Saturday, April 16, 2011

BN hanya boleh bentuk kerajaan hanya pada jam 8.40 malam.

KUALA LUMPUR, 16 April — Walaupun secara rasmi Barisan Nasional (BN) telah memperoleh 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk meneruskan kerajaan negeri bumi Kenyalang manakala Pakatan Rakyat pula lapan.Taib Mahmud dan Najib masih tidak mendapat sokongan orang Cina.


Dengan pentas demokrasi tidak rata,kemampuan Pakatan Rakyat berhadapan dengan jentera kerajaan harus dipuji.

BN berjaya membentuk semula kerajaan dengan memperoleh majoriti mudah 36 kerusi pada pukul 8.40 malam.


Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memperoleh 51 kerusi kali ini berbanding 63 pada 2006.


Kira-kira 9 malam tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.


“SPR dengan ini mengumumkan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 (setakat ini), Barisan Nasional (BN) (dapat) 36, DAP lima, PKR tiga dan Bebas satu. Parti-parti lain setakat ini masih belum lagi,” kata Tan Sri Aziz.

No comments:

Post a Comment