Thursday, January 20, 2011

Drs Khalil Adun Titi Serong pemimpin yang berjiwa besar.

YB Khalil pemimpin yang bertanggungjawab.Apabila beliau menarik balik posting meninggalnya ADUN Merlimau.

Perkara kematian bukan main-main.Justeru itu kita beranggapan Drs Khalil pemimpin yang berjiwa besar dan ada akauntabiliti.

Berikut petikan permohonan maaf seperti yang tersiar di blog Cina Islam.

1. Dengan ini saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum dan penduduk dalam DUN Merlimau serta seluruh rakyat negeri Melaka dengan harapan semua bersabar dan menerima dengan tabah ketentuan dari Allah SWT yang tidak dapat dielakkan itu. Semuga Rohnya ditempatkan dikalangan orang yang terpuji sesuai dengan amalan baik yang dilakukan sepanjang hidupnya.

2. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas kekeliruan yang tidak kami sengajakan tetang penerbitan berita dalam blog ini mengenai berita kematian almarhum, namun pihak moderator blog ini menarik dengan segera posting berkenaan setelah kami mendapat berita yang sebenar bahawa berita awal kematian seperti yang tersiar dalam banyak media online tidak benar.


No comments:

Post a Comment