Monday, April 11, 2011

Tanya wartawan jam omega,Tan Sri sempat tak bertaubat?

Selepas ini wartawan jam omega boleh sergah Muhyiddin Yassin,tanya perasaan helikopter jatuh terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Wartawan jam omega tadi boleh tanya lagi kepada Muhyiddin,agak-agak sempat tak bertaubat jika betul-betul terhempas .Dikhabarkan kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.Helikopter yang terhempas membawa rombongan TPM.


Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.


"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.


Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.sumber foto & berita mk

iklan:What's a roadtrip when 6 of you are all cramped in saloon car? It's time for a new car so say hello to #allaboutexora! Get your Test Drive session today!

No comments:

Post a Comment