan dengan pengundi Melayu tetap kekal Pas perlu mendapat undi Cina dan orang asal untuk mengekalkan kerusi Galas.

Di samping itu Ustaz Idris menasihatkan tukang kempen Pakatan Rakyat tidak memburukkan peribadi Tengku Razaleigh,kerana Tengku Razaleigh amat disenangi penduduk Gua Musang.

Bagi Ustaz Idris UMNO perlu menang untuk memulih semangat ahli UMNO dalam menghadapi PRU 13 nanti.


Sayang Nik Aziz dengan kita supaya selamat dari api neraka.

Betapa sayang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada kita.Tok Guru mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ini.

“Kepada anak-anak kita yang sedang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga mendapat kejayaan yang cemerlang."kata Tok Guru seperti dipetik melalui harakahdaily.


“Paling penting, kejayaan yang sebenar ialah selamat dari api neraka dan berjaya mendapat syurga Allah SWT di akhirat kelak,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.


Lihat Tok Guru ,betapa sayangnya dengan kita ,tidak mahu kita masuk neraka .Sayu rasanya kita tidak mendengar Muhyiddin Yassin bercakap seperti itu,selamat dunia akhirat.


Monday, October 4, 2010

Syukur Alhamdulillah Dr Mahathir keluar hospital pagi ini

MELBOURNE, 5 Okt — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari hospital Epworth di Melbourne pagi ini. Beliau dimasukkan ke hospital itu sejak Sabtu akibat jangkitan kuman.


Menurut seorang jurucakap hospital, Dr Mahathir keluar dari hospital dengan semangat yang tinggi.


Beliau telah berada di hotel penginapannya dan akan kembali ke tanah air minggu ini. — Bernama

Sunday, October 3, 2010

Nak Jadi Calon Pas Jangan Merokok.

"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik oleh portal Malaysiakini.

Tok Guru Nik Aziz mengulas calon Pas di DUN Galas.

Calon yang akan dikemukakan oleh PAS itu mesti seorang yang warak dan tidak meninggalkan sembahyang serta bukan seorang kaki judi seperti yang dilaporkan oleh media.

PAS pernah mencadangkan pada 2007 merancang hanya mencalonkan hanya bukan perokok atau mereka yang merancang meninggalkan tabiat itu pada pilihan raya umum .Tetapi pada 2008 masih tidak dapat dikaksanakan.

Mungkin cadangan mereka yang bukan perokok ini dapat dilaksanakan oleh Pas pada PRU 13.

Friday, October 1, 2010

Kereta DS Nizar sudah dua kali dipancitkan.

Pada 30 September lalu sebaik selesai program Jamuan Raya anjuran Pas Cawangan Pak Dollah,Kawasan Bukit Gantang DS Nizar memberitahu kami tayar kereta volvo beliau seolah dipancitkan .

'Tayar kereta sebelah kiri ini seperti ditoreh kiri kanan"kata Nizar."Seperti guna benda tajam untuk cucuk tayar"jelas Nizar lagi kepada kami.

Kes kedua tayar kereta DS Nizar dipancitkan itu berlaku di Parit Buntar pada 25 September lalu.Sementara menurut pemandu Nizar Sdr Norman,semasa kejadian di Parit Buntar kereta baru sahaja bergerak.Kelajuan pula sekitar 80 km sejam.Jadi beliau mampu mengawal kereta daripada terbabas.

Sebelum itu kita difaham kejadian serupa berlaku kereta Nizar dipancitkan dekat Kedah.

Selepas ini kita mengharapkan kereta Nizar perlu dikawal oleh pihak penganjur yang mengatur program DS Nizar.Sudah dua kali dikhabar kepada kita,kereta Nizar cuba disabotaj.

Jika perlu UKP (Unit Keselamatan Pimpinan) perlu memikir kaeadah yang sesuai untuk mengawasi DS Nizar dan kereta beliau.Kawalan pula perlu mesra rakyat dan tidak terlalu protokol.

PRU 13 Pas akan letak calon Bukan Islam-Nizar


Nizar sedang menyampaikan motivasi kepada petugas pilihanraya Pas Bukit Gantang baru-baru ini.


DS Nizar sewaktu berucap di Konvensyen Pas Bukit Gantang menjelaskan Pas akan meletakkan calon Bukan Islam sebagai calon di beberapa kerusi.

Calon itu daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas.Jadi DS Nizar meminta kita bersedia untuk menerima mereka sebagai calon PAS dalam pilihanraya akan datang.

Petang kelmarin DS Nizar sekali menyebutnya di Majlis Jamuan Raya Pas Cawangan Pak Dollah di Kg Rahmat Kamunting.

Mungkinkah DS Nizar memberi isyarat DUN Trong mungkin ditandingi calon Pas daripada DHPP .

DS Nizar menjelaskan kepada kita Dun Trong UMNO akan menyerahkan kepada MIC .Dalam pada itu UMNO berminat untuk bertanding di Dun Pasir Panjang,Dun yang diwakili Nizar sekarang.

Ayah ,kena pulang balik gaji kata anak!

Kita diberitahu anak -anak supaya memulangkan wang gaji kepada kerajaan kerana di dalamnya termasuk wang judi,lesen arak dan lesen hiburan.

Anak yang belajar akaun memberi tahu kita pendapatan dan hasil kerajaan semuanya disatukan.Hasil judi kasino,hasil judi toto,hasil lesen hiburan semuanya ada.Semuanya dicampur.Tiada PENGASINGAN.

"Jadi ayah kena pulangkan duit gaji"kata anak lagi.

Justeru itu dia mencadangkan dalam manisfesto kerajaan Pakatan Rakyat nanti hasil dari sumber haram hendaklah diasingkan.

Setelah itu hasil pendapatan judi umpamanya dimansuhkan,dengan lesen judi mansuh.Begitu juga dia mencadangkan wang kerajaan di simpan di Bank Komersial Islam.Akaun yang berunsur Riba perlu diwujudkan untuk mengasingkan akaun kerajaan .Dengan ini pekerja kerajaan atau penerima sumbangan daripada kerajaan bebas subahat sama,hasil sistem bercampur baur itu.