Wednesday, April 6, 2011

Keadilan untuk Penolong Pengarah Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed

Jenazah Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed dibawa keluar dari pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Cochrane, hari ini.

KUALA LUMPUR, 6 April —Kita minta keadilan untuk Allahyarham Ahmad Sarbani, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.


Peristiwa terbaru ini, menunjukkan SPRM tidak belajar melalui sejarah dan pengalaman .Jelas sekali kawasan bangunan SPRM seperti tidak selamat untuk mereka yang dipanggil sebagai saksi dan suspek. Perkara mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.


Kita difahamkan SPRM telah mengadakan Operasi 3B minggu lalu dan telah menahan 62 pegawai kastam di seluruh negara.Ahmad Sarbani ditangkap oleh SPRM tetapi belum dibukti bersalah oleh mahkamah.Justeru itu kita perlu menegakkan keadilan untuk SPRM dan Allahyarham Ahmad Sarbani.


Sementara itu,Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mangsa – Ahmad Sarbani Mohamed, 56, iaitu penolong pengarah Kastam Selangor ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi tadi.

Dua tingkap bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak ditutup rapat.

Ahmad Sarbani telah dibebaskan oleh SPRM selepas diikat jamin Sabtu lalu.Kita mengharapkan keadilan untuk Penolong Pengarah Kastam .


Sewajarnya ditubuh Suruhan Diraja sebagaimana kes Mendiang Teoh Beng Hock.


Selagi Mahkamah belum membuat keputusan atas kes Allahyarham Ahmad Sarbani,kita tidak boleh menghukum.


Kita juga mengharap pihak berwajib akan cermat mengeluarkan kenyataan. Simpati dan empati dengan keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed.

No comments:

Post a Comment