Monday, January 31, 2011

Hilang Kamera- Sedih sepanjang hari.

Gambar hiasan,tiada kaitan dengan orang hidup atau orang mati.
Hari ini hari paling sedih kamera digital Nikon yang dibeli pada bulan Jun tahun 2008 hilang.Kamera yang banyak jasa mengambil gambar Tok Guru,DS Anwar,DS Nizar ,Allahyarham Hj Roslan Shaharum dan pimpinan lain seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

Hari ini banyak tempat yang kita pergi .Dari BSN,Bank Islam dan Bank Muamalat dan pejabat.Mungkin tercicir,mungkin terletak di kaunter ,mungkin kedai makan,semuanya tiada.Kamera yang banyak sejarah,khususnya PRK Bukit Gantang.

Terasa sedih.Nak cari ganti lambat lagi.Selepas ini kita pergi ke mana-mana tanpa kamera.Sedih apabila DS Nizar datang pada 7 Februari ini ,kita tidak mempunyai kamera untuk merakam peristiwa.

Terasa sedih. Minta-minta murah rezki,mana tahu nanti ada teman-teman yang ingin menderma sebuah kamera baru. Kita masih berdoa....!

"MCA semakin lumpuh, seolah-olah sudah patah kaki dan tangannya. Umno kini mendapat kerja baru sebagai tukang usung MCA.

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Keputusan pilihan raya kecil Tenang menunjukkan beban Umno sebagai tukang usung MCA semakin bertambah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar


"MCA semakin lumpuh, seolah-olah sudah patah kaki dan tangannya. Umno kini mendapat kerja baru sebagai tukang usung MCA.

"Tak ada batu, beban digalas," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kalau dalam permainan bola, hanya Umno sahaja yang berhempas pulas bergerak ke serata padang.

"Umno terpaksa berlari sendirian sekeliling padang. Dialah penjaga gol, dialah pemain pertahanan, dialah pemain tengah dan dialah penyerang.


"MCA hanya jadi tukang bising suruh Umno buat itu ini dan tukang tengok di dalam padang sedangkan tukang tengok atau penonton sepatutnya berada di luar padang. Perkara tersebut dirungutkan oleh orang-orang Umno sendiri," katanya.


Malah bukan setakat itu sahaja, kata Mahfuz, MCA juga seolah-olah menjadi tukang sabotaj kempen Umno dengan perbuatan menghina Islam sehingga menimbulkan kemarahan anak kandung Umno, Perkasa.


Tidak cukup dengan itu, MCA juga seolah-olah mendorong pemimpin Umno menghina hukum Allah.


"Kerana terpengaruh dan begitu seronok dengan permainan MCA menghina hukum Allah, (Menteri Besar Johor, Datuk) Abdul Ghani Othman dengan begitu ghairah menghina hukum potong tangan sedangkan perkara itu merupakan ketetapan Allah dalam al-Quran.

"Ketika DAP sedang belajar berhenti mengecam hukum Islam walaupun tidak mahu dan tidak menyokongnya, Umno tetap meneruskan watak sebagai penghina hukum Islam.

"Kalaupun tak mahu buat atau tak sokong, Umno tak sepatutnya menjadi pak turut MCA menghina hukum Islam," katanya.


Pilihan raya kecil Tenang juga memperlihatkan kelemahan dan ketiadaan pengalaman jentera Umno Johor untuk "berperang" dengan pembangkang.


"Kalau tidak dibantu oleh jentera Umno dari luar, Umno Johor yang sudah biasa menang mudah dan mengejek-ejek penyertaan PAS dalam pilihan raya negeri itu tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu," katanya.

Walaupun dibantu oleh jentera Umno luar yang lebih pengalaman "berperang" dengan pembangkang, katanya, Umno tetap terpaksa berhempas pulas untuk menghadapi aura calon PAS, Normala Sudirman.


"Pelbagai fitnah yang mereka sasarkan terhadap Normala dan keluarganya membuktikan Umno merasa tergugat dengan keperibadian calon PAS itu," katanya.


Dengan apa yang dihadapi oleh Umno dalam pilihan raya kecil Tenang itu, Mahfuz menjangkakan zaman Umno menang mudah dan boleh bersenang lenang menghadapi pilihan raya di Johor akan semakin berakhir.harakahdaily.net

Banjir menguji Muhyiddin Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Sebahagian daripada mangsa banjir di kawasan Segamat dipindahkan ke tempat lebih selamat oleh pasukan menyelamat mangsa banjir hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Dengan tiga kematian dan lebih 40,000 telah dipindahkan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang hari ini, masih ramai terperangkap di beberapa bandar di Johor dengan ketiadaan bekalan elektrik atau bekalan makanan, memaksa pasukan tentera menyertai operasi menyelamat mangsa.

Sehingga pukul 6.45 petang tadi, sebahagian besar Johor diselubungi awan mendung manakala maklumat pihak berkuasa kaji cuaca menunjukkan hujan akan turun sehingga hujung minggu ini.

Di Labis, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, bencana banjir yang melanda Labis, Segamat, Kluang,


Ledang dan beberapa daerah lain sejak dua hari lepas, berpunca akibat keadaan cuaca hujan lebat yang disifatkannya sebagai luar biasa.

Terdahulu beliau mengunjungi pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis - sehari selepas pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang. Pusat itu menempatkan 830 orang daripada 137 keluarga, yang terjejas ababila banjir melanda beberapa kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan di sekitar Labis.


Kata Muhyiddin, segala usaha untuk memindahkan mangsa dan memberi pelbagai bantuan kemanusiaan telah digerakkan melibatkan kerajaan negeri dan pelbagai agensi kerajaan pusat seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Beliau turut meminta Kementerian Pertahanan menggerakkan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu operasi pemindahan mangsa banjir.

Bencana kali ini diakibatkan hujan berterusan selama hampir 10 hari, kata penduduk Segamat manakala menurut Jabatan Meteorologi, hujan dijangka turun hingga minggu ini di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang.


Johor menyaksikan lebih 37,000 telah dipindahkan dengan dua kematian manakala di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang membabitkan sekitar 5,000 orang.

Seorang meninggal dunia di Jasin, Melaka.


Penduduk tempatan Segamat bimbang keadaan banjir akan semakin buruk berbanding yang melanda kawasan itu pada Disember 2006 dan Januari 2007.

Hotel-hotel di Segamat terpaksa memindahkan ruang memasak ke aras yang lebih tinggi untuk menyediakan makanan bagi tetamu, yang hanya mampu menyaksikan sebahagian bandar yang terselamat dalam banjir 2006 tetapi tidak terlepas daripada bencana kali ini.


Satu-satunya cara untuk mereka keluar dari Segamat dan perkampungan sekitar ialah dengan menggunakan bot.

Sebahagian mangsa dilihat meninggalkan rumah masing-masing yang dinaiki air setinggi satu meter menggunakan sampan manakala pasar mini dan pasar raya yang tidak terlibat dengan banjir pula sudah kehabisan bekalan makanan.


Keluarga di pusat-pusat pemindahan juga risau dengan mendakwa bekalan makanan hanya cukup untuk sehari meskipun pihak berkuasa mengatakan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang mengambil langkah yang perlu untuk menyediakan makanan kepada mangsa-mangsa terlibat.

Banjir juga mencecah laluan Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak selepas air Sungai Kesang melimpah.


Keadaan itu menyebabkan pergerakan kenderaan menggunakan satu lorong, sekali gus membawa kepada kesesakan sejauh 10 kilometer ketika ramai mula menggunakannya sempena sambutan Tahun Baru Cina Khamis ini.

Sehingga petang tadi lebih 10,169 orang di daerah Segamat dipindahkan ke pusat perpindahan ekoran keadaan banjir yang semakin teruk.


Menurut jurucakap bilik gerakan banjir daerah Segamat, sehingga pukul petang tadi kesemua penduduk telah dipindahkan dari rumah masing-masing dan dibawa ke 82 pusat perpindahan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,400 keluarga dipindahkan ke pusat perpindahan.


“Kita jangkakan jumlah itu akan bertambah, selain itu 19 kawasan terputus hubungan dan beberapa jalan utama juga terpaksa ditutup termasuk jalan Segamat ke Jementah dan Segamat ke Gemas,” katanya.

Menurut jurucakap itu, keadaan banjir yang melanda daerah Segamat sejak semalam ekoran hujan berterusan sejak awal pagi dijangka akan terus meningkat sekiranya hujan masih turun.


“Bandar Segamat sudah ditenggelami air, begitu juga dengan beberapa kawasan petempatan lain terutamanya di kawasan kampung.

“Paras air masih lagi sama, kejap naik kejap turun tapi kalau masih hujan kita jangkakan ia akan naik lagi,” katanya.



Dalam pada itu, Bernama melaporkan, banjir yang melanda Johor meragut nyawa dua wanita — seorang di Chaah, Segamat, dan seorang lagi di Kampung Rahmat, Kulaijaya.

Kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan masing-masing yang dihanyutkan arus deras dalam kejadian malam tadi.


Di Chaah, Rohani Ismail, 51, lemas selepas kereta yang dipandunya dihanyutkan arus deras di KM145 Jalan Johor Baharu-Seremban, kata Ketua Polis Daerah Segamat, Supt Abdul Majid Mohd Ali.

Di Kulaijaya pula, Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata, mangsa yang lemas akibat banjir di Kampung Rahmat dikenali Aw Yoke Lin, 53, berasal dari Taman Pelangi.


Pegawai Jabatan Meteorologi memberitahu The Malaysian Insider, hujan lebat diakibatkan musim monsun timur laut.

“Angin dari musim monsun timur laut membawa hujan lebat, Johor menjadi tumpuan,” katanya.

“Fenomena La Nina juga mungkin menyebabkan hujan lebat juga,” kata pegawai jabatan itu.


Laporan berasingan Bernama menyebut, banjir di Melaka meragut mangsa pertama hari ini di Jasin sementara 2,714 mengsa dipindahkan di 26 pusat pemindahan di ketiga-tiga daerah di Melaka sehingga empat petang ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata mangsa yang dipindahkan terdiri daripada 616 keluarga di daerah Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Seramai 1,275 mangsa dari 330 keluarga dipindahkan di Jasin di 15 pusat pemindahanan, 1,390 mangsa dari 278 keluarga di Alor Gajah di 10 pusat pemindahan dan 49 mangsa dari lapan keluarga di Melaka Tengah di satu pusat pemindahan.


Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam, berkata, mangsa yang ditemui lemas ialah Yusry Mohd Yusof, 40, seorang pengawal keselamatan di Loji Air, Kg Chinchin, Jasin.

“Mangsa dilaporkan terjatuh ke kolam itu pada pukul 10 pagi ini dan polis dengan bantuan orang ramai, pasukan bomba dan penyelamat menemui mayat mangsa kira-kira 1.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kerajaan negeri telah membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam di Kota Cemerlang, Air Keroh, di sini dan boleh menghubunginya di talian 06-2333333.

Seramai 538 mangsa banjir dari empat daerah di Pahang ditempatkan di 13 pusat pemindahan, kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abd Rahim.


Beliau berkata mangsa-mangsa itu adalah dari 18 perkampungan di daerah Rompin, Raub, Bera dan Maran yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan yang dibuka sejak pukul 2.40 petang semalam.

Daerah Raub mencatatkan angka pemindahan tertinggi dengan 204 mangsa diiikuti Rompin (179), Bentong (100) dan Maran (55), katanya kepada pemberita di Kuantan.

Sementara itu katanya, beberapa jalan di daerah Bentong, Bera dan Rompin ditutup kepada semua jenis kenderaan setelah dinaiki air setinggi 1.5 hingga dua meter.


Jalan-jalan tersebut ialah di KM9, 12 dan 13 Jalan Karak-Kuala Pilah di Bentong, jalan alternatif Kampung Pasal ke Felda Palong 8 dekat Muadzam Shah, jambatan Kampung Lubuk Batu dan Jambatan Sungai Gayung di Rompin serta KM22 Jalan Kemayan ke Ladang Risda di Bera.


Bernama juga melaporkan bahawa kira-kira 1,921 penduduk dari empat daerah dipindahkan ke pusat pemindahan hari ini berikutan banjir akibat hujan yang turun sejak semalam.


Gemas dan Tampin merupakan daerah yang paling teruk dilanda banjir apabila seramai 1,545 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan.


Banjir di Gemas kali ini adalah paling teruk berbanding tahun 2006, ekoran hujan luar biasa yang berterusan dalam tempoh dua hari menyebabkan air Sungai Muar melimpah.

Pekan Gemas ditenggalami air hingga menjejaskan aktiviti perniagaan.sumber tmi

Mungkinkah Suruhan Diraja perlu untuk kes AminulRasyid?

Kita mengharapkan keadilan terserlah dalam kes kematian Aminulrasyid.Kita juga mengharap tidak seperti kes Kugan,akhirnya tidak cukup bukti untuk menghukum mereka.


Marilah kita berdoa agar kes kematian Aminulrasyid ,kes terakhir remaja mati di tangan polis .


Kita tunggu 17 Februari ini untuk mengetahui sama ada Koperal Jenain Subi dipanggil membela diri oleh Mahkamah Sesyen,Shah Alam.


SHAH ALAM, 31 Jan — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 Februari ini untuk memutuskan sama ada Koperal Jenain Subi dipanggil membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, tahun lepas.


Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan selain keterangan 39 saksi sepanjang perbicaraan.


Jenain didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.


Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Kampung sendiri orang Cina hanya 35 peratus sokong BN

Chua Soi Lek bangga tiga daripada 4 daerah mengundi majoriti Cina mereka menang.Mereka dapat sokongan 35 peratus keseluruhan berbanding PR mendapat sokongan 65 peratus.

Kampung sendiri ,Ahli Parlimen anak sendiri Chua Tee Yong , negeri Darul UMNO ,Perdana Menteri turut berkempen dan Menteri berkampung ,tetapi hanya 35 peratus orang Cina undi BN.Satu lagi kejayaan Chua Soi Lek selepas video seks porno.

Tahniah BN Barang Naik lagi -harga petrol Ron 97 untuk orang kaya.

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.sumber

Bukti Mahkamah Wartawan Kosmo Diperlekehkan!

Teruskan berjuang Encik Jazimin Abdul Jalil bapa arwah Nurin Jazlin.Rupa-rupanya pemberita Kosmo tak pandai buat berita,kata-kata Datuk Khalid ,Ketua Polis Selangor disalah petik dan apa yang dia faham.

Pemberita itu tulis fakta,kata-kata Khalid ikut sedap dia.Mungkin juga Bahasa Inggeris pemberita Kosmo itu cukup makan.Kita simpati dengan Encik Jazimin Abdul Jalil.

Kosmo punya pasal dia gagal saman polis dan kerajaan.Kita baca berita di bawah.Pemberita dari suratkhabar kepunyaan dimalukan oleh hakim Mahkamah Tinggi.


Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM2 juta terhadap polis dan kerajaan, yang dikemukakan Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin kakan-kanak yang dibunuh kejam tiga tahun lalu.


Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana membuat kenyataan yang dianggap Jazimin sebagai fitnah, yang mengatakan bahawa kehilangan Nurin Jazlin berkaitan dengan Ah Long.

Dalam samannya pada 21 Ogos 2008, Jazimin berkata kenyataan defendan yang muncul dalam artikel akhbar harian di bawah tajuk "Siasat Ah Long Larikan Nurin" mengakibatkan nama baik dan reputasinya terjejas.

Beliau mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau (Jazimin) berhutang dengan Ah Long dan perbuatan itu membahayakan nyawa anggota keluarganya.


Nurin Jazlin, 8, diculik berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, pada 20 Oktober 2007, dan mayatnya ditemui dalam beg sukan 27 hari kemudian.

Dalam keputusannya Asmabi berkata selepas mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh saman itu, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata fitnah yang disebut dalam saman itu bukan diucapkan oleh Khalid pada satu persidangan media.


Beliau berkata Khalid membuat persidangan akhbar itu pada 20 September 2007 bagi memaklumkan orang ramai berhubung perkembangan siasatan kes Nurin Jazlin kerana beliau mempunyai tanggungjawab moral dan tugas untuk memberitahu orang ramai kerana, ia merupakan kes berprofil tinggi dan kes yang mempunyai kepentingan awam.


Asmabi berkata pemberita Kosmo yang memberi keterangan di mahkamah mengaku bahawa beliau menulis artikel itu berdasarkan kepada pemahamannya mengenai apa yang dikatakan Khalid, dan ia bukan petikan sebenar kata-kata Khalid pada persidangan akhbar itu.


Pemberita itu mengakui bahawa beliau tidak menulis teks keseluruhan mengenai apa yang dikatakan oleh Khalid, tapi hanya menulis fakta-fakta utama.

Hakim turut berkata keterangan daripada pemberita New Straits Times dan Oriental Daily menunjukkan bahawa mereka tidak mendengar kata-kata yang disiarkan oleh akhbar Kosmo, yang memetik kata-kata Khalid mengenai peminjam wang secara haram.


Asmabi berkata kedua-dua pemberita itu berkata, kata-kata mengenai peminjam wang haram itu keluar dari mulut seorang pemberita yang bertanyakan Khalid mengenainya pada persidangan akhbar itu.


"Dalam perkara ini plaintif menamakan pihak yang salah dalam samannya, dia seharusnya menyaman Kosmo dan pemberitanya. Oleh itu saman ini ditolak dengan kos," katanya.


Peguam kanan persekutuan Noorin Badaruddin yang mewakili defendan memohon RM50,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh plaintif kepada defendan.

Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Jazimin, Natasha Bashir supaya kos itu dinilai kemudian nanti.


Jazimin semasa ditemui pemberita berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menimbang kemungkinan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

- Bernama

Sunday, January 30, 2011

Banner Haram dari YB Mohammad Zahir Exco Kerajaan Perak



Jadi Exco Kerajaan Kudeta Perak.Permit atau lesen untuk pasang" banner" pun tidak diambil.Langsung tidak mahu membantu Majlis Perbandaran Taiping mendapat sedikit pendapatan. Bukannya mahal ,RM 12 untuk borang dan lesen pasang "banner".Gambar ini diambil berdekatan bulatan(tepi pasar borong) kilang tayar Silverstone,Kamunting,Kawasan Majlis Perbandaran Taiping.


Lihat pula banner Ahli Parlimen Bukit Gantang ,mempunyai lesen (stiker) Majlis Perbandaran Taiping .Itupun terdapat tangan gatal yang akan membuang banner yang ada permit lesen ini!

Bukit Gantang Melayu boleh kasi berapa?

Kita ditanya teman Tionghua berapa banyak orang Melayu telah sokong PAS.Kita menjawab banyak yang menyokong . "Berapa banyak ma? kata Ah Seng ,Ketua Cina Kuala Sapetang.


Pas Kawasan Bukit Gantang mensasarkan 45 peratus."Ini macam PR boleh angkat lagi Bukit Gantang"kata Ah Seng lagi.

"Cikgu ,itu Bukit Gantang berapa banyak cawangan ,ma?" tanya seorang teman lain."Banyak"kata kita. "Berapa banyak,ma"tanya mereka." Setiap daerah undi ,kita ada cawangan,ma!" kata kita.


Seorang teman guru .beritahu kita ,sukar untuk pergi Putrajaya jika orang Melayu tidak menyokong PAS."PAS perlu ganti UMNO"saran Cikgu Cina itu lagi.


Kita nenyakinkan teman-teman guru ,PRK semua jentera kerajaan dikerah dan dipaksa untuk menarik sokongan pengundi.Pegawai-pegawai kerajaan itu tadi juga perlu ada KPI,jadi jika BN kalah peluang mereka untuk naik pangkat agak lambat.

Tenang BN dapat 332 undi -Orang Felda Dapat Hamper

Tempoh seminggu berkempen PRK Tenang bermula 22 Januari lalu agak tidak berbaloi ,BN hanya sekadar dapat menambah undi 332 dan sementara PAS kehilangan 883 undi.

Dengan jemaah menteri dan timbalan menteri berbondong-bondong datang berkempen 332 undi bukan angka yang baik.Dengan benda "Menteri" membeli rakyat.Itupun setelah 53 tahun merdeka.

Keputusan ini membuka mata UMNO ,orang bukan Melayu khususnya Orang Cina semakin dekat dan akrab dengan PAS.Cuma PAS perlu memikirkan kaedah sesuai dan mesra rakyat khususnya di kawasan orang Melayu bukan sahaja Rancangan Felda tetapi kampung-kampung tradisional Melayu untuk menyokong PR.

Tambahan 332 pengundi apa sangat hendak dibanggakan.Mereka menggunakan agensi kerajaan dan menghabiskan berjuta-juta ringgit.Yang kenyang ketua-ketua cawangan UMNO,orang kampung boleh berbangga dapat hamper di dalamnya ada milo,gula susu ,minyak dan beras.Semuanya tidak lebih RM50.00. Jika dulu selepas PRK Bukit Gantang banyak pemimpin UMNO cawangan tukar rumah,tukar kereta dapat duit ,orang kampung tetap macam biasa.

Kini pemimpin UMNO di Tenang akan mula berfikir perubahan hidup,bukan kerana banjir melanda Segamat,tetapi duit yang membanjiri mereka.


Kenangan Tenang :Moon Represents My Heart

LABIS, 30 Jan: Walaupun hujan lebat namun kira-kira 800 penduduk Cina pekan Labis setia mendengar ceramah yang diberikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat malam tadi.



Yang menariknya, mereka dengan penuh ghairah turut menyanyi bersama Datuk Seri Nizar Jamaludin apabila beliau menyanyikan lagu Cina yang popular, "Moon Represents My Heart" (Bulan mewakili hatiku).


Dalam ucapannya Nizar, bekas MB Perak itu berkata, Datuk Seri Najib adalah ketua penyamun.



Rakyat Perak telah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan di negeri itu tetapi Najib telah menyamun hak kerajaan dan rakyat Perak itu, katanya.(sumber)


Lim Kit Siang tempelak Chua Soi Lek


Lim Kit Siang
Tenang b/e shown bankruptcy of MCA "fear/scare" tactics n preparedness of Chinese voters outside urban belt to support PAS 4PR common policy

Lim Kit Siang
Biggest loser in Tenang-MCA/CSL.Will CSL have courage 2tell Umno tt Chinese voter-swing not Chinese spprt 4IslamicState but 4change justice?

»
Lim Kit Siang
Would have hit 3 of 4 aims in Tenang if not for rain/floods causing poor turnout esp Chinese areas. Scored 2 of 4 aims, missing BN 08 maj.
»
Lim Kit Siang
Said last nite PR can celebrate if achieve 3 of 4 aims:Debunk Muhyddn boast of 5k majority/Slash 08 BN maj 2492/Secure >55% Chinese votes.
»
Lim Kit Siang
Unoff: LabisTengah Pas 851(1013) Bn365 (504). Pas vote in this 95.7% Chinese maj centre increased 3.2% to 70% despite 20% fall in turnout.

Chua Soi Lek perlu letak jawatan -YB Teng Chang Khim

Speaker Selangor YB Teng Chang Khim meminta Chua Soi Lek meletak jawatan kerana tidak berjaya menarik pengundi Cina untuk menyokong mereka.YB Teng juga menyatakan MCA gagal menarik sokongan orang Cina dengan menggunakan taktik kotor. Di bawah merupakan twitter YB Teng Chang Khim,Speaker Selangor.

Teng Chang Khim
CSL should resign for failing to win Chinese votes at his home ground.
»
Teng Chang Khim
MCA again fails to win the Chinese votes despite all the dirty tactics.

Kemaskini:Tahniah YB Azhar- Selamat Bertugas-dari YB Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz Omar
Tahniah BN berjaya memenangi dn mempertahankan Dun Tenang.slmt bertugas pada Yb Azhar.
2 minutes ago Favorite Retweet Reply

Dalam twitternya YB Datuk Mahfuz Omar mengucapkan tahniah kepada BN yang berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang.Di samping itu YB Mahfuz mengucapkan Selamat bertugas kepada YB Azhar.

Dalam Twitter beliau YB Mahfuz Omar memberi penghargaan kepada pengundi dan petugas-petugas.
Mahfuz Omar
Tkasih pada pengundi dan tkasih petugas2 yang membantu moga slmt dlm perjalanan pulang ketmpt masing2.

Tenang Tak rasmi-PAS 2033

Unofficial: Pas2033 Bn4420. Bn leading 2387 #Tenang [via Twitter].Buat penyokongPR teruskan kerja untuk PRU 13.Kita masih belum terlambat untuk susun atur kerja.


Keputusan Tak Rasmi.

Lee Larry SETAKAT JAM 6.37 PTG :- Keseluruhan : BN : 5283 PAS : 1513 PETI UNDI Tenang Station BN: 746 PAS: 352 PETI UNDI Pekan Air Panas BN: 220 PAS: 48 PETI UNDI Ladang Labis Utara BN : 152 PAS: 40 PETI UNDI Felda Tenang BN: 950 PAS: 160 PETI UNDI Ladang Bukit Dato. BN : 352 PAS : 99

Keputusan melalui Face book ISU SEMASA(politik)

Lee Larry SETAKAT JAM 6.29 PTG :- Keseluruhan : BN : 3147 PAS : 1092 PETI UNDI Tenang Station BN: 746 PAS: 352 PETI UNDI Pekan Air Panas BN: 220 PAS: 48 PETI UNDI Ladang Labis Utara BN : 152 PAS: 40 PETI UNDI Felda Tenang BN: 950 PAS: 160 PETI UNDI Bukit Dato. BN : 352 PAS : 99
(sumber tak rasmi)

Pertama kali pendapat Muhyiddin betul"Selamatkan diri,baru pergi mengundi"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin khuatir hujan lebat yang berterusan hingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir di kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Tenang hari ini, akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan besar daripada pengundi.

Sementara itu Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, SPR bersetuju kenderaan seperti milik tentera dan Jabatan Bomba dan Penyelamat digunakan untuk membawa pengundi di kawasan yang dilanda banjir ke pusat pengundian.


"Yang penting sekarang, saya nasihatkan (pengundi) apa-apa keadaan pun selamatkan diri, bila sudah selamat baru boleh pergi mengundi," kata Muhyiddin Yassin.


Minggu kempen PRK di Tenang,inilah nasihat dan pandangan yang paling baik dikeluarkan oleh Timbalan Menteri.Apabila beliau menyebut selamatkan diri,bukannya undi dulu baru selamatkan diri.Tahniah Muhyiddin Yassin,masih sayang dengan rakyat!

Banjir dan hujan bantuan Tuhan yang tidak disangka-sangka?

Pusat mengundi Dun Tenang telah ditutup, menurut Ustaz Nordin Jaafar hujan yang turun dan banjir satu petanda baik.Semuanya membawa rahmat bagi mereka yang berfikir.

Pengundi Melayu yang keluar mengundi agak rendah ini, mungkin akan menguntungkan PAS.Namun begitu Undi Cina juga agak merosot,ini sudah tentu menguntungkan BN.

Hujan yang turun serta banjir akan melihat kepada kita pihak mana yang ikhlas untuk membantu rakyat.

Hujan yang turun ,sekurang-kurang membersih segala kekotoran yang masih berbaki.Mungkinkah hujan tentera dari langit seperti yang disebut-sebut oleh orang kampung?

Saturday, January 29, 2011

Simpanan Tetap UMNO bocor hari ini.?

Kita mengharapkan peti simpanan UMNO hari ini bocor.Jika masih tetap seperti biasa PAS atau PR perlu memikirkan sesuatu untuk membocorkan simpanan tetap UMNO itu.

PRU 13 inilah masanya untuk kita ,jika tidak terpaksa menunggu 7 generasi seperti mana Pulau Langkawi memerlukan tujuh keturunan untuk berubah.

PAS dan PKR perlu mengadakan pemukiman untuk kita menyanggah pemikiran orang-orang Melayu Felda atau kawasan pedalaman.Selama 53 tahun mereka sudah tertanam mengundi parti selain UMNO haram.

Kita jangan berputus asa.Dengan hujan sudah mula turun di Dun Tenang,insya'Allah rahmat Tuhan sudah semakin dekat dengan mereka.

Selamat mengundi- Undi untuk ubah pemikiran rakyat.!

Buat pengundi DUN Tenang mengundilah dengan bijak. Kita kena ajar UMNO dan BN.Ubah sekarang Selamatkan Malaysia!.Kita bukan orang Melayu yang mudah lupa.Kita orang Melayu yang sudah merdeka!

Apabila Menteri Pelajaran Koman Sepana- bukupun salah cetak?


Kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.


Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Hebatnya Muhyiddin bersama pegawai beliau,pegawai kelas dunia ,berjaya mengeringkan kantong negara.Betul-betul macam Pak Pandir ,bukan buku aku ,buku hak kerajaan!

Itulah jadinya apabila menteri dan timbalan menteri sibuk berpolitik .Muhyiddin Yassin seolah-olah Timbalan Perdana Menteri baru merdeka.Dengan kemudahan terhad dan teknologi kurang buku-buku teks pun tidak bermutu ,itu zaman baru merdeka.Tetapi Muhyiddin betul-betul Menteri Pelajaran Koman Sepana.Dia nampak silap,lepas itu bagi kontrak dekat syarikat lain,yang untung syarikat kroni UMNO.Duit rakyat lesap dan dibazirkan oleh pegawai-pegawai koman spana ,tetapi tidak diambil tindakan.

Muhyiddin hanya nampak MC Cikgu Maaruf,yang mendapat cuti doktor yang bertauliah. Muhyiddin Yassin betul-betul Menteri Pelajaran Koman Spana.Cakap berdegar-degar tangan senantiasa bau tahi ayam candu.

Gobalakrishnan terkenal kerana gigit polis dan tendang polis?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC684dn7R03UyvN-HvPSnVQ6Zv2YXrqyzJS-t9J74UEqwMEsUIVC3jwfGcnYA6VCTRRFI_6UTd7yrdGWU92M26rDUUZDlmJDswCg3Zb1ld7oaJslK6Gv72U5IBoPoLF5VNx5XF_MTzFyI/s400/Padang+Serai+parliamentarian+N+Gobalakrishnan+is+handcuffed+and+sitting+on+the+ground+after+scuffling+with+police+during+nomination+for+the+Permatang+Pasir+3.jpg

Gobalakrishnan bukan buat kerja pun di Padang Serai.YB itu terkenal kerana lawan penjawat awam jalan tugas.Kita dikhabarkan Gobalakrishnan ini suka gigit polis dan tendang polis?Semuanya dibuat untuk terkenal.

Beliau yang juga ketua PKR cabang Padang Serai pada Mei lalu didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang kerana didapati bersalah terhadap pertuduhan menghalang anggota polis sebagai penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.

Dengan itu beliau berhadapan dengan risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat. Rayuannya masih didengar.

Jadi untuk menyelamatkan kerusi Padang Serai keluar parti dan mula buat perangai DS Anwar semuanya tak betul.

Kita tengok kes beliau seperti kes Osman Jailu Adun Katak Changkat Jering,kerusi selamat kerana kes rasuah tidak lekat.!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgi7B_9sbOmhJSqGae4T07MbXGojva43WeCrV4xPtceQW4Vemi7ed7RwL8rwEPW7gguK8zTqYUTOKyPDy3K9JzPM-7lBlGwpYzS3-qVMLBuSdh8ZxF2BlCVzvsg5oT9gt0_eMGyzWTki-s/s1600/gobalakrishnan.jpg

Berjayanya dakwah PAS buat Shahrizat Jalil sudah bertudung!


Satu lagi kejayaan dakwah PAS sehingga Senator Shahrizat Jalil sudah bertudung. Rupanya setiap kali PRK seperti Tenang pemimpin UMNO banyak belajar.Tahniah Shahrizat Jalil menteri jaga wanita dan keluarga ini yang berjaya bertudung untuk tutup aurat,walaupun sekadar di 'banner" sahaja. (sumber)

Friday, January 28, 2011

Pusing-pusing Taiping -pengundi Cina sokong Pakatan Rakyat.

Kita hari ini jalan-jalan pusing bandar Taiping.Kebanyakan teman-teman Tionghua beritahu di Tenang MCA sudah tidak laku,Gerakan lagi tak laku,mereka kini sokong banyak sama DAP.

Rakan-rakan Tionghua beritahu apabila Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang diganggu sekumpulan pemuda BN di Tenang sewaktu kempen.,orang Cina dikatakan sangat marah.UMNO rupanya masih mengamalkan sikap perkauman ,mereka mempersoal Ketua Menteri Pulau Pinang dihina.Jadi orang-orang Cina di Tenang khususnya di Pekan Labis sudah membuat keputusan mengundi Cikgu Mala.


Teman-teman guru berbangsa Cina ,pula beritahu kita , Tenang bukan Dun Galas.Galas,Gua Musang kawasan pedalaman .Orang Cina sukar untuk akses internet.

Mereka duduk di tengah-tengah Jalan Ekonomi Pantai Barat,Semenanjung Malaysia. Selatan Negara Singapura dan utara Kuala Lumpur. Jadi pengaruh Pakatan cukup kuat.Orang Cina pada kali ini akan mengundi Cikgu Mala lebih banyak berbanding 2008.

Dengan orang Melayu ,Pas berjaya menarik 40 % undi. Cikgu Mala InsyaAllah boleh menang.

Tenang:Haji Hadi yakin pengundi Cina

Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar.

“Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya,” kata Hadi lagi.


Kerusi DUN Tenang menjadi rebutan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan Mohd Azahar Ibrahim mewakili BN.


Dalam ucapannya Hadi turut menegaskan Islam yang diperjuangkan PAS berbeza dengan Islam dibawa Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara.

Beliau berkata Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP bergabung dengan hasrat untuk membelas nasib rakyat yang ditindas kerajaan BN selama ini.


“Pakatan rakyat adalah pakatan yang disertai PAS yang berhasrat sama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam PKR dan DAP.


“Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf. Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.


“Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah,” katanya.


Hadi menjelaskan Islam agama yang menganjurkan politik dan ia perlu dijelaskan kepada seluruh rakyat termasuk orang bukan Islam.


“Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.


“Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.

“Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman,” katanya.


Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pakatan Rakyat akan sentiasa menegakkan keadilan tanpa mengira kaum dan latar belakang.


“Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.


“Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu.(sumber)

Mangkuk Hayun punya Tuan Pengetua Dedah MC Cikgu Maaruf- dakwa teman-teman guru!

Pengetua tempat Cikgu Maaruf betul-betul mangkuk hayun dakwa teman-teman guru.Tuan Pengetua tempat Cikgu Maaruf mengajar ,tidak ikut perintah am kerajaan.Mendedahkan maklumat sulit guru mereka yang sakit.Peraturan Perkhidmatan dan Perintah Am Tuan Pengetua sudah tidak ikuti.Muhyiddin patut mendesak Pengarah JPN Johor mengambil tindakan ke atas mereka yang membocorkan maklumat sulit kakitangan mereka.

Kini kita diberitahu teman-teman guru UMNO di Tenang telah berjanji untuk mengundi Cikgu Mala kerana sikap tidak bertangungjawab sebuah sekolah di Johor.

Kini teman-teman guru meminta NUTP kesatuan guru yang menjaga kebajikan guru supaya mengambil tindakan.Mereka khuatir guru lain juga didedahkan maklumat sakit mereka kerana menjadi penyokong PR.

Sementara itu PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yang mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.

Muhyiddin sudah mula tidak percaya dengan doktor kerajaan.? Pertikai MC Cikgu Ma'aruf.



"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata Muhyiddin Yasin sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.

Muhyiddin sudah mula tidak percaya dengan doktor kerajaan.?Apakah wajar seorang Timbalan Perdana Menteri mempertikai pemberian cuti sakit dari Klinik Kesihatan Bandar Putra,Segamat.

Surat MC atau sijil sakit bukan dari klinik swasta yang boleh dibeli seperti anggapan Muhyiddin Yassin.

Pegawai Perubatan yang memberi cuti sakit kepada Cikgu Ma'aruf Bin Abdul Mutalib pun tahu risiko.Beliau juga boleh juga dikenakan tindakan tatatertib jika menyalahguna kuasa "doktor"untuk memberi cuti sakit.Pegawai Perubatan itu doktor profesional bukannya doktor ijazah beli.

Setahu kita ,yang berpengalaman duduk wad hospital dan pernah di"operate" di leher ,MC yang diberi amat ketat.Cuti pun diberi berperingkat.Tiada pula orang pertikai MC yang diberi doktor kerajaan.

Tapi kalau sudah otak,Otak UMNO ,masih beranggapan rakyat masih hidup zaman puntung berasap.

Muhyiddin ,novel interlok pun NGO Melayu tolak NGO India pun tolak.Untuk tutup "kemaluan" ,Muhyiddin timbul surat MC sah doktor kerajaan sendiri kepada Cikgu Maaruf .

Terkini:Anak Diculik.

Kita mendapat satu mesej untuk disebarkan.Mohon bantuan andai ternampak kereta Myvi WUS 948. Telefon Encik Rashid 0196267828 atau balai polis yang berdekatan.Anak Encik Rashid telah diculik di Nurseri Saujana Utama 1 , pada pukul 1 tengahari .


Atas rasa ingin membantu kita siarkan mesej daripada Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang ini.


Thursday, January 27, 2011

DS Nizar dan Cikgu Makruf Abdul Mutalib dua-dua berani menongkah arus.

DS Nizar sedang menyatakan sesuatu kepada Cikgu Makruf suami Cikgu Mala.
Nizar tetap setia memberi sokongan moral kepada Calon PR,Cikgu Mala.



Mereka yang berani,jika semua orang seberani mereka ,BN tiada harapan lagi dalam PRU 13.



Mesra rakyat!
Bersabarlah Cikgu Mala dan Cikgu Makruf,perjuangan memerlukan pengorbanan!


Cikgu Mala bersama ikon rakyat.

Negara dalam krisis di bawah BN!

Rakyat disajikan dengan pelbagai perancangan ekonomi seperti Model Ekonomi Baru(MEB) Program Transformasi Kerajaan (PTK),Program Transformasi Ekonomi(PTE) .Program itu lebih keborosan membelanjakan wang rakyat dengan projek mega. Data di bawah menunjukkan kerajaan BN tidak boleh diharap lagi!


-12 tahun berturut-turut kerajaan mengalami belanjawan defisit.

-10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

-4.7 % purata pertumbuhan ekonomi 2001-2005,sedangkan sasaran adalah 7.5%,

-4.2% prata pertumbuhan ekonomi 2006-2010,sedangkan sasaran adalah 6 %.

-KDNK negara lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009,kali pertama dalam sejarah ia berlaku.


-325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 hingga 2010. Hal ini bermakna purata sumbangan pETRONAS setahun adalah 81.25 bilion ringgit.


-53.3 % adalah hutang negara berbanding KDNK dalam tahun 2009,melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998.


-3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang ,dari RM68 bilion(1998) kepada 214 bilion (2010).

Cikgu Mala dan novel Interlok- KPI Muhyiddin Yassin dapat E.

Setakat hari ini Cikgu Mala masih mendahului.Isu sarung tangan dan bersalaman antara bukan muhram menjadi bahan perbincangan hangat.

Dari satu segi UMNO gagal memahamkan Islam kepada Chua Soi Lek pelakon seks porno.Sementara itu bagi negeri Johor yang kanak-kanak wajib sekolah agama ,juga gagal memaham penduduk FELDA di DUN Tenang.Doktrin yang ditanam di negeri Johor sekian lama haram mengundi parti selain UMNO berjaya dinafikan DS Nizar.Nizar menyatakan haram orang Islam mengundi UMNO yang zalim,rasuah,perkauman,pilih kasih dan mengamalkan ketuanan Melayu.

Sementara itu Muhyiddin Yassin gagal dengan novel Interlok.Muhyiddin pun kini perlu masuk kelas pemulihan bersama,Ahmad Maslan,Jamil Khir dan Chua Soi Lek.

Kita diberitahu teman-teman dekat Putrajaya,Muhyiddin pun tak baca novel Interlok.Dia hanya baca sinopsis melalui S/U politik beliau.Muhyiddin dikatakan tidak tahu watak dan perwatakan yang terdapat dalam novel Interlok.

Setakat ini BN berjaya menutup isu seperti lanun darat yang membawa keluar $ 291 US Bilion.

Mohd Azhar ADO yang terbaik dilahirkan UMNO - ? kata budak kelas pemulihan.




Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," kata YB Mahfuz Omar.

Tok Guru Nik Aziz memuji Cikgu Mala yang pernah dapat APC





"Beliau (Cikgu Mala) nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah pertamanya di Tenang malam tadi.

Nik Aziz mengaku beliau tidak mengenali calon PAS itu dari dekat namun kehebatan bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat," kata Nik Aziz dalam ceramahnya di Dataran Air Panas, Labis.sumber

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Budak Sekolah- Kelas pemulihan Ahmad Maslan penuh lawak bodoh.

Ahmad Maslanc budak kelas pemulihan berkata parti UMNO akan menggunakan pelbagai cara pada saat-saat akhir demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.Budak-budak pemulihan kata Sifu Najib sudah cakap guna macam-macam pertahan PUTRAJAYA.Jaga-jaga Tenang,ini kubu Darul UMNO."Berdosa jika undi parti lain"kata Mat Lan nama glamour kepada budak pemulihan Chuaa Soi Lek,MuhYIDDIN dan Gani.


Menurut budak kelas pemulihan lagi “Terdapat banyak kemungkinan apa yang akan mereka lakukan kerana terdesak seperti menabur risalah-risalah bagi mengelirukan geng lain."


“Oleh yang demikian kita mahu para geng celik akal agar bekerja sehingga ke saat akhir agar kubu masing-masing tidak ditembusi oleh geng-geng pemuda tahan lasak,” kata budak pemulihan Ahmad Maslanc.

Suasana aura Nizar melanda Tenang!



Dahulu aura DS Anwar Ibrahim melanda Bukit Gantang .Kini aura YB Nurul Izzah melanda DUN Tenang.

InsyaAllah Cikgu Mala akan mencatat sejarah di negeri Darul UMNO itu. Menurut DS Nizar BN sukar untuk menang PAS sukar kalah.Kita pun tidak seberani seperti Cikgu Mala letak jawatan lawan UMNO.

Suratkhabar Cina lebih bersikap terbuka berbanding Utusan dan Berita Harian.-Nizar



Nizar bersama Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Bukit Gantang dan Chua Tiong San ,Ketua DAP Kuala Sapetang dalam sidang akhbar pagi tadi.



Simpang,26 Januari.



DS Nizar memuji akhbar berbahasa Mandarin yang bersikap terbuka ,adil dan intergriti dalam melaporkan berita dan siaran.



"Tuan-tuan pun tahu Utusan dan Berita Harian yang berat sebelah"tegas Nizar kepada wartawan Sin Chew Daily,Kwong Wah Press,Sin Chew,Oreintal Press,China Press dan Nanyang.



Ketika ditemu akhbar berbahasa Mandarin lebih saksama dalam menyiarkan berita PR,berbanding Utusan dan Berita Harian yang lebih menyiarkan berita memburukkan PR.



Jadi DS Nizar mengharapkan pemberita akhbar berbahasa Mandarin ini melaporkan ucapan Chua Soi Lek yang menyingung perasaan orang Islam.



"UMNO tidak mengajar MCA selama 53 tahun ,berbanding DAP yang baru sahaja bersama kita memahami budaya orang Islam"kata Nizar.



Nizar meminta akhbar tersebut supaya membantu orang Tionghua memahami Islam secara lebih tepat.