Thursday, July 30, 2009

Salam Takziah Untuk Rakyat Permatang Pasir

Pas Kawasan Bukit Gantang mengucap Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Hamdan Abd Rahman,Adun Permatang Pasir,Parlimen Permatang Pauh.

"Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin dan syuhada' "kata Ustaz Mohd Nordin Jaafar,YDP Kawasan Bukit Gantang.

Allahyarham menjadi wakil rakyat sejak 1999-2004 ,dan 2004-2008 .Terpilih sekali lagi pada 8 Mac 2oo8.Meninggalkan eorang isteri dan 6 anak.Berumur 59 tahun.Pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara,Kuala Lumpur pada 6.30 pagi subuh tadi.Alfatihah.

30 Julai-Dadah : 7 Di Tahan RM200,000 Dirampas Dekat Kita

Apabila polis berjaya menangkap 7 orang yang berada sekeliling kita,kita patut berasa cemas.4 orang ditahan di Kampung Changkat Ibol kerana disyaki mengedar dadah.Kita doakan mereka bukan masyarakat kita.Kita doakan kampung kita aman,selamat dan sejahtera.

Menurut Ketua Polis Perak,pihak polis menemui 10 karung guni yang berisi 91 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.Dengan berat 86 kilogram

Sementara itu 3 orang ditahan di Kg Air Kuning yang mempunyai rangkaian dengan 4 lelaki yang ditahan di Changkat Ibol.

Datuk Zulkifli Abdullah menyatakan,kesemua lelaki itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 2 Ogos 2009.Siasatan dijalankan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

Harapan kita,agar masyarakat mengambil perhatian.Jangan biarkan anak cucu kita berada dibawah pengaruh dadah dan mereka juga bukan anak kita yang ditahan.

Ingat mereka berada dalam Parlimen Bukit Gantang,di mana kita mempunyai cawangan.Awas jangan biarkan penjenayah berada di kampung kita.

Wednesday, July 29, 2009

Jika Berlaku Pilihanraya Negeri Perak -Mungkinkah mereka Calon Pilihan Rakyat

Ustaz Idris Hj Ahmad ,kini Ketua Penerangan Pas Malaysia pernah bertanding di PRK Changkat Jering 1997.Nama beliau juga salah seorang yang disebut untuk bertanding dalam PRK P059 baru-baru ini.
Ustaz Mohd Nordin Jaafar,YDP Pas Kawasan Bukit Gantang pernah bertanding pada PRU 2004 dalam Dun Changkat Jering.

29 Julai:Berkata Benarlah Walaupun Pahit

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.
YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.
Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.
Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
Petikan permohonan maaf di Utusan Malaysia Online

Petikan permohonan maaf Utusan kepada YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz,syabas untuk perkara ini.Namun begitu diharap media juga membetulkan etika supaya menjadi nadi rakyat.Jangan hanya slogan 1 Malaysia,kelas pertama tetapi hanya retorik sahaja.

Peluang Yang Tidak Direbut

Biar letih untuk Islam ,asalkan perjuangan dapat diteruskan

Maksud Hadith Nabi S.a.w:
Daripada Abdullah Ibni Abbas RadiaAllahu Anhuma berkata:Rasulullah S.a.w bersabda Ada dua macam nik'mat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian daripada manusia,iaitu nik'mat sihat dan nik'mat kelapangan masa.

Kesihatan badan dan kelapangan masa adalah nik'mat yang besar setelah iman dan Islam.Namun kita tidak menyedari kebesaran kedua-dua nik'mat ini kecuali setelah terlambat dan terluput waktunya.
Apabila badan sihat dan masa pula lapang,kita pula akan membuang masa,duduk bersenda-senda dan menhabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kadang-kadang perkara-perkara maksiat.
Apa yang sering didengar tunggu pencen esok baru hendak berjuang.Pangkat juga penghalang untuk menyumbang tenaga.Kita sering menjadi pengkritik yang baik.

Tuesday, July 28, 2009

29 julai: Mansuhkan ISA-apa perlu kita buat


Perkara yang perlu anda bawa/sediakan
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula
.8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.


Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perbicaraan Permohonan Kebenaran Sivakumar Didengar 4 Sept

YB Tuan Sivakumar Speaker Perak,Kerajaan Perak sewaktu berucap dalam PRK Bukit Gantang


KUALA LUMPUR, 28 Julai-- Permohonan kebenaran bekas Speaker Dewan Undangan (DUN) Perak V. Sivakumar untuk semakan kehakiman bagi meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan tiga kawasan pilihan raya itu kosong dan mengadakan pilihan raya di kawasan tersebut akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Sept.

Hakim Lau Bee Lan menetapkan tarikh itu apabila kes tersebut dikemukakan untuk sebutan di kamar beliau Selasa.

Permohonan kebenaran Sivakumar akan didengar bersama dengan permohonan yang sama yang dikemukakan oleh tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Chen Fook Chye, Tai Sing Ng dan A.Sivanesan dan tiga orang pengundi, Ahmad Sabry Wahab (Behrang), Abdul Latif Ariffin (Changkat Jering) dan Foo Hon Wai(Jelapang).

Mereka mengemukakan permohonan semakan kehakiman terhadap SPR, yang meminta untuk memaksa suruhanjaya itu mengisytiharkan bahawa kerusi di tiga kawasan pilihan raya berkenaan kosong berikutan peletakan jawatan tiga ADUN, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Mereka juga mahukan mahkamah mengeluarkan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiganya daripada bertindak dan menjalankan fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Mereka juga meminta satu writ "quo warranto" untuk memaksa ketiga-tiga ADUN itu menunjukkan sebab mereka masih lagi mewakili kawasan pilihan rayanya dan menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai ADUN.

Jamaluddin dan Osman memenangi kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Hee daripada DAP pada pilihan raya umum tahun lepas. Mereka kemudian keluar parti masing-masing dan berjanji menyokong Barisan Nasional (BN), yang membawa kejatuhan kerajaan campuran PAS-DAP-PKR di Perak yang ketika itu diketuai Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pada 3 Feb, Sivakumar memberikan notis kepada SPR bahawa ketiga-tiga kerusi DUN itu kosong setelah menerima surat kononnya peletakan jawatan ADUN tersebut. SPR bagaimanapun meragui peletakan jawatan itu dan enggan mengadakan pilihan raya kecil di kawasan DUN tersebut.

Peguam Sivakumar Razlan Hadri berkata beliau dimaklumkan hakim itu di kamar hari ini bahawa ada lagi afidavit difailkan semalam untuk menyokong pertikaian mereka bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan yang bersejarah itu pada 9 April lepas, mengisytiharkan SPR merupakan badan yang sah untuk mengisytiharkankerusi itu kosong dan bukan Sivakumar, yang pada ketika itu ialah speaker DUN, tidak menjejaskan permohonan Sivakumar.

Keputusan itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutan dalam kes ini yang dikemukakan oleh ketiga-tiganya terhadap Sivakumar, untuk meminta satu pengisytiharan bahawa mereka adalah wakil yang dipilih dengan sah bagi tiga kawasan pilihan raya tersebut sungguhpun Sivakumar telah mengumumkan bahawa kerusi berkenaan telah kosong.

Ketiga-tiga ADUN itu memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi kemudian memohon untuk merujuk perkara tersebut terus ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan isu perlembagaan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata mereka akan membangkitkan bantahan permulaan bahawa permohonan Sivakumar telah menjadi akademik berikutan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April.



-- BERNAMA

CUEPACS Pohon Kerajaan Timbang Bonus Untuk Penjawat Awam





JOHOR BAHARU, 28 Julai (Bernama) -- Cuepacs akan mengemukakan permohonan kepada kerajaan untuk menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam dalam pengumuman Bajet, Oktober ini.

Presidennya Omar Osman berkata perbincangan mengenai bonus itu akan diadakan menerusi mesyuarat tertinggi kongres itu minggu depan sebelum dikemukakan kepada kerajaan.

"Pemberian bonus ini sudah dibincangkan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Khamis lepas. Kita setuju kalau pemberian Elaun Sara Hidup (Cola) tidak dapat dinaikkan dalam keadaan ekonomi ketika ini, tetapi kita harap biarlah dalam musim perayaan nanti kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini dapat menikmati 'duit raya'," katanya.

Omar berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung dwi tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB), di sini Selasa.

Beliau berkata pihaknya menerima banyak panggilan telefon dan SMS daripada penjawat awam yang ingin mendapatkan perkembangan mengenai pemberian bonus selain perkara-perkara lain yang dibangkitkan Cuepacs.

Mengenai kadar pemberian bonus itu, beliau berkata ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan kerana Cupecas memahami keadaan kerajaan yang sedang berhadapan dengan situasi ekonomi tidak menentu.

Pada masa ini, bonus penjawat awam diberi mengikut budi bicara kerajaan berdasarkan kemampuannya dan pada waktu yang baik penjawat awam menikmati bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000.

Sementara itu, Omar berkata pihaknya menyambut baik enam teras Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam, terutama usaha memperkasa prasarana di luar bandar.

Beliau berkata Cuepacs mendapati banyak kemudahan awam di seluruh daerah seperti jalan raya dan pondok polis perlu dibaikpulih dan ditingkatkan.

-- BERNAMA



28 Julai:Bagaimana Lapisan Ozon Menjadi Nipis?

Air semakin panas tak tahu nak pergi mana,beginilah nasibku ikan!
Haiwan juga semakin kurang kerana semakin panas!

CFC(Kloroflorokarbon) yang terbebas ke udara akan terurai oleh sinar UV matahari dan bertindak membebaskan atom CI dan FI yang seterusnya membentuk suatu "chain reaction" untuk menghapuskan molekul ozon.Setiap atom CI dan FI yang bertindak sebagai pemangkin ini boleh menghapuskan lebih 100 000 molekul ozon.

Lapisan ozon (O3) ialah lapisan di stratosfera yang terletak 15-50 km dari permukaan bumi.Ia memainkan peranan penting sebagai lapisan penapis yang melindungi kita,kehidupan lain dan harta benda dari pendedahan kepada pancaran sinar ultra ungu matahari (UV-B).

Kini lapisan ozon semakin menipis disebabkan tindakbalas berterusan oleh bahan pemusnah ozon(Ozone Depleting Substances-ODS) seperti Kloroflorokarbon.

Bahan-bahan ini,kegunaan sebagai bahan pendingin kereta(CFC) dan propelan industri aerosol serta solven bagi industri pencucian/elektronik.

Kesan:
-kanser kulit,katarak mata dan gangguan sistem imunisasi
-cuaca dan atmosfera(kesan rumah hijau)

28 Julai;Jentera Unit Peti Undi-Perlu Cari Pengundi Baru Untuk Menang

Pakatan Rakyat,khususnya PAS perlu mencari pengundi baru,jikalau masih mahu mengekalkan kerusi Parlimen dan Dun.

Pakatan Rakyat perlu menambah pengundi baru paling kurang 500 orang sebulan.Pengundi baru di kalangan anak ahli dan peyokong ,perlu dimotivasi untuk mendaftar sebagai pemilih.

Dalam bulan Ramadhan ini ,Penolong Pendaftar Sementara (PPS)perlu bekerja keras untuk mencari sokongan rakyat.Daftar mereka dan diberitahu tanggungjawab sebagai pengundi penting untuk kesejahteraaan rakyat.

15,000 pengundi baru yang didaftar dalam bulan Mei,di Perak sewajarnya meresahkan kita.Mungkinkah hasil PLKN dan pelajar Universiti yang menerima pengaruh Biro Tatanegara.Justeru itu PR mesti menggerakkan jenteranya untuk mendapat pengundi baru.

Monday, July 27, 2009

Sekretariat Pakatan Rakyat Peringkat Parlimen Perlu Hidup

Petugas Muslimat bersedia untuk merayu undi.1 undi untuk calon PR.

Sekretariat Pakatan Rakyat peringkat Parlimen perlu hidup dan digiatkan.Rata-rata pengundi muda mahu melihat hasil usaha PR.Bagi pengundi 40 tahun ke atas mereka mahu pimpinanPR membuktikan kesungguhan untuk bertanding Pilihanraya Negeri.

Bersungguh-sungguh mohon Bubar Dun,tetapi tidak buat kerja.Pimpinan tertinggi sudah memikir pimpinan yang perlu diketengahkan untuk dipilih rakyat.Bagi pengundi N14,Changkat Jering jangan memilih calon yang sememangnya tidak berkualiti seperti YB Osman.Ingat pengundi,tidak mahu dipatuk ular dua kali.

Lagi satu parti-parti jangan sibuk hendak menjadi MB,sedangkan DS Nizar merupakan idola rakyat yang perlu diberi peluang sekali lagi untuk memimpin Kerajaan Perak.DS Nizar ,nama yang perlu dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Sultan Perak.,jikalau PR menang.

Pengundi Melayu,PAS perlu kedepan untuk memikat mereka.Jadikan bulan Ramadhan Al Mubarak ini untuk mencuci minda Melayu.Tok Guru-Tok Guru perlu berfikiran jauh kehadapan.Tidak perlu memikir lagi berapa jumlah rakaat Solat Taraweh .Keutamaan mengembalikan hak rakyat,keadilan dan menolak kebatilan.Apa yang penting memberi kesedaran tinggi ,supaya pengundi Melayu Islam,tahu PAS yang memimpin perubahan serta masih boleh diharap untuk membela Islam.


Ringkas:Pilihanraya Perak Sudah Cukup Bulan

1. UmnoBN sudah menggerak jentera pilihanraya.Ketua Cawangan sudah mula dapat peruntukan .Dewan Orangramai sudah penuh warna UMNO.Pesta durian merata tempat.Ceramah kami pengkhianat bangsa,sudah semakin kerap.Hulubalangnya Hamdan Taha,satu Malaysia tahu siapa itu Hamdan ,satu geng dengan Ezam No.

2.Pertambahan pengundi mendadak 15000,tiga dun ,dalam parlimen Bukit Gantang bertambah undi mendadak.Ikut perkiraan UMNOBN,kini mereka dah menang di N13.N14 dan N15.

3.Speaker Haram, Mr Genesan sudah mula tunjuk kuasa mahkamah,kuasa speaker haram.

4.Ceramah sudah susah dapat permit,premis kerajaan tak boleh digunakan,hanya UMNOBN dapat lesen berkenan.

27 Julai: Ringkas HINI-percaya jangan!

Berita ringkas tapi mempunyai makna. Desas-desus menyatakan cuti sekolah akan dicepatkan kerana HINI.Dakwa seorang guru,ini membolehkan 1.8.2009 ,semua orang duduk kampung tak perlu pergi KL untuk sertai GMI.
Desas-desus menyatakan HINI bukan seteruk mana.Alasan tidak ada bilik gerakan wabak HINI.Jikalau pergi hospital pun macam biasa,bukan ada kecemasan pun.Alasan kedua,kita mempunyai kepakaran ,bukannya negara Zimbawe!

Sunday, July 26, 2009

27 Julai:Sabarlah Rakyat Perak-

Budak Pasti Idola Mereka DS Nizar

I. Rakyat Perak Darul Ridzuan
Minta tolong kepada Tuhan
Melalui Doa

Melalui Doa Berterusan
Melalui bacaan Al Quran
Lupakan keputusan Mahkamah Rayuan

Lipatkan akujanji
Dalam solat Semasa doa iftitah "sesungguhnya solatku;ibadatku;
Hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta alam"

II

Bila kita solat
Kita terus berhubung dengan Allah

Boleh selesai masalah

Minta perkuatkan iman
Minta perkuatkan perpaduan
Minta hancurkan kepura-puraan
Minta Ceraikan puak perkauman.

petikan sajak
karya
HMS Abu Bakar

Siap Sedia Jentera Unit Peti Undi -Ustaz Nordin

Ustaz Nordin Jaafar,mungkihkah ,beliau Calon Pilihanraya Negeri DUN Trong?


Bukit Gantang-26 Julai 2009.

YDP Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Mohd Nordin Jaafar meminta cawangan dan unit peti undi dalam Parlimen Bukit Gantang bersiap siaga."Gunakan pengalaman yang ada"ujar Ustaz Nordin.
"Kita perlu menggandakan usaha jikalau berharap sangat bubar DUN"tegas Ustaz Nordin.YDP Kawasan Bukit Gantang berharap ,dana UPU ,perlu cukup dan berkembang.

Beliau meminta Majlis Tindakan DUN dan Ketua UPU memanggil mesyuarat,untuk mengemaskini kembali jentera pilihanraya masing-masing."15,000 pengundi baru telah didaftarkan dalam tempoh sebulan"sewaktu berucap dalam Ceramah Bersama Ustaz Idris Ahmad,pada 24 Julai 2009.

Beliau meramalkan 2 Oktober pembubaran Dun dan 2 November Pilihanraya Negeri,sewaktu ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pas Kawasan Bukit Gantang.

Thursday, July 23, 2009

24 JULAI:Hj Nizar Tak Perlu Jawab-Isu lilin,biar orang lain jawab

Hj Nizar sedia mendengar masalah rakyat.

KOTA BAHARU, 23 Julai -- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.

-- BERNAMA

24 Julai:Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping-Tabur Bakti Di Simpang

Orang ramai berpusu untuk mendapat khidmat YB Nga Koo Meng
Petugas wanita DAP bergaya di depan Pick Up DAP 178 ,disisi beliau Pick Up Hj Nizar
Kaunter Semakan dan Daftar Pemilih SPR..Jangan hantu sudah le!
Buku 1 Black Malaysia dilancar oleh YB Nga Koo Meng

DAP Bukit Gantang bersama DAP Taiping mengadakan program mesra rakyat.Program bertemu rakyat dan semakan daftar pemilih SPR itu berlangsung berdekatan Pasar Simpang.

Program Jumaat 24 Julai 2009 itu perlu diteruskan oleh Pas Kawasan Bukit Gantang

Turut hadir Pegawai Hj Nizar,Basher Ahmad,Zainudin Hamzah dan Fahmi Azhari.

YB Nga Koo Meng dan YB Yew Tian Hoe serta YB Yee Su Kai bersama Pegawai Khas Fahmi telah bertemu rakyat di Pasar Simpang.Turut serta Pn Amizan Baharudin,Timbalan Ketua Muslimat Bukit Gantang.



Gerhana matahari 22 Julai 2009
Image:Solar eclipse animate (2009-Jul-22).gif
Gerhana matahari pada 22 Julai, 2009
Jenis gerhana
Gama 0.0696
Magnitud 1.0799
Saros 136 (37 daripada 71)
Gerhana maksimum
Tempoh 398 s (6 min 38.8 s)
Lokasi Lautan Pasifik
Koordinat 24°12′36″N 144°06′24″E / 24.21°N 144.10667°E / 24.21; 144.10667
Lebar lingkaran maksimum 258.4 km
Masa (UTC)
Gerhana separa 23:58:18 (21 Julai 2009)
Gerhana penuh 00:51:16
Gerhana pusat 00:54:31
Gerhana terbesar 02:35:21

Gerhana matahari 2009 berlaku pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana matahari separa ini hanya 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan . Gerhana matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.

Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi.Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China .Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.

Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019.Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

Penulis Blog Kena Tahu Undang-undang

Undang-Undang Statutori Menentukan Liabiliti Fitnah Kepada Penulis Blog

KUCHING, 23 Julai -- Persoalan sama ada pemilik tapak blog atau editor boleh memfitnah bergantung sangat pada undang-undang statutori negara, menurut seorang peguam dari Britain Dr Venkat Iyer.

Beliau yang juga seorang pensyarah kanan di Univerisity of Ulster's School of Law, United Kingdom, berkata hakim-hakim perlu melihat pada perundangan kerana ia mengambilkira pendekatan deskripsi yang menyatakan bahawa kedua-dua boleh memfitnah atau sebaliknya melainkan perhatian pembaca dalam talian kepada khasnya satu kenyataan perundangan yang sukar.

"Kadang-kadang mereka yang memiliki tapak blog mungkin tidak menyedari bahawa siaran tertentu yang telah dibuat, dalam keadaan itu, anda akan, anda perlu berhati-hati bukan untuk menghukum editor tetapi jika didapati pemilik tapak blog itu menyedari dengan kandungan yang disiarkan, barulah saya akan menyatakan adalah wajar menyatakan bahawa pemilik tapak blog dan editor berkenaan boleh memfitnah," katanya pada ceramah "Media Law, Right to Privacy and Bloggers" di Kompleks Mahkamah Kuching di sini Rabu malam.

Beliau menjawab soalan Hakim Besar Sarawak dan Sabah Tan Sri Richard Malanjum sama ada pemilik dalam talian atau poster boleh dipertanggungjawabkan dengan implikasi dan kenyataan negatif yang disiarkan dalam portal talian.

Malanjum berkata agak malang sedikit bahawa mahkamah telah dijadikan mangsa "kenyataan dahsyat" oleh kebanyakan portal dalam talian di Malaysia, yang kadang-kadang menyiarkan komen yang pembaca tidak sedikit pun dapat menerimanya.

Mengenai bergunanya klausa penafian kepada pemilik tapak blog, Iyer berkata, ia tidak mungkin digunakan bahawa kekebalan sepenuhnya akan dinikmati kerana tidak seperti media biasa, blog tidak dalam keadaan sederhana dalam kebanyakan kes.

"Blog sama ada berita atau pandangan tidak statik kerana kebanyakan lembaga buletin atau perbincangan forum bertindak sebagai satu perantaraan antara akhbar," kata beliau.

Sungguhpun cabaran perundangan agak serius, termasuk memfitnah, menghina mahkamah, gangguan, perlanggaran hakcipta, ancaman keselamatan nasional yang bukan sentiasa dalam aspek undang-undang substantif, tambah beliau, bahawa ada keperluan untuk pendekatan pragmatik daripada undang-undang yang agak berat.

"Anologi dengan undang-undang British mengenai kerahsiaan sumber wartawan mungkin menjadi satu contoh baik untuk diikuti kerana pada akhirnya, ia untuk hakim mengaplikasikan undang-undang itu dengan sewajarnaya," katanya.

Pada masa sekarang penulisan blog melalui nisbah fenomenal dan peningkatan sebanyak 68 peratus di United Kingdom pada tahun lepas, kata beliau.

Setelah melawat banyak mahkamah di negara-negara Komanwel, beliau tertarik dengan kemudahan dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pegawai di Kompleks Mahkamah, Kuching.

-- BERNAMA

23 Julai-Khamis: Ringkas Sana Sini

ADUN Bebas pakai jersi England-cuba teka siapa aku?

1. Ketua Kampung Larut Ulu,terkejut tengok kami daripada Sekretariat Parlimen datang ke program gamuda-mmc-penduduk(mangsa banjir).Terkejut beruk juga YB Osman Jailu melihat saya.Osman Jailu masih kenal saya,beliau balik awal sekitar 4 petang.Kalau tidak saya akan tanya berapa juta dapat jadi ADUN Bebas.

2.Dengar cerita lagi untuk DUN Changkat Jering,peruntukan agak lumayan.Tetapi dikongsi oleh kaum kerabat atau kroni.

3.Dua Ketua Kampung masih disayangi Osman Jailu, Ketua Kampung Bt 6/7(Dusun Madinah) dan Ketua Kampung Larut Ulu.Mereka masih jadi Ketua Kampung.

4.Sumber boleh percaya dan tidak.Sumber itu menyatakan PRN tiga negeri serta serentak.Negeri Perak,Negeri Sarawak dan Negeri Terengganu selepas raya adil fitri.

5.Percayakah anda cikgu beli handphone melalui pelajar sekolah? Pelajar dilarang bawa "hand phone" cikgu benar pelajar jual handphone. Satu Malaysia untuk pelajar sekolah.

Wednesday, July 22, 2009

PAS Serah Pada Dewan Ulama Tentukan Tindakan Nizar

RANTAU PANJANG, 22 Julai (Bernama) -- Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama Pas untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama Pas memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.

-- BERNAMA

RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUN KEDUA 2009- UPU PERLU AMBIL BERAT

SPR Pamer Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Kedua 2009

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Kedua 2009 mulai 21 hingga 27 Julai ini di 994 tempat di seluruh negara.

Menurut SPR dalam kenyataan di sini Isnin, dalam tempoh urusan pendaftaran dari April hingga Jun tahun ini, Malaysia telah menerima 75,808 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 18,630 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Para pemohon yang telah mendaftar sebagai pemilih baru atau membuat pertukaran alamat pusat mengundi boleh menyemak senarai tersebut di pejabat pilihan raya negeri (14 tempat), pejabat pos berkomputer (457 tempat), kompleks atau pejabat kerajaan (101 tempat), pejabat daerah atau pejabat tanah (153 tempat), majlis daerah atau perbandaran (49 tempat), dewan serbaguna, rukun tetangga, balai raya, balai penghulu dan dewan orang ramai (190 tempat) dan lain-lain (31 tempat).

Sehubungan dengan itu mana-mana warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau pemilih berdaftar yang membuat pertukaran alamat pusat mengundi dinasihatkan supaya menyemak senarai tersebut di tempat masing-masing.

Bagi pemilih yang tidak tersenarai boleh membuat tuntutan menggunakan Borang B dan membuat bantahan menggunakan Borang C, kemudian diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh tujuh hari dari tarikh senarai dipamerkan.

SPR juga mempamerkan nama pemilih yang terkeluar senarai disebabkan kelucutan hak warga negara, bersara daripada Angkatan Tentera atau Polis, meninggal dunia dan yang telah hilang kelayakan sebagai pemilih.

-- BERNAMA

Kabinet Terima Badan Bebas Siasat Kematian Teoh


22 Julai, 2009 17:30 PM

Najib Umum Penubuhan Suruhanjaya Di Raja Kaji Peraturan Soal Siasat Yang Diguna SPRM

PUTRAJAYA, 22 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunakapai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Najib juga mengarahkan supaya inkues terhahadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang.

Tuesday, July 21, 2009

2 September 2009 -Sebutan Semula Kes Ketua Kampung

Menurut Ketua Kampung Sg Bemban Trong,Zainudin Hamzah ,pada 2 September 2009,sebutan semula kes Ketua Kampung Lawan Kerajaan BN Perak.Hanya afidavit frasa d dan e sahaja ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh .

Jadual Hj Nizar pada 24 Julai-Jumaat

12.30 tgh -Solat Jumaat dan Tazkirah Masjid Sg Bemban,Kuala Trong.

3.30- ptg -Dialog Rakyat- Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sg Kerang Dun Trong.

5.30 ptg -Ziarah Masyarakat Dun Trong

7.30 mlm- Tazkirah Maghrib Di Masjid Changkat Ibol

9.30 mlm- Ceramah - Bersama Ustaz Idris Ahmad(Ketua Penerangan Pas Malaysia)-Isu Terkini Malaysia Di Dataran Markaz Pekan Bukit Gantang

22 Julai-Afidavit Ketua Kampung Disebut Mahkamah Tinggi Ipoh.

22 Julai 2009,Rabu pada pukul 9 pagi ,di Bilik Nombor 4,Mahkamah Tinggi akan mendengar afidavit Encik Mohd Ridzuan bin Asit. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua Kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat itu meminta Mahkamah Tinggi Ipoh menerima afidavit mereka.

Sehubungan dengan itu dijangka 817 ketua kampung Kerajaan Perak akan hadir memberi sokongan.

Sejarah Bulan Islam

Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

Monday, July 20, 2009

Ikutkan Nafsu Kapten Osman Kena Luku

Kelmarin bertemu dengan YB Kapten Osman Jailu,dalam satu program penerangan Pihak Gamuda-MMC.Ikutkan nafsu,masa itu nak sembur segala-galanya.Macam-macam perasaan ada.Geram,marah ,maki hamun semua ada.Tapi ingat kembali,istigfar banyak kali,emosi kembali terkawal.

Kapten Osman mungkin,terkejut!Mirza pengikut nombor wahid Osman pun ada.Tapi dalam majlis tak sempat nak tanya soalan kepada Osman Jailu.Osman pun balik awal sekitar 4 petang.

Ikut Fahmi,Pegawai Khas Hj Nizar, Dun Changkat Jering,seorang petugas Gamuda,beritahu Kapten Osman sudah berjumpa Encik Johari,Pengurus Projek Gamuda.Mereka sudah berbincang ,jadi perjumpaan itu sekadar memenuhi permintaan penduduk.

Bagi kita,pusat Khidmat bersedia membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.Lantas kita profesional dan sudi bersama Kapten Osman untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Apa sudi kiranya Gamuda-MMC beri pampasan atas projek merekalah Tsunami Kecil melanda 10 kampung dalam Parlimen Bukit Gantang pada 17 Julai 2008.

Jumpa Kapten Osman Dalam Majlis Dialog

Cikgu Din sedang mempengerusi perjumpaan Gamuda-MMC bersama penduduk mangsa banjir 17 Julai 2008
Kapten Osman Jailu
Penduduk yang turut hadir mendengar penjelasan YB Osman Jailu

Changkat Jering- 20 Julai 2009.

Satu perjumpaan pihak Syarikat Gamuda-MMC bersama penduduk kampung di sekitar Kg Larut Ulu (Kg Air Kuning) telah diadakan .Perjumpaan yang diadakan di Dewan Orangramai Taman Kuning Sari .

Turut hadir ADUN Changkat Jering,YB Kapten (B) Osman Jailu,Pegawai Khas,YB Hj Nizar,Sdr Fahmi Azhari.

Seramai 52keluarga terlibat dalam tsunami kecil(banjir) pada 17 Julai 2008.Mereka mengharap pihak Gamuda-MMC dapat membantu meringan masalah ,hasil daripada projek landasan berkembar.Kebanyakan mereka penduduk miskin yang masih menunggu pampasan daripada Gamuda-MMC.

Dalam sesi perbincangan itu,YB Kapten Osman berjanji untuk memanjangkan kepada MB,Dato'Zamri Kadir.Beliau berjanji Kerajaan Negeri akan berbincang dengan pihak pengurusan Gamuda-MMC untuk meringankan masalah rakyat.

Cikgu Din, bagi pihak Sekretariat Parlimen Bukit Gantang mempengerusi majlis dialog itu.Rata-rata penduduk yang ditemui berharap Gamuda-MMC dapat mempertimbangkan pampasan untuk mereka.

Sunday, July 19, 2009

Afidavit Ketua Kampung -Permohonan Semakan Kehakiman

Ketua Kampung mendengar taklimat Encik Mohd Ridzuan Asit,Pengerusi Jawatankuasa Bertindak.
Ketua Kampung Batu Teguh Encik Rahim Ismail sedang memberi pandangan.


Lajnah Penerangan Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Sekretariat Parlimen mengadakan satu sesi taklimat kepada Ketua Kampung dalam Parlimen Bukit Gantang.,berkenaan Saman Ketua Kampung lawan Kerajaan BN.Program bertempat di Markaz Pas Negeri Air Kuning.

Program berlangsung pada 19 Julai,8.30 malam.Seramai 35 ketua kampung hadir untuk mendengar taklimat.Kes mereka akan disebut pada 22 Julai,9 pagi di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Taklimat disampaikan Pengerusi Jaweatankuasa Bertindak Ketua Kampung Encik Mohd Ridzuan Bin Asit memohon Semakan Kehakiman yang memohon relif-relif berikut:

a.Perintah Certiorari untuk membatalkan (quash)keputusan dan tindakan oleh Responden untuk memewcat ataupun menamatkan perkhidmatan Pemohon dan kesemua Ketua Kampung yang dilantik oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaludin sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK.
b.Perintah mandamus yang mewajibkan Responden untuk melantik semula Pemohon dan kesemua Ketua Kampung yang telah dilantik oleh YAB Dato'Seri Ir Haj Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK SEHINGGA 31.7.2010.
C. Perintah deklarasi bahawa pemecatan dan atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah,batal dan kosong dari segi undang-undang.
d.Perintah injuksi untuk melarang Responden dan atau agen-agen Responden dan atau pengkhidmat-pengkhimat Responden dari melantikkan sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada sesiapa yang lain-lain hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampung ataupun Pengerusi JKKK sebelum 31.07.2010.
e.Perintah injuksi untuk melarang Responden dan ataupun pengkhidmatnya dari membnarkan Dewan Orang ramai dalam semua Kampung digunakan semata-mata oleh dan untuk Barisan Nasional sahaja.
f.Gantirugidan atau gantirugi punitif,keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada Pemohon.
g.Suatu siasatan dan taksiran gantirugi dan atau gantirugi punitif,keterlaluan dan teladan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada Pemohon.
h.Kos.
i.Lain-lain relif yang Mahkamah Mulia ini anggap suaimanfaat.

Apa kata mereka?

1.
Satu SMS dari Harakah Daily ,terkini menggores hati Umat Islam dan rakyat Palestin ,Zahid Hamidi bertemu Menteri Pertahanan Regim Pengganas Israel.Begitu jahatnya UMNO dan hipokrit Zahid Hamidi. Mungkinkah semakin jelas UMNO akan cepat pupus.Mudah-mudahan,amin.

2
Pengarah MTD Changkat Jering meminta Unit Peti Undi terus bekerja.Terus bekerja mencari dana UPU ,terus bekerja mendekati masyarakat dan terus membuat culaan ."Jikalau kita minta DUN dibubarkan,kita perlu bersedia." tegas Rahim Ismail,Pengarah MTD Changkat Jering.

3. Pada18 Julai,pukul 3 petang berjumpa SB dari Bukit Aman,secara tidak sengaja.Mereka makan cendol dan pasembor dekat Jalan Berek."Apa cerita terbaru?"tanya SB.Penulis jawab"SPRM,dekat KL"."Dia nak jadi Superman,sebab itu jatuh"hujah SB. "Anwar pun Ketua Polis Negara boleh pukul,inikan pula Teoh Beng Hock"balas penulis. SB 2 orang itu senyap,sebab penulis jawab dengan kuat.Penulis kenal mereka semasa PRK P059,Bukit Gantang.Jadi harap-harap jangan ada pembaca tanya siapa penulis.Cukup sekadar Cikgu Din.

4.Petang tadi, 5.30 petang,19 Julai,depan Markaz Pas Negeri ,Air Kuning,Taiping.Sambil minum teh ais,seorang kenalan memberitahu Kapten Osman nak jumpa bapa beliau,kerana nak tahu rahsia pasang tiga."Nanti,Kapten Osman,mai rumah bapak anta,panggil ana,nak jumpa Osman"tambah penulis.

5.Seorang 'orang kuat Umno' anak cuti Pasti.Dalam tempoh dua bulan anaknya tidak datang kelas Pasti Albadar Air Kuning.Hanya mulai bulan Mei baru anaknya datang semula untuk belajar.Bukan apa semasa kempen pilihanraya ,banyak bahan risalah diedarkan.Lagi satu Pasti Air Kuning,pejabat UPU di bawah kelas Pasti.Takut orang Umno nampak,sanggup cuti dua bulan.

Saturday, July 18, 2009

PASTI AL BADAR AIR KUNING LAWAT ZOO DAN MUZEUM



18 Julai 2009-Taiping

Pasti Albadar Air Kuning telah mengadakan lawatan ke Zoo Taiping dan Muzeum Taiping.Lawatan itu diketuai Ketua Unit Pasti Air Kuning. Lawatan itu bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang. Bayaran minima dikenakan kepada pelajar RM 5.00.Segala bayaran lain termasuk pengangkutan dan makanan ditaja ibubapa,dermawan dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang. Jumlah pelajar yang menyertai lawatan ke Zoo Taiping ,berjumlah 31 orang. Lima belas pelajar perempuan dan enam belas pelajar lelaki serta Ustazah Rodhiah Awang dan Ustazah Aida. Rata-rata pelajar amat sukahati dan hendak datang lagi ke zoo bersama keluarga.

Friday, July 17, 2009

Terima Kasih Kerajaan-Hadiah Kerajaan BN

Tarif elektrik naik bulan depan?

Peter Chin: Kertas kerja dibentang di Kabinet minggu depan

PUTRAJAYA: Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

"Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.

"Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).

"Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya," kata beliau.

Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.BERNAMA

Teoh Beng Hock- dicampak atau terjatuh

Satu Suruhanjaya Bebas perlu dibentuk untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock.Penyiasatan badan bebas akan menentukan pesalah dapat dihukum.Jikalau hanya badan biasa,terjadilah sepertti DS Anwar Ibrahim,yang akhirnya baru rakyat tahu DSAI ditumbuk Rahim Noor,Ketua Polis Negara.

Mungkinkah konpirasi 2 ingin meruntuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor,selepas berjaya di Perak dan gagal di Kedah dengan isu babi.

SPRM perlu menyiasat secara bebas dan telus serta pantas,bukan hanya apabila mendapat laporan ADUN Pakatan Rakyat terus bertindak. Khir Toyo misalnya,langsung tidak siasat, bagaimana mampu bina mahligai bernilai RM 24 juta.Begitu juga kes Pelabuhan Kelang Zon Bebas yang bernilai RM 12 bilion senyap tanpa berita.

Takziah kepada keluarga Mendiang Teoh Beng Hock,semoga kita boleh terus berjuang mempertahankan hak rakyat.Berani kerana benar,adakah ini tanda-tanda kerajaan BN sudah dalam zon pupus?

Bagi kita mereka yang didapati bersalah perlu dihukum sama ada ADUN BN atau ADUN PR.Isu rasuah,perlu ditangani agar wang rakyat tidak disalahguna.Namun jangan wang rakyat dihabis oleh mereka yang mahu menyelamatkan kroni BN,sedangkan kita rakyat menjadi mangsa mempertahankan hak.

Thursday, July 16, 2009

Bukit Gantang Tuan Rumah Dua Program

Parlimen Bukit Gantang menjadi tuan rumah kepada dua program Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri.
Program itu :
Tarikh: 19 Julai 2009
Hari : Ahad
Tempat: Markaz Tarbiyyah Negeri Air Kuning
Program: Ijtimak Dewan Muslimat Negeri Perak
Masa: 9- 4 Petang
Tarikh: 19 Julai 2009
Hari: Ahad
Tempat: Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan Bukit Gantang
Program: Munaqashah Ucapan Dasar Ketua Pemuda Pusat
Masa: 3- 7 Petang
Ahli-ahli Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dijemput hadir untuk menerima ilmu baru dan isu terbaru.

Tambang pengangkutan awam seluruh negara naik 1 Ogos


KUALA LUMPUR: Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Kenaikan tambang bagi semua jenis bas dan teksi ialah antara dua sen dan RM10.

Bagi bas sekolah pula, kadarnya naik antara dua sen dan maksimum RM31.70.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini hari ini berkata Kabinet telah bersetuju dengan kenaikan kadar tambang baru itu dalam mesyuaratnya pada 17 Jun lalu.

Menurutnya tambang bas ekspres naik dua sen setiap km kepada 8.5 sen daripada 6.5 sen setiap km sebelum ini.

Sebagai tambahan, tambang bas ekspres bagi kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 12 tahun dinaikkan daripada 50 peratus kepada 75 peratus berbanding kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, potongan harga sebanyak 25 peratus diberikan kepada orang kurang upaya (OKU) dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas berhenti-henti untuk Kuala Lumpur Zon 1 naik 25 sen kepada antara RM1 dan RM1.10, 40 hingga 45 sen kepada antara RM1.70 dan RM1.90 bagi Zon 2, 50 hingga 60 sen kepada antara RM2.20 dan RM2.50 bagi ZOn 3. Bagi Zon 4, kadarnya naik antara 60 dan 70 sen kepada RM2.70 hingga RM3.10.

Bagi kawasan di luar Kuala Lumpur, kenaikannya ialah 14 sen kepada 62 sen bagi dua km pertama bagi bas tanpa hawa dingin dan 22 sen kepada 94 sen bagi dua km pertama untuk bas berhawa dingin. Kadar kenaikan bagi setiap km berikutnya bagi kedua-dua kategori ialah 2.2 sen.

Sebagai tambahan, OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan bas berhentihenti itu diberi potongan harga sebanyak 50 peratus.

Bagi bas mini pula, kenaikan ialah 20 sen, menjadikannya 90 sen satu arah perjalanan bagi bas tanpa hawa dingin dan RM1 satu arah perjalanan bagi bas berhawa dingin, sementara kadar tambang bas pengantara akan dinaikkan 10 sen menjadikannya 60 sen bagi setiap pusingan perjalanan.

Tambang bagi teksi bagi kawasan Lembah Klang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka akan naik RM1 kepada RM3 untuk satu km pertama. Caj bagi 115 meter berikutnya ialah 10 sen.

Tambang teksi yang beroperasi di Pulau Pinang juga naik RM1 kepada RM4 mulai 1 Ogos dan setiap 115 meter berikutnya akan dicaj 10sen.

Caj bagi lebih daripada dua orang penumpang dan caj meletak barangan di dalam but juga dimansuhkan berkuatkuasa 1 Ogos.

Caj bagi teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kos Rendah (LCCT) akan dinaikkan sebanyak RM3.20 manakala caj ke lapangan terbang lain dinaikkan antara RM1.50 dan RM2.80.

Kadar tambang baru bagi kereta sewa ialah 10.1sen menjadikannya 21.6 sen setiap km (tidak berhawa dingin) dan kenaikan 11.7 sen kepada 25 sen bagi setiap km (berhawa dingin).

Perkhidmatan bas sekolah di bandar juga akan menyaksikan kenaikan bulanan RM6.33 menjadikannya RM27.43 bagi km pertama dan RM2.02 setiap km berikutnya. Kadar hariannya pula ialah 62 sen untuk satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Bagi kadar bas sekolah di luar bandar, ia naik RM4.76 kepada RM20.61 untuk satu km pertama dan RM2.02 untuk setiap km berikutnya bagi kadar bulanan, manakala kadar harian baru ialah 47 sen bagi satu km pertama dan 5 sen bagi setiap km berikutnya.

Di Sarawak, kadar bas ekspres naik dua sen kepada 13 sen setiap km, manakala bagi bas berhenti-henti, kadar barunya ialah masingmasing 85 sen (tanpa hawa dingin) dan RM1.04 (berhawa dingin) bagi tiga km pertama dan 16.2 sen dan 18 sen untuk km berikutnya bagi keduadua kategori.

Tambang bas sekolah di negeri ini (Sarawak) akan dinaikkan dua sen, menjadikannya 11 sen setiap km bagi yang tidak berhawa dingin dan 12 sen setiap km bagi yang berhawa dingin.

Sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik kepada 34.2 sen (tanpa hawa dingin) dan 40 sen (berhawa dingin) untuk km pertama dan masingmasing 17.1 sen dan 19.4 sen bagi km berikutnya.

Tambang bagi teksi di Sarawak juga telah dikemaskini, iaitu dengan kadar baru pada RM3 untuk satu km pertama, dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya, manakala kenaikan perkhidmatan teksi ke lapangan terbang dengan menggunakan kupon ialah sebanyak RM2.

Bagi Sabah, kenaikan untuk bas ekspres naik tiga sen kepada 13 sen untuk setiap km. Kadar baru bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin ialah 65 sen untuk dua km pertama dan 9.4 sen bagi setiap km berikutnya, manakala bagi kategori berhawa dingin, ia naik 18 sen kepada 78 sen untuk dua km pertama dan setiap km berikutnya akan dicaj 10.4 sen.

Perkhidmatan bas mini di negeri itu juga menyaksikan kenaikan masing-masing dua dan tiga sen menjadikannya 18 sen setiap km untuk bas tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap km untuk bas berhawa dingin.Bas pengantara juga akan dicaj sebanyak RM1.

Sementara itu, tambang bagi bas sekolah di negeri itu yang menawarkan perkhidmatan kurang dari lima km akan dinaikkan sebanyak RM7.90 menjadikannya RM34.30 dan bagi jarak yang melebihi 60km, kadar kenaikannya ialah sebanyak RM31.70 kepada RM137.30 daripada RM105.60 sebelum ini.

Kadar teksi juga akan dinaikkan kepada RM10 untuk tiga km pertama dan 12 sen untuk setiap 100m berikutnya.

Teksi yang menawarkan perkhidmatan ke lapangan terbang (menggunakan kupon)juga naik RM10 kepada RM35, sementara bagi kereta sewa, kadarnya naik 2.5 sen kepada 20.5 sen untuk setiap km bagi kereta tanpa hawa dingin dan 2.8 sen kepada 22.8 sen setiap km bagi kereta yang berhawa dingin.BERNAMA


Manek Urai Bukan Macam Bukit Gantang

Menang 65 undi,sedangkan kita ada tenaga.Tenaga rakyat tidak digunakan.Petugas Perak hanya 15 orang. Kawasan lain diingatkan jangan turun untuk membantu.Kita di Pas Bukit Gantang bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tidak boleh pergi untuk bertugas.Kelantan lain Perak lain. Lalu terfikir perkauman juga Pas Kelantan.
Slogan Pas For All sekadar sesuai untuk negeri lain.Kelantan cukup calon Parlimen sahaja,petugas boleh sekadar melancong.Pengalaman mengikuti beberapa siri Pilihanraya Kecil seperti Pulai Chondong dan Pengkalan Pasir memang menggambarkan apa yang berlaku di Manek Urai.
Isu Ustaz Nasharudin Mat Isa,tidak ditangani sebijak mungkin.Kenyataan Pengarah JPN Kelatan Ustaz Abdul Fatah kita menang 2000,memakan tuan.Sepatutnya kita kerah pengundi kita dan pengundi muda untuk terus mengundi Pas.Undi atas pagar terpinga-pinga ,perlukah kami mengundi Pas lagi.
Jadi,selepas ini petugas luar perlu bertugas di Kelantan untuk merayu undi dan kempen.Bukankah kita Pas For All.Jentera kita ada,4 negeri kenapa undi merosot.Fikir-fikirkan lah siapa kita?

Wednesday, July 15, 2009

Maaf Buat Semua

Maaf gangguan dengan "layout", baru dapat ilmu .Jadi mula buat "ujian".Terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu bina blog sisi bukit.Dahulu menulis di parlimen059.blogspot.com. Kini membantu diri untuk cuba menulis di blog sisi bukit.Terima kasih kerana sudi untuk berkongsi maklumat.

Tuesday, July 14, 2009

Ringkas-

1. Dewan Pemuda Pas Perak telah diterima mengadap oleh DYTM Raja Muda,Raja Nazrin Shah.Menurut Setiuasaha DPP Perak,YM Dr Raja IskadarAl-Hiss."Kami dalam perjalanan mengadap Raja Nazrin" menurut beliau dalam perbualan telefon sebentar tadi. Tahniah Pemuda Negeri bergerak maju untuk membela rakyat.

2. Pengarah JPK Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Khairul Ismail,menyarankan webmaster blog Parlimen Bukit Gantang ,jangan berpolitik sangat.Banyakkan aktiviti masyarakat dalam blog ,sebagai melambangkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen.Beliau menyatakan demikian dalam mesyuarat Sekretariat Parlimen.

3.Heboh lagi satu Taiping ,seorang guru besar ahli UMNO ditangkap khalwat bersama guru,dalam sekolah yang sama.Guru Besar itu kini bertukar ke sekolah lain. "Kita tahu guru besar inilah halang YB Hj Roslan untuk merasmikan satu program kebajikan"dakwa seorang guru,yang namanya tidak mahu disiarkan.

4.Seorang rakan yang telah pergi ke MU menyatakan,penyokong MU akan memberi sokongan kepada pasukan PFA.Dengan syarat semua penyokong luar negeri balik ke MU.

5.Pesta Durian Bukit Gantang berlangsung pada 25/26 Julai di Padang Bukit Gantang.Pesta anjuran Pusat Pelancongan Perak.Harapan ,biarlah durian cukup,dan Bukit Gantang punya durian."Agak-agak tahun dulu punya bayaran kepada pekebun durian sudah dijelaskan,"kata orang kampung.

PAS Menang- Tapi perlu buat bedahsiasat!

Muktamad Pas Hanya Menang 65 Undi

[kemaskini 9: 15 malam] Baru sekejap tadi Pengurus pilihan raya kecil DUN Manik Urai mengumumkan Mohd Fauzi Abdullah calon Pas sah memenangi pilihan raya berkenaan. Fauzi mendapat 5,348 manakala calon BN, Tuan Azmi Tun Mat mendapat 5,282 undi.

Majoriti ialah 65 undi.

Sebanyak 115 kertas undi yang ditolak. Manakala peratus keluar mengundi ialah 87% kira-kira 10,746.

Keputusan ini menunjukkan undi Pas merosot sebanyak 398 undi manakala undi BN meningkat sebanyak 889 undi.

Pas Hanya Menang 65 Undi

Monday, July 13, 2009

Mansuhkan ISA-akta ZALIM-Musnahkan Kehidupan Keluarga

1 Ogos,perhimpunan mansuhkan ISA akan diadakan di Kuala Lumpur.Kita disaran ambil cuti untuk menyertai GMI- 1 Malaysia satu hati mansuhkan ISA.Jangan biarkan anak cucu kita dipisahkan ISA.Akta zalim ketinggalan zaman

Sunday, July 12, 2009

PPSMI-kenyataan Ustaz Idris Haji Ahmad

PPSMI sepatutnya dimansuhkan lebih awal, Kekurangan Guru BI Masalah Sebenar
Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyambut baik keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Namun menjadi persoalan, kenapa tahun 2012 baru PPSMI dimansuhkan sedangkan semasa perlaksanaannya dulu Kerajaan mengambil masa kurang dari enam bulan untuk melaksanakannya. Keputusan Kabinet dibuat pada Julai 2002 dan PPSMI dilaksanakan pada Januari 2003.
Adalah tidak masuk akal Kerajaan mampu mengubah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu yang diamalkan sejak 50 tahun lalu kepada PPSMI dalam tempoh Lima bulan tetapi tidak mampu membetulkan keadaan itu dengan segera walhal Dasar PPSMI baru Enam tahun dilaksanakan.
Sewajarnya Kementerian tidak perlu mengambil masa dua tahun untuk mengubah dasar itu, cukup 5 bulan sahaja untuk dasar itu diubah secara berperingkat mulai awal tahun 2010.
Jimat Kos 40 juta setahun?
PAS bersetuju dengan pandangan Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Puad Zarkashi bahawa dengan pemansuhan PPSMI Kerajaan dapat menjimatkan kos perbelanjaan sebanyak RM 40 juta setahun. PAS sudah lama menyatakan hal ini namun Menteri-menteri sebelum ini menutup mata dan telinga mereka.
Dari tahun 2003 hingga 2009 Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 280 Juta bagi program PPSMI. Hasilnya kedudukan kualiti pendidikan negara menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains.
Apabila pemansuhan dibuat pada tahun 2012 bermakna Kerajaan akan membazirkan sebanyak RM 80 juta lagi bagi menampung kos program berkenaan.
Jumlah keseluruhan RM 360 juta bagi tempoh 10 tahun program yang gagal ini sebenarnya boleh digunakan bagi mendirikan 12 buah Sekolah Menengah baru yang bernilai RM 30 juta atau 18 buah Sekolah Rendah baru bernilai RM 20 juta sebuah.
Kekurangan 13 Ribu Guru Bahasa Inggeris Adalah Masalah sebenar
PAS sesekali tidak menolak jika Kerajaan ingin menaiktarafkan mutu pembelajaran Bahasa Inggeris disemua sekolah. PAS sedar bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang amat penting untuk kemajuan generasi masa hadapan.
Justeru itu cadangan untuk menambahkan 13 ribu guru tambahan bagi mengajar Subjek Bahasa Inggeris adalah satu tidakkan yang positif. PAS melihat pendedahan Kementerian bahawa negara kekurangan 13 ribu guru bagi mengajar Subjek itu sebagai satu pendedahan berani dan itulah masalah sebenar sistem pendidikan kita.
Pelajar tidak bersalah jika mereka tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris kerana tiada guru yang mengajar. Malah tidak sesuai jika guru yang mengajar Subjek Matematik dan Sains dipaksa mengajar subjek mereka dalam Bahasa Inggeris demi memenuhi kekurangan itu dan akhirnya tiga subjek ini gagal dikuasai oleh para pelajar dengan baik.
Jika kerajaan berhasrat mengambil tenaga guru dari luar negara PAS menyarankan agar keutamaan diberikan kepada negara anggota ASEAN seperti Filifina, Thailand, Singapura, Brunei dan Indonesia memandangkan kosnya lebih murah berbanding mengimport guru dari Kesatuan Eropah.
Guru-guru pakar dari luar negara ini sewajarnya dihantar ke kawasan luar bandar untuk memberikan pendedahan terus kepada pelajar-pelajar disana yang ternyata mengalami masalah kekurangan guru yang boleh mengajar mereka.
PAS berharap agar Kerajaan melalui Kementerian mengambil kegagalan ini sebagai satu peringatan penting dan tidak menjadikan anak-anak kita sebagai bahan ujikaji demi untuk memuaskan hati sesetengah pihak yang tidak melihat kepada keperluan sebenar rakyat.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat