Monday, January 24, 2011

Nizar pemimpin yang ikut arahan parti.

Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub menyatakan beliau telah menegur DS Nizar kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya ketika berceramah.


“Bagi saya itu biasa bagi mana-mana penceramah yang terlepas cakap, itu tidak bermakna kita akan halang beliau (Nizar) daripada memberikan ceramah di sini (Tenang)."kata YB Salahuddin Ayub.


“Bagaimanapun apa yang beliau cakap kita dah sedia maklum dan kita harap ia tidak berulang lagi."jelas Salahuddin Ayub.


Bagi kita ,YB Salahuddin Ayub sebagai Pengarah Pilihanraya ,beliau telah menasihatkan DS Nizar dan juga pemimpin lain,supaya mengikut strategik untuk mendekati pengundi.


"Nizar adalah seorang individu yang bersemangat terutamanya ketika memberikan ceramah."ujar YB Salahuddin.


“Beliau sangat bersemangat ketika berkempen khasnya kepada pengundi Cina dan India,” katanya.


Ds Nizar diberitakan dalam kempen ceramahnya di Kampung Ayer Panas di sini mengatakan mengundi untuk calon Umno-BN adalah haram di sisi agama, sebaliknya wajib menyokong calon PAS, Normala Sudirman.


Nizar dilaporkan menyatakan pengundi Islam adalah wajib di sisi agama untuk menyokong calon PAS.


DS Nizar dijadual berada di DUN Tenang sekali lagi bermula pada 27 Januari hingga 29 Januari.

No comments:

Post a Comment