Monday, April 11, 2011

Cikgu bukan cikgu rasuah macam Najib rasuah Sarawak.

Dalam perhimpunan tadi,kita pesan jangan pukul cikgu. Kita beritahu kejadian berlaku di Perlis.Cikgu Mariati Ali (kiri) ditemani rakannya selepas ditumbuk oleh seorang pelajar Khamis lalu.
Bulan ini kempen berbudi bahasa di sekolah kita . Tema Sopan Senyum Sabar.Dalam tempoh kempen ini pelajar mempunyai kad sahsiah diri.

Cikgu-cikgu akan memberi stiker 3 s kepada pelajar yang berbudi bahasa untuk dilekatkan kepada kad sahsiah.Bagi mereka yang mempunyai stiker yang paling banyak akan diberi penghargaan.Cikgu-cikgu akan melihat sahsiah pelajar.

Untuk mendapat stiker 3 s ,terdapat mereka yang cuba merasuah kepada kita. "Cikgu kasi stiker ,kita belanja cikgu minum."kata mereka.

Kita beri tahu,kita tidak makan rasuah.Kita bukan macam Najib rasuah rakyat hanya tiba PRU.Kita cikgu tak pilih kasih.Kita mahu budak sekolah jadi rakyat yang baik.Rakyat baik kita senang.Kita mahu pelajar merdeka untuk belajar,bukan macam Najib mahu rakyat dicucuk hidung.

No comments:

Post a Comment