Friday, December 31, 2010

Hampeh Najib Bagi Cuti.

Hampeh betul Najib bagi cuti umum.Menang Piala Suzuki AFF pada hari Rabu ,dapat cuti pada hari Jumaat.

Menteri Sumber Manusia pula nasihat syarikat yang bekerja supaya bayar gaji pekerja ikut Akta Buruh.

"Hampeh"kata teman dari pusat sekolah memandu."Anak cikgu,kena buat test JPJ bulan depan"balas teman sekolah memandu.

'Bagi cuti 31 Disember ini,menyusahkan orang ramai"kata seorang teman lain.Sementara itu hari ini cuti ,menjejaskan mesyuarat awal tahun sekolah.Jawabnya mesyuarat Panitia kena buat pada waktu persekolahan."Hampeh betul,"kata teman guru.

Thursday, December 30, 2010

Gobalakrishnan hati bagai baling-baling.

NONE

Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan menunggu sahaja untuk dipecat. Menurut orang kampung dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang YB Gobala memang mahu meninggalkan PKR,tetapi malu-malu kucing. YB Gobala tidak mahu keluar begitu sahaja,kerana itu seperti menjilat kahak sendiri.

Politik YB Gobala,politik zaman puntung berasap.Untuk menjadi pemimpin bak hati gatal mata digaruk. Lalu mula menghala peluru sesat ke arah DS Anwar Ibrahim.

YB Gobala menunjukkan hawa pantang kerendahan,nafsu pantang kekurangan. Gobala umpama hati bak serangkak dibungkus.Namun setakat ini Najib pula sibuk dengan isu menteri rogol amah.Sibuk bagi cuti setakat johan bolasepak peringkat Asia Tenggara.

Debat Pemuda PAS - UMNO satu reformasi politik Malaysia

anuar ariffin larutnazri haji dinDewan Pemuda PAS Larut akan menampilkan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Larut Sdr Mohd Nazri Din (kanan), manakala Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Larut pula akan menampilkan Sdr Mohamad Anuar Ariffin (kiri).



Debat perdana ini sepatutnya berlangsung di Padang Astaka Batu Kurau.Oleh sebab masalah teknikal telah dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Selama.


Debat terhebat pemuda alaf baru ini bermula pada pukul 8.00 malam pada 1 Januari 2011 ini.Datanglah beramai-ramai ,satu reformasi politik alaf baru.


Bagi mereka yang menghadapi kesulitan dan kesukaran untuk hadir ke program tersebut bolehlah berurusan dengan 013-4633281(urusetia debat) untuk mendapat maklumat terkini debat.

UMNO umpama orang yang mimpi dalam toilet.

Kita tertarik tamsil yang diberi oleh YB Firdaus Jaafar ,yang menyatakan Umno bagaikan orang mimpi dalam tandas.

Mereka seolah tidak percaya perubahan YB Karpal Singh dan DAP terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Kini YB Karpal dan DAP mempunyai pandangan yang baik tentang Islam.Justeru itu apabila Pengerusi DAP lunak terhadap Islam yang dibawa PAS,Umno umpama sedang mimpi dalam tandas.

Wednesday, December 29, 2010

Siapakah pemimpin tertinggi PAS yang bertemu PM dan TPM?

Nampak gaya isu perpaduan Melayu dan bekerjasama dengan UMNO telah timbul kembali.Di khabarkan pimpinan tertinggi PAS telah bertemu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di sebuah istana.Dakwa satu sumber TG Dato' Nik Aziz terpaksa pergi ke pertemuan itu kerana titah seorang Raja?

Difahamkan TG Dato' Nik Aziz terpaksa balik awal dengan alasan tidak sihat.Sementara itu menurut satu sumber , dua pimpinan tertinggi PAS itu tetap berada dalam pertemuan bersama PM dan TPM ,meskipun Tok Guru Nik Aziz sudah pulang.

Dalam pada itu didakwa pertemuan pemimpin tertinggi PAS dan pemimpin UMNO diatur oleh Pak Lah?

Kita pun berasa terperanjat dengan isu ini,konvensyen PR ,sudah selesai.Muktamar PAS sudah menolak isu kerjasama dengan UMNO.


Jika betul terdapat pertemuan ini,ini menunjukkan gelombang penolakan rakyat ke atas kerajaan UMNO sudah tidak dapat dielakkan.Tsunami PRU 13 lebih besar lagi berbanding PRU 12.


Persoalan timbul adakah pertemuan ini dibawa ke mesyuarat Majlis Syura atau Mesyuarat PAS Pusat.?

Kita masih mengharap jika betul seperti didakwa terdapat pertemuan akhir tahun 2010, semoga Allah s.w.t tetap memberi PAS kekuatan untuk bersama Pakatan Rakyat.

Tuesday, December 28, 2010

Safee Sali jangan guna bomoh dan amal rasuah.


He failed to manage a goal during the group stage but Safee Sali's timely strikes in the first legs of the semi-finals and final have put Malaysia within touching distance of their first AFF Suzuki Cup title.

And individual glory also beckons for the 26-year-old, who now leads the race for the tournament's Golden Boot with four goals.(sumber)


Kita mengharapkan pasukan Harimau Malaya bermain secara profesional,tidak menang melalui kudeta,rasuah dan bomoh.

Bertandinglah secra sihat dan dipadang yang sama rata.Jika menang ,menang secara gentleman bukannya kerana mengamalkan rasuah dan bomoh.

Bersyukurlah Safee Sali kerana berjaya membantu Malaysia. Alangkah manis jika Safee Sali boleh menjadi pemain tersohor seperti Allahyarham Mohktar Dahari.

Ingatlah sejarah bolasepak Malaysia,terdapat pemain yang dibuang daerah kerana mengamalkan rasuah dengan menjual permainan. Tahniah Harimau Malaya! Berjaya menjauhi rasuah dan bomoh.

Inilah Hotel Casuarina Yang Dijual Zambry-Pendapatan negeri yang luar biasa.

Dulunya Hotel Casuarina ,kepunyaan kerajaan negeri Perak.Menurut DS Nizar Hotel Casuarina dijual Zambry Kadir hanya RM 40 juta kepada kroni mereka.

Sementara itu menurut DS Nizar lagi ,sewaktu Pakatan Rakyat memerintah ,Hotel Casuarina(kini Impiana Hotel) ini cuba dibeli,tetapi kerajaan Pakatan Rakyat tidak mahu menjualnya.

Sebaik sahaja Zambry MB pilihan mahkamah mendapat kerajaan secara Kudeta,Zambry menjual hotel tersebut dengan murah,hanya RM40 juta.

Inilah dikatakan pendapatan luar biasa bagi Kerajaan BN ,menjual khazanah dan harta negeri.

Kes Mat Sabu masih belum tamat -31 Disember baru tau.

Kita mendapat maklumat melalui OKT Binyamin Isahak bahawa perbicaraan mereka akan memakan masa lagi.

Menurut OKT Binyamin Isahak,Hakim Majistret Jawi akan membuat keputusan pada 31 Disember ini.

Perbicaraan mereka untuk hari ini baru sebentar selesai pada 6.25 petang tadi.Perbicaraan tadi lebih merupakan kedua-dua pihak pembela dan pendakwa menggulung hujah.


KPI Naib Presiden UMNO -Gagal

Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO gagal dalam mengurus negeri. Tidak terpilih mereka menunjukkan DS Najib tidak mempercayai mereka.

Zahid Hamidi gagal di Pulau Pinang. Shafei Afdal mendapat markah F di Kedah .Sementara Hishamuddin Husein bungkus di Terengganu .

Kegagalan ketiga-tiga Naib Presiden UMNO ,menandakan UMNO semakin tiada harapan untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13.

Dalam perkhidmatan awam ,mereka bertiga tidak layak mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.


Monday, December 27, 2010

Esok 28 Disember keputusan kes Mat Sabu.

Esok 28 Disember Hakim Majistret Jawi Tuan Mohd Izham Ali,Pulau Pinang akan memberi keputusan Kes Haji Mohd Sabu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Bagi mereka yang berdekatan bolehlah ke Mahkamah Majistret Jawi Pulau Pinang mendengar keputusan Hakim yang muda untuk memberi keputusan. Bagi penduduk berdekatan jumpa Abang Mat Sabu kita di Mahkamah Majistret,Jawi ,esok 9 pagi, kita beri sokongan moral.

Mereka yang kena tuduh sepuluh orang termasuk Tuan Haji Mohd Sabu ,AJK Pas Pusat.Kita nantikan keputusan Hakim yang muda itu.

Semoga pada kali ini Hakim muda Tuan Majistret Mohd Izham Ali itu bersikap adil berdasarkan perlembagaan Malaysia.Dengan kita mengharapkan hakim muda itu mengakui kedaulatan undang-undang dan menghormati keluhuran perlembagaan.

Selamat berjuang Haji Mohamad Sabu dan teman-teman orang kena tuduh.Abang Mat Sabu akan menghantar notis saman malu jika beliau tidak didapati bersalah(klik)


Sunday, December 26, 2010

Media memerangkap Anwar- Subky Latif

SAYA tanya Tian Chua, Naib Presiden PKR yang baru, “Bagaimana Anwar boleh menamakan Kit Siang sebagai calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan?”

Jawab Tian Chua bahawa Anwar tidak mencalonkan sesiapa. Dia ditanya media tentang siapa TPM kiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya nanti.


Kata Tian Chua, Anwar tidak menyebut nama sesiapa. “Sesiapa pun boleh.”


Dia ditanya lagi, adakah seorang bukan Melayu boleh jadi Timbalan Perdana Menteri?


Anwar dikatakan menjawab, “Tidak ada masalah.”

Dan ditanya lagi, bagaimana dengan Kit Siang.


Apa Anwar hendak kata? Kalau dia jawab, tidak boleh, tentu ia jadi isu. Bila dia jawab, boleh, juga akan jadi isu.


Apa dia hendak kata?


Yang dia boleh kata ialah “Tidak ada masalah.”
Kata begitu pun juga jadi isu.


Maka disebarlah berita dalam media bahawa Anwar dikatakan akan mengambil Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kata Tian Chua, Anwar tidak buat cadangan pun.


Bagitulah media memerangkap Anwar dan sekali gus memerangkap Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpinnya dan penyokong-penyokongnya.

Sama ada perangkap itu dipasang musuh terdiri dari puak Ketuanan Melayu atau oleh sesiapa saja, puak Ketuanan Melayu memang suka dengan kejadian itu, kerana ia boleh mencelarukan kelicinan Pakatan Rakyat mencabar monopoli kuasa Umno dan Barisan Nasional.


Memang sedikit sebanyak berita yang tersebar itu sudah mencelarukan keadaan. Ada yang berkata ia belum dibincang dan ada yang berkata begitu dan begini hingga pengundi-pengundi bebas tertanya-tanya.


Selama-lamanya Barisan Nasional terutama Umno menyuruh rakyat bertanya, Siapa Perdana Menteri kalau pembangkang menang?
Masa belum ada Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif dulu, pembangkang tidak sekata menamakan Perdana Menterinya. PAS kata,


Datuk Asrilah. Kemudian, Yusof Rawalah dan Fadzil Noorlah.


DAP pula memikirkan Lim Kit Siangnya.


Semasa Tengku Razaleigh tidak menyertai Umno (Baru) dalam PRU 1990 dulu, Semangat 46 mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri. Tetapi PAS diam saja.

Semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, pejuang reformasi mengira dialah Perdana Menteri bila BN dikalahkan. PAS tidak kata tidak dan tidak kata OK. Orang politik dan orang ramai tertanya-tanya bagaimana banduan boleh jadi Perdana Menteri? Dia tidak boleh bertanding dan kalau bukan anggota Parlimen, mana boleh jadi Perdana Menteri.


Tetapi setelah Pakatan Rakyat ada, calon Perdana Menteri itu sudah ada. Pertanyaan yang Umno suruh rakyat tanya itu sudah ada jawapannya. Sudah disetujui oleh Pakatan Rakyat bahawa Anwarlah calon Perdana Menteri.


Jika dia tidak sempat dan dipenjarakan sekali lagi pun, maka sudah ada jawapan tentang Perdana Menteri.


Kalau dalam PRU 2008 tiada calon Perdana Menteri yang jelas, BN telah lintang pukang, maka cabaran itu adalah berganda apabila Perdana Menteri menunggu itu ada dan bergerak. Walaupun pembangkang belum tentu menang, tetapi ia belum tentu kalah. Akan tetapi kerajaan BN pula belum tentu kalah, tetapi tidak pasti pula menang.


Bagi menghalang Pakatan menang, maka celarukan ia dengan isu Timbalan Perdana Menteri. BN tentulah TPMnya ketuanan Melayu. Kalau TPM Pakatan Rakyat bukan Melayu, maka ada ruang bagi Umno menghasut pengundi Melayu supaya jangan lari daripadanya.


Maka orang Pakatan - kecil dan besar – jangan latah dengan perangkap APCO atas isu TPM itu. Reaski masing-masing jangan pecah di mulut dan laman web. Jangan jadi isu TPM sebagai penghalang destinasi ke Putrajaya.


Pastikan tiba ke destinasi dulu. Lepas itu tahulah Tok Guru Nik Aziz dan Karpal Singh apa nak buat dan Tok Guru Haji Hadi dan Lim Kit Siang juga tahu apa hendak dibuat.


Di mana Ustaz Hadi dan Kit Siang hendak ditempatkan tidak sepenting membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama, memerangi rasuah dan penyelewengan, menjamin keluhuran undang-undang dan demokrasi.


Jika Pakatan dikecamukkan oleh isu TPM, jalan ke Putrajaya nescaya bengkang bengkok. Jika ia tidak sampai ke Putrajaya, peluang tiba lima tahun lagi tidak semudah hari ini. Macam-macam boleh berlaku lima tahun lagi. Keadilan sosial tidak dapat ditegakkan dan rasuah tidak dapat dibendung.


Menyedari isu TPM itu satu perangkap, maka tidak sesiapa patut latah dengannya.

sumber subky latif-harakahdaily.

Saturday, December 25, 2010

UMNO umpama pesakit yang boleh makan apa sahaja-Nizar

DS Anwar bersama DS Nizar di Program Sambutan Awal Muharam anjuran PKR Cabang Bukit Gantang di Markaz Tarbiyah Pas Perak Air Kuning,Taiping


Model Baru Politik(MBP) yang diperkenalkan DS Najib adalah untuk meneruskan jangka hayat UMNO.Lantas kita tertarik kata-kata DS Nizar UMNO ibarat mereka nazak yang tiada harapan untuk sembuh .

Menurut DS Nizar UMNO ibarat orang yang sedang sakit teruk dan nazak. Nizar menjelaskan lagi UMNO menurut doktor tidak ada harapan untuk sembuh dan tinggal dua tiga bulan untuk hidup.

Nizar menambah,UMNO umpama si sakit yang hampir sampai ajal,jadi doktor mencadangkan makan apa sahaja yang sehingga tempoh di panggil Tuhan.Lalu mereka makan apa sahaja sehingga kalah PRU 13 nanti.

Jadi ,bagi Nizar UMNO akan mengagihkan kekayaan negara dan negeri kepada kroni .Mereka bidak harta khazanah negeri sesama sendiri .

Bagi DS Nizar UMNO tahu mereka hendak kalah dan tidak menjadi kerajaan .Justeru itu kekayaan negeri dan negara perlu diratah sampai habis.Mereka faraid sesama anggota UMNO dan BN.

RM500: Kenapa Muhyiddin takut sangat?

PAS melalui Ketua Penerangan,Ustaz Idris Ahmad mengingatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar jangan mudah melatah ataupun hanya akan memperlihatkan sikap takut dan gelabah beliau terhadap janji Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS merasa pelik dengan sikap Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno yang sangat emosi terhadap komitmen Pakatan Rakyat untuk menaikkan RM500 sebulan kepada guru jika Pakatan memerintah negara seperti diumum Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS merasa pelik seorang Timbalan Perdana Menteri mencabar Datuk Seri Anuar Ibrahim menaikkan gaji guru-guru di negeri Pakatan Rakyat.

"Iltizam Pakatan Rakyat kepada guru-guru jika Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat, bukannya sekarang.

"Kenapa perlu takut dengan janji Pakatan Rakyat? Janganlah buat tuduhan yang tidak menentu," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang mendakwa tawaran Pakatan Rakyat untuk pendidik itu hanya janji politik dan sukar dilaksana untuk guru sahaja dan memberi alasan dengan mempersoal imbuhan kepada kakitangan awam lain.

Menurut Idris, untuk peringkat awal janji tersebut hanya diberikan kepada guru namun semua kakitangan awam akan diambil perhatian juga selepas ini.

"Pakatan Rakyat mengambil tindakan awal untuk guru-guru sebagai satu penghargaan dan pengorbanan mereka mendidik rakyat di negara ini.

"PAS menasihatkan Tan Sri Muhyiddin dapat turun ke bawah, memerhatikan bagaimana beban guru-guru yang berat, jangan hanya mendesak guru-guru melakukan macam-macam tugas," ujarnya lagi.

Sambil menasihatkan Muhyiddin sabar dan tidak emosi, Idris juga mahu timbalan perdana menteri itu meneliti ayat-ayat yang terkandung dalam buku jingga yang merupakan manifesto Pakatan yang telah diedar di Konvensyen Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin juga jelasnya tentu lebih arif dalam hal kewangan negara berbanding pendapatan kerajaan negeri yang terlalu kecil.

"Jangan beliau bercakap macam ketua cawangan Umno sahaja.

"Pakatan Rakyat hanya berjanji untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan meletakkan rakyat di tempat yang sepatutnya setelah 53 tahun rakyat dipinggirkan.

"Sekarang ini pun dengan kekangan kewangan negeri, Pakatan Rakyat telah membuat yang terbaik untuk rakyat, seperti skim kifalah, air percuma, bantuan pendidikan," katanya.

Friday, December 24, 2010

Imbuhan khas pendidik RM500 buat Muhyiddin Tak Senang Duduk.

Timbalan Menteri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa tindakan kerajaan baru Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan menyebabkan Malaysia muflis.

Rata-rata teman guru mengucapkan tahniah atas keprihatinan kerajaan baru Pakatan Rakyat.Teman-teman guru berasa yakin dengan pendekatan memerintah tanpa rasuah dan pembaziran,agenda Pakatan Rakyat membantu para pendidik tidak akan menyebabkan muflis.

Bagi mereka kenyataan Menteri Pelajaran itu lawak bodoh menjelang tahun baru 2011.

Agenda Pakatan Rakyat antara lain akan mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Semua ini menyebabkan pimpinan BN seperti ayam diasak malam.Pimpinan BN berfikir rakyat masih berada di zaman puntung berasap.

Thursday, December 23, 2010

Saman Wikileaks-Saman Australia- Cabar Nizar kepada Najib.


DS Nizar sedang menyampaikan maklumat di Kg Tengah ,Changkat Ibol dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Gantang.
"Saman Wikileaks,saman Australia"cabar DS Nizar malam tadi.


Pada malam kelmarin DS Nizar mendedahkan Malaysia dalam keadaan ditekan oleh negara asing.

Beliau memberi contoh bagaimana Singapura berjaya menekan Najib sehingga memberi tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar yang bernilai bilion ringgit.

Kemudian DS Nizar mendedahkan bagaiman Barack Obama berjaya menekan Najib dengan menghalang urusniaga Petronas dangan Syarikat Minyan Iran .Walaupun hampir 23 tahun petronas mermpunyai hubungan dagang dengan Iran.Di samping itu Amerika Syarikat berjaya menekan kerajaan Najib supaya tidak mempunyai hubungan ketenteraan dan keselamatan dengan Iran.

DS Nizar mendedahkan bagaimana laporan Wikileaks mendedahkan kelemahan pentadbiran Najib.Khususnya mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya .

"Saman Wikileaks,saman Australia" cabar Nizar kepada DS Najib ,jikalau tidak benar.

Kita juga mengetahui bahawa DS Anwar Ibrahim melalui peguam Sankara Nair telah menghantar notis saman kepada Wikileaks dan Utusan yang menyiarkan berita fitnah itu.

Tuesday, December 21, 2010

Mereka yang bersalah tidak akan dilepaskan



Salah satu intipati ucapan YB Karpal yang menarik perhatian kita di Konvensyen PR baru-baru ini ialah tindakan tetap diambil ke atas mereka yang bersalah melakukan rasuah.

Apa yang kita dengar YB Karpal menjelaskan kerajaan baru tetap mendakwa mereka yang rasuah.

Walaupun nada DS Anwar Ibrahim agak lembut dengan mereka yang disyaki rasuah,tetapi pandangan YB Karpal ,Pengerusi DAP perlu diberi perhatian.

Apa yang kita faham ,hatta jika Rosmah didapati melakukan salahguna kuasa,beliau juga perlu didakwa.

Di sinilah ketakutan pemimpin BN jikalau BN hilang kuasa.Contohnya laporan terhadap Rafidah Aziz semasa Ezam Mohd Nor menjadi pimpinan Pemuda PKR belum ditarik balik.

Begitu juga laporan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman,Ketua Pengarang Harakah terhadap beberapa orang pimpinan UMNO masih tersimpan.

Monday, December 20, 2010

Small matter-! Small matter- Najib

DS Anwar menerima salam dari Pendekar Melayu di Majlis Konvensyen PR di Kepala Batas.


DS Anwar bersedia untuk berlawan di mahkamah atas isu pendedahan wikileaks.Namun begitu bagi Najib Tun Razak,apabila ditanya wartawan berkaitan wikileaks,Najib menjawab small matter!

Menurut DS Anwar ,beliau apabila dituduh ,beliau akan berlawan.Sementara itu apabila Najib dituduh, Najib hanya menjawab "small matter". Ditanya lagi oleh wartawan,"smallmatter "jawab Najib" sindir Anwar semasa ucapan penggulungan Konvensyen PR di Kepala Batas.

Dalam pada itu DS Anwar mempersoal media yang memadam skandal Altantuya yang menyiarkan dakwaan skandal itu dalam wikileaks.

Sunday, December 19, 2010

Nizar jika kita tadbir Putrajaya PRU sudah tetap.

Nizar bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Konvensyen PR di Kepala Batas.
Nizar tetap mempunyai peminat.
Nizar tersenyum puas PR terus kukuh.
Sebahagian pimpinan yang hadir di Konvensyen PR 2 di Kepala Batas.
Nizar melawat bilik pameran PAS Perak.


Baru-baru ini DS Nizar memberi pandangan bahawa PR akan menetapkan tarikh pilihanraya umum.

"Kita akan tetapkan tarikh pilihanraya" kata DS Nizar lagi. "Pakatan Rakyat tidak mahu politiking"jelas Nizar.

DS Nizar menjelaskan negara maju tarikh pilihanraya sudah ditetapkan."Cukup sepenggal mereka mengadakan pilihanraya "jelas DS Nizar.

Nizar yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Perak tetap berkeyakinan Perak akan menjadi milik PR pada PRU 13 nanti.

Menteri Keris Tolong Jawab Pendedahan Anwar

DS Anwar bersama Ustaz Azizan Razak MB Kedah di Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Kedua ,Kepala Batas.


Dalam penggulungan DS Anwar menjelaskan isu APCO kepada sidang perwakilan.Di samping itu DS Anwar menyentuh isu Wikileaks.

“Adakah saya ada bukti? Lihat ini. Buktinya ada di tangan saya, sebahagian saya sudah jawab, sebahagian lagi ada pada saya." tegas Anwar mengulas isu APCO.


“Tetapi saya tidak diberi peluang untuk menjelaskan pendirian saya di Parlimen minggu lalu.


“Daripada membenarkan saya memberi penjelasan, mereka gantung saya selama enam bulan,” kata Anwar.


DS Anwar memberikan penjelasan panjang lebar dengan menunjukkan beberapa dokumen berkaitan pelantikan APCO sebagai firma perhubungan awam dalam menggubal dan menggerakkan konsep 1 Malaysia.


Anwar yang mengemukakan bukti mendakwa , dokumen kontrak lantikan itu ditandatangani oleh seorang pegawai Kementerian Kewangan dan pegawai akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Bagi DS Anwar bedasarkan pengalamannya menjadi menteri ,apa yang beliau tahu mengikut protokol kerajaan pegawai akhbar menteri atau perdana menteri tidak boleh menjadi saksi bagi kontrak yang didakwa menelan bayaran hampir RM70 juta.

“Sebenarnya saya tidak mahu menjawab isu ini, tetapi (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng tunjuk saya satu kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein (mengenai APCO),” kata Anwar lagi


Dalam kenyataannya Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno mencabar Anwar agar membuktikan yang APCO Worldwide ada hubungan dengan Israel.


Hishammuddin berkata, Patakan Rakyat belum membuktikan ugutannya untuk mendedahkan hubungan antara APCO dengan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, meskipun beberapa kali berjanji untuk mendedahkannya.


DS Anwar menyindir Hishammuddin dengan berkata menteri itu “buta” fakta.


“Umno tahu saya ada bukti, mereka terlalu takut bahawa saya ada bukti, bahawa saya ada maklumat

Syukur Karpal sudah berubah-Pas parti berdisiplin.

Sunday, 19 December 2010

Pas parti berdisiplin-Karpal iktiraf PAS


YB Karpal Pengerusi DAP memuji Pas yang mempunyai wakil rakyat yang tidak melompat.Pas parti yang berdisplin kata Karpal.

Dalam pada itu YB Karpal Singh menasihat Ketua Umum PKR supaya pada PRU akan datang jangan tersilap memilih calon.

Rupa-rupanya Karpal tahu watak Zaid Ibrahim sejak lama dulu. YB Karpal pernah memberi amaran kepada DS Anwar jangan menerima Zaid Ibrahim.

YB Karpal banyak sudah berubah,apabila mengenali PAS ,beliau lebih memahami Islam .Bagi beliau isu negara Islam boleh dibincangkan bedasarkan perlembagaan persekutuan

Saturday, December 18, 2010

DS Anwar dan DS Nizar dua pemimpin harapan rakyat

DS Anwar bersama DS Nizar di Program Sambutan Awal Muharam anjuran PKR Cabang Bukit Gantang di Markaz Tarbiyaah Pas Perak Air Kuning,Taiping.


Sebentar tadi 18 Disember, kita berkesempatan hadir untuk mengikuti program anjuran PKR cabang Bukit Gantang.Kita berasa rakyat yang mendengar ucapan DS Anwar dan DS Nizar bertambah semangat untuk terus bekerja mengalah UMNO dan BN pada PRU 13.

Sambutan rakyat terhadap DS Anwar semakin bertambah , walaupun terdapat pelbagai serangan UMNO .

Bagi rakyat Anwar tetap pemimpin harapan rakyat.Beruntung kita berada dalam program DS Anwar dan DS Nizar .

Sementara itu Nizar sempat berpesan wajib syarie meninggalkan perjuangan UMNO.

Thursday, December 16, 2010

Saman malu jika menang kes -Mat Sabu.

Sebentar tadi Tuan Haji Mat Sabu memberitahu orang ramai yang mendengar ceramah beliau di Musolla BT 8,Jalan ChangkatJering- Trong beliau akan menyaman mereka yang memecah cermin kereta beliau sewaktu cuba ditahan dulu.

Dengan keadaan kes yang mereka tidak boleh menang Haji Mat Sabu yakin beliau tidak bersalah.Namun kes beliau akan diputuskan pada 28 Disember ini.

Dalam pada itu Mat Sabu memberitahu pendengar bahawa terdapat dua kes yang beliau sedang hadapi.Satu kes demo PROTES dan satu kes kononnya menghalang penjawat menjalankan tugas.


Sementara itu
saksi kes dakwaan menghalang pejawat awam menjalankan tugas terhadap Haji Mohamad Sabu mengaku di mahkamah majistret 16 Disember,Khamis, bahawa waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu bukan yang dipohonnya.


Pegawai penyiasat kes perhimpunan Bersih, ASP Idris Rejab berkata, beliau memohon mahkamah majistret mengeluarkan saman untuk satu kes jenayah kepada Mohamad Sabu namun yang dikeluarkan oleh majistret adalah waran tangkap.


Waran tangkap itu pula, katanya, tanpa tarikh dan nama majistret yang mengeluarkannya.


Idris memberikan keterangan di Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang sebagai saksi pihak pendakwa terhadap Mohamas Sabu dan sembilan yang lain atas dakwaan menghalang tugas pejawat awam.

Mereka didakwa berbuat demikian pada 7 Disember 2007 di Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang ketika Mohamad sabu dan keluarganya dalam perjalanan pulang di majlis perkahwinan anaknya.


Ketika itu, polis dikatakan mahu menyerahkan waran tangkap kepada Mohamad Sabu kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur namun Mohamad enggan bekerjasama sehingga pintu keretanya dipecahkan.

Dalam keterangan di mahkamah hari ini, ASP Idris Idrus mengaku kesilapan itu bermakna penyerahan dan tangkapan pada 7 Disember 2007 itu menghadapi risiko tidak sah kerana ia bukan berdasarkan waran tangkap yang sah.


Waran tangkap yang diserahkan kepada Mohamad Sabu pada 7 Disember itu adalah waran tangkap yang lain, bukan waran tangkap yang diperolehi oleh ASP Idris kerana salinan asalnya kekal bersama beliau.


Waran tangkap itu bertarikh 4 Disember 2007 sedangkan waran tangkap yang dipohon beliau adalah tanpa tarikh dan tanpa nama majistret yang mengeluarkan waran itu.


Mohamad Sabu dan sembilan yang lain di dakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang pejawat awam menjalankan tugasnya.


Beliau dan sembilan yang lain diwakili oleh Sdr Mohamed Hanipa Maidin bersama Sdr Amirudin Zulkifli dan Pn Yusnita Yusof manakala pendakwaan dibuat oleh ketua pendakwa Pulau Pinang.


Hakim Bicara kes Mat Sabu dan 9 yang lain Tuan Majistret Mohd Izham Ali.

Kes Mat Sabu Hakim Tak Berani Buat Keputusan Lagi.

Kes bicara Mat Sabu dan sembilan OKT yang lain, ditangguh keputusannnya pada 28 Disember 2010.

Menurut OKT Binyamin Isahak,Hakim Mahkamah Majistret Jawi,tidak berani buat keputusan.Hakim muda ini buat kali pertama menghakimi kes politik seperti ini.


OKT Binyamin Isahak mendakwa Hakim Mahkamah Majistret ,Jawi ini ingin merujuk kes mereka ke peringkat yang lebih tinggi.Dakwa Bunyamin lagi "Hakim ingin merujuk Ghani Patail dan pihak yang lebih berpengalaman."

Wednesday, December 15, 2010

UMNO Bukit Gantang Guna Polis dan Jabatan Agama Halang Ceramah Mat Sabu.

Kita diberitahu teman-teman UMNO Bukit Gantang menggunakan polis dan pejabat agama untuk menghalang ceramah penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang. ?

Dakwa seorang teman ,YB Rosli Husein ,Adun Trong sudah memberitahu polis dan pejabat agama supaya ambil tindakan dengan ceramah anjuran Pas ini.

Ceramah Penerangan bersama Hj Mat Sabu dan YB. V.Sivakumar seri YB Chang Lih Kang berlangsung di Musolla Bt 8,Jalan Changkat Jering-Trong ,merupakan premis parti dan perkarangannya juga premis parti Pas,Cawangan Bendang Siam Baru.

Ceramah dijangka menarik kerana terdapat pelbagai isu yang akan diketengahkan oleh pihak penceramah.

Setakat ini persiapan berjalan lancar dan penduduk setempat dijemput untuk mendengar siri penerangan PAS Kawasan Bukit Gantang.

Ubah sekarang,jika sekarang bila lagi?

Tuesday, December 14, 2010

Najib mahu mempertahankan Putrajaya takut didakwa-DS Anwar



Polis tetap setia. Polis jalan tugas ,kita juga jalankan tugas melaporkan maklumat.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam
Rakyat tetap bersama DS Anwar Ibrahim.
"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah awak boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar pada siri penerangan isu Wikileaks.





Gambar-gambar Tripodone TKO..

TNI tahan pesawat yang dinaiki anak Najib


Pesawat BAE 146-200

Menurut berita Kompas.com sebuah pesawat carter berjenis BAE 146-200 itu yang membawa anggota Kerajaan Melaka, Malaysia telah ditahan. Penahanan dilakukan atas perintah Kementerian Luar Negeri Indonesia kerana tidak mempunyai diplomatic clearance, security clearance, dan flight approval.

JAKARTA, KOMPAS.com — TNI menahan sebuah pesawat carter Malaysia jenis BAE 146-200 di Bandara Juanda, Surabaya, Selasa (14/12/2010) siang. Pesawat membawa 81 orang dan sebagian besar adalah keluarga Kerajaan Melaka. Turut dalam rombongan tersebut adalah putra PM Malaysia Najib Razak.


Demikian dikatakan Kepala Pusat Penerangan Markas Besar TNI Laksma Iskandar Sitompul kepada Kompas. Ia mengatakan, dari semua penumpang itu, sebanyak enam orang di antara mereka diperbolehkan berangkat ke Malaysia dengan menggunakan penerbangan lain. Walau tidak merinci nama-nama mereka, Iskandar membenarkan dari keenam orang tadi terdapat seorang pejabat menteri dan putra Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.


Ia membenarkan, pada prinsipnya Panglima TNI Laksamana Agus Suhartono, bekerja sama dengan instansi terkait, akan mencoba mempercepat proses pengurusan izin sehingga, setidaknya, ke-75 anggota rombongan lainnya, termasuk pesawat, bisa kembali terbang dan meninggalkan Indonesia malam ini. Sampai berita ini diturunkan, pesawat belum dilaporkan bisa diberangkatkan.


Laksamana Iskandar Sitompul menjelaskan, sekitar pukul 12.45 WIB, sebuah pesawat penumpang Malaysia, BAE 146-200, dari Dili, Timor Leste menuju Kuala Lumpur, Malaysia, terpaksa ditahan di Bandar Udara Juanda, Surabaya, Jawa Timur. Pesawat berpenumpang 81 orang, termasuk di dalamnya sembilan kru, tersebut mendarat di Bandara Juanda tanpa izin sehingga ditahan ketika akan melanjutkan penerbangan menuju Malaysia.


Sementara itu, Dirjen Protokol dan Konsuler Kementerian Luar Negeri Lutfi Rauf membenarkan penahanan pesawat tersebut. Pihaknya memberikan kemudahan mengurus izin bagi para pejabat Malaysia yang sempat tertahan agar dapat kembali ke negaranya sesegera mungkin.

Monday, December 13, 2010

Najib takut laporan WikiLeaks-Kes Altantuya Shaariibu turut disentuh.

DS Najib Razak, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara.


DS Najib mungkin tidak membaca laporan ini,tetapi pegawai beliau pasti melaporkan apa yang terdapat dalam kandungan WikiLeaks itu. Bagi DS Najib isu DS Anwar Ibrahim mungkin sudah tidak relevan,yang relevan isu Antaltuya Shaariibu .


Mungkin juga Ketua Pengarang akhbar pro kerajaan sudah dipanggil supaya tidak menyerang DS Anwar atas isu pendedahan Wikileaks lagi.


Seperti yang dipetik melalui laporan portal ,menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.


Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”


Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut.

Pendedahan' Wikileaks' -kita dengar apa kata DS Anwar 18 Disember ini.


Kes Mat Sabu :Polis bercakap dolak-dalik

" Cikgu Polis bercakap berdolak-dalik"dakwa OKT Binyamin Isahak salah seorang yang terlibat dalam mempertahankan Hj Mat Sabu di Plaza Tol Bukit Tambun memberi sedikit gambaran perbicaraan ,melalui telefon.

''Saksi polis tidak bercakap benar"dakwa OKT Binyamin melalui telefon."Pihak saksi pendakwa,pusing sini pusing sana,untuk mengelak memberi jawapan" dakwa OKT itu lagi.

"Cikgu keputusan akan tahu pada 16 Disember ,pada sebelah pagi"kata OKT Binyamin Isahak salah seorang seorang daripada sepuluh orang yang dituduh menghalang penjawat awam menjalankan tugas,menahan Hj Mat Sabu.

Seperti yang kita tahu waran tangkap Hj Mohd Sabu pun tidak bertarikh,jadi kita mengharapkan tiada tangan ghaib untuk menghalang keadilan ditegakkan.


Sunday, December 12, 2010

Taktik kotor NUTP untuk menang- Setiausaha Agung Cuepacs

Hashim Adnan ,Presiden NUTP yang juga merupakan Naib Presiden Cuepacs ,kita tahu apa peranan dia.Tiba-tiba Setiausaha Agung Cuepacs menimbulkan perkarra isu pemilihan jawatan tertinggi Cuepacs.

Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin dilaporkan telah mendakwa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), antara gabungan terbesar badan induk itu, cuba melakukan serangan peribadi dengan melabel kepimpinannya memperlihatkan “banyak masalah” sehingga perlu dicabar.

“Saya menganggap bahawa kenyataan presiden NUTP tempoh hari tidak profesional, tidak ikhlas, seolah-olah ada agenda tersusun hendak memburuk-burukan saya... saya lihat ia sebagai serangan peribadi, ada niat buruk di pihak NUTP,” kata beliau seperti dipetik.

Bagi kita dakwaan Hashim Adnan, presiden NUTP, tidak sewajarnya dibangkitkan memandangkan setiap perkara diputuskan oleh Cuepacs ada pendirian bersama dan dicari penyelesaian secara kolektif selama ini.Kita rasa NUTP tidak bersuara dalam mesyuarat.Kenapa semasa mesyuarat tidak memberi pendapat untuk kepentingan rakyat.

“Jadi mengapa baru sekarang hendak mengatakan kepimpinan saya bermasalah sedangkan NUTP boleh membangkitkan kalau ada isu, kalau hendak menegur ketika mesyuarat majlis dan jawatankuasa. Mengapa sekarang?” katanya lagi.

Ahmad Shah yang memutuskan untuk mempertahankan kedudukannya berkata, kepimpinan NUTP berada dalam majlis kongres dan jawatankuasa kepimpinan Cuepacs, yang secara tidak langsung membolehkan mana-mana pihak membangkitkan jika ada masalah dalam kepimpinan.

“Mengapa mahu membangkitkan sekarang, ketika menjelang pemilihan,” kata Ahmad Shah lagi.

“Saya berpendapat bahawa dia (presiden NUTP) menyokong calon dia sehingga memburuk-burukkan setiausaha agung sedia ada "kata Ahmad Shah.

“Sebenarnya ada cara lain untuk mempromosikan mana-mana calon termasuk wakil kesatuan mereka, tetapi jangan sampai memandang rendah peranan dan tanggungjawab setiausaha agung... ini, bagi saya satu taktik kotor dibawa oleh NTUP,” katanya lagi.

Nurul Izah - jangan ambil wang rakyat.




YB Nurul Izah Naib Presiden PKR di Seminar Pakatan Rakyat Perak pada 11 Disember.



Nurul Izah sedang memberi pendapat di Seminar Pakatan Rakyat Perak.


Kita diberitahu seorang teman keistimewaan dan kelebihan Nurul Izah Anwar .Antaranya YB Nurul Izah mempunyai hubungan antarabangsa yang luas.Selain DS Anwar,beliau lebih dikenali berbanding pimpinan PKR lain.Nurul Izah mampu berhujah dengan fakta.Beliau tidak terpengaruh dengan gaya Anwar atau Wan Azizah.Menurut teman itu lagi Nurul Izah pemimpin masa hadapan.

Lagi satu teman tadi menceritakan satu peristiwa yang berlaku di parlimen.Teman tadi melihat sendiri Nurul Izah menegur dan menasihat Pegawai Khas beliau yang mengambil satu bungkusan kertas A4 untuk kegunaan di pejabat pusat khidmat Lembah Pantai.

Nurul Izah menyuruh pegawai beliau memulang kembali kertas tadi,walaupun Nurul Izah mempunyai hak selaku Ahli Parlimen.

Teman tadi seakan mendengar Nurul Izah memarahi pegawainya yang mengambil kertas tadi."
"Ini wang rakyat ,jikalau guna kita sudah salah"Guna duit parti,untuk urusan parti"

Justeru itu teman tadi menyatakan Nurul Izah seorang pemimpin amat teliti dan berhati-hati.Nurul bukan pemimpin yang suka mengambil kesempatan .

gambar sumber blog Batu Gajah Mari

Friday, December 10, 2010

Ubah Sekarang-Pakatan Rakyat Mendahului Zaman

Tinggal lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan.Tahniah kerajaan Pulau Pinang kerana membenarkan Konvensyen PR kali kedua ini.Kita boleh jadikan Piagam Madinah sebagai satu rujukan untuk mengurus negara atau Pakatan Rakyat.


Sementara itu Pengerusi JK Penganjuran, Dr. Mujahid Yusof, konvensyen kali ini menerangkan tiga sasaran konvensyen kali kedua ini.


Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP.


Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.


Ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Mac atau April tahun hadapan.


Kita seharusnya menawarkan satu polisi kepada rakyat tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara.


Dengan keadaan UMNO akan menggunakan apa cara untuk mengekalkan kuasa,kita perlu terus ke hadapan untuk menyakinkan rakyat.


Bagi kita pendokong Pakatan Rakyat perlu berjuang untuk semua kaum.Keadilan untuk semua.Biarkan UMNO seperti katak di bawah tempurung.

Tunggang basikal nak gaduh apa harga minyak naik.

http://www.muhammadtarmizi.com/gambar/Basikal_Tua.jpg

Kita mendapat khabar orang kampung,orang UMNO jumpa orang kampung menyatakan kenapa perlu bising harga minyak naik,kerana hanya menunggang basikal.

"Mak Cik Pak Cik beruntung kerana harga minyak naik ,tak jejaspun kehidupan"seperti yang dilaporkan oleh orang kampung.

"Pak cik pi kebun pun naik basikal"kata mereka.Jadi mereka meminta penduduk kampung tak perlu risau harga barang tak kan naik.

Seorang Ketua UMNO cawangan di DUN Trong beritahu penduduk,Menteri yang jaga kepenggunaan Datuk Ismail Sabri sudah beri amaran kepada peniaga jangan naik barang.

Di samping itu mereka beritahu buat apa makan gula banyak ,banyak makan manis,nanti boleh dapat penyakit kencing manis.

Thursday, December 9, 2010

Kerajaan Zamry sudah bankrap ?Suruh pihak berkuasa tempatan keluar saman?

Sebahagian penduduk Taman Simpang Makmur,Simpang mengadakan demotrasi aman membantah Majlis Perbandaran Taiping keluar notis Tawaran Mengkompaun Kesalahan Di Bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976(Akta 171) .Mereka sudah duduk di sini hampir 15 tahun,baru kini mereka kena kompaun.Mengapa sekarang soal mereka.
Hamid salah seorang penduduk yang dikeluarkan notis oleh MPT.Beliau diminta menjelaskan kompaun RM250.00 kerana hanya memasang girill hadapan rumah.Hamid telah membeli rumah ini 15 tahun dulu.Baru sekarang diberitahu salah dan dikenakan kompaun.
Sebahagian penduduk Taman Simpang Makmur bersatu membantah tindakan Majlis Perbandaran Taiping keluar kompaun saman.Kenapa akhir tahun sewaktu mereka sedang menguruskan perbelanjaan persekolahan anak MPT mengambil tidakan.Selama 15 tahun MPT diam sahaja tanpa mengeluarkan notis.Seorang penduduk yang ditemui menyatakan ,"itu kerajaan Zambry sudah bankrapkah?"Contoh surat atau notis yang dikeluarkan.

Selamat Datang DS Anwar Ibrahim

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvmTvWRQ8EO8u5e2ibdmQg11bhyphenhyphen5Whfr1-p8HBfDninPxWnrjwcmZR9Y3FJL3Zx4etpp0dLRgNv-hV1NFEzL6rOfRJo4I4R9wDFcaYxEmBstIZuLi5__z-yr6q0GAh79uTJ-jcBGVL_4oU/s400/anwar-ibrahim.jpg

Kita mengucapkan Selamat Datang Ketua Umum PKR ,DS Anwar Ibrahim, ke Parlimen Bukit Gantang.

DS Anwar Ibrahim akan turun bertemu penduduk di Dun Changkat Jering pada 18 Disember ini.

Program dijangka bermula seawal 7 petang dengan Solat Maghrib dan Munajat Rakyat.Bagi mereka ,boleh mengambil cuti pada hari itu untuk kita bersama dengan pimpinan kesayangan kita itu .

Bagi kita Selamat Datang DS Anwar Ibrahim.

Wednesday, December 8, 2010

T.Murugiah marah dituduh jual ubat bau tahi ayam.

Sebentar tadi pergi bersama penduduk Batu 14 Trong ke Biro Pengaduan Awam.Pengerusi Aduan BPA T.Murugiah Timbalan Menteri yang jaga aduan rakyat.

Yang menarik T.Murugiah marah kerana dituduh penduduk buat bisnes jual ubat hilang bau tahi ayam.


Penduduk yang terlibat berkias,kenapa mahu cadang ubat hilang bau busuk,jika kilang tidak mengikut peraturan alam sekitar dan didirikan di tanah pertanian.


Ubat pula dari India,nnegara kita tidak ada ubatkah.?Soal penduduk.


Seorang penduduk menyampuk,,"itu MPT sama Tanah punya olang rasuah ma?"

Tuesday, December 7, 2010

Menteri jual ubat pada saudagar tahi ayam.


DS Nizar melawat kilang memproses baja tahi ayam yang beroperasi secara haram di Batu 14,Trong, parlimen Bukit Gantang.Kilang ini pernah dilawati T.Murugiah,Timbalan Menteri yang jaga Aduan Rakyat.Semasa T.Murugiah melawat kilang proses baja tahi ayam ini,kilang diwangikan supaya tidak sesak nafas.DS Nizar melawat kilang ini tanpa diwangikan kilang proses tahi ayam ini. Kita malamnya termuntah-muntah .Di hadapan DS Nizar berbaju putih Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Fadhil Idris.


Kwan Loong mengadu pada DS Nizar ini ubat hilang bau busuk tahi ayam."Tapi itu Menteri T.Murugiah jual ubat baik punya dari India pada taukeh kilang"kata Kwan Loong

Ketua Polis Baru memenuhi kehendak Najib.

Apa yang kita dengar melalui DS Nizar perlantikan ketua-ketua polis baru di beberapa negeri adalah untuk memenuhi kehendak DS Najib. Contohnya Komander Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) SAC Datuk Chuah Ghee Lye dilantik sebagai Ketua Polis Melaka yang baru menggantikan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkuat kuasa serta merta.

Menurut KPN Ismail , Mohd Rodwan pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Aman.

Sementara itu, pertukaran dan pelantikan tiga lagi Ketua Polis negeri yang berkuat kuasa serta merta termasuk Timbalan Pengarah 11 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SAC Datuk Tajudin Md Isa yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis bagi menggantikan DCP Ghazali Md Amin yang dilantik sebagai Setiausaha PDRM Bukit Aman sejak 29 Oktober lalu.

KPN (Ketua Polis Negara) Ismail berkata Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Bahagian Latihan, SAC Datuk Jamshah Mustapa dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahalan yang dipindahkan ke Perak sebagai Ketua Polis baru negeri itu.


Dalam pada itu Mohd Shukri menggantikan Datuk Zulkifli Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada 29 Oktober lalui.


Siapa tidak kenal dengan Datuk Zulkifli Abdullah di Perak.Kini beliau mengurus keselamatan kawasan denyut nadi rakyat Malaysia Lembah Klang.


DS Nizar menyatakan susunan pergerakan jawatan ini diatur untuk memenuhi kehendak DS Najib dan sepupunya Hishamuddin yang jaga Kementerian Dalam Negeri sudah tentu menjaga kepentingan Najib.


Walaupun KPN Ismail menyatakan pertukaran berkenaan lanjutan daripada penstrukturan semula kenaikan pangkat dan pertukaran ketua dan timbalan ketua polis negeri yang dilakukan baru-baru ini dan ia dibuat berdasarkan pengalaman masing-masing bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan.


Namun semuanya untuk menjaga kepentingan UMNO seperti mana ucapan Najib semasa perasmian mesyuarat agung UMNO lalu ,yang sanggup mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun.

Monday, December 6, 2010

Jahatnya BN naik harga barang semasa parlimen berehat.


Dalam sesi pertemuan dengan penduduk Bt 14 Trong,Nizar menjelaskan BN semakin rakus membolot kekayaan negara tanpa mengambil kira ekonomi rakyat apabila menaikkan harga petrol RON95, diesel, harga gas asli cecair (LPG) dan harga gula.

Jelas Nizar syarikat-syarikat penjana tenaga persendirian atau IPP milik antara orang terkaya di Malaysia, umpamanya, terus menikmati subsidi gas.

Nizar memberitahu penduduk jahatnya BN , UMNO,MCA dan MIC yang menaikan harga barang-barang pada hari Jumaat sehingga Ahli Parlimen tidak boleh berbahas dalam Parlimen.


Najib sudah bertaubat?Rosmah bila lagi?

Datuk Seri Najib Razak (tengah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyertai doa awal tahun sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Masjid Negara malam tadi. — Foto Bernama
Datuk Seri Najib Razak (tengah) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) menyertai doa awal tahun sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Masjid Negara malam tadi. — Foto Bernama

Betulkah emak Zambry Kadir miskin tegar?

Terdapat 2 perkara menarik ucapan Zambry Kadir dalam sidang DUN Perak baru-baru ini.Pertama membela diri isu ancak tiang seri,kedua membela ibu beliau yang miskin tegar.

Kita ingin mengulas hanya isu menggunakan wang kerajaan untuk membela masyarakat miskin tegar di Pulau Pangkor.

Kerajaan pimpinan Zambry yang juga Adun Pangkor membela diri apabila dibidas pimpinan Pakatan Rakyat dalam sidang Dun Perak baru-baru ini.

Zambry dengan bangga menyatakan beliau membantu tebus tanah setinggan di Pulau Pangkor untuk membantu mereka mendapat tanah hak milik.Beliau membidas Nizar yang kononnya tidak mahu membantu setinggan miskin tegar itu. Apa yang menarik Zambry menebus tanah setinggan itu kerana salah seorang rakyat yang miskin tegar seperti yang dinyatakan ibu Zambry sendiri.

Kenapa tidak membantu penduduk sewaktu sejak beliau menjadi ADUN Pangkor sejak penggal pertama menjadi ADUN Pangkor.Kenapa kini setelah menjadi MB Perak kudeta,beliau menggunakan wang rakyat untuk menebus tanah setinggan di Pangkor itu.

Sanggupkah kita mebiarkan ibu kita berada dalam kelompok miskin tegar seperti apa yang disebut Zambry dalam sidang Dun Perak baru-baru ini.Zambry Kadir membantu penduduk setinggan miskin tegar.Tanah setinggan yang menjadi kampung tersusun itu antara lain emak si Zambry Ancak Tiang Seri.

Selamat Tahun Baru.

Selamat Tahun Baru.Azam kita untuk memastikan Pakatan Rakyat berkuasa pada PRU 13. Pakatan Rakyat yang mengurus dan mentadbir negara. Tidak ada Rosmah Mansor dan tidak ada Najib.Rakyat sejahtera di bawah Pakatan Rakyat.

Selamat Tahun Baru 1432 Hijriah.Malaysia tanpa UMNO.

Saturday, December 4, 2010

Cuti Politik-Masuk Jawi

Man anak kita bersama Ujang anak saudara kita dijulang untuk disunatkan.
Man anak kita dikhatankan oleh Sdr Razak dari Malim Nawar.
Pasukan kompang Kg Sg Kati,Ipoh memukul kompang .Bunyi kompang tenggelamkan bunyi tangisan .
Man bersedia untuk menjadi dewasa.Bila cukup umur nanti Man akan mengundi Pas .

Thursday, December 2, 2010

Abu Khairun's Photo Birthday Calendar

Hutang Menggunung Perak Bakal Muflis

IPOH, 3 Dis: Negeri Perak bakal muflis sekiranya hutang yang menggunung sejak 10 tahun lalu tidak dilangsaikan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Nga Kor Ming.


Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa membentangkan Bajet 2011 memberitahu ledakan hutang kerajaan negeri semakin hari semakin menggunung di mana pada 1999 sebanyak RM182 juta tetapi 2010 kini mencecah paras RM903 juta.


Tambahnya, hutang tersebut telah meningkat lebih kurang 500 peratus.


“Fakta di depan mata yang tidak dapat dinafikan adalah, kini hutang negeri Perak telah melebihi segala simpanan kerajaan negeri dalam kumpulan wang bersatu kerajaan,” ujarnya ketika membahaskan bajet negeri 2011 pada persidangan Dun, semalam.


Dengan kata lain, beliau yang juga Setiausaha DAP negeri berkata, sekiranya tidak dijelaskan segera hutang tersebut negeri Perak akan muflis.


“Jika tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah...tepuk dada, tanya iman, jika bersalah, sila bertaubat,” ujarnya sinis.

harakahdaily.net

Ceramah Sidang DUN Perak 5 Disember .

Tak lalu hendak menjawab sama ada melalui telefon,SMS situasi persidangan DUN Perak.Teman-teman ingat kita semua tahu.Mereka ingat kita semua dapat maklumat cepat ."Ala cikgu rapat dengan Nizar?" kata teman lagi.


Jadi untuk menjawab persoalan teman-teman kita memberitahu satu ceramah akan diadakan pada 5 Disember ini.


Ceramah Bubar DUN ,5 DISEMBER, Bertempat Pejabat Pas Kg Paya Baru ,Changkat Jering.Ceramah bermula 9.30 malam.


Penceramah:DS Nizar dan YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.

Osman Jailu Tak Dak Teloq ?


Osman Jailu diberitahu oleh teman dekat SUK seolah tidak mempunyai telor.Dakwa mereka Osman tidak berani berbahas dan duduk diam sahaja sepanjang persidangan DUN Perak.Memandang pimpinan Pakatan Rakyat pun dia takut.

Dakwa mereka Osman makan gaji buta.Soalan beliau tentang DUN Changkat Jering pun boleh diselesaikan di peringkat Majlis Tindakan Daerah.Soalan bertulis dan soalan jawapan lisan pun macam soalan JKKK Umno.

Mereka mendakwa lagi Osman seolah tak takut dosa.?Lagi satu mereka bagitahu wakil Umno pun tak kelapaq salam sama Osman Jailu.

Tapi kita kena ingat dosa Osman Jailu terhadap kerajaan rakyat.Kawan mahkamah Osman Adun Behrang pula berani berucap tetapi dok bawa fitnah lagi.Itupun berani di dewan sebab ada imuniti.

Wednesday, December 1, 2010

YB Idham Lim di bawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


YB Khalil Idham Lim .

YB Khalil Idham Lim akan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana isu bomoh.YB Khalil dikatakan berhujah terdapat individu yang membawa bomoh ke dewan persidangan.

Usul membawa YB Khalil Idham Lim ke jawatankuasa diusulkan oleh Adun Kamunting.

YB Khalil Idham Lim bersedia dengan bukti apabila dipanggil untuk membela diri.YB Khalil Lim sanggup bertanggungjawab dengan hujah beliau di dewan sebentar tadi.

Bukan seperti Jamaluddin ,Adun Behrang membawa fitnah tuduh kerajaan PR bagi duit Rm200,000.oo kepada setiap parti Pakatan Rakyat dalam DUN .Tetapi tidak berani menuduh di luar dewan,seterusnya tidak mempunyai bukti.

Sidang Dun -Bomoh-Media UMNO- Polis

Sidang DUN Perak dipenuhi media pro-UMNO.Justeru itu kita melihat gambar-gambar yang diambil oleh media pro-UMNO ini seolah-olah wakil rakyat kita bersikap kurang ajar atau biadap.

Mereka tidak mengambil dari sudut kronologi kejadian atau perbahasan.Lihat sahaja gambar YB Kesavan,Hutan Melintang dilihat seolah -olah hilang pertimbangan.

Menurut YB Khalil Idham Lim , wakil rakyat UMNO diolah oleh media begitu baik .

Sementara itu pihak polis pada hari pertama dianggarkan 200 orang ,kelmarin sekitar 50 orang dan hari ini mungkin semakin berkurangan.

Pada hari pertama sidang SB yang berlongok di hadapan Wisma DAP dianggarkan melebihi 10 orang.

Untuk hari ini 2 Disember YB Khalil Lim Titi Serong akan berucap.Beliau dikatakan akan menyentuh isu bomoh.

Pakatan rakyat telah memilih DS Nizar,Dato' Ngeh dan Chang Ming Kai untuk berbahas pada sesi pengulungan nanti.