Wednesday, November 30, 2011

Rafizi Ramli harap-harap tidak jadi macam Ezam Mohd Noor.

Harap-harap Rafizi Ramli tidak seperti Ezam Mohd Nor .Rafizi Ramli merupakan bekas pelajar MCKK.

Pernah belajar di Leeds University (1996 – 1999).Mendapat Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.


Penulis mendoakan beliau pemimpin yang tahan diuji dan mampu bertahan dengan cubaan kebendaan.Penulis mengharapkan beliau sekental ikon beliau DS Anwar Ibrahim.


Biarlah Shahrizat menggelarkan beliau dengan gelaran Si Tanggang,anak derhaka ,namun beliau mempunyai jiwa besar untuk menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan.Selamat berjuang Rafizi Ramli.

Shahrizat membuka kain sendiri,tak perlu Rafizi telanjangkan dia.

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli terpanggil untuk terus menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan boros bersifat peribadi yang didakwa dibuat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Ini, katanya memandangkan Ketua Wanita Umno itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda insaf setelah PKR membuat pelbagai pendedahan mengenai penyelewengan dana NFC.


Rafizi mendakwa pada 9 Disember 2009, keluarga Shahrizat menggunakan wang dari pinjaman mudah RM250 juta untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.


Beliau juga mendakwa, dana sebanyak RM3,363,507 telah disalurkan melalui NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya iaitu PT1886 dan PT1887, Presint 10, Putrajaya.


“Kebarangkalian tanah-tanah ini dibeli untuk membuka ladang ternakan lembu di Putrajaya adalah tipis,” ujarnya dalama satu kenyataan.


Jelasnya, semakan bayaran-bayaran yang dibuat melalui cek dari akaun 141640000066107 CIMB Islamic Bank Berhad di bawah nama NFC menunjukkan bayaran yang besar dan berulang kali dibuat kepada Impian Global Network Services (IGNS).


Menurutnya, siasatan PKR menunjukkan IGNS adalah sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej percutian di Phuket, Kuching, Banding, Singapura dan Bali (sila lawati laman http://impianglobalnetworkservices.blogspot.com/ )


Dakwanya lagi, antara bulan Januari hingga Julai 2010, 15 cek berjumlah RM455,423 dikeluarkan kepada IGNS (butiran seperti di bawah).


Ini, ujarnya menimbulkan tanda tanya bagaimanakah sebuah syarikat yang sepatutnya menguruskan ladang ternakan lembu menjadikan perbelanjaan pakej percutian sebagai perbelanjaan bulanan.


“Apakah ia telah disalahgunakan untuk membiayai percutian ahli keluarga menteri dan rakan-rakan mereka?

Musuh ngelabah apabila Pemuda PAS isytihar Nizar MB Perak.

Apabila Pemuda PAS Perak membuat pengisytiharan secara terbuka DS Nizar sebagai MB Perak selepas PRU 13 ini ,terdapat banyak orang yang ngelabah.

Mereka mula mempersoalkan dan memburukkan DS Nizar. Jelas apabila terdapat orang yang membenci dan tidak suka DS Nizar sebagai MB Perak selepas PRU 13 ini,hal ini menandakan DS Nizar sebenar pemimpin yang dapat diterima semua orang.

Syabas,pemuda bertindak berani merentasi zaman.

PAS Perak sudah sedia hadapi PRU 13.

PAS Perak telah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya agar sentiasa bersedia bermula daripada sekarang hingga menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13, tegas Pesuruhjaya Pas Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain.

Ustaz Abu Bakar Hussain dalam ucapannya menjelaskan bahawa PAS Perak menjangkakan bahawa PRU 13 akan berlaku dalam tempoh 100 hari dari sekarang.


“Saya ingin maklum bahawa semua jentera parti sudah dipersiapkan dan kita menjangkakan PRU 13 sudah hampir dengan kita”, jelas beliau


Beliau juga meminta semua peringkat parti mesti bekerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 ini untuk sama-sama sampai ke Putrajaya dan beliau yakin semua Ahli PAS akan membantu jentera Pakatan Rakyat samaada PKR atau DAP untuk sama-sama bekerja keras bagi memenagi PRU 13 kali ini.

Tuesday, November 29, 2011

Keadilan untuk Allahyarhamah Adik Normaizatul Akmar Kholdun,mati setelah pembedahan apendix

Encik Kholdun Halim, mendakwa anaknya mati akibat kecuaian pihak doktor Hospital Taiping dan Hospital Grik.Turut kelihatan YB Yew Tian Hoe(Aulong) dan Fadhil Idris,Pegawai Khas DS Nizar.
Allahyarhamah Adik Normaizatul Kholdun yang mati setelah selesai menjalani pembedahan penyakit apendix yang dihidapi Allahyarhmah Normaizatul Akmar. Adik Normaizatul Akmar menjalani pembedahan di Hospital Taiping. Beliau meninggal dunia pada 5 Oktober 2011,
4 petang di Hospital Grik.

Laporan polis yang dibuat oleh Encik Kholdun Halim.
Sebab kematian Adik Normaizatul Akmar, pelajar SMA Tan Sri Ghazali Jawi,Grik.
Sidang akhbar yang diberikan oleh Encik Khaldun Halim bersama anak sulung beliau Mohf Faiz Kholdun.

Taiping,29 November-Keluarga Adik Allahyarhamah Normaizatul Akmar,mahukan pembelaan ke atas allahyarhamah. Hanya pembedahan apendix,sehingga menimbulkan kehilangan nyawa.Mereka mahu pihak berkenaan bertangungjawab dengan kematian itu.Mereka juga mahu hak rakyat penduduk luar bandar seperti penduduk Grik dilayani sama seperti penduduk bandar besar.

Setakat ini waris kepada Normaizatul Akmar sudah melaporkan kepada Persatuan Perubatan Malaysia dan Suhakam.

Menurut Mohd Faiz Kholdun , mendakwa kecuaian pihak hospital Grik dan Taiping menyebabkan satu nyawa melayang.

Dalam satu sidang akhbar petang tadi mereka mahu pembelaan yang sewajarnya ke atas kes ini.Hal ini satu pengajaran kepada pihak hospital supaya melayani rakyat secara adil.

UMNO Bukit Gantang ke PWTC,PAS Bukit Gantang terus bersama penduduk.

Esok 30 November 2011,PAS Bukit Gantang akan menganjurkan satu siri penerangan lagi di Kg Berchat,dekat Bukit Gantang.

Penceramah Ustaz Idris Ahmad,AJK PAS Pusat dan Ustaz Nordin Jaafar,YDP PAS Bukit Gantang.

PAS Bukit Gantang kini ke arah ceramah berkelompok.Ceramah lebih ke arah undi sasaran dan penduduk kampung.Ayuh,jom kita bersama mendengar ceramah penerangan.

Enggan tarik RUU Perhimpunan Aman- MP Pakatan keluar dewan.

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas Barisan Nasional (BN), dipimpin Datuk Seri Najib Razak, enggan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman hari ini.


Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan tiga Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu dengan kesemua mereka meminta agar ia ditarik balik dan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas.


“Ini cara kami menolak rang undang-undang ini sehingga kami ada satu jawatankuasa pilihan khas,” kata Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa kepada The Malaysian Insider ketika mereka meninggalkan Parlimen.


“Rang undang-undang ini tidak melindungi keselamatan nasional, hanya keselamatan pemimpin-pemimpin BN,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang dan wakil rakyat terakhir pembangkang dibenarkan bercakap.


Banyak pihak mengkritik rang undang-undang itu termasuk pembangkang yang menyifatkan Malaysia ketinggalan di belakang berbanding Myanmar dalam menyediakan undang-undang sedemikian.MI.

Monday, November 28, 2011

Menang penalti bukan jantan

oleh Subky Latif.

SAYA boleh bersyukur dan bersama warga Malaysia yang lain boleh gembira atas kemenangan Harimau Muda menjadi johan sepak bola Sukan SEA Jakarta 21 November lalu.


Ia adalah kejayaannya yang kedua berturut-turut dan kemenangan bola kita ke atas Indonesia itu adalah kali kedua berturut-turut setelah memenangi Piala Suzuki sebelumnya.


Untuk dua tahun terakhir ini Malaysialah juara sepak bola serantau Asia Tenggara.


Tetapi sepanjang perlawanan akhir antara Harimau Muda dan Garuda Muda, walau pun Harimau Muda mengulangi kemenangannya ke atas Garuda Muda dalam masa seminggu, Malaysia tidak boleh seronok sangat kerana kemenangan itu ditentukan oleh sepak penalti.


Sehingga ke tahap penalti kedua-dua pasukan adalah seri satu sama. Sesudah ditambah masa bagi menentukan kemenangan tetap seri juga.


Ada pun kemenangan melalui sepak penalti adalah kemenangan nasib. Ia bukan kemenangan jantan atau kerana kehandalan.


Dalam mana-mana pertandingan di dunia sejak dari dulu kemenangan melalui sepak penalti bukanlah kehandalan pasukan tetapi kerana nasib. Boleh dikatakan 98 peratus dari tendangan penalti tidak dapat dihalang oleh penjaga gol. Hanya penyepak yang leceh saja tendanngannya dapat ditangkis oleh penjaga gol.


Tendang penalti itu adalah satu kaedah yang ditentukan bagi menentukan satu dari pasukan yang berlawan mesti menang di akhir permainan itu. Ia bagi mengelakkan ada perlawanan semula di hari lain bagi menentukan kemenangan.


Logiknya dari segi keadilan, setelah kedua-dua pasukan berhempas pulas selama 90 minit atau 100 minit atau 120 minit, sesudah masing-masing terlalu penat dan tiada lagi peluh yang hendak dikeluarkan, pertandingan wajar diulang di hari lain.


Biar masing-masing segar dan datang dengan penuh tenaga semula untuk mempamer kehandalan masing-masing.


Seperti kejohanan Suzuki, johan tidak ditentukan satu perlawanan. Ia ditentukan oleh pertandingan ulangan. Siapa yang dapat lebih banyak gol dari dua perlawanan itu yang menjadi juara. Tetapi kalau setiap pertandingan terikat dengan seri, tetapi kaedah tendang penalti juga diadakan.


Kaedah penalti diadakan bagi mengelakkan acara penyampaikan hadiah tidak ditunda dan penonton yang ramai dalam temasya itu tidak datang lagi di hari lain bagi menyaksi penyampaian hadiah.


Dalam pertandingan akhir antara Harimau Muda dan Garuda Muda ternyata kedua
pasukan sama handal. Mereka berhepas pulas selama 120 minit, tetap seri.


Harimau Muda menang bukan kerana Garuda Muda tidak handal. Garuda Muda kalah kerana sepak penalti bukan kerana ia lemah atau Harimau Muda terlalu handal, tetapi ia ditentukan oleh nasib.


Yang menang tidaklah boleh seronok sangat dan yang kalah pula wajar kecewa. Dengan keupayaannya terikat dengan seri sebelum penalti, ia adalah tanda kekuatannya dan ia juga boleh menang.


Bagaimana media di Malaysia wajar gembira merayakan kemenangan itu tetapi raikanlah piala kejohanan itu dapat dibawa pulang.
oleh Subky Latif

Jangan berlebihan menyesali sikap dan tindakan penyokong pasukan lawan sebelum temasya, ketika perlawanan dan reaksi selepas perlawanan. Adalah benar sikap yang ditunjukkan itu tidak rasional dan tiada semangat kesukanan, jangan kita memberi reaksi terlalu emosional.


Biarkan bangsa yang kaya seni dan budaya itu menilai sendiri kewajarannya, apakah ia sedia mengubah budi adabnya atau ia mahu jadi masyarakat yang sentiasa panas.


Apa yang peminat sukan Malaysia patut buat ialah mencari jalan bagaimana penyokong pasukan bola Kelantan tidak jadi macam penyokong bola Indonesia setiap kali kalah perlawanan. Seolah-olah penonton Kelantan di stadium tidak banyak beza dari penonton di Jakarta itu.

3.2 juta ahli UMNO ,Isa Samad yang dipilih-Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 29 Nov: ‘Tak Nak BN’ adalah jawapan kepada rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat supaya memilih lagi BN untuk memastikan agenda transformasi beliau terlaksana.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pada mula rakyat mungkin kagum dengan gagasan awal Datuk Seri Najib, seolah-olah beliau mahu membuat perubahan di negara ini.


Tetapi, katanya lama-kelamaan Najib menunjukkan siapa sebenarnya beliau kerana rakyat sudah mual dengan slogan transformasi yang bertukar menjadi nasi basi.


Apa tidaknya, jar beliau semakin hari semakin terserlah siapa sebenarnya Datuk Seri Najib.


“Ahli Umno sudah maklum beliau memang terkenal sebagai seorang yang kaya dengan retorik sejak daripada beliau memegang Ketua Pemuda Umno lagi.


“Buktinya ketika beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA, 13 mangsa di Sabah ditangkap,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Beliau berkata, ketika Najib mengumumkan untuk memberi kelebihan kepada rakyat berhimpun, tiba-tiba pindaaan yang lebih teruk daripada sebelumnya, malahan lebih teruk daripada Myanmar.


Katanya lagi, ketika indeks rasuah negara semakin teruk, beliau masih berasmara dengan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda, walaupun beliau memang disabit rasuah di dalam pemilihan Umno.


“Cuba bayangkan daripada 3.2 juta ahli Umno, yang dipilihnya ialah Tan Sri Isa Samad, apa kelebihan yang ada pada Isa Samad, sehingga Datuk Seri Najib tidak nampak selain daripada beliau, sedangkan Felda adalah satu institusi yang cukup penting yang mempunyai dana dan eset yang begitu banyak selepas Petronas.


“Sekarang beliau merayu supaya rakyat memilih lagi BN?” soalnya.


Idris berkata, dengan sikap yang ditunjukkan oleh beliau selama menjadi Perdana Menteri telah gagal menggulakan rakyat dengan slogan 1Malaysia yang terbaru ialah slogan wasatiah.


“Beliau tidak sedar ketika beliau beretorik dengan slogan transformasi rakyat menunggu dengan penuh ketekunan dan mencatat apa yang beliau cakap.


“Tiba-tiba rakyat nampak ini hanya slogan kosong setelah menunggu sekelian lama,” ujarnya.


Beliau menambah, rakyat percaya jika BN menang maka GST, cukai 6 % prepaid, harga minyak, gula, tepung dan keperluan rakyat akan naik.


Akhirnya, kata belia rakyat akan menjawab ‘Tak Nak BN’ dalam PRU ke-13 nanti.

Lembu orang kampung makan rumput halal,lembu NFC makan duit rakyat Rm250 juta.

Lembu orang kampung makan rumput halal,lembu NFC makan duit rakyat RM250 juta.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).Jawapan Shahrizat jawapan Pak Pandir.

Cuba tanya Rafidah Aziz,"duluorang kata dekat Rafidah,sapu semua AP".Sekarang Ketua Wanita cuba melembukan NFC..Sekarang orang kata dekat hang sapu semua lembu..



Sunday, November 27, 2011

Pemuda PAS Perak bijak isytihar Nizar MB,tapi silap tempat....

Hampir 7 ribu pemuda PAS berkumpul di Kg Kedah,Parit Buntar kelmarin 27 November lalu.


Petang kelmarin penulis bersembang dengan seorang wartawan yang menerangkan PAS Perak belum buat keputusan DS Nizar sebagai Menteri Besar Perak selepas PRU13 ini.Beliau juga menerangkan DAP sudah mengisytiharkan DS Nizar,bakal MB Perak.Di samping itu PKR sudah meuarkan-uarkan Mohd Nor Manuaty.

Penulis juga mahu PAS Perak, perlu buat keputusan segera seperti DAP memberi keyakinan tinggi DS Nizar sebagai MB Perak selepas PRU13.

Tahniah,pemuda PAS Perak membuat keputusan politik yang bijak dan strategik berhadapan dengan UMNO.Isyarat pemuda PAS Perak,harus disambut baik.

Namun begitu tempat program yang dibuat ,dikawasan kuat dan menang dikira kurang sesuai.Sepatutnya prorgam mengHEMPAP Umno ,perlu dibuat di kawasan lain yang PAS perlu menang,seperti DUN Pengkalan Baru atau DUN Manjoi atau Slim River.

PAS perlu menang di 21 kerusi dan TAMBAH satu kerusi lagi Changkat Jering untuk memastikan DS Nizar menjadi MB Perak selepas PRU13.

Syabas,Dewan Pemuda Pas Perak,mendahului zaman ,mengiktiraf DS Nizar bakal MB Perak!

Tahniah:Pemuda PAS Perak Isytihar DS Nizar Menteri Besar.


PARIT BUNTAR, 27 Nov: Pemuda PAS Perak mengisytiharkan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang ke-12 apabila mendapat mandat daripada rakyat dalam PRU-13 nanti.


Pengistiharan penting tersebut disampaikan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin semasa mengetuai lafaz ikrar pemuda di Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) di Parit Buntar 27 November lalu.


Beliau berkata, Pemuda PAS akan berdiri teguh dan bersepakat untuk mengangkat kembali Nizar sebagai Menteri Besar selepas beliau ‘digulingkan’ dalam tragedi ‘rampasan kuasa’ Kerajaan Pakatan Rakyat Perak.


“Kami seluruh Pemuda Negeri Perak bersatu hati akan bekerja keras dalam PRU13 nanti bagi mengangkat kembali Dato’ Seri Nizar untuk mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat Perak,” katanya dihadapan ribuan hadirin.


Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan berkata, Pemuda parti tersebut sudah bersiap sedia menghadapi PRU-13.


Katanya, pemuda akan direalisasikan sebagai elemen penggerak terpenting dan penentu kemenangan dalam PRU13 nanti.


Jentera Pemuda tekad dan iltizam menumbangkan BN dalam PRU13 nanti bagi menghapuskan kezaliman serta menegakkan keadilan di muka atas bumi ini.


“Tragedi ‘rampasan kuasa’ kerajaan yang dipilih rakyat suatu ketika dulu masih terpahat dalam ingatan kami, BN jangan ingat kami dah lupa,” katanya.


Dalam Program tersebut, lebih 7 ribu pemuda daripada seluruh pelusuk negeri Perak telah hadir berhimpun untuk menyatakan kesediaan pemuda.


Himpunan tersebut bertemakan Bersih 2.0 dengan slogan ‘Semarakkan Gelombang Kuning’.
Tema tersebut dipilih bertujuan untuk meneruskan momentum kebangkitan rakyat dalam tuntuan Bersih 2.0 yang mahukan perjalanan pilihanraya adil dan telus.


Antara pemimpin yang hadir termasuklah Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hasan, AJK Pas Pusat Ustaz Idris Ahmad, Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussien, dan saf kepimpimpinan Pemuda PAS Pusat.

Beri amaran baru" microphone " tak ditutup Speaker- Nizar

Sewaktu mengiringi DS Nizar ke rumah Pak Su sempena walimahtul urus anak Pak Su di Kg Batu 9 selepas ceramah di Trong 25 November lalu ,penulis sempat bertanya suasana sidang DUN Perak.

"Tuan Haji ,microphone ditutupke "tanya penulis."Kita beri amaran,tutup "microphone",Adun PR keluar dewan" kata DS Nizar.

"Jadi Zambry beri arahan kepada speaker,jangan tutup suis"kata DS Nizar.Namun begitu Zambry telah mengarah Speaker tutup suis,jika ADUN PR hentam dan kritik BN."Jika ADUN BN berucap,hentam PR,Speaker ,biarkan saja"kata DS Nizar lagi.

Saturday, November 26, 2011

Shahrizat belanja RM26,000 untuk beli pakaian termasuk coli.-dakwa DS Nizar.

Dato Adnan Ibrahim dan DS Nizar sedang mendengar ucapan Ustaz Misbahul dalam program ceramah PAS Bukit Gantang.

Kelmarin ,DS Nizar dalam ucapannya di Pekan Trong telah mendakwa Shahrizat telah membeli pakaian termasuk pakaian dalam seperti coli dengan menggunakan duit syarikat "lembu ".

Menurut DS Nizar ,semuanya diluluskan oleh suami Shahrizat tuan punya sharikat "lembu ".Dakwa DS Nizar sejumlah RM26,000 diluluskan untuk Shahrizat untuk membeli keperluan pribadi Shahrizat.

Rang undang-undang perhimpunan aman 2011 tutup isu lembu -DS Nizar.

DS Nizar berceramah di Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,Pekan Trong.

Trong-.DS Nizar dalam penerangannya pada malam kelmarin menerangkan RUU Perhimpunan Aman 2011 dibentang oleh Najib dalam keadaan tergesa-gesa.

Sewaktu penulis bertanya DS Nizar ,mengapa DS Najib membentangkan rang undang-undang itu ,DS Nizar menjelaskan semuanya untuk menutup isu lembu Shahrizat.

Rang undang-undang itu tiada dalam agenda persidangan jelas DS Nizar sewaktu sewaktu penulis bertanya beliau.

Friday, November 25, 2011

Kasihan pelajar politeknik dipukul polis.

Adik Aina Omar sebaik selesai membuat laporan polis mendakwa beliau dipukul anggota polis lelaki berdekatan bandar Taiping malam kelmarin, menceritakan keadaan sebenar kepada Encik Simon ,Pegawai Khas YB Nga Kor Meng.
Aina Omar yang mendakwa anggota polis menunjukkan kesan lebam di betisnya akibat dipukul anggota polis patrolcar.Kesalahan adik Aina Omar ini hanya tidak mempunyai lesen,tidak memakai talipinggang keledar dan merempuh lampu merah.
Seorang daripada kaum keluarga Ainan yang menunjukkan kesan lebam dipukul polis.

Taiping- Seorang pelajar politeknik di Kedah ,pada hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau dipukul anggota polis lelaki ,kerana hanya kesalahan lalu lintas.Aina Omar didakwa hanya atas kesalahan memandu tanpa lesen,tidak memakai talipinggang dan merempuh lampu isyarat.Adik Aina membuat laporan polis di Balai Polis Simpang .

Dalam pada itu ,anggota polis lelaki itu juga turut membuat laporan polis berikutan insiden itu.

Menantu Chef Wan Orang Changkat Jering.

Ana Dahlia dan Chef Riz.

Chef Wan akan mendapat menantu orang Changkat Jering pada 11 Disember ini. Bakal menantu beliau anak murid Pak Nan atau Cikgu Adnan Ghazali.Ana Dahlia dikatakan pernah belajar di SMK Dato'Wan Rashidi ,Bt 8,Changkat Jering.

Chef Riz,30 dan pelakon Ana Dahlia, 28, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan yang akan diadakan di rumah keluarga Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak.


Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub Pahang pada 18 Disember.

Thursday, November 24, 2011

PAS cabar RUU Perhimpunan Aman di mahkamah

KUALA LUMPUR, 25 Nov: PAS akan mengambil tindakan mahkamah berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri di Dewan rakyat semalam.


Peguam, Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau akan mewakili PAS minggu hadapan untuk memohon perintah mahkamah supaya menyekat RUU ini menjadi undang-undang.


PAS akan diwakili Timbalan Presiden, Mohamed Sabu dan dua orang ahli jawatankuasa PAS Pusat iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad dan Dr. Hatta Ramli.


"Kita tidak akan tunggu Rang Undang-undang ini diluluskan menjadi undang-undang baru kita cabar. Kita akan mengambil tindakan mahkamah untuk proses Rang Undang-undang ini menjadi undang-undang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.


Hanipa yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata, tindakan mahkamah itu adalah berasas kerana kerajaan tidak mempunayi kuasa untuk menggubal RUU mengikut pandangan mereka sahaja.


"Kuasa kerajaan di bawah Perlembagaan Negara. Jadi kalau mereka melangkaui perlembagaan, kita berhak mengambil tindakan mahkamah," katanya.


Ini kerana katanya, ada perkara dalam RUU yang akan dibahaskan minggu hadapan itu melanggar perkara 10 (1) (b) iaitu hak untuk berhimpun.


"Ada beberapa peruntukan dalam rang undang-undang ini tidak boleh dilaksanakan langsung. Sebagai contoh kerajaan kata 30 hari untuk beri notis berhimpun. Maksudnya kalau kena beri notis begitu, rakyat telah dihalang (untuk berhimpun).


"Begitu juga kanak-kanak bawah 15 tahun tidak boleh menyertai himpunan, sedangkan kanak-kanak juga ialah rakyat. Contoh kalau ada sekolah dirobohkan dan kanak-kanak ini berhimpun, dalam rang undang-undang ini kata tak boleh tapi dalam perlembagaan boleh. Jadi rang undang-undang ini bercanggah dengan perlembagaan," jelas beliau.


Sementara itu, Dr. Dzulkefly berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan tertekan dan berusaha menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau sedang melakukan reformasi dalam demokrasi.


Namun katanya, segala tindakan Najib selepas pengumuman beliau pada 15 September lalu untuk memansuhkan ISA ternyata bercanggah.


"Kita melihat pemerintahan Najib yang berada dalam tekanan dan dan beliau mewujudkan tanggapan oleh rakyat bahawa beliau komited untuk memulihkan demokrasi.


"Tapi sebaliknya beliau menunjukkan tindakan yang kontra dengan apa yang dikatakan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

SB sibuk bertanya ceramah bulan Disember.

Kelmarin berlangsung ceramah di Changkat Jering.Sebelum itu di Kg Salak Baru,Trong telah berlangsung ceramah pada 20 November 2011.

Pada malam ini 25 November,Jumaat, satu lagi ceramah yang akan dipimpin DS Nizar bersama TPJ 2 dan TPJ 3.Dato Adnan Ibrahim ,bekas Pengarah Pelajaran Perak yang juga bekas Pegawai Pelajaran Daerah LMS turut akan menyampaikan ceramah beliau.

Kehadiran beliau ditunggu para guru dan ahli UMNO.Mereka ingin mendengar sendiri ,mengapa beliau meninggalkan parti UMNO yang boleh mengkayakan kaum kerabat.

Sementara itu ,SB sibuk bertanya kepada penulis ,program ceramah bulan Disember.Mereka lebih suka mendengar ceramah anjuran PAS berbanding UMNO.Bagi mereka ceramah PAS boleh mendapat ilmu.

Mereka juga sibuk bertanya calon-calon PAS yang mungkin bertanding dalam DUN dan Parlimen .

Bekas Pengarah Pelajaran Perak ,Dato Adnan Ibrahim menggempur Bukit Gantang.

Dato Adnan Ibrahim, akan berceramah dengan tiga orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak,pada malam ini ,Jumaat 25 November 2011. Beliau akan berceramah bersama ikon rakyat DS Nizar,Ustaz Misbahul Munir,dan Haji Razman Zakaria.

Program bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang,Pekan Trong,Trong.

Kelantan masih ada dalam peta Malaysia- Ustaz Idris Ahmad.

Isu air di Kelantan, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri yang terdapat di Malaysia. Pada hal Kelantan masih lagi di dalam peta Malaysia. Ia bukan sebuah negeri yang terpisah daripada Malaysia atau sebuah republik. Malahan banyak hasil yang kerajaan pungut di bumi Kelantan tetapi di bawa kepada kerajaan pusat.

Contohnya bayaran pasport antarabangsa, setem, cukai kastam, cukai pendapatan, saman trafik yang dipungut daripada bumi Kelantan. Nampaknya otak pemimpin BN hanya pandai ambil tetapi tidak pandai memberi. Ketika hendak ambil hasil mereka teringat Kelantan, ketika hendak memberi mereka lupa Kelantan.


Malah selama 13 tahun Kelantan diketepikan dari mendapat sebarang peruntukan atau pinjaman bagi meningkat bekalan air. Hanya pada pada 2011 pinjaman mudah di bawah RMK8 sebanyak RM36 juta baru diberi kepada Kelantan dengan kontraktor dan kerja-kerja pembinaan dilantik dan dilaksanakan kerajaan pusat.


Kenapa perlu ugut rakyat, jika BN menang masalah air di Kelantan selesai? Kenapa tidak dibantu sekarang? Hormatlah keputusan rakyat Kelantan yang telah memilih PAS. Apakah Umno sudah kehabisan modal pilihanraya di Kelantan, hanya modal air sahaja yang ada? Pada hal di negeri yang BN perintah masalah air masih tidak selesai seperti d Sarawak dan Sabah.


Pemimpin Umno Kelantan khususnya cemburu melihat pencapaian kerajaan Kelantan sama ada dari segi pembangunan dunia dan agama. Ketika negeri BN mengalami masalah untuk mengatasi kemiskinan Kelantan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam.


Percayalah jika Umno memerintah Kelantan, maka kadar kemiskinan akan naik balik ke tempat asal, seperti di Terengganu setelah turun nombor empat zaman PAS memerintah kemudian naik kembali di tempat kedua pada tahun 2004.


Walaupun dikekang dengan kewangan, Kelantan tetap menunaikan hutang lapok yang ditinggal oleh kerajaan BN sebanyak RM718 juta. Setakat 2010 telah melunaskan sebanyak RM220 juta, sekarang berbaki hanya RM498 juta. Kelantan tetap menunaikan tanggunjawab kepada rakyat dengan membuat pinjaman RM5 juta bagi membina telaga jejari sebagi alternatif membekal air bersih.


Kenapa pemimpin Umno terlalu busuk hati sehingga sanggup mendera Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara demokrasi. Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar dilantik melalui proses demokrasi, bukan revolusi.


Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh menerima demokrasi apabila Umno sahaja yang perlu menang, lain daripada Umno maka keputusan rakyat tidak perlu dihormati.


Pemimpin pusat sudah banyak mencabul demokrasi sejak PAS menang di Kelantan pada tahun 1990. Bermula dengan penubuhan Pegawai Persekutuan, penghulu persekutuan, memberi amaran kepada pegawai persekutuan jangan terlibat dengan program negeri seperti yang pernah diarahkan kepada pegawai pertanian yang bekerja di negeri Pakatan Rakyat, terakhir wang royalti tidak diberi kepada Kelantan.


Sebenarnya ini cara politik zaman batu, yang tidak layak memerintah di zaman langit terbuka. PAS yakin bahawa rakat Kelantan yang berjiwa merdeka tidak rela negeri mereka diperlakukan demikian rupa oleh orang sebangsa dan senegeri dengan mereka yang berada di peringkat pusat, insya Allah mereka akan ajar sikap pemimpin seperti begini di dalam pilihanraya akan datang.

Keluar mulut harimau masuk mulut buaya'

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Pakatan Rakyat mendakwa Kerajaan BN tidak menghormati pandangan umum khususnya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila meneruskan bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, RUU yang dibentang pada Isnin lalu untuk bacaan kali pertama itu jelas tidak mengambil kira pandangan Suhakam dan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diwujudkan untuk menangani isu-isu berkenaan hak asasi dan demokrasi.


"Rang undnag-undang ini bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.


"Ia menunjukkan kerajaan mengenepikan saranan dan cadangan yang dibuat oleh Suhakam dan IPCMC yang mencadangkan supaya rakyat diberi ruang kebebasan yang lebih baik kepada ruang demokrasi di negara ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Terdahulu, beliau bersama empat lagi Ahli Parlimen Pakatan mewakili Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Suhakam menyerahkan memorandum berhubung RUU yang didakwa lebih mencengkam rakyat itu.


Mereka ialah Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).


Sivarasa berkata, memorandum tersebut diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Muhammad Sha'ani Abdullah meminta pihaknya menyuarakan pandangan berhubung RUU yang mendapat tentangan banyak pihak itu.


Sebagai respons kepada memorandum tersebut, Sha'ani bersedia memanjangkannya ke pihak atasan dan bersetuju bahawa RUU itu mengenepikan pandangan Suhakam sebelum ini.


"Kita sebutkan pada Suhakam bahawa Pakatan kesal Rang Undang-undang ini dibentangkan secara tergesa-gesa untuk diluluskan dan ada yang bertentangan dengan Perlembagaan yang memperuntukkan hak berhimpun," katanya yang juga Naib Presiden PKR.


Sementara itu, sambil menyifatkan RUU itu seperti "keluar mulut harimau masuk mulut buaya", Mahfuz berkata ia bukan untuk mengizinkan perhimpunan tapi undang-undang untuk memperuntukkan sekatan bagi menghalang perhimpunan aman diadakan.


Katanya, RUU itu lebih teruk daripada Sekyen 27 Akta Polis yang menyebut mana-mana premis persendirian tidak perlu kepada permit untuk perhimpunan.


"Sekyen 27 Akta Polis seperti ditafsirkan di mahkamah iaitu tempat persendirian dibolehkan untuk berhimpuntanpa perlu diberitah tapi dalam ran undnag-undang ini, tempat persendirian pun tidak dibolehkan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Tambahnya, Umno BN harus sedar RUU itu bakal menjerat mereka kerana merekalah yang selalu mengadakan program di premis awam sperti sekolah, yang disenarikan sebagai salah satu tempat yng dilarang berhimpun.


"Harap kerajaan sedar ada beberapa perkara yang menjerat mereka.


"Kalau Umno sedar saya percaya kerajaan akan tarik balik. Kalau Umno BN buat program di sekolah, kita bantah, Umno nak buat program di mana?" katanya.


Sementara itu, membidas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya RUU ini ditarik balik, beliau berkata, ianya membuktikan kerajaan enggan menerima pandangan orang lain.


"Inilah dia sikap keras kepala kerajaan yang tidak boleh menerima pandangan orang lain. Suhakam selaku penasihat yang menasihati soal demokrasi telah menasihati kerajaan.


"Kerajaan habis duit RM10 juta untuk tubuh suruhanjaya pembaikan polis tapi nasihat mereka kita tak guna.


"Kita bayar gaji, elaun kepada Suhakam tapi kita tak dengar pendapat mereka," katanya.

Wednesday, November 23, 2011

Lebih mudah dan mengindahkan jika UMNO menjadi pembangkang.

Membaca ucapan TPM Muhyiddin Yassin secara terbalik.Di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal dipanggil dalam waktu terdekat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan urusan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pasti akan menjadi lebih mudah “dan mengindahkan” jika PAS menjadi kerajaan dan UMNO menjadi pembangkang.

Ibu segala ceramah untuk bulan November.

ESok 25 November PAS Kawasan Bukit Gantang akan menganjurkan ceramah apa yang dipanggil ibu segala ceramah untuk Bulan November.Ceramah dijadual bermula pada pukul 9.15 malam.Ceramah bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen,Pekan Trong,Dalam DUN TRONG.

Penceramah tiga orang kuat PAS PERAK.Tiga orang Timbalan Pesurujaya PAS Perak buat julung kali akan berceramah di pentas yang sama. DS Nizar,Ustaz Misbahul Munir dan Hj Raznan Zakaria.

Ceramah menjadi menarik kerana Bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Perak,Dato Adnan Ibrahim akan turut sama mendedahkan kenapa perlu masuk PAS.

InsyaAllah kalah jika bolasepak dipolitikkan UMNO.

Pemain Syria, Mahmoud Al Mawas (tengah) dikawal rapi oleh pemain Malaysia K. Gurusamy (kiri), Wan Zack Haikal dan Mahalli Jasuli (kanan) pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu. Foto: EPA

Malaysia akhirnya kalah kepada Syria negara bergolak 2-1.Kalau menang mungkin UMNO akan jadikan Harimau Muda untuk kempen jom pangkah UMNO.

Tuesday, November 22, 2011

Akta Perhimpunan Aman 2011 menakutkan Ketua Penerangan Kawasan.

Undang-undang yang diperkenalkan ini jelas bersifat lebih menekan dan lebih zalim berbanding peruntukan Seksyen 27 di bawah Akta Polis 1967 serta mencabuli hak kebebasan berhimpun.

Antara kandungan penting undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan itu:

(1) Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.

(2) Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.(3) Tiada protes jalanan dibenarkan.

(4) Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.

(5) Seksyen 9(5) membenarkan polis mendenda penganjur sehingga RM10,000 sekiranya tiada notis awal mengadakan perhimpunan diserahkan kepada polis.

(6) Seksyen 21(3) membenarkan polis mendenda pihak yang ditangkap sehingga RM20,000;

(7) Individu bawah umur 21 tidak dibenar menganjurkan perhimpunan; dan

(8) Kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan, termasuk berkaitan kebudayaan dan acara keagamaan seperti perarakan kematian yang diluluskan oleh menteri dalam negeri.Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.


Peruntukan undang-undang berkenaan juga melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.


Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.


Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.


Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.


Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.


Semua tempat tidak boleh berceramah dan berhimpun kerana mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti loji rawatan air, tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah.


Menurut rang undang-undang tersebut, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang menarik minat untuk bergambar.

Pak Cik Mail dan Mak Cik Ramlah bergambar kenangan bersama papan tanda Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang sewaktu berurusan dengan Pegawai Khas DS Nizar.

Adun Trong pun buat tak peduli,ahli UMNO buat laporan polis.

Sebentar tadi Mohd Akhir Shafii membuat laporan polis.Beliau ditemani anak perempuan beliau dan juga Fadhil Idris,Pegawai Pusat Khidmat AP Bukit Gantang.Dalam laporan itu beliau mempersoalkan orang lain yang dapat tanah,sedangkan beliau yang usahakan.(klik untuk berita sebelum ini)
Mohd Akhir,Fadhil Idris dan Hj Zainuddin Hamzah menujukkan buah durian yang sudah mula gugur. Hasil usaha Mohd Akhir,dengan tipu muslihat orang Pejabat Tanah,budak muda berumur 29 tahun yang dapat hak milik.Budak muda itu pula bukan penduduk Trong dari Pokok Asam
Trong- Kebun Mohd Akhir Shafii ahli UMNO yang telah mengusahakan tanah kerajaan ini di Jalan Kuala Trong.Selama hampir tiga belas tahun beliau usahakan,tiba-tiba tanah menjadi milik Mohd Asri bin Mustafa dari Pokok Asam,Taiping.

Asri Mustafa kini berumur 29 tahun .Mana logik dia mengusahakan tanah itu dalam usia 16 tahun dan umur masih bersekolah lagi.

Sedang Mohd Akhir atau Abang Tan telah berumur 63 tahun.Sudah tentu ada tangan ghaib di Pejabat Tanah LMS yang telah melakukan kecuaian dan salahguna kuasa sehingga menafikan hak Mohd Akhir Shafii untuk memilik tanah atas tanah yang beliau usahakan.

Monday, November 21, 2011

PENTING:PAMERAN SENARAI PEMILIH AWAM DIRAGUI NEGERI PERAK



Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak telahpun memaparkan senarai pemilih yang meragukan dalam negeri Perak. Berita berkenaan boleh dibaca di laman sesawang rasmi SPR [klik di sini] dan anda boleh memuat turun data tersebut dari laman sesawang rasmi SPR dalam format *pdf [klik di sini].


Sehubungan itu bagi memudahkan kerja JPrK, pihak Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak telahpun bertindak menyalin data dan menukarnya ke dalam bentuk Ms. Excel dan telahpun melakukan pecahan bagi setiap kawasan parlimen. Anda boleh memuat turun fail tersebut pada link yang disertakan di bawah :


SENARAI PEMILIH AWAM DIRAGUI NEGERI PERAK

Untuk makluman, pameran ini akan berlansung mulai 17 Nov. 2011 sehingga 31 Dis. 2011 bagi tujuan mengesahkan samada pemilih yang namanya dipamerkan itu masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sekiranya nama pemilih tersebut terdapat di dalam senarai berkenaan, maka pemilih tersebut perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlebih dahulu untuk mengenalpasti rekod nombor kad pengenalannya sebelum merujuk kepada SPR untuk urusan berkaitan pendaftaran pemilihnya.


Sekiranya tiada apa-apa maklumbalas yang diterima dari Pemilih Awam Diragui tersebut, pihak SPR akan memotong nama mereka dari Daftar Pemilih. Justeru pihak JPrK kawasan-kawasan diminta memberi fokus terhadap perkara tersebut. Sekian harap maklum.

Tahniah Harimau Malaya, persahabatan terjalin baik

KUALA LUMPUR, 22 Nov: PAS mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 tahun yang mempertahankan pingat emas dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta, malam tadi.


Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan itu mengulangi kejayaan-kejayaan lepas.


Menurutnya, mutu permainan, semangat berpasukan dan motivasi yang cukup membolehkan skuad Harimau Malaya mendapat kemenangan.


“Kita berharap prestasi ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan bagi melayakkan Malaysia menyertai perlawanan di peringkat lebih tinggi.


“Tahniah juga kepada pasukan negara jiran Indonesia yang mendapat tempat kedua (pingat perak) dengan harapan persahabatan kita akan terus terjalin baik di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.

Bendera Besar untuk ganyang UMNO.

Ustaz Idris Ahmad memberi hadiah bendera besar kepada Ismail Mokhtar Nayan,Ketua Cawangan PAS Kg Salak Baru,Trong. Satu perkampungan yang tidak mempunyai geran hak milik.Di anggarkan 180 buah rumah penduduk masih tidak mempunyai hak milik.

Tapi YB Trong UMNO menyatakan mereka telah diberi hak milik.Kata Ismail Mokhtar nak gadai dekat bank pun tak boleh.Hal ini menunjukkan geran itu tidak laku.

One off Rm100 ,kita derma Rm 10 untuk kalahkan UMNO.

Bajet Najib belum lulus lagi.Tapi RM100 kepada penjaga pelajar sudah mencurah-mencurah.Ibu bapa dikerah datang untuk mendengar taklimat.

RM100 dapat ,dengan mendengar propaganda BN ,kononnya merekalah kerajaan terbaik di dunia.Merekalah kerajaan Melayu yang menolong orang Melayu.

Seorang ibu bapa murid memberitahu penulis,AJK UMNO yang tolong sampaikan Rm100 untuk sekolah anak beliau."Cikgu ,dia ingat duit UMNO" kata ibu bapa tadi kepada penulis.

Kemudian menceritakan tiada Perdana Menteri yang pernah bagi duit RM100 kecuali Najib.

Terdapat seorang penjaga menyarankan ,kutip derma melalui one off itu.Setiap orang menderma kepada PAS sepuluh ringgit atau seratus ringgit untuk menghadapi PRU 13.Guna duit one off itu untuk bantu Pakatan Rakyat lawan UMNO dan BN.

"Bagi anak ramai,kita derma seratus ringgit" kata seorang penjaga murid kepada penulis.




Sunday, November 20, 2011

Betulkah bekas OCPD Slim River ,Tuan Haji Abdullah cuba diganggu ?

Tuan Haji Abdullah Umar bekas OCPD Slim River dan juga bekas Ketua Unit Cawangan Khas Perak didakwa cuba diganggu pihak tertentu.

Beliau yang kini menyertai PAS dan selalu ke program "Jom masuk PAS" ,difahamkan tidak disukai UMNO.

UMNO didakwa menurut satu sumber cuba memberi tekanan kepada bekas OCPD ini melalui agensi kerajaan untuk menghalang kehadiran beliau ke tempat ceramah PAS.

Terdapat individu-individu tertentu cuba menakutkan beliau ,pencen beliau yang hampir RM4000 akan hilang jika terus menyokong PAS.

Kelmarin beliau secara tiba-tiba tidak jadi berceramah di Kampung Salak Baru,Trong walaupun beliau telah berada di Kg Salak Baru.Mungkinkah ini juga satu tekanan ke atas bekas OCPD itu?

Bekas Pengarah JPN berceramah bersama Nizar 25 November ini.

Dato' Adnan Ibrahim bekas Pengarah Pelajaran Negeri akan berceramah di Dun Trong,Parlimen Bukit Gantang pada 25 November ini.Beliau akan berceramah bersama 3 orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Pertama kali dalam sejarah tiga orang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berceramah secara bersama di Parlimen Bukit gantang.

RM100 hanya terselit di celah gigi-Subky Latif

PERDANA Menteri Najib melalui bajetnya memberi RM500 kepada setiap keluarga miskin dan timbalannya, Muhyiddin Yassin pula memberi RM100 kepada setiap murid sekolah.

Tidak kira apakah ia pemberian bulanan atau tahunan, tetapi pemberian itu adalah bagi meringankan keperluan keluarga miskin dan persekolahan anak-anak kita.


Ada pun pemberian kepada murid-murid itu, bolehkah ia tidak berbangkit lagilah anak tidak bersekolah kerana tidak ada perbelanjaan dan tidak ada lagi murid-murid ke sekolah tanpa duit poket untuk ke kantin semasa rehat.


Jika dikatakan untuk meringankan beban kehidupan, akan tepat sasaran itu kiranya ia pemberian bulanan, tetapi kalau untuk tahunan tidak ada apa yang dapat diringankan.


Sebagai pemberian tahunan, setiap murid dapat kurang dari 50 sen bagi setiap hari bersekolah. Bagi keluarga miskin pula dapatlah kira-kira RM 1.50 sen sehari.


Dibandingkan dengan kenaikan harga barang yang melambung beberapa kali setahun dan perbelanjaan hidup yang bertambah mahal, maka pemberian itu jadi makanan yang terselit di celah gigi saja.


Ada pun semua pemberian tetap baik untuk murid mahupun kepada keluarga miskin, tidaklah pernah dibuat selama ini.

Selama ini semasa negara kita belum membangun sehingga ke peringkat sedang membangun, keadaan kemiskinan adalah tinggi, tidak pernah kerajaan beri duit poket kepada murid sekolah dan orang-orang miskin secara terus.

Ada kerajaan menyediakan peruntukan melalui jabatan kebajian untuk orang miskin tegar, ibu-ibu tunggal yang daif, terutama yang kurang upaya.

Ada berupa bantunan bulanan atau untuk beberapa bulan sekali. Semua pemberian itu adalah secara terpilih dan mereka yang meminta saja. Yang tidak minta dan tidak sanggup berlulang ke pejabat kebajikan, nescaya tidak merasa apa-apalah.

Tetapi kerajaan Najib ini bermurah hati pula. Dia sedia beri kepada semua fakir miskin. Tidak secara pilihan lagi. Asal fakir dan miskin berhak dapat. Daftar sajalah kepada institusi tertentu.

Mungkin pemurah Najib itu didorong oleh sikap isterinya tidak lokek dan tidak sayang duit untuk berbelanja, maka antaranya dilimpahkan kepada fakir dam miskin yang memerlukan.

Tetapi yang sanggup diberi pada hari ini ialah kira-kira 50 sehari bagi hari bersekolah kepada setiap murid dan sekada RM1.50 sehari bagi satu keluarga fakir. Itu yang terdaya kerajaan bagi.

Dulu kerajaan tidak rasa wajib memberi kepada setiap fakir. Tetapi untuk tahun 2012 ini kerajaan bersetuju memberinya sekali pun sekadar yang disebut tadi.

Bersyukurlah sekali pun tidak sebanyak mana. Dari tak ada langsung, baiklah ada sekali pun sekadar10 sen sehari.

Kerana apa kerajaan sanggup bagi RM500 kepada fakir dan RM100 kepada murid?

Mungkin kerana kerajaan sekarang terasa lebih senang sedikit dari masa-masa lalu. Dulu kerajaan tidak sanggup dan tidak dapat menimbangkannya, mungkin kerana tidak cukup duit.

Atau mungkin juga kerajaan di masa lalu mengira rakyat masih sanggup menampung keperluan mereka walau sefakir mana sekali pun. Ertinya rakyat masih boleh berikhtiar dan tidak pernah rasa terdesak untuk berjumpa along.

Tetapi dengan tahap negara hampir mencapai taraf negara maju, rakyat sudah tidak terdaya lagi hidup sekali pun terpaksa bergantung kepada sabsidi yang mula dikurangkan dari semasa ke semasa.

Memang kenaikan harga barang yang tidak tertahan itu menyebabkan rakyat berada di atas paras kemiskinan menjadi orang miskin, orang miskin jadi miskin tegar. Kiranya di bawah miskin tegar itu ada pula fakir, maka inflasi dan stagflasi menjadinya fakir.

Selama ini ketika jauh dari tahap negara maju, kerajaan tidak memberi laut kepada yang memerlukan laut, tetapi memberi mereka pancing supaya tahu mencari lauk sendiri.

Tetapi bertambah menghampiri negara maju, kerajaan terpaksa beri pula RM100 setahun kepada setiap murid, dan RM500 pula kepada setiap si miskin. Ertinya kerajaan terpaksa beri lauk pula, tidak lagi memberi pancing.

Selepas 54 tahun merdeka kerajaan bukan saja tidak beri pancing kepada rakyat tetapi terpaksa mengadakan lauk. Adakah teruk sangat rakyat sekalian?

Atau ia satu pemberian untuk menghadapi PRU 13? Tidakkah ia tanda-tanda kerajaan BN dan pemimpinnya sudah miskin dengan idea dan tindakan?

Saturday, November 19, 2011

Muhyiddin Yassin flip-flop-tugas 9 jam mansuh.

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Selepas didesak pelbagai pihak, akhirnya kerajaan mengumumkan projek printis guru bekerja sembilan jam dimansuhkan.


Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia pada satu sidang media di Labuan semalam.


Beliau berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.


Sebelum ini, beberapa pihak termasuk PAS menggesa kerajaan memansuhkan cadangan tersebut yang disifatkan 'mengainaya' warga pendidik.


Selain itu, perlaksanaan sistem itu juga didakwa boleh menjejaskan fokus guru kepada pengajaran murid di sekolah.


Isu berkenaan juga sebelum ini turut disuarakan dalam perbahasan di Dewan Rakyat.


Dianggarkan seramai lebih 5,000 guru dan 104 sekolah di seluruh negara terbabit dalam projek perintis tersebut dengan guru sebelah pagi bertugas di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan guru sebelah petang bertugas pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.


Ianya akan dilaksanakan di Sarawak dan bakal diperluas di Melaka, Pahang dan Johor.


Selain parti politik, tindakan kerajaan itu juga dibidas Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kerana didakwa membuat keputusan tanpa berbincang dengan mereka.


Presiden NUTP Hashim Adnan dalam bantahannya sebelum ini menyifatkan tindakan tersebut 'boleh mematahkan semangat guru' disamping tidak praktikal kerana beberapa faktor.


Antaranya, sistem 2 sesi persekolahan yang masih dilaksanakan di kebanyakan sekolah.


Cadangan itu juga katanya, akan menambah beban dan tekanan kepada golongan pendidik yang tanggungjawab mereka selama ini tidak terhad kepada mendidik sahaja tetapi turut terlibat dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan kemasyarakatan.sumber harakahdaily.net

Friday, November 18, 2011

Terdapat provokasi halang bekas OCPD Slim River berceramah di Bukit Gantang.

Tuan Haji Abdullah Umar ,bekas OCPD Slim River yang dinantikan ketibaan beliau di Kg Salak Baru,Trong oleh penduduk Trong ,kini sangat dikhuatiri UMNO.

Ceramah beliau dikatakan cuba diprovakasi oleh pihak musuh politik PAS.Laporan polis telah dibuat dengan banner ceramah PAS oleh pihak tertentu di Balai Polis Trong.

Sehingga ini , didakwa satu papan tanda 1 Malaysia telah disembur cat dan terdapat usaha untuk mendakwa penyokong PAS yang melakukannya.

Bekas OCPD Hj Abdullah Umar akan berceramah mengapa beliau menyertai PAS tidak UMNO.

Lagi ahli UMNO Bukit Gantang ditipu,ditipu pula orang UMNO?



Kisah Abang Mohd Akhir seorang OKU pendengaran menerokai tanah seluas 0.75 hektar ditepi jalan keKuala Trong masih berterusan.

Beliau telah mengusahakan tanah tersebut sejak 1998 ditanam pisang ,sayur dan pokok buah buahan.Hasil dari tanah tersebut hampir menjadi pendapatan utama menanggung keluarga beliau.Di samping itu , isteri beliau membuka warung minuman berdekatan Masjid Pekan Trong.

Menurut apa yang dikatakan oleh Mohd Akhir bin Shafii melalui anak dan isterinya,pada tahun 2002 beliau telah ke PDT Taiping dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan keatas tanah itu .Lantas beliau me majukan permohonan,tarikh sebenar beliau tidak dapat meingatinnya dan sekali lagi dalam tahun 2007 beliau ke PDT untuk mengetahui perkembangan permohonan beliau . Dimana beliau terkejut dengan makluman pegawai tiada sebarang permohonan keatas tanah itu ,beliau terus membeli plan dan sekali lagi pada tahun 2007 Mei beliau mengemukakan permohonan sekali lagi dimana (ada salinan dokumen ).

Beliau yang yakin sebagai Ahli UMNO permohonan akan dilayan turut juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 .

Difahamkan berlaku satu kejadian seorang pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari Ahad 27 Mac 2011.

*Pegawai PDT itu memberitahu isteri beliau tiada sebarang permohonan keatas tanah itu sehingga 2003 oleh sesiapa pun,mendengar itu isteri beliau bersama anaknya terus ke PDT pada 29 Mac 2011.

Setelah berbincang di Pejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan bernama Encik Harun dengan tidak memberi alasan.

Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada Mac lalu menawarkan RM5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu tanah tersebut..

HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.

Bekas Ketua Polis Daerah (OCPD) Hj Abdullah Umar akan berceramah mengapa UMNO perlu ditolak?


Bekas OCPD Slim River ,Tuan Haji Abdullah Umar
akan berceramah di Kg Salak Baru, Trong,Jalan Trong-Beruas pada hari esok 20 November 2011.

Ceramah akan bermula pada pukul 9.15 malam.

Beliau akan berceramah dengan Ustaz Idris Ahmad ,Pengarah Tarbiyyah PAS Pusat.Ceramah di sebuah kampung yang kini PAS mempunyai cawangan ,dijangka menarik perhatian penduduk sekitar Trong.

Thursday, November 17, 2011

Unit D 7 Polis Ipoh sudah buat kesilapan besar menzalimi anak penulis.

Kelmarin 17.11.2011, hari lahir penulis.Tapi hampir 6 jam berada sekitar balai polis daerah Ipoh ,untuk menunggu anak yang dizalimi anggota unit D 7.

Anak penulis tanpa pengetahuan penulis telah direman atas kes pergaduhan dekat sekitar Ipoh .Beliau sewaktu kejadian berada bersama seorang pegawai penyiasat untuk melaporkan kejadian pecah rumah yang didudukinya.Hal ini dapat disahkan melalui pegawai penyiasat(I.O).

Namun unit polis D7 Ipoh telah memanggil anak penulis pagi-pagi buta pada 17 .11.2011.Anak penulis yang mengingatkan dirinya sebagai saksi telah pergi ke IPD Ipoh seorang diri.Akhirnya ditahan reman untuk selama tiga hari tanpa pengetahuan peguam dan penulis.Budak baru berumur 19 tahun,pelajar pula,kena "gertak" pula sudah tentu takut dan tak tahu hendak buat apa.

Kesilapan unit D 7 memanggil anak penulis tanpa pengetahuan penjaganya. Tanpa pengetahuan peguam.

Penulis mencari maklumat di mana lokap yang ditahan.Siapa pegawai penyiasat.Akhirnya berjaya juga untuk membebaskan anak dengan jaminan lisan . Tindakan penulis merujuk peguam dan Pusat Khidmat DS Nizar. Namun begitu kena hadir pada 17 Disember,Sabtu ke Mahkamah Majestret Ipoh.

Kesimpulannya polis sendiri meminta mereka dibenci rakyat.Dulu penulis juga sewaktu 19 tahun, ,pelajar tingkatan 6 atas juga dizalimi dan dianiya atas kes yang tidak dibuat.Kena berada kawad cam kes rogol,balai yang sama dengan anak penulis direman.

Anggota polis yang menzalimi anak penulis dan penulis semoga menerima taufik dan hidayah.Semoga mereka insaf dan bertaubat atas kesalahan mereka.

Wednesday, November 16, 2011

Kembalikan Cikgu Maarof ke sekolah asal- DS Nizar.

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Kementerian Pelajaran didesak supaya mengambil langkah wajar dengan mengembalikan semula Cikgu Maarof Muttalib ke sekolah asalnya yang terletak di kawasan Dun Tenang di Johor.

Desakan itu dibuat atas alasan dakwaan arahan pertukaran Maarof dari sekolah asalnya ke sebuah sekolah kerajaan di Tanjung Pengelih tidak sah, malah penuh kekeliruan dan tanda tanya dari pelbagai pihak.


Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, arahan pertukaran ke atas Maarof dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab pada bulan Jun tahun lalu.


Menurutnya, bagaimanapun Cikgu Maarof dikatakan didapati bersalah setelah Jawatankuasa Tata Tertib mengadakan mesyuarat pada bulan September tahun lalu.


Katanya, dengan itu, arahan tersebut ternyata penuh dengan kekeliruan dan tanda tanya kerana ia dibuat sebelum Maarof disahkan bersalah oleh jawatankuasa itu.


"Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke sekolah asalnya di Tenang," katanya ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.


Arahan pertukaran ke atas Maarof, menurut beliau, berlaku apabila isterinya (Normala Sudirman) terlibat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang mewakili PAS tahun lalu.


Katanya, arahan tersebut ternyata amat merumitkan Maarof memandangkan jarak sekolah asalnya di Tenang ke sekolah barunya di Tanjung Pengelih agak jauh sehingga sekitar 250 kilometer.


"Manakala isteri dan keluarganya tinggal di Tenang," kata mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak.


Disebabkan keadaan itu, beliau yakin arahan pertukaran tersebut mempumyai motif tertentu, memandangkan ia dibuat setelah isterinya terbabit dalam pilihanraya," katanya.


Andaian tersebut, tegasnya, diperkuatkan dengan tarikh arahan pertukaran itu dikeluarkan yang jauh mendahului rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tata Tertib terbabit.


"Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?" tegasnya sumber harakahdaily.net

Tuesday, November 15, 2011

Program muslimat seperti ini buat YB Hamidah Osman marah.


Dewan Muslimat PAS Perak akan mengadakan Majlis Makan Malam dan Pentas Wanita pada 19 November di Dewan Perhimpunan Cina Kampung Koh, Sitiawan Perak.



Antara objektif program yang bakal diadakan adalah untuk mengumpul dana tabung Dewan Muslimat PAS Perak bagi menghadapi pilihanraya ke 13. Di samping itu juga, ceramah penerangan berkenaan isu-isu semasa turut diadakan untuk semua masyarakat setempat sekaligus dapat mengeratkan hubungan diantara pemimpin Pakatan Rakyat bersama rakyat.


Program ini juga menjemput YB Lim Pek Har (Adun Menglembu DAP), Cik Siti Aishah (Ketua Srikandi PKR) dan Cik Kumutha (Ketua Wanita DHPP) sebagai penceramah jemputan. Ketua Dewan Muslimat Pas Perak yang juga merangkap pengarah Program Majlis Makan Malam dan Pentas Wanita, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, program seperti ini diadakan untuk mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja lagi. Tambahnya juga, dengan sesi penerangan yang akan disampaikan dari pimpinan Pakatan Rakyat harap dapat membuka mata kepada rakyat tentang penipuan isu-isu yang dimainkan oleh Kerajaan Barisan Nasional di dada-dada akhbar dan televisyen.



Program bakal bermula pada pukul 8:00 malam dengan sajian makan malam dan acara kemuncak iaitu Pentas Wanita akan bermula pada pukul 9:00 malam. Kupon dijual dengan harga RM 10 sahaja.


Justeru Ketua Dewan Muslimat Pas Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk pembelian kupon, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :0135345349/ 0195597066 ( PAS Perak ).



Bagi yang ingin menyumbang dalam usaha untuk menambah Dana Pilihanraya Dewan Muslimat Pas Perak, anda boleh menyumbang ke Akaun Bank Islam Dewan Muslimat Pas 08040020075442.

Guru antara janji Pakatan Rakyat RM500 dan janji BN kerja 9 jam.

Pilihanraya ke 13 pada kali ini menarik.Dua tawaran dibuat daripada dua belah pihak BN dan PR.

PR menawarkan RM500.00 imbuhan bulanan kepada para guru atas kegigihan mereka mendidik rakyat.

Sementara itu ,BN menawarkan kerja 9 jam ,ditambah dengan kerja guru yang sebenarnya melebihi apa yang difahami Muhyiddin Yassin.

Sekarang para guru mempunyai pilihan untuk menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat .Di samping itu boleh juga memilih BN sekali lagi dalam PRU 13,tanpa memberi peluang Pakatan Rakyat membuktikan kemampuan memerintah.

Dato Adnan Ibrahim,bekas Pengarah JPN Perak akan gempur Bukit Gantang.


Datuk Adnan Ibrahim , bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Perak berceramah sambil menunjuk pemutar skrew bagi membuktikan salah urus tadbir kerajaan berdasarkan laporan audit negara di Sauk, Padang Rengas.
Dato' Adnan Ibrahim ,bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak akan berceramah di Parlimen Bukit Gantang pada 25 November 2011 ini.

Beliau dijangka akan berceramah bersama DS Nizar, Ustaz Misbahul Munir,Hj Razman Zakaria pada pukul 9.15 malam ,bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat AP,Pekan Trong.

Monday, November 14, 2011

YB Raja Ahmad Zainuddin ,tak berpeluang jadi Menteri Besar Perak

Raja bola pada masa dulu YB Raja Ahmad Zainuddin ,kini tiada berpeluang untuk menjadi MB Perak. Dahulu namanya bersaing dengan Hamidah Osman untuk jadi MB Perak. YB Raja Ahmad diperintah membayar gantirugi oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, kepada PKINK sebuah perbadanan Kerajaan Kelantan.

Reputasinya telah tercemar. Silap haribulan,menjadi calonpun sudah tipis.Dia menang pun majoriti kecil dengan calon PAS Ustaz Nazri Din,di Kubu Gajah,dalam parlimen Larut.

KUALA LUMPUR, 14 Nov:
Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).


Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.


Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .


Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .


Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.


Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.


Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.


Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.


Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .


PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .sumber harakahdaily,net

Sedih,Cikgu ditumbuk penjaga murid.

Minggu ini penulis berkursus. Tapi penulis mendengar berita terdapat di sebuah sekolah dalam LMS ,seorang guru ditumbuk penjaga murid.

Yang menumbuk dan yang menjadi mangsa,,dari kaum yang sama.Tidak timbul soal perkauman.

Penulis diminta untuk menggunakan budi bicara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk membantu mendamaikan kedua pihak.

Penjaga yang menumbuk dari Parlimen Bukit Gantang dan guru itupun duduk dalam parlimen Bukit Gantang.

Dalam keadaan berkursus ini,penulis tidak dapat membantu dengan kadar segera.Penulis berpengalaman mendamaikan penjaga murid dengan pihak pentadbiran sekolah sebelum ini.


Sunday, November 13, 2011

Ujian untuk Ketua Srikandi PKR -dulu diugut,sekarang kereta dicuri.

SHAH ALAM, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.


Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.


"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.


"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.


Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.


"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.


"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.


Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.


Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.


Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.


"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Hudud tuntutan agama atau politik PAS



Hudud antara tuntutan agama atau politik. Pada malam ini kita saksikan kupasan menarik oleh ahli panel .

Saturday, November 12, 2011

Artis Baru Terbaik ,Najwa terlupa nama bapanya Muhyiddin Yassin

Najwa Muhyiddin Yassin menang anugerah Lagu Inggeris Terbaik dan Artis Baru Terbaik dalam AIM 2011 yang disiar secara langsung melalui Astro Ria.

Amat malang nama Muhyiddin Yassin tidak disebut.Sewaktu pengumuman sebentar tadi pengacara hanya menyebut nama Najwa.

Najwa pun tidak memberi penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri itu.Najwa hanya memberi penghargaan kepada ibu dia dan kaum keluarga.

Kasihan Najwa dan kasihan Muhyiddin Yassin ,masing-masing tidak mahu mengaku bapa dan anak?

UMNO selalu jadikan cikgu bahan eksperimen.

Cikgu dan para pelajar selalui dijadikan bahan ujikaji. Setiap kali tukar menteri,setiap kali terdapat dasar baru.Bertambah pula Menteri Pelajaran satu jawatan untuk naik pangkat jadi Perdana Menteri.


Nasihat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini ,supaya para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.


Siapa yang panik para guru ,pelajar dan Muhyiddin Yassin atau NUTP ?

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.


Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

Friday, November 11, 2011

Guru kerja 9 jam sehari,idea bodoh Muhyiddin Yassin.

ALOR SETAR 11 Nov. - Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).


Presidennya, Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.


Katanya, pihak NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.


Jelas beliau, pihaknya menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.


"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.


"Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi. Hadir sama, Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng.


Menjelaskan lebih lanjut, kata Hashim, tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.


"Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini.


"Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.


Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.