Saturday, January 22, 2011

Potong rambut Sikh- Nizar lahir simpati

DS Nizar sedang meneliti keratan akhbar berkaitan kes rambut Basant Singh.Kelihatan bapa dan ibu remaja yang rambutnya telah dikhianati.

DS Nizar meminta pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang remaja lelaki beragama Sikh Basant Singh bahawa rambutnya dipotong semasa sedang tidur di kem program latihan khidmat negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Nizar sebentar tadi pergi ziarah Basant Singh dan keluarganya untuk melahirkan perasaan simpati beliau. Nizar berasa kesal peristiwa ini boleh berlaku.


"Bagaimana PLKN kini menjadi seolah tidak selamat."soal Nizar.Nizar juga berasa kesal kerana tiada bukti yang diperoleh oleh JLKN.

Basant Singh, 18, kini sedang bercuti, dibenar memanjangkan sedikit masa rehatnya di rumah.

1 comment:

  1. ye bgs lah nizar oi...teruskan..lepas ni cipta fatwa dan hukum hakam baru lak tau!!!xsia2 belajar tinggi2 hasil sapa?

    ReplyDelete