Monday, January 24, 2011

Mangsa Banjir Brisbane Tidak Dibantu Kerana Tiada PRK macam Tenang.


Kasihan pelajar Malaysia dekat Brisbane sehingga kini tidak dipedulikan oleh Rosmah Mansor.Menteri Pengajian Tinggi terlepas pandang.Muhyiddin hanya nampak Tenang.Mungkin jika terdapat penuntut DUN Tenang yang belajar di Brisbane terlibat,baru Chua Soi Lek atau Ghani atau Abang Din kita mengerahkan khazanah negara untuk membantu.

Najib hanya nampak apabila Rosmah bagi lampu hijau.Kemudian Pesuruhjaya Malaysia dekat Australia ,kena tunggu fatwa Tok Mufti Harussani baru boleh membantu rakyat kita itu?

KUALA LUMPUR - Bantuan segera perlu disalurkan kepada lebih 170 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa banjir di Brisbane, Australia sejak dua minggu lalu.

Pengerusi Biro Antarabangsa Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihaknya terkilan kerana sehingga kini tiada bantuan disalurkan kepada para penuntut berkenaan.

"Perkara ini telah lama disuarakan oleh pelajar-pelajar itu, namun banyak pihak memandang ringan tentang isu ini. Kenapa sehingga kini tiada yang memberi bantuan segera kepada mereka," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, penuntut Malaysia terbabit kini berada dalam keadaan bimbang berikutan bencana alam yang berlaku, malahan ada di kalangan penuntut terpaksa berkongsi makanan setelah terputus bekalan makanan.

"Pihak-pihak terlibat misalnya Kedutaan Malaysia di Australia, Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) dan Wisma Putra perlu berbuat sesuatu agar perkara ini tidak berlarutan," katanya.

No comments:

Post a Comment