Monday, April 4, 2011

Jangan cepat menghukum guru:Guru itu belum didapati bersalah.

Muhyiddin Yassin bukan Timbalan Perdana Menteri yang baik. Muhyiddin telah menjatuhkan hukuman ke atas guru yang didakwa memukul pelajar. Ketika mengulas kejadian seorang murid lelaki Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7,tahun dipukul. (sumber)


Muhyiddin Yassin menyifatkan kes murid sekolah agama yang dibelasah guru sehingga maut merupakan jenayah serius dan perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.


Kita pun minta polis siasat kes kejadian seorang murid lelaki Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis.

Kanak-kanak itu dikatakan dipukul sehingga koma Khamis lepas dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar pukul 8.50 pagi semalam.


Siasatan pantas pihak polis perlu bagi membolehkan pihak yang terbabit segera dihadapkan ke mahkamah.

Ucapan Shahrizat Jalil lebih bertanggungjawab."Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi dan tidak boleh berlaku lagi, siasatan rapi dan secepat mungkin perlu dilakukan dan pihak terbabit mesti diheret ke muka pengadilan," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.


Kita perlu beri keadilan untuk Guru Asrama Sekolah Agama di Jejawi itu.Kita jangan jadi Menteri UMNO yang suka menghukum rakyat tanpa usul periksa.Kita jangan jadi UMNO yang suka menjaja aib orang dan fitnah.Kita kena berfikiran terbuka dan tidak terburu-buru.

1 comment:

  1. bodoh punya ulasan.

    ni bukan soal umno atau pas.
    ni soal budak dah mati sorang.
    dah mati faham?

    kita pun bukan "menghukum" ustaz tersebut tetapi
    kita "whistle-blowing", beri perhatian kepada yang lain-lain.

    kalau anak awak yang mati agaknya baru awak tahu.
    saya doakan anak awak mati sorang, supaya awak merasa sendiri pedih dan perit diperlakukan guru sedemikian rupa.

    ReplyDelete