Wednesday, April 20, 2011

PAS kawasan diminta hantar pencalonan

Ibu pejabat parti PAS meminta semua kawasan PAS yang telah selesai mengadakan mesyuarat agung supaya menghantar senarai pencalonan pemilihan pucuk pimpinan kepada jawatakuasa pemilihan.


Jurucakap ibupejabat tersebut berkata, tarikh tutup untuk kawasan menghantar senarai pencalonan ialah 10 Mei depan.


Beliau berkata, setahunya hanya satu kawasan sahaja yang telah menghantar senarai pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.


Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa, merupakan pengarah jabatan pilihan raya PAS pusat.


Jurucakap itu berkata, kesemua 179 PAS kawasan dijadual selesai mengadakan agung masing-masing pada 10 Mei.


Manakala sidang media untuk mengumumkan nama calon yang layak bertanding akan diadakan selepas tarikh tersebut. Muktamar PAS akan berlangsung 3 hingga 5 Jun ini bertempat di Taman Melewar, Gombak.

No comments:

Post a Comment