Thursday, April 7, 2011

Keadilan Untuk Ahmad Sarbani:Siasatan perlu telus dan berani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengarahkan polis dan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kematian pegawai Kastam Diraja Malaysia Ahmad Sarbani Mohamed di premis agensi antirasuah itu di Kuala Lumpur, semalam.

Bagi Perdana Menteri tiada rancangan untuk mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes tersebut.


Pelbagai pihak meminta agar kerajaan mengadakan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes terbaru ini.


Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat insiden membabitkan Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam.


Rakyat mengharap siasatan telus dan ada akauntabiliti.Bukan hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk ditangga. Banyak kes ,campurtangan politik dan kuasa menghalang siasatan lebih telus dan berintegriti.


Contoh kes yang menjadi igauan buruk kerana Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya menuduh Anwar melebam mata sendiri , dan kes Teoh Beng Hock yang membunuh diri.


No comments:

Post a Comment