Thursday, September 30, 2010

Minggu ini minggu jamuan raya-SB kalut nak tau di mana!

Minggu ini 3 Oktober ,Parlimen Bukit Gantang kaya dengan jamuan raya.Namun begitu DS Nizar tidak bersama kita pada hari itu kerana ,jamuan raya PAS Pusat dan juga mesyuarat PAS Pusat.

SB pun sibuk bertanya dimana terdapat jamuan raya.Siap bertanya DS Nizar ,turut serta atau tidak ke jamuan raya.

Dalam kesibukan kita untuk menguruskan jamuan raya,pastikan kaunter daftar pemilih baru disediakan.Kaunter jadi ahli Pas boleh disediakan.

Makan makan juga ,jadi pengundi jangan lupa.Di samping itu ,semak daftar pemilih apabila dibuka.Nanti apabila PRU nama tiada ataupun mengundi jauh di pedalaman.Salah kita kerana percaya sangat dengan SPR.

Tengku Razaleigh Calon BN Dun Galas Untuk Pastikan BN Menang.

Buat pertama kalinya Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO tidak menjadi Pengarah Pilihanraya Kecil untuk parti mereka.

Kini hanya Ketua Bahagian Tengku Razaleigh yang menjadi Pengarah PRK Dun Galas.Mungkinkah Muhyiddin Yassin ingin melarikan diri dari tanggungjawab.Mungkin congak mereka BN akan kalah,jadi Ku Li perlu dijadikan mangsa.

Namun begitu kita diberitahu teman-teman dari MCA ,UMNO akan meletakkan Tengku Razaleigh sebagai calon PRK Dun Galas.Jika calon lain ,BN tidak punya harapan.

Teman MCA itu berhujah untuk survival BN terus dianggap diterima rakyat,Ku Li calon terbaik untuk BN.Semua pengundi boleh menerima Ku Li ,tetapi jika calon lain.UMNO boleh mengucapkan selamat tinggal.

Wednesday, September 29, 2010

Jadikan setiap diri kita Ketua Penerangan -Ustaz Idris Ahmad


Ustaz Idris Hj Ahmad sedang berucap di Majlis Jamuan Idulfitri Pas Changkat Ibol,Kawasan Bukit Gantang.


26 September-
Ustaz Idris Ahmad meminta kita semua menjadi Ketua Penerangan.Kita semuanya boleh menjawab isu yang timbul oleh UMNO atau musuh politik kita.

Beliau memberi contoh isu I'Da world yang memberi Pas RM 4 bilion."RM 4 bilion boleh bagi ,tapi gigi rongak sebatang pun tak boleh buat"sindir Ustaz Idris.

Bagi isu seperti ini yang duduk di Bukit Gantang pun boleh berhujah ,menurut Ustaz Idris.Justeru itu tegas Ustaz Idris lagi ,kita diperingkat akar umbi boleh menjadi Ketua Penerangan ,untuk membalas hujah dangkal UMNO.

Tuesday, September 28, 2010

Tok Guru Jadi Imam Solat Perkara Biasa-Angkat Jenazah Baru Nampak.


Sunnah nabi:Tok Guru Nik Aziz sedang mengangkat jenazah Allahyarham Che Hashim Sulaima.Jenazah Allahyarham Adun Galas disembahyangkan di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang .Tok Guru Nik Aziz mengimamkan solat jenazah awal pagi tadi.
Tazkirah Tok Guru semua orang akan mati termasuklah pemerintah.Jadi beringatlah kita.
gambar:blog pasforall

UMNO ibarat pokok nak tumbang ditempek slogan 1 Malaysia.

UMNO ibarat pokok hendak tumbang,ditambal pelbagai baju dan penongkat supaya tidak tumbang.Salah satu tongkatnya 1 Malaysia.
Orang Cina dan India sudah menolak UMNO kenapa kita orang Melayu masih terhegeh-hegeh dengan UMNO. Kita minta orang Dun Galas jangan terpegaruh dengan baiknya UMNO.Setiap detik kita lawan UMNO.UMNO tak perlu diberi nafas untuk hidup.
Apa UMNO tak buat untuk tindas Islam dan kaum lain.Hanya Perkasa dan Mahathir sahaja sanggup mati dalam UMNO.

Monday, September 27, 2010

Karekter Nizar Cuba Dimatikan Di Dun Pasir Panjang dan Bukit Gantang- Dato'Halim

Dato' Abdul Halim Abdul Rahman Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat sedang menyampaikan amanat kerja kepada para petugas Jentera Pilihanraya Pas Kawasan Bukit Gantang
DS Nizar ,YDP Ustaz Nordin Jaafar dan Dato'Halim diupacara pembukaan konvensyen pilihanraya 2010 bertempat Markaz Tarbiyah Pas Perak,Air Kuning Taiping.

Taiping,26 September-

Dato Abdul Halim Abdul Rahman Pengarah JPP Pusat meminta petugas pilihanraya Pas Bukit Gantang meneruskan usaha untuk mempertahankan Bukit Gantang.

Beliau merayu jentera parti di peringkat peti undi untuk mendaftar sebanyak boleh pengundi baru.Dato' Halim menerangkan UMNO berkemampuan dan sudah berjaya membawa masuk pengundi baru di Parlimen Bukit Gantang.

"Jika pilihanraya sekarang PAS akan kalah di Bukit Gantang"tegas Dato ' Halim."Nizar akan kalah walaupun bertanding'ujar Dato Halim lagi.

Justeru itu beliau mengharapkan jentera parti diperingkat peti undi untuk membantu Pas Kawasan dan Jabatan Pilihanraya Kawasan untuk mendaftar pengundi baru.

Dato Halim juga menyentuh jika DS Nizar bertanding di Dun Pasir Panjang ,DS Nizar akan kalah kerana sebanyak 3,700 pengundi baru didaftarkan oleh BN.

Dato' Halim juga meminta jentera parti membuat penyemakan daftar pemilih untuk membantah pengundi yang kita tidak kenali. Misalnya Dato Halim memberi contoh Parlimen Tanah Merah Pas berjaya membuat bantahan ,jika tidak PAS akan kalah ditiga Dun.

"Karekter DS Nizar cuba dimatikan oleh UMNO"tambah Dato Halim lagi."Umno tidak mahu Nizar pemimpin muda menang di Pasir Panjang dan Bukit Gantang"tegas Dato Halim lagi.

Jadi beliau mengharapkan petugas parti membuat kerja mendaftar pengundi baru dan unti peti undi semua peringkat perlu dihidupkan.

Sementara itu kita difahamkan Umno berjaya membawa masuk pengundi baru di Dun Changkat Jering sebanyak 2000 orang.Semuanya untuk memastikan Ketua Umno Bahagian Rosli Husein menang di Changkat Jering.


Sunday, September 26, 2010

BN letak calon UMNO di DUN Pasir Panjang Untuk Lawan Nizar

UMNO kini dfahamkan sudah bertungkus lumus untuk bertanding di Dun Pasir Panjang,Parlimen Lumut.Kini Adun Trong Rosli Husein sudah seperti cacing kepanasan kerana kerusi Changkat Jering bukan kerusi selamat untuk UMNO lagi.

Dalam satu ucapannya di Konvensyen Pilihanraya Pas Bukit Gantang kelmarin ,Nizar menjelaskan Zambry telah memberi tumpuan di Dun Pasir Panjang.Beliau menekankan lagi Dun Trong dalam Parlimen Bukit Gantang akan diberi kepada calon MIC .

Sementara itu menurut Dato Abdul Halim Abdul Rahman Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Pusat sebanyak 3,700 pengundi baru telah dibawa masuk oleh UMNO di Dun Pasir Panjang.

Jelas ,UMNO cuba menghalang kemaraan DS Nizar dalam politik Perak.Nizar ikon rakyat ,bagi UMNO perlu dimatikan karekter politiknya.

Dia setiap hari ingat bekerja untuk jatuhkan UMNO

Zaini berbaju merah sedang berbual dengan Yoep Mi.Berbadan besar itu Ustaz Zulkifli Ahmad.
Keterangan gambar berbaju merah Zaini Air Kuning dan berketayap putih Yoep Mi Kuning Sari.Bergambar "dibillboard" Jamuan hari raya Ahli Parlimen.


Apabila Dato' Halim Pengarah Pilihanraya Pas Pusat meminta kita bekerja untuk kita capai sasaran ke Putra Jaya,tiba-tiba kita teringat dua sahabat di atas.Mereka petugas parti atau amilin yang ikhlas dengan perjuangan.Mereka berdua antara yang boleh dipanggil bertugas bila-bila masa.

Bagi kita dengan Zaini Air Kuning ,biasa tampal poster waktu siang dan malam .Beliau tak takut.Ada satu masa terdapat ahli UMNO kurang ajar ,beliau mahu tampar sahaja pemuda itu.Tetapi kita yang bersama dia pada masa itu ,berlembut dan tidak gopoh beliau tidak sempat untuk menampar ahli UMNO itu.

Bagi Zaini Air Kuning ,UMNO ini jahat.Kalau tak kenapa ambil kerajaan melalui rasuah dan rampas serta "culik" Osman Jailu. Zaini ini masa PRU 12 ikut kita kempen untuk Osman Jailu.Sanggup cuti seminggu untuk kempen Osman Jailu di Air Kuning.

Zaini setiap hari sentiasa ingat untuk menjatuhkan UMNO,kerana dia tahu UMNO itu jahat.

Saturday, September 25, 2010

UMNO hayat dia tinggal nyawa-nyawa ikan-Nizar

Banyak yang bertanya pandangan DS Nizar tentang Mahathir.Kita jawab tunggu pada program Pas Bukit Gantang pada 26 September ini.Jika berpeluang tanya sendiri DS Nizar di jamuan raya jika DS Nizar sampai nanti.Untuk masa sekarang kita baca pandangan Nizar sewaktu merasmikan buku kartun Zunar yang disiarkan dalam harakahdaily.net.


Nizar dalam ucapan perasmian buku kartun karya Zunar menyifatkan tindakan pihak polis menyerbu dan merampas buku-buku Zunar serta menahannya untuk disoal siasat sebagai menunjukkan 'kekartunan' mereka.

"Apabila pihak polis bertindak begini dan mahu mengharamkan buku kartun Zunar, ini merupakan satu tindakan yang menujukkan 'kekartunan' mereka.


"Adakah negara ini mahu kembali ke zaman 30 hingga 40 tahun ke belakang? Kalau mereka haramkan buku ini pun, orang tetap boleh dapat daripada pelbagai sumber khususnya daripada internet," kata Nizar yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang.


Nizar secara berseloroh mencadangkan agar istilah Cartoon-O-Phobia dimasukkan ke dalam Wikipedia agar rakyat mengetahui maksudnya bahawa kerajaan takut pada kartun.


"Kita mintak buat Wikipedia Cartoon-O-Phobia supaya bila kita tengok sahaja, kita boleh tahu apa maksudnya.


"Kita jugak secara senyap dan lembut berterima kasih kepada (Datuk Seri) Hishammuddin kerana turut mempromosikan buku ini, daripada orang tak tahu, jadi tahu mengenai buku ini," katanya yang turut disambut dengan gelak tawa hadirin.


Menurutnya juga, Umno Barisan Nasional mula menyedari bahawa zaman kegemilangan mereka bakal berakhir dan mula melakukan tindakan untuk mengugut rakyat terutanya golongan muda yang mula menyokong Pakatan Rakyat.


"Ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda menyokong Pakatan Rakyat. Mereka mahu supaya perubahan besar dan mereka sedar di atas kezaliman yang berlaku di negara kita hasil buatan Umno Barisan Nasional dan mereka dapat kesedaran itu melalui kartun-kartun yang dilukis Zunar.


"Umno sekarang ini berada dalam suasana akhir hayat. Hayat dia tinggal nyawa-nyawa ikan. Biasanya manusia ini kalau dia sampai ke tahap akhir hayat, dia akan buang tabiat dan buat sesuatu yang melucukan," katanya.

Friday, September 24, 2010

Pengetua Rasis-Guru Veteran Meracuni Guru Baru

Minggu ini kita diberitahu teman guru,sekolah mereka mengadakan kursus LADAP.Mereka menyatakan baca buku kena dan kursus pun kena. Zaman Muhyiddin Yassin macam-macam ada.

Seorang teman guru memberitahu kita di sekolah beliau terdapat seorang pengetua rasis?.Teman guru memberitahu kita pengetua sekolah beliau menyebut terdapat segelintir guru veteran meracuni pemikiran guru muda.Semuanya membolehkan para guru berburuk sangka.

Dahulu guru muda ini rajin dan dedikasi ,tetapi hasil diracuni guru veteran,guru muda tadi telah berubah.Terdapat guru veteran yang terasa hati,teman guru tadi memberitahu guru veteran akan ramai-ramai isi borang tukar kerana protes?

Begitulah kalau jadi pengetua kerana kuota dan jadi ahli parti politik BN.Semua guru tak betul.Apabila diminta tunjuk contoh mengajar yang terbaik ,tak sanggup pula.

Jom Derma Kepada PAS Bukit Gantang -Dapatkan Van Jenazah.


DS Nizar sedang memegang gunting untuk memotong riben tanda perasmian van jenazah,Pas Kawasan Taiping.


Perasmian disempurnakan oleh DS Nizar dengan disambut dengan laungan takbir Allahuakhbar.


DS Nizar menghidup enjin Van Jenazah.

PAS Kawasan Bukit Gantang meminta kita semua menderma kepada akaun kawasan Bukit Gantang untuk projek membeli van jenazah.Para dermawan yang berminat boleh memasukkan derma ke akaun BIMB ,nombor akaun 08040010013314.Setelah masukkan maklumkan kepada kami melalui SMS di talian 019-5403449 untuk perhatian Fadhil.

Jom bantu,hebahkan kepada teman-teman dan taulan.Satu langkah kita membantu rakyat.Duit rakyat untuk rakyat.

Thursday, September 23, 2010

Hakim Yang Berani Walaupun Belum Pencen

Pertama sekali ucapan tahniah kepada Hakim Rozana Ali Yusoff seorang Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).


Kita tidak mahu apabila kita pencen baru tindakan kita dikatakan tidak mengikut perlembagaan dan peraturan.Apabila kita pencen kita pun memburukkan orang lain lalu timbul frasa orang ketiga.Semasa ada kuasa kita lupa semua hukum dan peraturan.


Tahniah Yang Arif Rozana ,anda melihat hukum perlembagaan .


Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Hakim Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.


Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.


Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.


Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

foto-berita:malaysiakini.

Dr Mahathir Antara Nyanyu Atau Nyanyuk

Menurut kamus Dewan nyanyu bermaksud bercakap yang bukan-bukan,meraban dan merepek.Sementara nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak(bukan orang yang sudah terlalu tua),tidak berapa betul lagi(bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Jadi apabila Mahathir masih mengulas kerajaan Nizar kerajaan Cina atau Nizar adalah alat pada orang lain ,mungkinkah Dr Mahathir sudah nyanyu atau nyanyuk.

Mahathir sendiri mengaku “Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,”

Justeru itu apa UMNO telah buat sebaik mereka memegang kuasa selepas Inggeris keluar.Mahathir mahukah anak cucu cicit kita mengutuk Perdana Menteri kita yang telah meninggal dunia atau masih hidup kerana merekalah yang sebenarnya perosak bangsa Melayu.

Ayuh anak muda jangan berfikiran perkauman.Buka minda kita,kita tolak UMNO .Jangan jadikan UMNO pemimpin negara kita.

Zaman Mahathir dan zaman berperdana menteri UMNO berapa banyak anak luar nikah.Berapa banyak orang Melayu menjadi penagih.

Anak kita tetap ingat PPSMI .Dosa Mahathir masih ada.Bukankah ini bercanggah dengan perlembagaan. Itu belum akta I.S.A. satu akta rimba menzalimi orang tidak berdosa.

Rupanya Duit Raya Untuk Kakitangan Kerajaan Duit Petronas?

Baru-baru ini kakitangan kerajaan diberi duit raya oleh kerajaan Najib.Setiap pekerja dan pesara kerajaan dapat.Kakitangan kerajaan dapat RM500.oo .Suka sungguh mereka.

Baru-baru ini kita dikhabarkan oleh DS Nizar,duit raya itu duit Petronas.Kerajaan mana ada duit terpaksa minta Petronas.Petronas pula berketuakan orang baru ,jadi mudahlah urusan Najib.

Nizar juga memberitahu kita Petronas bayar bonus pekerjanya hanya sebulan,sebab duit raya telah diberi kepada kakitangan kerajaan.Banyak kakitangan Petronas merungut.

Cuba kita bayangkan jika petronas disalahgunakan,apa nak jadi dengan rakyat.Rakyat perlu bangkit, sama-sama kita menolong untuk menangkan Pakatan Rakyat.

Dengan itu duit Petronas boleh digunakan untuk kebajikan rakyat.

Kes Pembunuhan Sosilawati Sengaja Dibesarkan-Nizar

DS Nizar menjelaskan kepada kita bahawa isu pembunuhan kes Sosilawati sengaja dibesarkan oleh media pro UMNO adalah untuk menutup isu yang dihadapi oleh mereka.

"Telah tiga minggu isu ini diketengahkan"kata Nizar."Semuanya untuk menutup isu krisis dalam UMNO dan hilang keyakinan komponen BN ke atas UMNO" ujar Nizar.

DS Nizar menjelaskan lagi dengan isu Perkasa dan Ibrahim Ali yang perkauman ,semuanya cuba ditutup media pro UMNO.

Bagaimana komponen BN sendiri tidak lagi mempercayai UMNO,semuanya cuba ditutup dakwa Nizar.

Nizar juga mempersoalkan kematian bunuh diri dan kes bunuh bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz dan kematian Naib Ketua Wanita UMNO yang tidak dibesarkan pihak media.Bagi Nizar jika kes ini dibesarkan akan memberi implikasi kepada UMNO."Jadi kes ini cuba ditutup"tegas Nizar sewaktu berucap merasmikan Van Jenazah di Taiping malam kelmarin.

Nizar sekali mempersoalkan bagaimana senjata api masih boleh dipakai oleh bekas ADUN sedangkan sepatutnya apabila tidak menjadi ADUN ,mereka perlu memulang kembali lesen senjata api itu kepada pihak berkuasa.

Wednesday, September 22, 2010

4 bilion dari I'DA World satu lagi niat jahat musuh- Nizar

DS Nizar menjelaskan isu sumbangan 4 bilion dari I'DA World kepada PAS merupakan satu usaha terancang pihak musuh untuk menjatuhkan imej kerajaan PAS Kelantan.

Beliau mengulas isu 4 bilion sewaktu berucap dalam majlis jamuan hari raya di Masjid Senduk Tengah.

Bagi DS Nizar isu itu sengaja diutarakan untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menghalang kita ke Putrajaya.

Nasihat Nizar kepada kita semua supaya berhati-hati dengan agenda musuh politik kita.Beliau meminta kita terus bekerja mencari pengundi baru agar usaha kita untuk ke Putrajaya lebih berkesan.

Sementara itu menurut satu laporan dalam akhbar,syarikat I'DA World sebelum ini telah gagal untuk memberi sumbangan kepada Persatuan Sukan Lengan Malaysia(MAA) untuk menaja sukan penganjuran mereka bernilai RM2.5 juta.

Sebelum itu lelaki Melayu yang mengaku terkaya itu pernah dilaporkan telah menipu seorang ahli perniagaan bernama MohamD,63 dari JOhor.

Tuesday, September 21, 2010

Berita Bergambar Buat UMNO Tak Senang Duduk -Jamuan Raya Pas Dan DS Nizar

DS Nizar berucap mengalu-alu kehadiran tetamu.Pesan DS Nizar supaya rakyat sentiasa berilmu agar kita tidak ditipu.

DS Nizar sedang mencabut nombor bertuah.
DS Nizar mengalu-alukan kehadiran tetamu pelbagai kaum.Peminat DS Nizar tetap mengambil gambar DS Nizar buat kenangan.
DS Nizar memberi duit raya.
DS Fatimah juga meraikan kanak-kanak dengan memberi duit raya.


Trong- Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang telah mengadakan Jamuan Raya Aidilfitri.Program bertempat di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pekan Trong.

Dianggar 3000 orang telah menghadiri jamuan tersebut.Juadah yang disediakan habis dimakan.Antara menu lemang,laksa ,mi goreng ,cendol dan nasi minyak.Sehingga pukul satu terdapat tetamu yang hadir termasuk YB Ramli Tusin.Namun beliau tidak sempat menjamu selera kerana pelbagai juadah telah habis.

Antara intipati ucapan DS Nizar meminta kita semua tidak memilih UMNO untuk mentadbir negara.Di samping itu DS Nizar mengharapkan kita menjadi bulan lain selain bulan Ramadhan untuk mencari ilmu.Dengan ilmu kita akan dapat memilih perkara itu baik atau tidak.

Bagi DS Nizar UMNO bukan parti yang mampu menjaga rakyat lagi.Beliau memberi contoh pelbagai kes yang terdapat di Malaysia kini.

Monday, September 20, 2010

Apabila Nizar Jumpa Rakyat UMNO Kecut Perut :Jaja pula DS Nizar setakat sumbang RM50?

Kenderaan Pusat Khidmat digunakan untuk pengurusan jenazah Allahyarhamah Robitah Zainuddin yang kembali kerahmatullah pada 17 September lalu.
DS Nizar mendoakan agar jenazah Allahyarhamah Robitah Zainuddin di tempatkan bersama orang beriman.DS Nizar diminta untuk mengimamkan solat jenazah oleh kaum keluarga si mati.DS Nizar menjadi imam solat jenazah di Masjid Changkat Ibol.


DS Nizar apabila bertemu rakyat,UMNO khususnya UMNO Bukit Gantang kecut perut.UMNO tahu aura DS Nizar bukan setakat dalam kalangan orang Tiounghua dan India,malah orang Melayu juga.

Kita sebagai Pegawai Khas DS Nizar sering mendapat maklumat teman-teman kita dari UMNO yang akan melaporkan reaksi pemimpin UMNO.

Contohnya tukang kempen mereka akan menjaja jumlah sumbangan DS Nizar yang tidak seberapa apabila melawat mereka yang sakit atau kehilangan keluarga.

Dakwa seorang wanita" TV3" YB Rosli pun kalau datang lawat orang sakit bagi RM500.00.Kalau Osman Jailu lagi banyak.

UMNO sebenarnya susah hati DS Nizar jika mengetahui penduduk Bukit Gantang sakit atau ditimpa musibah beliau pasti pergi ziarah.DS Nizar kebiasaannya membantu mengikut kemampuan beliau.Kebanyakan yang beliau lawati Ahli UMNO yang tidak dipedulikan oleh UMNO sendiri.Contohnya YB Osman Jailu pun jarang menziarahi penduduk sewaktu senang dan susah .Bertambah pula menjadi imam solat jenazah .

Sunday, September 19, 2010

Mereka tetap datang :Orang Melayu Tetap Bersama Pakatan Rakyat


Kelmarin berlangsung Jamuan Raya Aidilfitri Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Ahli Parlimen Bukit Gantang.Sambutan amat meriah.Pelbagai lapisan masyarakat turut hadir.Juadah yang disediakan habis.Turut serta meraikan rumah terbuka ,Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Abu Bakar Husein bersama Setiausaha Perhubungan Ustaz Misbahul Munir.

YB Khalil Idham Lim Ketua Penerangan PAS Perak turut serta. Pimpinan PKR dan DAP turut sama memeriahkan Jamuan Aidilfitri PAS dan Ahli Parlimen itu.

DS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin .Seperti biasa DS Nizar meminta rakyat menolak UMNO.

foto:sumber blog ahli parlimen

Tahniah Kepada Pimpinan PKR Cabang Bukit Gantang.

Mesyuarat Agung Keadilan Cabang Bukit Gantang 2010
sumber gambar dan berita blog AMK Bukit Gantang.

18hb Sept 2010 menjadi sejarah kepada Keadilan Cabang Bukit Gantang apabila senarai pimpinan baru terpilih pada pemilihan yang diadakan.

Kepimpinan ini berkuatkuasa pada tarikh yang sama hinggalah pada tahun 2013 atau pada pemilihan akan datang (Yang mana sampai dahulu) dan ia jugalah yang akan menerajui pilihanraya akan datang.

Ketua Cabang
ISMAIL BIN YUSOP

Timbalan
ABDUL LATIP BIN ARIFIN

Naib
KHAIRUL AZMAN BIN AHMAD

AJK
TAN KYOO WAT
ABDUL HALIM BIN SEBU
ABDULLAH HALIM BIN ABDUL HAMID
ROSDI BIN MOHAMAD
KAMAL RUZAMAN BIN YUSUF
SAZALI BIN SAAIDIN
LAU TEK HAI
MOHD YUSOF BIN IDRIS
KARTHIGESU A/L THIRUMAL
JAMALUDDIN BIN MOHD NORDIN
HWANG CHEONG KENG
MAJMIN YUS BT MOHD GHOUS
ROZAIDA RAZALI

Saturday, September 18, 2010

Pastikan Anwar Ibrahim Jadi PM dan Nizar MB-Lim Guan Eng

Nizar dan Lim Guan Eng pemimpin harapan rakyat.Kedua-duanya menjadi minat musuh poitik menyekat karier politik mereka untuk melumpuhkan sokongan rakyat kepada PR.

Ucapan Sdr YAB Lim Guan Eng malam kelmarin cukup menarik,beliau berucap selang seli Bahasa Melayu,dan Mandarin.

Beliau menyentuh pemerintah BN yang rasuah dan perkauman.Lim Guan Eng juga memberi penekanan bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat boleh direrima rakyat.

Pertama beliau meminta pimpinan kerajaan mendengar suara rakyat.Lim Guan Eng juga meminta kita semua buat kerja rakyat .Di samping Pakatan Rakyat mesti memberi harapan kepada rakyat.

Akhir ucapannya Lim Guan Eng meminta kita untuk terus bekerja .Semua kita berperanan memastikan DS Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan DS Nizar menjadi Menteri Besar Perak

"Pastikan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan Nizar menjadi Menteri Besar Perak"ucap Lim Guan Eng.

Friday, September 17, 2010

Buaya dua kaki menghabiskan harta negara-Lim Guan Eng

DS Nizar bersama YAB Lim Guan Eng dan Ustaz Nordin Jaafar dalam majlis jamuan DAP Taiping.
Sdr Lim Guan Eng sedang berucap.

Taiping- 17 September:

Sdr Lim Guang Eng menjelaskan terdapat buaya dua kaki yang menghabiskan harta negara.Menurut Sdr Lim Guan Eng selagi buaya dua kaki memerintah rakyat tidak dapat faedah.Beliau memberi contoh Sarawak.Kaya dengan balak,minyak dan pelbagai hasil tetapi Sarawak tetap miskin."Ini kerana terdapat buaya dua kaki" kata Lim Guan Eng.

Bagi Lim Guan Eng negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak terdapat buaya dua kaki,sebab itu contohnya kerajaan Pulau Pinang boleh membantu rakyat .Lim Guan Eng menjelaskan sebanyak 11 juta ringgit dikeluarkan untuk mernghargai warga emas berusia 60 tahun ke atas.Setiap mereka mendapat RM100.00 setahun.

Begitu juga bantuan kebajikan untuk keluarga yang meninggal dunia sebanyak RM 1000.00 untuk pengurusan jenazah.

Menurut Lim Guan Eng bantuan pendidikan untuk sekolah Tamil,sekolah Cina dan sekolah Agama Rakyat juga telah diberi.

Lim Guan Eng ,bantuan untuk rakyat dapat diberi kerana di negeri Pakatan Rakyat tidak mempunyai buaya dua kaki.Semuanya dikembalikan kepada rakyat jelas beliau sewaktu kita temui Lim Guan Eng malam kelmarin.

Sdr Lim Guan Eng berucap malam kelmarin berada di Majlis Jamuan DAP Taiping.Turut serta DS Nizar dan pimpinan PAS Bukit Gantang.

Biar mapus gi lah-TG Nik Aziz

KOTA BHARU, 18 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan.

Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan.

Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS menambah, kaum wartawan tidak wajar memberi sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

“Demokrasi di Malaysia memang langsung berat sebelah.

“Perdana Menteri Malaysia tidak datang merasmikan jalan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka tidak mengundang Menteri Besar, tahu-tahu jalan dan jambatan itu sudah pun selesai dibuka.

“Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu pun, dia tidak mengundang Menteri Besar pada majlis rasmi yang diadakan. Ini demokrasi apa seperti itu, demokrasi mengarut. Belajar di universiti lain, yang buat lain.

“Oleh itu tidak patut kaum wartawan menyokong Umno, tidak patut sokong barang salah. Biar mapus gi lah. Tidak patut wartawan sokong BN,” katanya pada Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Wartawan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Beliau berkata, sepatutnya kaum wartawan menjalankan kempen terhadap Kerajaan Persekutuan supaya turut meluluskan lesen radio dan televisyen bagi memudahkan rakyat mememahami erti demokrasi.

PAS, katanya memohon supaya diberikan lesen radio dan televisyen sejak lama dahulu tetapi hingga kini masih tidak ditunaikan.

“PAS tidak ada radio dan tv, sedangkan negara dikatakan mengamal demokrasi. Demokrasi apa macam itu.

“Tetapi kalau selagi wartawan menyokong perkara salah dilakukan Pusat itu, maka sampai bila pun rakyat dan negara tidak selamat, dan tidaklah pihak berkenaan sewenang-wenangnya menggunakan ISA terhadap pembangkang,” katanya lagi.

Beliau turut mengulas layanan diberikan kepada Utusan Malaysia.

“Akhbar harian Utusan Malaysia dianak tirikan kerajaan negeri ketika bertugas, macam mana tidak diketepikan sebab Utusan berat sebelah,” ujarnya.

Beliau menambah, terdapat pebezaan kandungan akhbar Sinar Harian berbanding Utusan di mana dalam Sinar menyiarkan berita orang PAS dan Umno.

Ekoran itu, beliau melihat sebahagian besar orang kampung sekarang ini jarang membaca Utusan.

“Wartawan yang benar-benar ‘wartawan’ mereka tidak perlu berpihak kepada Pusat. Sepatutnya wartawan turut mengempen sama supaya Pusat memberikan lesen radio dan tetevisyen kepada negeri Kelantan,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof dan Setiausaha Akbar, Ahmad Fadhli Shaari- sumber Harakahdaily.net.

Thursday, September 16, 2010

Sembang Penduduk Kenapa Kes Sosilawati Mudah Selesai.

Baru-baru ini kita ditemui banyak penduduk warga emas yang bertanya tentang kes Sosilawati dan rakan-rakan.

Mereka bertanya adakah ini juga satu kes politik ?Kita diam dan tidak mengulas.

Kita tertarik dengan satu pandangan seorang ,beliau memberitahu dalam keempat-empat orang itu terdapat kaum keluarga mereka yang ikhlas .

Jadi beliau menyatakan dengan berkat Solat Hajat dan Bacaan Yassin ,Allah s.w.t memakbulkan permohonan doa mereka yang dizalimi itu.

Justeru itu pihak yang bertanggungjawab membunuh itu mudah ditangkap dan dikesan polis serta insyaAllah akan dihukum.

Di samping kebanyakan orang bersimpati ke atas mereka yang dibunuh penuh sadis itu,juga mendoakan keselamatan mangsa.

Dengan solat hajat dan bacaan yassin mereka yang ikhlas ,pesalah itu juga akan diadili dan dihukum oleh mahkamah.

Wednesday, September 15, 2010

Bila DS Nizar Nak Mai Jumpa Kita Orang?

Hari ini tidak ke pejabat ,tetapi terdapat urusan keluarga yang perlu diuruskan.Namun begitu sebagai pimpinan Pas Kawasan dan juga Pegawai Khas DS Nizar pergerakan DS Nizar menjadi bualan apabila bertemu penduduk Bukit Gantang.

Seorang penduduk India yang bertemu dengan kita memberitahu .Cukup DS Nizar bersalaman dan bertanya khabar dengan mereka.Mereka berasa puas hati.Mereka bukan minta bantuan pembangunan.Itu urusan pihak berwajib.Mereka tahu selaku Ahli Parlimen peruntukan DS Nizar telah dirampas Ketua UMNO Bahagian.

Teman-teman penduduk Tionghua berkeyakinan mood sokongan masyarakat mereka cukup tinggi.Mereka menyoal kita ,bagaimana orang Melayu.?

Kita memberitahu mereka sepanjang kita mengikuti DS Nizar bertemu masyarakat Melayu khususnya bulan Ramadhan lalu,sambutan amat menggalakkan.Orang muda tetap bersama kita,kecuali yang mendengar radio UMNO dan membaca surat khabar UMNO.

Kita turut menjemput mereka ke jamuan hari raya PAS Kawasan Bukit Gantang dan Ahli Parlimen pada 19 Semptember ,bermula 10 pagi sehingga 1.oo tengahari.

"Jemput mai,di perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen,Pekan Trong."jemput kita.

Tuesday, September 14, 2010

Musa Hassan Polis Pencen

Musa Hassan dihina oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri Hishamuddin Husein.Pada saat hendak pencen pula beliau masih mahu menyelesaikan kes Sosilawati,tetapi tidak sempat.


Siapa tidak kenal Musa Hassan dengan kes konpirasi meranapkan reputasi DS Anwar Ibrahim.Semua orang kenal tilam sebagai saksi mati untuk Hakim"tidak relevan"


Musa seorang pegawai polis yang 'berjasa' menjayakan agenda konspirator Umno untuk menghapuskan karier politik DS Anwar. Sipolan menyebabkan mata lebam DS Anwar dikata orang sampai sekarang.


Pada waktu itu (tahun 1998) Musa berpangkat SAC1 (Senior Assistant Commissioner of Police 1). Masa itu belum dapat Dato' belum dapat Tan Sri.Mungkinkah selepas ini boleh dapat Tun?


Namun disaat akhirnya ,Musa tidak dilayan lagi.Musa kecil hati kerana penamatan kontrak beliau hanya diketahui melalui media massa.


Lihatlah nanti setakat mana perjalanan hidup Musa Hassan dikenang orang.UMNO pun kini tidak mahu mengenang segala jasa beliau selama ini.Paling kurang jika kita pencen tetap dipanggil Cikgu.Musa Hassan sewaktu pencen kita hendak panggil polis pencen jugakah?

Semua dijemput ke rumah terbuka Pas Kawasan dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.

JAMUAN RAYA
Pas Kawasan Bukit Gantang akan mengadakan Jamuan Aidilfitri pada 19 September ini.Program berlangsung bermula 10 pagi sehingga 1 .00 tengahari.

Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai DS Nizar akan berucap .Sambil menjamu selera kita mendengar ucapan pimpinan kita.

Program bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Pekan Trong.

Jamuan Raya Pas Kawasan Bukit Gantang kali ini berlangsung di DUN Trong.Pada tahun lepas di DUN Kuala Sapetang.

Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Bukit Gantang menjemput semua rakyat Malaysia untuk hadir.InsyaAllah kita akan diraikan oleh DS Nizar,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang.

Monday, September 13, 2010

Tugas Besar Tan Sri Ismail Omar IGP-Pembunuhan paling dasyat diawal tugas baru.

Tugas besar Ketua Polis Negara baru Tan Sri Ismail Omar untuk menyelesaikan segera kes pembunuhan penuh sadis Sosilawati dan teman-teman.

Di samping menidakkan kenyataan Musa Hassan yang bersungguh -sungguh mempertahankan terdapat orang ketiga dalam PDRM.

Kita mengharapkan mutu perkhidmatan PDRM bertambah seperti diuar-uar kelas dunia.Polis mesti mesra rakyat bukannya apabila kita nampak polis kita benci dan geram.

Polis mesti bertindak pantas,contohnya terdapat aduan dan laporan ke atas peguam yang disyaki membunuh Sosilawati dan rakan-rakan.Tetapi kita tidak mendengar setakat mana perkembangannya.

Sementara itu menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, sepatutnya Polis sudah boleh mengesan suspek pembunuh lebih awal memandangkan saspek yang juga seorang peguam bergelar 'Datuk' turut dikaitkan dengan kehilangan empat individu setahun yang lalu.

Buat kaum keluarga Sosilawati :Bersabarlah menghadapi ujian.

Semoga kaum keluarga Datuk Sosilawati Lawiya, 47, pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dapat bersabar menghadapi ujian yang paling berat itu.

Kita pun bersimpati dengan keluarga mereka.Satu pembunuhan kejam yang waris mereka tidak tahu di mana kubur saudara terdekat mereka.

Harapan kita juga tidak terdapat orang ketiga seperti dinyatakan Tan Sri Musa Hasan dalam siasatan polis.Pihak polis perlu menyiasat dengan teliti dan cukup fakta serta bukti untuk memulakan pendakwaan.

Kes ini jangan dibiarkan tanpa menghukum mereka yang terlibat dengan undang-undang yang sedia ada.

Saturday, September 11, 2010

Nama Sosilawati Lawiya digunakan untuk menaikkan jualan akhbar yang jatuh merudum.

Kita masih mengharapkan mayat yang rentung ditemui di sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjung Sepat, Morib di sini,bukannya Puan Sosilawati dan rakan-rakan.?Juga bukannya manusia dan haiwan.Jika itu makhluk Allah s.w.t .amat kejam tingkahlaku manusia itu dizaman kita telah merdeka 53 tahun ini.

Polis dikatakan telah menyekat laluan masuk ke Ladang Gadong, di Jalan Gadong, Tanjung Sepat sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di situ memasuki kawasan itu.Kita pun hairan bagaimana maklumat sebegini tragis boleh dicium wartawan Utusan.Sedangkan akhbar lain masih perlahan membuat liputan.Adakah berita ini sekadar untuk melariskan jualan akhbar,bukannya tanda simpati dan empati kepada kaum keluarga mereka yang terlibat.


Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.


Namun buat mereka yang kehilangan keluarga ,kita sedakah bacaan al-fatihah.


Satu SMS amat bernilai untuk kita:jangan cakap sahaja tanpa buat.

Salam seruan jihad syawal.Pastikan anak-anak didaftar sebagai pemilih.Semua Ketua dan Setiausaha Cawangan perlu sahut tanggungjawab operasi daftar pemilih sempena Syawal 1431.Prestasi setakat ini kurang memberansangkan.Daripada YDP.

SMS di atas dikirim Ustaz Nordin Jaafar kepada AJK Kawasan dan pimpinan cawangan.Kita turut mengambil bahagian dengan menyiarkan di sini.SMS ini sesuai dibaca oleh pimpinan PR peringkat negeri dan kawasan/cabang.Seharusnya kita berusaha untuk mencari pengundi baru yang Pro-PR untuk didaftarkan segera.Masih sempat untuk dimasukkan dalam suku ketiga daftar pemilih.

Tak guna kita banyak aktiviti cawangan,banyak dana di cawangan.Tetapi pengundi baru seorang pun kita tidak daftar.

Begitu juga kita berbangga duit kita digunakan untuk menyantuni rakyat.Namun ahli PAS seorang pun tidak bertambah.

Fikirkan buat program menguntungkan perjuangan kita bukannya program syok sendiri.

Pemilihan PKR:hati-hati pengundi hantu.



Pemilihan pimpinan PKR semakin menarik.Salah seorang ahli Pas Abd Rahman Omar nombor keahlian PKR A 070001004 iaitu Setiausaha Pas Cawangan telah menerima notis mesyuarat agung cabang Taiping 2010.

Telah dua kali beliau dipanggil untuk mesyuarat sejak 2009.Beliau menyatakan tak pernah isi borang jadi ahli PKR.

Beliau meminta kita untuk menulis cerita beliau dikatakan jadi ahli PKR Cabang Taiping.Beliau khuatir terdapat pengundi hantu dalam PKR.Beliau tidak mahu pemilihan pimpinan PKR cabang dan nasional disertai pengundi hantu.

Teman Setiausaha Pas Cawangan Sdr Abd Rahman Omar tidak mahu budaya pengundi hantu meresap masuk ke dalam PKR.Beliau berharap jawatankuasa pemilih supaya berhati-hati dengan pengundi hantu jika ada.

Friday, September 10, 2010

Apa nak hairan 100 ribu hadir jamuan raya Najib kita buat pun satu kelas boleh datang.


Gambar Bernama:Kelihatan DS Rosmah Mansor masih tidak bertudung setelah sebulan berpuasa Ramadhan.Turut kelihatan DS Najib dan Muhyiddin Yassin,isteri Muhyiddin anggun bertudung meraikan 100 ribu orang kediaman DS Najib di Putrajaya.

DS Najib buat jamuan terbuka guna duit rakyat bukan duit gaji sendiri.Guna elaun keraian aidilfitri.Jadi kita pun tak hairan ,kita buat rumah terbuka ,satu kelas boleh datang.Guna pula duit gaji sendiri,tak ada pun elaun keraian.

Kalau rakyat tak datang ke rumah terbuka DS Najib,betapa komannya Najib di kaca mata rakyat dan dunia.

Balik Kampung Jumpa Kaum Kerabat

Anak-anak bergambar bersama Tok Wan mereka di Taiping.Maaf yang empunya blog dan isteri tiada dalam gambar.


Kelmarin lagi sudah balik kampung bertemu bonda tersayang dekat Ipoh,di Kampung Ahmad Said,Sg Kati. Sempat untuk bertemu opah yang tinggal bersama Wan Chu dekat Sg Tapah.

Hari ini masih tidak ke mana-mana.Letiih makan lemang dan ketupat.Namun teman -teman semasa kecil dan sekolah tidak ketemui lagi sehingga kini.

Masing-masing beraya di rumah mertua masing-masing.Alhamdulillah masih sempat berblog.

Santai Raya: Jangan sebar SMS nanti maksud salah.

Kita menerima SMS hari raya dari teman-teman.Kita juga menghantar beratus SMS untuk teman-teman dan kaum keluarga.

Dalam banyak-banyak SMS yang dihantar,hanya seorang sahaja yang menelefon balik.Teman itu bekas mantan Ketua Kampung menerima SMS tak lengkap.Lalu beliau mencadangkan jangan sebarkan SMS itu membawa maksud tak baik.

Mana tidak dia menerima SMS some text mising.Telefon koman dan murah mana dapat baca sangat SMS orang lain yang handphone canggih kini.

Kita pula tak sampai hati untuk memberitahu handphone dia ,telefon murah.Takut pula dia kecil hati.

Ayat SMS semuanya sama termasuk kepada YDP dan juga teman-teman sekretariat parlimen.Namun kerana telefon murah,dia tetap salahkan kita.Sampai pesan jangan sebar SMS lagi.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Idulfitri Untuk Teman-teman Pembaca:Satu orang satu undi baru.

Selamat Hari Raya Idulfitri.Moga-moga amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.Moga-moga juga kita akan terus berjuang mencari keredhaan Allah untuk bulan-bulan mendatang.

Moga-moga kita diampuni Allah s.w.t dan tidak mempunyai dosa lagi serta dibebas dari azab api neraka.InsyaAllah.

Tugas kita mencari pengundi baru untuk menyokong pakatan rakyat.Satu orang satu undi baru untuk Pakatan Rakyat.

Jom daftar sebagai pengundi baru. Menegakkan kerajaan yang adil dan menolak kebatilan satu jihad paling besar.Jadi Badar al Qubra satu contoh untuk kita terus berjuang.

Maaf zahir batin.Minal aidin walfaizin.Kullu amm,Kuntum bil khair.

Wednesday, September 8, 2010

Kes Superimpose:Samanlah Saya Sedia Hadapi Di Mahkamah-Nizar

DS Nizar tetap menegaskan UMNO yang menyebarkan gambar superimpose Lim Guan Eng sembelih lembu."Takkan kita yang sebar" tambah Nizar.

Menurut Nizar yang sebenarnya beliau yang menyembelih lembu itu,tetapi penulis blog upahan UMNO telah mengubahnya.Menurut Nizar kini blog itu pun telah hilang.

"Samanlah saya sedia hadapi di mahkamah"kata Nizar sewaktu berucap di Majlis Iftar Pas Kawasan Bukit Gantang kelmarin.

"Kita jawab di mahkamah"kata Nizar.

Tuesday, September 7, 2010

UMNO mahu DS Nizar kalah di DUN Pasir Panjang

DS Nizar menyampaikan pesanan kepada pimpinan Pas Cawangan.


DS Nizar dalam taklimatnya meminta Pimpinan Pas Cawangan terus bekerja mendaftar pengundi baru.

"Setiap kita wajib untuk mencari pengundi baru"kata Nizar.Beliau juga menyentuh bagaimana DUN Pasir Panjang UMNO telah membawa masuk pengundi baru sebanyak 3500 orang.

UMNO mengeluarkan daerah mengundi Felcra Lekir ke Dun Setiawan sebanyak 750 orang."Semuanya pengundi kita"kata Nizar lagi.


"UMNO mahu saya kalah,"jelas Nizar.

Jadi beliau mengharapkan petugas parti Parlimen Bukit Gantang memastikan pengundi baru didaftar,khususnya di kalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Kenapa pembikin video bawah pokok tidak didakwa?-Nizar

YB Ong Boon Piow, Adun Tebing Tinggi terlepas daripada tuduhan memiliki 23 DVD yang belum diluluskan oleh lembaga penapisan filem.


Menurut ADUN Pokok Assam yang merupakan peguam beliau, YB Yee Su Kai, menyatakan selepas menunggu kira-kira sejam di mahkamah majistret Ipoh, beliau diberitahu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mark Netto, menerima arahan untuk tidak meneruskan pertuduhan.


Dakwaan berkenaan sepatutnya dibacakan di Mahkamah Mejistret Ipoh, pagi ini tetapi dipercayai ditangguhkan atas arahan ketua pendakwa negeri.


Sementara itu DS Nizar dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang pada 7 September menjelaskan pendakwaan tidak diteruskan kerana arahan pihak atasan.


"Zambry Kadir takut" kata DS Nizar."Mereka juga mencetak DVD untuk menafikan kerajaan rampasan"ujar Nizar.


"Mereka cetak guna duit rakyat ,cetak 50,000 keping,tanpa kebenaran Lembaga Penapisan Filem"tambah Nizar lagi."Mereka menyalaguna duit rakyat"jelas Nizar.


Jadi menurut Nizar kes ini ditangguhkan kerana mereka juga terbabit menerbitkan DVD ."Jika kita salah,mereka juga langgar undang-undang"

Monday, September 6, 2010

Teruskan bertakbir :Ustaz Nordin Jaafar

YDP Pas Bukit Gantang menasihat penduduk dalam Parlimen Bukit Gantang terus bertakbir bermula malam raya lagi."Jangan hanya ingin melihat kemeriahan hari raya tanpa pedulikan perkara yang dituntut Islam" tegas Ustaz Nordin Jaafar


“Jangan hanya nak bertakbir pada pagi hari raya, sebaliknya pada malam rayapun kita digalakkan bertakbir banyak-banyak,” ujar YDP Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

Ustaz Nordin Jaafar pada hari raya tahun ini balik ke kampung isteri beliau berdekatan Kuala Terengganu.


Ustaz Nordin juga meminta kaum ibu dan muslimat jangan biarkan diri dengan kesibukan itu tanpa sempat bertakbir di malam raya.


Beliau juga mengingatkan surirumah supaya tidak terlalu boros menyambut kedatangan Syawal yang bakal menjelang beberapa hari lagi.


Menurutnya, dengan kenaikan harga barang yang semakin melambung tinggi, umat Islam seharusnya tidak terlalu boros.'"Membazir itu amalan syaitan"kata Ustaz Nordin Jaafar.


YDP Pas Bukit Gantang berharap Ahli Pas Bukit Gantang gunakan satu Syawal ini untuk menziarahi penduduk yang memerlukan perhatian.


"Sebagai parti politik dan dakwah kita perlu terus menyantuni rakyat"ujar Ustaz Nordin Jaafar.

Di samping itu Ustaz Nordin Jaafar mengharapkan anak rantau yang kembali ke kampung halaman berhati-hati di jalanraya.

Bagi yang berkedenderaan jangan lupa membaca doa naik kenderaan,ujar Ustaz Nordin Jaafar.

Buat Julung Kali Majlis Iftar Bersama DS Nizar.

Pas Kawasan Bukit Gantang akan menganjurkan Majlis Iftar atau Majlis Berbuka Puasa bersama DS Nizar pada 7 September ini.

Pada 7 September , minggu pertama hari Selasa merupakan Liqa Alfikri Pas Kawasan Bukit Gantang .Jadi Pas melalui Lajnah Tarbiyah menganjur Majlis Iftar bersama DS Nizar .Mereka yang terlibat Jawatankuasa Pas Kawasan,Dewan-dewan dan Jawatankuasa Harian Cawangan-cawangan.

Program bersambung selepas Solat Maghrib dengan pengisian taklimat aktiviti PAS.Seterusnya Tazkirah Ramadhan selepas Solat Taraweh oleh DS Nizar.

Program ini program tertutup untuk pimpinan PAS.Satu program bersejarah PAS Bukit Gantang kerana program kali pertama Majlis Iftar bersama DS Nizar.Tahun lepas selepas menang PRK Bukit Gantang,kita tidak sempat menyusun program seperti ini.


Nizar-Najib Dayus Biar Rosmah Dedah Aurat.


Changkat Jering- DS Nizar dalam ucapannya di Ceramah Badar Al-Qubra di Kampung Larut Tin menyatakan Najib dayus tidak menyuruh isterinya Rosmah Mansor menutup aurat.

Para Mufti tidak berani menegur Najib yang isterinya membuka aurat.Muhyiddin Yassin juga tidak berani menasihat Najib agar Rosmah menutup aurat.

DS Nizar juga menyentuh isteri Rais Yatim dan Hishamuddin tidak menutup aurat.Pimpinan UMNO hanya pandai melihat YB Teo Nie Ching yang bukan Islam tidak menutup aurat tetapi pemimpin mereka mendedahkan aurat mereka hanya diam.Mereka tidak berani menegur tegas Nizar.

Sunday, September 5, 2010

Sabarnya Jiran Kita Anak Koma 6 Bulan

DS Nizar berasa terharu dan bersimpati dengan keluarga Zaidi Shahuddin yang anaknya Mohd Wahi, koma selama 6 bulan sejak bulan Mac lalu dekat Matang,Kuala sapetang.
DS Nizar mendoakan supaya adik Mohd Wahi cepat sembuh .Kelihatan bapa Wahi Encik Zaidi Shahuddin dan emak adik Wahi.

Tengahari kelmarin pimpinan Pas Kawasan Bukit Gantang diketuai Ustaz Nordin Jaafar bersama DS Nizar telah melawat adik Mohd Wahi Zaidi yang koma sejak 6 bulan lalu.

Betapa prihatinnya DS Nizar menasihat kami supaya cepat mendapat maklumat perihal penduduk,bukannya mengambil masa baru tahu sesuatu kejadian.

Sehubungan dengan itu untuk kita berkongsi simpati dan empati bolehlah membantu beliau dengan memasukkan derma ke akaun beliau 22-026-153232-8 Bank Rakyat.

Mereka yang ingin berurusan terus dengan beliau bolehlah berhubung melalui telefon 012-5617094.

Menurut Encik Zaidi Shahuddin anak beliau berumur 13 tahun,bersekolah di SMK Matang.Kejadian anak beliau bermula dengan kemalangan motorsikal.

Nizar:Tunjukkan Bukti Saya Jual Tanah Kepada Cina.

Kelmarin kita tidak posting blog ini.Kita sedikit sibuk mengikut DS Nizar menyantuni panduduk.Bermula 10.15 pagi hinggalah ke tengah malam 27 Ramadhan kita bersama DS Nizar.

Program terakhir kita di Majlis Ceramah Badar Al -Qubra di Kg Larut Tin.

Apa yang menarik ,kita dikhabar oleh DS Nizar, UMNO tidak boleh membuktikan beliau menjual tanah kepada taukeh Cina.UMNO melalui tukang kempen hanya boleh menjaja beliau jual tanah tetapi tiada bukti.

UMNO memegang kerajaan Perak ,apa yang mereka tidak jual kepada Cina.Nizar memberi contoh tanah dekat Setiawan dijual kepada KLK .Tanah milik Perak Hanjong kini milik YTL ,dulu rezab Tanah Melayu tidak berganti.Begitu juga pulau Pangkor Laut dan juga tanah dekat Kampar dijual kepada Ling Leong Sik untuk ditubuh UTAR.

Bagi Nizar UMNO bersama parti MCA dan MIC parti perkauman.

Di samping itu Nizar memberi contoh UMNOberi tanah kepada orang Cina di Bikam Bidor dalam PRU 12.

Saturday, September 4, 2010

Pengetua Kanan Siti Inshah Masih Belum Ada Keputusan.

Siti Inshah yang mencetuskan suasana tidak aman sebuah sekolah,masih belum diambil tindakan.Muhyiddin Yasin menyatakan perlu mengikut instrumen yang ada untuk menyelesaikan perkara rasis itu.

Begitu lunak tindakan diambil oleh Muhyiidin Yassin bersesuai dengan peraturan.Lembaga Disiplin akan membincangnnya selepas Hari Raya Aidilfitri.

Selepas bermesyuarat akan ditentukan tindakan selanjutnya.Kita pun hairan semasa pengenalan PPSMI tidak pula dibawa berunding dan berbincang,walaupun bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.Ataupun jika guru "kecil" cepat pula diambil tindakan.

Tindakan perlu diambil segera agar selepas ini mana-mana Pengetua atau Pentadbir mana-mana sekolah tidak boleh bersikap rasis dan perkauman.


Friday, September 3, 2010

Jenayah zaman Najib tak putus-putus-Terbaru Dekat Bukit Gantang

Kita mendapat maklumat seorang wanita warga emas berusia 64 tahun mati dibunuh. petang kelmarin.Kejadian berdekatan parlimen Bukit Gantang berlaku di Kg Tebuk,Permatang Raja.

Allahyarhamah Esha Rejab dipercayai dibunuh dengan mulut disumbat kain .Wanita itu dipercayai disamun pada pukul 4.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping,Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah ,Esha Rejab ditemui jiran yang mengesyaki sesuatu berlaku.Allahyarhamah ibu tunggal anak lima.

Sementara itu pihak polis mempercayai penjenayah dipercayai lebih seorang.Penjenayah masuk ke rumah mangsa melalui bumbung.Kes kini disiasat mengikut seksyen 302,kanun kesiksaan.Mayat Esha Rejab dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat.

Sehubungan itu PAS Kawasan Bukit Gantang merakamkan ucapan takziah dan meminta kaum keluarga Allahyarham Esha Rejab bersabar.Moga-moga roh beliau ditempatkan bersama orang -orang soleh.

Zainuddin Maidin Buta Sejarah-Pemuda Perak Buat Laporan Polis.

IPOH, 3 Sept: Dewan Pemuda PAS Perak (DPPN) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Salman Salleh di balai Polis Sungai Senam kira-kira jam 3 petang ini.

Salman berkata, DPPN Perak menganggap ini adalah tuduhan liar yang semata-mata inginkan sokongan orang bukan melayu kembali kepada Barisan Nasional.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Tambah beliau juga, Umno sudah terdesak kerana kehilangan sokongan rakyat sehingga bertindak memfitnah PAS.

"Umno tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka juga mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat.

"Jadi mereka sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak bersama dengan mereka dan apa yang Zainuddin buat ini untuk timbulkan keraguan kepada orang bukan Melayu terhadap PAS," katanya lagi.

Salman turut menyifatkan politik yang dimainkan Zainuddin adalah politik jijik dan meminta beliau berhenti daripada memfitnah PAS serta menarik kembali kenyataan.

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Ekoran gagal berbuat demikian, PAS sedang menimbang akan mengambil tindakan undang-undang.

Naib Ketua Pemuda serta rombongan membuat laporan Polis

Dihadapan balai Polis Sungai Senam

sumber blog pemudapasperak

Santai petang: Budak sekolah main mercun.

Kita baru-baru ini menangkap beberapa orang pelajar bermain mercun.Mereka bermain mercun sementara menunggu solat teraweh anjuran sekolah.

Apa yang menarik mercun yang dimainkan mercun bola yang diharamkan.Kita pun menyiasat,rupanya terdapat seorang pelajar yang membawanya.

Mercun itu dibeli melalui kawan bapanya yang bekerja sebagai anggota polis.Satu paket berharga RM 30.00.Budak yang menjadi ketua bermain mercun pun anak polis.

Bagi budak itu hendak mercun ,boleh dapat melalui bapa dia.Mercun yang diharamkan pun ada,kita bertanya?

Budak lain bercakap,polis begitulah cikgu?Mudah dapat .





Bersama Nizar 26 Ramadhan Ini- Mana Tahu Tahun Depan Tak Dapat Ikut

DS Nizar akan datang bertemu penduduk Bukit Gantang pada 26 Ramadhan ini bersamaan 5 September.

Pada sebelah pagi ,9.45 pagi DS Nizar bertemu masyarakat kurang berkemampuan di Markaz BT 6, Changkat Jering. Program anjuran Lajnah Kebajikan Kawasan itu menyantuni golongan kurang bernasib baik.Dianggarkan sebanyak 200 orang penerima sumbangan akan menerima bantuan daripada DS NIzar.

Untuk DUN Trong,majlis dijadual berlangsung pada pukul 3 petang.Program bertempat di Batu Hampar,Jln Beruas.

Mana tahu ini Ramadhan terakhir kita,jadi masa yang ada ini jom kita mengikuti DS Nizar menyantuni rakyat.

Maghrib nanti kita ikut majlis iftar bersama DS Nizar di DUN Trong. Kemuncaknya kita dengar penerangan DS Nizar dan YDP Bukit Gantang berceramah di Markaz Pas Larut Tin dalam program Ceramah Badar Al-Qubra.

Ramai teman-teman kita telah meninggal dunia Bulan Ramadhan ini,jadi marilah kita mengambil langkah merebut peluang fasa terakhir Ramadhan ini bersama DS Nizar.Tahun depan belum tahu kita dapat mengikuti DS Nizar lagi. Jom ikut....!

Thursday, September 2, 2010

Siti Inshah :Lambatnya Muhyiddin Yassin bertindak?

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuat keputusan ke atas Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Johor Siti Inshah Mansor yang didakwa mengeluarkan kenyataan rasis terhadap pelajarnya dengan “secepat yang mungkin”, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dipetik.

Kes begitu mudah ,Timbalan Perdana Menteri pula telah memindahkan kes itu ke JPA minggu lalu.


Kes bukannya tiada saksi dan selalunya kuasa menteri boleh menentukan sah sesuatu perkara.


Muhhiddin seolah boleh lepas tangan Ketua pengarah JPA yang akan membuat keputusan .Nanti Ketua Pengarah JPA yang kena "sembur' .Lambat bertindak,tidak ikut peraturan dan seumpamanya.


Dengan Ling Leong Sik pun boleh kena tipu,inikan pula dengan Siti Inshah Mansor? Apa muslihat politik Muhyiddin ,kita tunggu dan lihat.Kalau cikgu biasa,sudah lama kena kuaratin.

Wednesday, September 1, 2010

Taiping Heboh:Ada dua versi Cina pukul Melayu?

Terdapat dua versi isu Cina pukul Melayu di bandar Taiping.Apa yang kita sembang dengan DS Nizar versi sebenar menurut kaca mata pengadu.

Menurut versi lain orang gila dipukul oleh orang Cina? Tapi isu ini sudah dalam pengetahuan pimpinan Pakatan Rakyat .

Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya.Bagi kita rakyat perlu bertenang dan berlapang dada dalam menyelesaikan masalah mereka.

Kita kini generasi matang telah mengetahui terdapat kumpulan yang suka membuat provokasi.Kita pun tahu Taiping kaya dengan sejarah.Jadi biarlah kita menjadi masyarakat yang mengetahui bahawa Allah s.w.t menjadikan kita saling mengenali.

Heboh : Betulkah Cina pukul Melayu?

Mereka bertanya kepada kita betulkah terdapat kes pergaduhan Melayu dipukul Cina?Kita menjawab Cina pukul Cina ada terdapat. Mangsa kini dirawat di Hospital Columbia.

Isu Melayu pukul Cina sengaja dicipta untuk menakutkan orang Melayu di bandar Taiping ini.Apabila orang Melayu semakin dekat dengan PAS mereka semakin susah hati.Jadi isu orang gila buat kacau pun ditimbulkan?Walhal yang gila orang Melayu,yang memukul orang Melayu?

Kita mengharapkan pihak polis bersikap profesional.Jika betul terdapat isu perkauman dibangkitkan pihak mana sekalipun perlu ditangani secara profesional.

Setakat ini kita mengharapkan pimpinan kita tidak melatah.Mereka ingin rakyat berpecah,pecah-perintah satu harapan untuk mengekalkan kuasa.

Kita difahamkan orang Melayu yang pergi ke Surau dalam musim Ramadhan ini,banyak mendapat pendedahan maklumat.Tidak hairan kita apabila YB Trong pun sudah mula semakin ligat menjadi imam solat taraweh di DUN Changkat Jering dan Kuala Sapetang.

Buat masa ini isu Cina pukul Melayu sedang dalam pengetahuan DS Nizar!Kita lihat dan tunggu apa kesudahannya?