Wednesday, January 5, 2011

Imbuhan Pendidik RM500.00 guru UMNO tidak minat.

Dalam seratus hari pemerintahan baru ,kerajaan baru Pakatan Rakyat antara lain akan memberi imbuhann pendidik lima ratus ringgit.

Kerajaan Pakatan Rakyat melihat guru bukan sahaja mendidik,tetapi menjadi kerani,jadi drebar,jadi tukang kebun, dan pelbagai jawatan lain yang perlu diurus.

Para guru perlu diberi perhatian.RM500.00 im,imbuhan untuk pendidik bukan nilai sebenarnya.Tetapi merupakan penghargaan kerajaan baru.Kakitangan kerajaan juga akan dapat.

Namun begitu guru ahli UMNO tegar tidak berminat.Mereka menyatakan cukup banyak kerajaan sudah bantu para guru.Jikalau imbuhan diberi ,kerajaan akan muflis.Mereka percaya cakap-cakap Timbalan Presiden UMNO,Muhyiddin Yassin.Mereka tidak tahu ketirisan dan rasuah menyebabkan negara kita boleh muflis.

Apabila menyentuh isu barang naik dan yuran persekolahan tinggi,mereka mempunyai jawapan bernas lagi menarik,siapa lagi kalau bukan kita yang membantu kerajaan.

Kita berhujah lain,kenapa guru Bahasa Melayu tidak dapat elaun seperti guru Bahasa Inggeris,mereka memberi jawapan yang tegas.Kita mendidik anak bangsa,biar ikhlas dan jangan merungut.

Bagi guru ahli UMNO tegar ,mereka berbangga dengan dasar kerajaan yang mendahulukan rakyat.

1 comment:

  1. RM4.5 juta dibelanjakan bini najib..
    mau tak muflis negara ni..

    ReplyDelete